LOS ANGELES – Penyanyi popular, Katy
Perry mengakui yang dia pernah terdetik untuk membunuh diri selepas
bekas suaminya, Rusell Brand mahu menceraikannya,” lapor akhbar Mirror
semalam.
Dalam satu temu bual bersama majalah
Billboard, Katy berkata, segala kesedihan yang dialami diluahkan
menerusi lagu baharunya, By the Grace of God.
Lagu tersebut terkandung dalam album PRISM yang akan berada dalam pasaran pada 18 Oktober ini.
“By the Grace of God menyata- kan betapa
sukarnya saya menghadapi saat getir itu (perceraian). Saya bertanya
kepada diri sendiri “Adakah saya mahu bertahan? Perlukah saya terus
hidup?” kata Katy.
Dia yang kini bercinta dengan penyanyi,
John Mayer memberitahu, kisah perceraiannya diceritakan melalui
lagu-lagu dalam album tersebut.
Pasangan itu berkahwin pada Oktober 2010 dalam suatu majlis perkahwinan mewah di sebuah resort di di India.
Brand telah memfailkan perceraian mereka pada Disember 2011. – Agensi
No comments
Post a Comment