Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Cute Girl with Hijab

” Sebagian masyarakat China percaya bahawa ketika seorang wanita single ingin bebas dari gangguan hantu pada bulan ini, mereka harus meminta bantuan lelaki single lainnya untuk menyentuh payudara mereka. “


Errrkkk…Bestnya lelaki single di negara China kan .. Siap diberi peluang untuk raba payudara wanita yang ” suci ” dan single..Kalau macam tu,aku pun nak…Hahaha..Ok,kita baca berita penuh pasal isu menyentuh payudara ni ye…:)

Menurut kalender Bulan Cina, mulai dari 31 Julai kelmarin kita telah memasuki bulan Hantu, atau disebut juga Bulan Hantu Lapar, bulan ini bukanlah sebuah bulan yang baik menurut mereka, kerana pada bulan ini mereka meyakini arwah-arwah orang yang sudah mati akan bebas bergentayangan di Bumi. Namun mereka meyakini ada satu cara agar para wanita tidak diganggu oleh arwah-arwah ini, iaitu meminta para lelaki menyentuh payudara mereka.


Para warga di kota Ejia, Yunnan yang masih single akan mengikuti Festival Menyentuh Payudara pada hari ke 14, 15 dan 16 pada bulan Hantu ini. Selama tiga hari tersebut, para lelakinya diperbolehkan menyentuh payudara wanita.

Menurut para ahli spiritual setempat, pada bulan ini para arwah orang mati tidak boleh beristirahat dengan tenang kerana mereka belum pernah menyentuh seorang wanita sebelumnya. Mereka menginginkan 10 gadis ‘suci dan belum tersentuh’ untuk menemanimereka ke dunia kematian. Nah agar para wanita itu tidak menjadi sasaran target, mereka yang berusia 15 tahun keatas akan meminta para lelaki untuk menyentuh payudara mereka.

Kebudayaan ini konon sudah berjalan semenjak Dinasti Sui (Tahun 581 – 619 Masehi), dimana ketika itu banyak pemuda dari suku Yi tewas dalam peperangan. Dari masa itulah, untuk menyenangkan para arwah yang sudah mati namun masih upacara ini mulai secara rutin dilakukan dan diteruskan dari generasi ke generasi. 
Tengok sendiri apa yang akan berlaku...Pasti ia akan mengejutkan anda. 







Kepada mereka yang tidak mampu atau takut untuk memelihara singa di rumah, maka topi ini sesuai untuk menukarkan kucing anda kepada singa. Topi ini mendapat sambutan hangat kerana kucing tampak lebih garang tetapi dalam versi yang comel. Adorable! 





Indigestion II ialah arca tinja gergasi yang dihasilkan oleh Liu Weiseorang artis yang berasal dari China. Arca tahi gergasi ini melambangkan dunia yang semakin hancur kerana perang dan ketamakkan manusia."Tahi" dihasilkan menggunakan tar (melambangkan kepergantungan kita kepada petroleum), dan di dalamnya diletakkan mainan askar dan kenderaan perang.






Laporan asal Flickr
Dalam keghairahan anda memuat naik gambar di laman-lama sosial, harus diingatkan bahawa ada sesetengah perkara tidak patut dilakukan jika anda tidak mahu menjadi sensasi dengan pelbagai kritikan negatif dari orang ramai.
Ini antara contoh mudah yang kami boleh kami berikan kepada anda di mana seorang pelajar kolej di Jepun merakam foto rakannya yang dikatakan sedang ‘mencuri makanan dengan gembira’ di sebuah koperasi sekolah dan memuat naiknya di laman Twitter.
Gambar tersebut disertakan dengan ayat:
“Seronok menghadiri sekolah sekarang. Hari ini, *nama dirahsiakan* sangat comel. lol. Mencuri di koperasi sekolah. Sangat comel.”
Kemungkinan besar kedua-duanya hanya bergurau kerana secara logiknya, ‘hood’ pada bajunya tidak mampu menyembunyikan ‘barang curian’ itu.
Namun, pada zaman yang serba paranoid ini, perkara sebegini boleh menyebabkan kedua-duanya ditangkap atas tuduhan mencuri walaupun mereka tidak melakukannya.
Facebook
Bukan mudah untuk seorang lelaki mengakui kecurangannya serta memohon maaf terhadap isteri atau kekasihnya secara terang-terangan.
Namun, berbeza dengan Ivan Lewis, yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan semula bekas isterinya, Sonya Gore, 40.
fb2
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada bulan Februari 2010 itu berpisah hanya selepas 10 bulan hidup bersama kerana kecurangan Lewis.
Bagi menebus kesilapannya, Lewis sanggup memuat naik fotonya memegang kertas yang bertulis, “Saya menipu isteri saya!!!(dan dia seorang yang hodoh!!!)” ke laman Facebook bagi memenuhi syarat bekas isterinya itu.
Harapannya, wanita itu dapat menerimanya semula sekiranya foto itu mendapat 10,000 ‘like’ dari para pengguna akaun yang lain.
Bagaimanapun, Gore memberitahu bahawa dia yang mendesak Lewis memuat naik foto tersebut kerana mahu bekas suaminya itu berasa malu dengan perbuatannya itu.
fb1
“Saya yang memintanya berbuat demikian. Sebelum itu, dia meminta saya untuk mengahwininya semula. Saya katakan kepadanya, jika awak mahu, nyatakan awak pernah curang di Facebook,” ujarnya.
Foto dan status Lewis yang berkaitan dengan masalah rumahtangga pasangan itu mendapat pelbagai komen yang agak positif daripada pengguna laman sosial itu.
Rata-rata mereka menyokongnya, namun Gore masih belum memberikan sebarang reaksi positif terhadap usaha bekas suaminya itu.
Setakat ini, foto itu sudah menerima 14,050 ‘like’ dan dikongsi sekitar 1,142 kali oleh pengguna lain.
Namun, ia masih belum memadai untuk memujuk hati bekas isterinya itu untuk kembali kepadanya.
Kasihan, teruskan usaha anda Lewis! Sekeras mana pun hati perempuan, ia akan cair juga jika terus dipujuk.
PANASSS...RM1.3 Juta Aset Polis Termasuk Senjata Api, Gari Hilang Dalam Tempoh 3 Tahun!
KUALA LUMPUR – Kira-kira RM1.3 juta aset termasuk senjata api, kenderaan dan gari telah hilang daripada pihak polis sepanjang tempoh tiga tahun, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Parlimen pada Selasa.
Ia antara bahan buangan yang ditekankan dalam laporan yang turut mendapati pengurusan aset polis yang hilang sebagai tidak memuaskan.
Ian menyatakan bahawa berlaku kelewatan dalam penemuaan semula aset-aset yang hilang serta membuat laporan kerugian kepada ketua jabatan dan pihak polis dalam menyediakan laporan awal mengenai aset-aset yang hilang.
Laporan tersebut turut menyatakan bahawa terdapat banyak kes kehilangan pada 2010 dan 2011 yang masih belum diselesaikan, serta surcaj yang dikenakan masih belum dikutip.
“Selain itu, rekod di Bukit Aman dan ibu pejabat polis kontigen mengandungi maklumat mengenai kehilangan aset dan status penyiasatan masih perlu dikoordinasikan,” tambahnya.
Dalam kes lain melibatkan Jabatan Kastam, Laporan Ketua Audit Negara menyatakan sebanyak RM602, 089 kasut yang dibeli untuk kegunaan pekerjanya dimusnahkan kerana kesilapan spesifikasi.
Jabatan tersebut memusnahkan sebanyak 7,659 pasang kasut baru yang dibeli pada 2009 kerana kakitangannya mendapati kualiti kasut dan but berkenaan rendah kerana ia telah berada di kedainya selama tiga tahun.
Laporan tersebut menyatakan saiz kasut yang dikeluarkan tidak memenuhi keperluan pegawai dan ujian sampel yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Teknologi Pertahanan (STRIDE).
STRIDE mendapati tapak kasut menjadi haus dan pecah, menurut laporan tersebut.
Ia menyatakan barangan tersebut merupakan sebahagian daripada pakaian seragam yang diedarkan kepada kakitangannya dengan setiap seorang diperuntukkan sebanyak dua pasang kasut sebelum penghujung April setiap tahun. – Mstar.com.my
Stadium Olimpik Beijing
Ketika menjadi tuan rumah pada majlis sukan berprestij dunia Sukan Olimpik pada tahun 2008, kota Beijing menjadi tumpuan peminat di seluruh dunia.
Namun setelah lima tahun berlalu, beberapa stadium yang dibina khas untuk majlis gemilang itu kini hanya tinggal sejarah.
Ini kerana stadium itu tidak diselenggarkan dengan baik oleh pihak berwajib selain mungkin dijadikan sarang melakukan perbuatan yang tidak bermoral.
Adalah lebih baik stadium itu dihidupkan kembali untuk aktiviti-aktiviti sihat untuk para belia mereka.
Stadium Olimpik Beijing 1
Stadium Olimpik Beijing 2
Stadium Olimpik Beijing 3
Stadium Olimpik Beijing 4
Photobomb
Lelaki ini ternyata mempunyai kegemaran dan hobi yang sangat pelik.
Ini kerana dia gemar bergambar di tepi pasangan yang sedang bercium.
Tindakan Drew Philips dan jurugambarnya Scott Cleveland itu boleh digelar sebagai photobomb di mana kegemarannya menyelit dalam setiap gambar pasangan yang sedang bercium.
Berikut merupakan antara koleksi gambar-gambar yang berjaya dirakam oleh mereka yang kini menjadi viral di laman-laman Internet.
Photobomb1
Photobomb2
Photobomb3
Photobomb4
APEX
Keserian ibu mengandung makin terpancar pada wajah isteri kepada penjaga gol kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha yang kini sedang hamil cahaya mata sulung mereka.
Leuniey dilaporkan bakal bersalin pada awal Februari tahun depan.
Melalui laman Instagramnya, Leuniey menunjukkan beberapa gambar baby bumpnya untuk tatapan pengikutnya di laman tersebut.
Selain itu, walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang atlit, namun Khairul Fahmi atau Apex dilihat sentiasa meluangkan masa menemani isterinya menjalani pemeriksaan pada setiap bulan.
Malah, Apex juga memilih khidmat doktor wanita untuk merawat isteri tercintanya itu.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah diijabkabulkan pada 28 Disember lalu di kediaman Leuniey yang terletak di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.
APEX1
APEX2
APEX3
Seorang gadis cantik dan menawan yang dikenali Xiao Tian memang sukar dipercayai terlibat dengan aktiviti haram iaitu Hacking Internet apatah lagi jika bergelar sebagai ketua kumpulan Hackers terbesar di China. Namun itulah hakikatnya, beliau memang ketua kumpulan Hackers terbesar di China dengan anggotanya melebihi 2200 orang.

 Semua anggotanya adalah dari kaum wanita. Setakat ini, Xiao dianggap Hacker paling terkenal dan digeruni di negaranya.













MICHIGAN – Seorang lelaki di Amerika Syarikat berkahwin dengan patung yang benar-benar menyerupai seorang wanita selama 13 tahun.

Lelaki yang digelar sebagai Davecat itu mendapat perhatian media tempatan The Atlantic berikutan kisah hidupnya yang aneh itu.

Menurutnya, dia perlu menyimpan wang selama setahun setengah untuk membeli patung wanita dari kilang pengeluar patung, RealDoll dengan harga AS$6,000 (RM19,566). Patung yang dibelinya pada 2000 itu diberi nama Sidore Kuroneko. Davecat kemudian membentuk wajah, warna mata, warna kulit, susuk tubuh dan payu dara patung itu.

“Hasilnya benar-benar mengagumkan bagai jatuh cinta pandang pertama,” katanya.
RealDoll ialah kilang pengeluar patung seks.

Secara anatomi. Sidore memang menyerupai manusia. Kulitnya amat halus walaupun diperbuat daripada silikon. Walaupun Sidore ialah patung seks, tetapi Davecat menganggapnya sebagai pasangan hidupnya. Menurut Davecat, hubungannya dengan Sidore dapat dibahagikan kepada 70 peratus hubungan seksual dan 30 peratus hubungan semula jadi. Dia juga mengakui dirinya sering tertarik dengan robot wanita atau Gynoids.

Davecat berkata, keputusannya untuk menjalin hubungan dengan patung dibuat selepas hubungannya dengan manusia sering menemui kegagalan.

Menurut Davecat, hubungannya dengan patung yang disebut sebagai ‘Sintetik’ lebih bermakna.

“Pengalaman saya dengan ‘Organik’ (manusia) tidak pernah bertahan lama atau selalu berakhir dengan kekecewaan. “Sintetik tidak akan curang, berbohong atau mengadili diri anda,” katanya. Selain Sidore, dia juga memiliki sebuah patung yang dibelinya dari Russia dan dinamakan sebagai Elena. Menurutnya, Elena ialah patung simpanan dan juga teman kepada Sidore. – Agensi
baby

CHINA – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun telah menjalani pembedahan selepas doktor mengesan dia `mengandung’ kembar parasit dalam perutnya.

Kanak-kanak lelaki itu, Xaio Feng, dibawa ke hospital selepas perutnya membesar dan mula mengalami masalah pernafasan.

Sebaik sahaja x-ray dan MRI dijalankan, doktor mendapati perutnya mengandungi janin yang tidak menjadi, iaitu kembarnya sendiri, menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan dengan segera.

Doktor berjaya mengeluarkan janin berukur 20 sentimeter dan janin itu mempunyai  mempunyai jari dan kaki serta hampir sempurna.

Kembar parasitnya itu telah membesar dalam perut Feng, dengan menguasai kira-kira dua pertiga daripada perutnya.

Kembar terbentuk apabila telur berpecah dua ketika proses pembiakan namun dalam kes ini, telur tersebut gagal berpecah dengan sepenuhnya.
Adele

KEHEBATAN Adele dalam bidang penciptaan lagu sudah terbukti apabila berjaya mengenggam beberapa trofi di majlis berprestij Anugerah Grammys.

Namun bagaimana pula tuah Adele dalam bidang seni lakonan?

Terbaru, dikhabarkan penyanyi kelahiran United Kingdom itu bakal berlakon dalam filem biopik lagenda muzik yang mengisahkan perjalanan hidup Dusty Springfield.

Menurut sumber Daily Star, nama Adele dikatakan tersenarai dalam projek tersebut, namun perkara itu masih lagi dalam peringkat perbincangan awal.

Selain filem tersebut, nama penyanyi Set Fire to the Rain ini turut dikhabarkan bakal berlakon dalam filem The Secret Service yang turut dibintangi secara cameo oleh David Beckham, Elton John dan Taylor Swift.
Kemalangan

LEDANG – Seorang lelaki mati lemas selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam parit sedalam hampir tujuh meter di kawasan kebun kelapa sawit di Felda Sri Jaya, Bukit Serampang, semalam.

Mangsa, Mohd Fauzi Jamal, 34, dari Kampung Parit Kassan Bukit Gambir maut di tempat kejadian kerana terperangkap dalam kereta Honda Civic miliknya yang terbalik dalam parit tersebut.

Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Ayuhan Alias berkata, kejadian itu dipercayai berlaku awal pagi.

“Ia hanya disedari penduduk Felda itu setelah ternampak kereta berkenaan terapung dengan keempat-empat tayarnya ke atas, kira-kira jam 8 pagi,” katanya.

Menurutnya, penduduk kampung kemudiannya menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir pada jam 9.30 pagi untuk bantuan kecemasan.

“Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang ketika itu masih berada di tempat duduk pemandu.

“Kita percaya mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi tidak berjaya kerana tali pinggang keledar dilihat sudah dibuka,” katanya.

Katanya, penduduk hanya menghubungi bomba dan pusat kesihatan selepas usaha mencari mangsa yang dikatakan dalam perjalanan pulang ke Bukit Gambir itu gagal.

Sementara itu, Ketua Polis Ledang, Superintenden Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian Online
Katy Perry

LOS ANGELES – Penyanyi popular, Katy Perry mengakui yang dia pernah terdetik untuk membunuh diri selepas bekas suaminya, Rusell Brand mahu menceraikannya,” lapor akhbar Mirror semalam.

Dalam satu temu bual bersama majalah Billboard, Katy berkata, segala kesedihan yang dialami diluahkan menerusi lagu baharunya, By the Grace of God.

Lagu tersebut terkandung dalam album PRISM yang akan berada dalam pasaran pada 18 Oktober ini.

“By the Grace of God menyata- kan betapa sukarnya saya menghadapi saat getir itu (perceraian). Saya bertanya kepada diri sendiri “Adakah saya mahu bertahan? Perlukah saya terus hidup?” kata Katy.

Dia yang kini bercinta dengan penyanyi, John Mayer memberitahu, kisah perceraiannya diceritakan melalui lagu-lagu dalam album tersebut.

Pasangan itu berkahwin pada Oktober 2010 dalam suatu majlis perkahwinan mewah di sebuah resort di di India.

Brand telah memfailkan perceraian mereka pada Disember 2011. – Agensi
One direction

LOS ANGELES – Polis Australia sedang menyiasat laporan mengenai kumpulan One Direction yang didakwa melakukan kesalahan trafik, lapor akhbar Mirror kelmarin.

Penolong Pesuruhjaya, Nick Anticich berkata, anggota-anggota kumpulan itu dikatakan telah melanggar tiga lampu isyarat merah.

“Jika benar ini berlaku, ia merupakan sikap yang tidak boleh diterima. Saya sudah mengarahkan pihak penguat kuasa trafik untuk menyiasat. Kami memer- lukan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut,” kata Anticich.

Tambah pegawai polis berkenaan, walaupun One Direction sebuah kumpulan popular, mereka tidak boleh dibiarkan melanggar undang-undang.

“Kami akan berurusan dengan setiap orang dalam cara yang sama. Walaupun mereka merupakan bintang pop, ia tidak bermakna mereka boleh melanggar undang-undang atau mendapat layanan berbeza daripada orang lain,” jelasnya lagi.

Lima anggota kumpulan itu didakwa melanggar lampu merah selepas menaiki sebuah kenderaan kerana mahu mengelak daripada peminat dan jurugambar paparazi selepas meninggalkan hotel Crown di Perth baru-baru ini. – Agensi
Siapa dalam dunia ni yang tak kenal Justin Bubur nih? I hate this guy because he's so famous, rich and has super gorgeous girlfriend. Kali ni aku nak cerita pasal koleksi kereta mamat nih. Bayangkan dia ni baru berusia 17 tahun tapi sudah memiliki koleksi kereta mewah di garajnya.Dan dia ni membeli kereta pertamanya iaitu sebuah Porshe dan Lamborghini pada usia 16 tahun.



Justin Bieber memiliki sebuah Porsche Turbo 997, banyak paparazzi menangkap gambar Bieber memandu Porsche mewah ini di Miami. Beliau juga memiliki sebuah Ferrari 430 dan sebuah Lamborghini Gallardo. Selain itu dia turut mempunyai sebuah kereta Range Rover. Kereta ini dihadiahkan kepada Bieber oleh Usher pada parti hari jadinya yang ke-16.