Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



KOTA KINABALU – Seorang wanita menempuh saat-saat paling cemas dalam hidupnya apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam parit besar berhampiran Hospital Queen Elizabeth, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kereta jenis Perodua MyVi yang dipandu Azmiyani Sairun gagal dikawal sebelum terjunam ke dalam parit yang berkedalaman kira-kira lapan meter.
Azmiyani yang berusia lingkungan awal 30-an berada dalam kenderaan ketika terjunam.

Mangsa bagaimanapun berjaya keluar dari kereta dan tidak mengalami kecederaan.
Gambar kereta berkenaan yang terapung dalam parit berkenaan menjadi viral di laman sosial sehingga ada yang membuat cerita palsu kononnya mangsa lemas ekoran kejadian tersebut.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bagaimanapun mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. 


KUALA LUMPUR: Kedegilan seorang isteri meminum minuman keras membawa padah apabila dia dibelasah suaminya di hadapan pejabat lelaki berkenaan di Subang Jaya, di sini, kelmarin.
Lelaki berusia awal 30-an itu hilang kawalan apabila menemui isterinya yang tidak pulang semalaman dalam keadaan separuh bogeI tidur dalam kereta miliknya di hadapan pejabatnya itu.
Malah, kemarahan lelaki terbabit tidak dapat dibendung apabila dia mengetahui isterinya yang berusia 23 tahun itu turut berasmara dengan dua lelaki yang baru dikenalinya di kelab malam selepas gagal mengawal dirinya kerana mabuk.
Wanita terbabit berbuat demikian sebagai protes kepada tindakan suaminya yang melarangnya meminum arak.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, sebaik tiba di pejabat, lelaki terbabit terkejut apabila mendapati kereta miliknya berada di hadapan pejabat sebelum melihat isterinya dalam keadaan separuh bogeI menyebabkannya marah.
Menurut sumber, semuanya bermula sejak malam sebelum kejadian apabila pasangan terbabit bertengkar apabila lelaki terbabit melarang isterinya itu daripada meminum arak.
“Wanita terbabit meninggalkan rumahnya jam 11 malam dan tidak pulang selepas itu,” katanya.
Sumber berkata, ketika berada di kelab malam berkenaan, wanita terbabit bertemu dengan dua lelaki berusia awal 30-an dan dikatakan ber*smara dengan mereka selepas gagal mengawal dirinya akibat terlalu mabuk.
“Selepas berc*mbu dan berm*sra dengan mereka, wanita berkenaan memandu kereta ke pejabat suaminya di Subang Jaya sebelum tertidur dalam kereta itu dengan hanya memakai baju,” katanya.


Dalam dunia ini ada beribu-ribu jenis penyakit.Belum pun satu penyakit itu ditemui penawarnya,muncul pula penyakit lain.Kita patut berterima kasih kepada para saintis di seluruh dunia kerana bertungkus lumus mencari ubat bagi setiap penyakit,walaupun mungkin tidak menyembuhkan sepenuhnya,tetapi sekurang-kurangnya memberi kesan kelegaan. 

Supaya kita semua lebih berjaga-jaga dan lebih prihatin terhadap kesihatan sendiri,ini dia 5 senarai penyakit yang belum ada rawatan yang mampu menyembuhkan sepenuhnya.Tujuan posting ini bukan untuk menakut-nakut pembaca ya,tetapi supaya kita memberi lebih perhatian terhadap tubuh kita sebab sebahagian daripada penyakit tersebut berpunca dari diri sendiri. 

1.AIDS

AIDS bermaksud Acquired Immune Deficiency Syndrome .Penyakit ini disebabkan oleh virus HIV(Human Immunodeficiency Virus).Virus ini akan melumpuhkan sistem antibodi tubuh,menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai penyakit.AIDS itu sendiri tidak membunuh,tetapi penyakit yang berkerumun menimpa kita selepas dijangkiti HIV itu yang membunuh. 

2.DIABETES

Diabetes atau kencing manis merupakan antara penyakit yang popular di Malaysia,dan malang sekali tidak ada rawatan yang mampu menyembuhkan penyakit ini secara total buat masa ini.Walaubagaimanapun,kepada mereka yang ada Diabetes,jangan putus asa,sebab kesannya masih boleh dikawal dengan senaman,pengambilan makanan yang teratur dan berkhasiat serta ubat(bukan menyembuhkan,hanya mengawal kesannya) 

3.ALZHEIMER

Alzheimer ialah sejenis penyakit yang dikategorikan dalam penyakit mental.Pesakit Alzheimer akan mengalami masalah pemikiran,tabiat dan memori.Tidak ada rawatan untuk penyakit ini,lebih-lebih lagi ia selalu menyerang mereka yang berumur 60 tahun keatas,tetapi ada juga kes pesakit yang lebih muda dari itu. 

4.PARKINSON

Penyakit Parkinson berlaku disebabkan kerosakkan pada sistem saraf pusat.Pesakit akan mengalami keadaan menggeletar yang tidak terkawal,pergerakkan jadi perlahan dan sukar mengimbang badan.Parkinson dialami oleh setiap seorang daripada 100 orang yang berumur 60 tahun ke atas di seluruh dunia. 

5.ASMA

Asma ialah sejenis penyakit paru-paru akibat radang atau penguncupan saluran pernafasan,menyebabkan si pesakit tercungap-cungap,sukar bernafas.Belum ada ubat untuk Asma yang terbukti mampu menyembuhkan 100%.Punca Asma juga masih belum dapat dipastikan tetapi dipercayai disebabkan keturunan. 

Sekian senarai 5 penyakit yang tidak dapat disembuhkan.Tapi semuanya tak mustahil untuk sembuh kalau Allah izinkan. Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dimasa muda ini supaya bahagia di hari tua kelak... :)


Rujukan: wikipedia

Nama penyanyi remaja, Demi Lovato sekali lagi terpalit kontroversi apabila gambar bogelnya tersebar di laman Internet, baru-baru ini.
Gambar mesra itu dipercayai ditangkap ketika dia sedang memadu asmara bersama teman lelakinya, pelakon Wilmer Valderrama.
Menyedari gambar peribadinya itu tersebar, Lovato yang popular dengan lagu Heart Attack terus membalas dengan menulis status dalam bahasa Sepanyol yang bermaksud, “saya seorang yang kuat, saya seorang pejuang. Jadi jangan sesekali memperlekehkan saya” dalam laman Twitternya.
Sebelum ini, Demi pernah dimasukkan dalam pusat pemulihan kerana masalah kemurungan, ketagihan dadah dan alkohol.





OKLAHOMA: Seorang lelaki muda yang mengaku sering mengacukan pistol ke kepala isterinya yang jauh lebih tua daripadanya ketika terbabit dalam permainan seks, kini menghadapi tuduhan membunuh apabila pistol itu meletup dan membunuh wanita berkenaan.

Arthur Sedille Yan, 23, yang begitu fanatik terhadap pistol memberi kerjasama kepada polis selepas ditahan dan memberitahu mereka, dia sering mengacu senjata itu pada kepala Rebecca, 50, ketikapermainan seks di kediaman mereka di Oklahoma City.
Namun, Sedille mendakwa dia tidak tahu pistolnya berisi peluru pada malam kejadian dia mengacu pistol itu pada kepalanya, baru-baru ini.
Pistol itu meletup dan Rebecca mati serta-merta.
Sedille mungkin menghadapi tuduhan membunuh berhubung kematian Rebecca.
Menurut kertas pertuduhan yang disediakan polis, Sedille mendakwa kejadian itu tidak disengajakan dan menelefon 911 sebaik kejadian berlaku.
Penyiasat sebelum ini memutuskan untuk menangkap Sedille atas tuduhan membunuh dengan sengaja. 
Bagaimanapun, mereka menimbang semula keputusan itu dan melakukan siasatan semula. Sedille akan ditahan dipenjara sehingga siasatan selesai. Dalam ruangan minat laman Facebooknya, tersenarai laman mengenai anjing pitbull, raifal AK-47 dan raifal Carbine M-1 yang popular ketika Perang Dunia Kedua.-AFP


KUALA LUMPUR: Angin sedang bertiup kencang yang mengatakan perhubungan yang terjalin antara pelakon baru Emma Maembong dan pelawak terkenal, Zizan Razak bakal berakhir ke jinjang pelamin tidak lama lagi.

Lebih hebat lagi apabila tindakan pelakon Projek Memikat Suami itu untuk berehat seketika daripada beraksi di lokasi penggambaran telah di salah anggap kerana  ada yang menyifatkan pasangan itu sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka berdua.
Namun semua itu dinafikan sendiri Emma Maembong kepada pihak media sebaik sahaja ditemui selepas majlis pelancaran sempena perlantikannya sebagai duta terbaru produk makanan tambahan dan kecantikan Miaxara di Menaka Kuala Lumpur petang semalam.
Katanya, semua perkhabaran itu adalah khabar angina semata-mata, malah dia dan Zizan tidak pernah bercakap soal untuk berkahwin, apatah lagi menetap tarikh hari bersejarah berkenaan.
“Memamg saya akui, ramai yang bercakap bahawa saya dan Zizan akan berkahwin dalam tahun ini atau tahun depan. Semua itu tak betul.
“Memang benar kami rapat dan memang benar kami bercinta, tapi setakat ini dia (Zizan) tidak pernah mengajak saya berbincang ke arah itu dan jauh sekali untuk membuat baju atau menetapkan tarikh perkahwinan kami. Tiada langsung.
“Tidak  ada sebarang kenyataan yang mengatakan kami akan berkahwin tetapi apa yang pasti kami memamg rapat ketika ini,” katanya yang telah menerima hadiah patung Barbie ikan duyung daripada Zizan razak sebagai pemberian hari jadinya yang ke 22 tahun.
Jelas Emma Maembong, keputusannya untuk bercuti seketika daripada berlakon adalah kerana dia mahu berehat untuk sementara waktu memandangkan jadual hariannya sebelum ini terlalu sibuk di set penggambaran.
Katanya, inilah masa terbaik untuk dia  berehat sepuas-puasnya, bagaimanapun masih mahu diisi dengan beberapa aktiviti seni seperti sesi fotografi mahupun temubual bersama pihak media seperti yang dihadirinya ketika ini.
Jelas gadis kelahiran Terengganu itu, dia sedar hubungannya dengan Zizan telah berada pada fasa yang berbeza dan dia langsung tidak mahu berselindung lagi dengan pihak umum tentang keakrabannya dengan pengacara Raja Lawak itu.
“Saya kenal Zizan sejak sebelum saya menjadi artis lagi. Itupun kerana kami berjiran di kampung dan kemudian barulah kami mula rapat.
“Bukannya dulu saya mahu menyorokkan hubungan kami, tapi dalam setiap perhubungan perlulah diberikan masa untuk mengenal hati budi masing-masing.
“Saya tak mahu sekiranya kami terlalu terbuka di awal perhubungan, takut nanti kalau tak jadi, pastinya saya juga yang malu.
“Seperti  anda semua dapat lihat, barulah sekarang barulah kami bersikap terbuka, selepas kami mengenali hati budi masing-masing,” katanya.
Jelas Emma Maembong, masih terlalu awal untuk dia bercerita soal rumah tangga meskipun dia sedar bapanya langsung tidak kisah dengan siapa dia ingin berkawan atau mengakhiri zaman bujang.
Katanya, bapanya telahpun berpeluang berkenalan dengan Zizan Razak dan agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa jejaka kelakar itu merupakan seorang artis popular apabila dikejari beberapa orang jurukamera ketika sesi mengenali bapa pelakon cantik itu.
“Ayah saya memang takada masalah kerana dia memang faham tentang hubungan kami. Dia tak kata yes atau no tentang hubungan kami. Asalkan semua ok dia ok saja,” katanya ringkas.

SEBUAH pesawat Boeing 747 terpaksa melakukan pendaratan kerana 400 ekor lembu.
Ketika kejadian, pesawat itu sedang terbang merentasi Laut Irish apabila penggera pengesan kebakaran berbunyi di tempat kesemua lembu itu ditempatkan dalam pesawat.
Pesawat berkenaan menghantar isyarat kecemasan dan dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London.
Sebaik mendarat, pemeriksaan yang dilakukan oleh juruteknik pesawat tidak menemui sebarang kebakaran mahupun asap.
Rupa-rupanya, sistem penggera kebakaran itu berbunyi kerana lembu berkenaan.
Lembu diketahui mengeluarkan kuantiti besar gas methane dan mengekalkan suhu badan mereka lebih tinggi berbanding suhu badan normal manusia, kombinasi itu dipercayai telah membuatkan penggera kebakaran berbunyi.
Ia sebenarnya beberapa kes yang jarang berlaku dalam industri penerbangan dunia dan bukannya berlaku pada hari ini.
Ia didedahkan dalam akhbar Sunday People selepas mereka memohon kebebasan informasi dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam United Kingdom (UK).
Menurut agensi itu, kira-kira 186 panggil kecemasan atau “Mayday” dan 1,076 panggilan yang tidak terlalu mencemaskan iaitu “Pan-Pan” diterima lapangan terbang di UK dalam tempoh dua tahun ini bersamaan tiga panggilan diterima dalam sehari.
Panggilan kecemasan melibatkan lembu itu merupakan salah satu daripadanya.
Menurut Pakar Penerbangan David Learmount dari laman web Flight Global, panggilan kod kecemasan seperti “Mayday” dan “Pan-Pan” tidak semestinya akan berakhir dengan tragedi.
“Biasanya semua penumpang akan terselamat,” katanya.
Hubungan cinta di antara Katy Perry dan John Mayer nampaknya sudah pun berantakan sekali lagi dan nampaknya harapan untuk melihat pasangan ini berbaik mungkin tidak akan kesampaian.
Ini kerana menurut sumber yang dipercayai, kali ini hubungan mereka putus disebabkan Mayer curang dengan seorang aktres, Kelly Monaco.
Malah Mayer dan Monaco juga mempunyai minat yang sama dalam hubungan seksual apabila gemar bermain dengan pelbagai peralatan seks yang dapat menghangatkan hubungan intim mereka.
Menurut sumber itu lagi, Perry menyedari kecurangan teman lelakinya itu apabila terbaca kandungan mesej dalam telefon bimbit Mayer dengan Monaco.
Sebelum ini, pasangan kegemaran Hollywood ini pernah beberapa kali memutuskan hubungan cinta namun bercinta semula beberapa bulan kemudiannya.
Katy sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon dan pelawak Russell Brand pada 2010 namun bercerai 14 bulan selepas itu


BERITA kematian suami penyanyi era 90-an, Nouri Ramli pernah menggemparkan dunia hiburan tempatan tahun lepas apabila sebuah akhbar melaporkan wanita berusia 40 tahun itu telah memukul suaminya sehingga mati.
Kejadian ini dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang Selasa, 6 Mac 2013 apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak perempuan mereka yang berusia setahun.
Dalam kejadian, Nouri, 40, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.
Menurut laporan akhbar tersebut, penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan mangsa sejak dua tahun lalu dan mereka juga sedang dalam proses perceraian.Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999.

Tomomi Takano mungkin belum dikenali diperingkat global, tetapi namanya semakin popular di Jepun sebagai seorang peninju wanita yang bukan sahaja hebat, malah memiliki wajah dan tubuh yang jelita.
Asian Town melaporkan, Tomomi bukan sahaja terkenal dengan gaya tinjunya, tetapi memiliki rupa paras yang amat cantik.
Baru-baru ini, Jepun telah menganjurkan satu pertandingan tinju yang menarik minat ramai peninju profesional termasuklah Tomomi.
Beliau tampil bukan sahaja sebagai peserta, tetapi juga model untuk pengajur yang mengajurkan acara ini dengan menggunakan kaedah yang istimewa untuk mempromosikannya.
Takano secara tiba-tiba mengoyakkan baju keemasannya dan melangkah dalam keadaan separuh bogel dengan beberapa nama sponsor dilukis di bahagian buah dadanya.
Takano pernah mencetuskan kontroversi apabila dituduh melakukan pembedahan plastik untuk mencantikkan buah dadanya. Namun begitu, beliau menafikannya sambil mengatakan ia amat berbahaya untuk melakukan pembedahan dengan sukan yang diceburinya itu.






Gambar selfie Erra Fazira di bilik tidur - Nampaknya, tabiat orang ramai cenderung berkongsi gambar-gambar selfie di laman sosial semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.
Bukan setakat dari kalangan orang biasa tetapi juga golongan selebriti dan ahli-ahli politik.
Terbaru, salah seorang selebriti paling jelita di Malaysia, Erra Fazira tidak ketinggalan berkongsi gambar-gambar selfie di akaun Instagram miliknya yang diambil ketika baru hendak melelapkan mata akibat kepenatan seharian dengan aktivitinya.
Mungkin salah satu cara untuk menghibur rasa kesunyian dalam diri namun pada masa yang sama bakal membuat ramai jejaka di luar sana mula terpikat dan memasang niat untuk memikatnya.






Mungkin masih ramai yang belum tahu siapakah gambar Agung yang berada di dalam wang Malaysia yang kita gunakan hari ini. Dan dari manakah asalnya gambar tersebut diambil? Di sini kami ingin kongsikan kepada anda semua asal usul gambar agung yang terdapat pada wang Malaysia ini.



Pada matawang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad ( Jangan dikelirukan dengan Tunku Abdul Rahman) dari Negeri Sembilan.




Inilah gambar asal sebelum dicetak diatas not wang kertas Ringgit Malaysia (RM). Sehingga kini gambar Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama ini masih digunakan pada wang kertas Ringgit Malaysia (RM).

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 – 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin keSultanan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.


Raja Pagaruyung menghantar anaknya, Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negeri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).

Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada pada wang kertas Malaysia itu adalah keturunan kelima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung.


Kampala: Seekor buaya yang disyaki membaham dan memakan sekurang-kurangnya enam orang ditangkap di pantai Tasik Victoria.

Sang bedal berukuran 5.5 meter panjang dan berat kira-kira setan ditangkap selepas penduduk tempatan mendesak pegawai hidupan liar memburunya.

Mangsa terbarunya dipercayai bapa dua anak, Bosco Nyansi, nelayan tempatan. Baju Bosco yang koyak rabak ditemui terapung di tasik berkenaan oleh penduduk tempatan.

Tidak ada kesan lain ditemui dan rakannya percaya dia dibaham buaya berkenaan.

Reptilia berkenaan dipercayai berusia lebih 80 tahun. Ia diyakini memakan dan mencederakan beberapa nelayan sebelum ini kerana minatnya terhadap daging manusia.

Pegawai hidupan liar memerangkap buaya berkenaan dengan mengguna umpan daging besar ketika memburunya selama empat hari. - Agensi

Seorang pemancing wanita Donna Pascoe ( 56 ) mendapat kejutan luar biasa ketika memancing di Kepulauan Three Kings , Cape Reinga , New Zealand .
Saat tengah memancing , Donna yang sudah berpengalaman itu sudah merasa ada ikan besar yang menarik umpan pancingnya .

" Tali pancing saya ditarik kuat seperti diseret sebuah kereta api , " kata Donna yang berasal dari bandar Auckland itu .

" Saat itu , saya sangat gugup dan takut jika tali pancing saya putus . Namun , ternyata ikan itu berhenti berenang dan saya boleh menarik tali pancing saya , " kenang Donna .

Tak sedar dengan saiz ikan tangkapannya , Donna dan empat kawannya " bertarung " selama lebih dari empat jam untuk menarik ikan berukuran hampir tiga meter itu ke atas botnya .

" Dia sangat keras kepala , tapi demikian juga saya , " ujar Donna .
Selepas 4 jam 11 minit berjuang , akhirnya Donna dan rakan - rakannya berjaya mengheret ikan tuna sirip biru gergasi itu ke atas bot.
 


" Saya sangat gembira, tangan dan kaki ini rasanya hampir tercabut . Rasanya dorongan adrenalin yang membuat kami boleh mengalahkan ikan itu , " tambah dia .

Setelah ditimbang , ikan itu mempunyai berat 411.6 kilogram atau dua kali berat seekor anak gajah . Ikan tangkapan Donna itu mengalahkan rekod sebelumnya seberat 335 kilogram .

Tahun lalu , seekor ikan tuna sirip biru seberat 222 kilogram dijual dengan harga 1.09 juta dollar dalam sebuah lelongan di Tokyo . Dengan perhitungan harga per kilo , maka ikan tangkapan Donna itu boleh menghasilkan wang 2.02 juta dollar .

Namun , Donna tak tergoda dengan jumlah wang itu . Dia ingin mengawetkan ikan itu dan mempamerkannya di kelab memancing Houhora Big Game & Sports Fishing Club .

kompas.com



TEMERLOH - Hasrat seorang lelaki untuk sarapan pagi bersama ibu di rumahnya di Taman Bahagia, dekat sini terbantut apabila nyaris termakan laksa berkuahkan tisu.

Mangsa seorang kakitangan kerajaan berusia 38 tahun yang enggan dikenali berkata, laksa itu dibeli di Pekan Sehari Temerloh jam 10 pagi semalam daripada seorang penjual yang biasa dibelinya.

Menurutnya, dia membeli tujuh bungkus laksa itu dan dibawa pulang untuk bersarapan pagi bersama keluarga termasuk ibunya di rumah.

“Saya memang biasa beli di situ, sebelum ni memang tak syak apa-apa, kami makan macam biasa, pagi tadi (semalam) baru makan dengan emak, emak yang perasan.

“Emak gaulkan isi kuah, lepas tu nampak kuah laksa itu lain macam, bila basuh nampak jelas ada tisu,” katanya.

Lelaki terbabit berkata, selera mereka sekeluarga terbantut susulan penemuan tisu dalam kuah laksa itu.

“Kalau kuah laksa itu ikan memang tak akan jadi macam itu, bila dibasuh baru lihat gumpalan tisu pada kuah.

“Lepas itu kami semua terus tak lalu makan, buang saja semua tujuh bungkus yang dibeli,” katanya.

Menurutnya, tisu itu mungkin sengaja digaul bersama kuah ikan supaya kelihatan lebih pekat atau mungkin juga peniaga itu tidak perasan tisu itu termasuk ke dalam kuah laksa.
Los Angeles: Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas dibungkus dalam beg mayat dan disimpan dalam peti sejuk.

Maria de Jesus Arroyo, 80, ditemui dalam keadaan tergantung dalam beg mayat yang terbuka separuh dengan kesan kecederaan pada muka akibat bergelut untuk menyelamatkan diri. 
Pakar patologi kemudian memutuskan Maria tidak terbunuh akibat serangan jantung - seperti dinyatakan doktor sebelum ini - sebaliknya kerana sesak nafas serta kesejukan melampau dalam rumah mayat. 
Peguam keluarga Maria, Scott Schutzman berkata, Maria yang sebelum itu tidak sedarkan diri terjaga akibat suhu rendah dalam bilik simpanan mayat.

“Maria bergelut untuk keluar dari beg yang membungkusnya ketika dia menghembus nafas terakhir,” katanya.

Keluarga Maria kini menyaman sebuah hospital di Los Angeles kerana menyebabkan kematian nenek terbabit. 
Kejadian berlaku pada musim panas 2010. 

Sementara itu jurucakap Pusat Perubatan White menafikan mereka cuai. 

“Kami mematuhi semua protokol sepatutnya dan yakin ia akan dibuktikan 
di mahkamah,” katanya. - Agensi



Beijing: Polis China memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang wanita yang memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju selepas berpuas hati budak terbabit “nakal” kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
Kecederaan Xiao Bing, 6, dikesan seorang guru di sebuah tadika di Jiangmen di wilayah Guangdong ketika budak terbabit menyalin pakaian untuk menyertai sesi pendidikan sukan.
Melihat kecederaan itu, guru terbabit mengambil gambar Xiao menggunakan telefon bimbit dan menyerahkannya kepada polis.

Namun, walaupun kecederaan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, ibu Xiao tidak ditahan selepas polis Jiangmen mendapati ia tidak terlalu serius seperti dijangka.

Sumber berkata, polis juga sudah menasihati wanita terbabit supaya tidak lagi memukul anaknya terlalu teruk.
Katanya, Xiao mendakwa dia dipukul dengan dawai penyangkut baju kerana gagal menyiapkan kerja rumah.
“Namun polis mendapati kecederaan itu tidak terlalu serius seperti apa yang dilihat.

“Polis beranggapan memadai jika ibu kanak-kanak terbabit diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu,”katanya. Menurut sumber berkenaan, ibu dan bapa Xiao tidak berpuas hati dengan pencapaian akademiknya.

Katanya, Xiao juga didakwa nakal dan sering mengabaikan tugasan diberi guru.

Justeru, kata sumber itu, ibu bapa Xiao berpendapat anak mereka perlu diajar supaya lebih bertanggungjawab.- Agensi

Kuala Lumpur: Seorang peniaga secara dalam talian (online) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap tuduhan mencuri dua pasu pokok bonsai milik jirannya berharga RM1,500, bulan lalu.
Tertuduh Choong Sze Ian, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin. Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri pokok bonsai milik Lee Chin Chai, 48, di Bangsar Indah Kondominium, Lorong Maarof, Bangsar di sini, jam 1.15 pagi pada 2 Mac lalu.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.