Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Dongguan : Sebuah ATM telah dihancurkan gara-gara menelan sekeping kad bank milik seorang wanita. Lebih memeranjatkan lagi, ATM itu 'dicederakan' tanpa melibatkan sebarang alat oleh perempuan itu.

Polis tempatan telah mengesahkan kejadian terbabit berpunca kerana ATM tersebut menelan kad bank wanita tersebut.

Menurut polis lagi, wanita berkenaan mempunyai masalah mental dan telah dihantar ke pusat sakit jiwa di Dongguan.




Klang, 21 Okt - Kejadian ribut kuat yang telah melanda Klang pada hari ini melihatkan beberapa kerosakan kepada beberapa buah rumah disini.

Beberapa video telah dimuat naik oleh penduduk yang sempat merakam kejadian yang menggerunkan itu. Di dalam video tersebut boleh dilihat atap-atap bertebangan diudara. Dilaporkan, kejadian dirakamkan di Pandamaran.

Sesetengah dari mereka menyifatkan ribut kuat ini sebagai 'puting beliung kecil' kerana bentuknya yang seakan-akan puting beliung dan kekuatannya sehingga menerbangkan atap-atap rumah bangunan tinggi.










PASUKAN polis Los Angeles melalui titik hitam apabila menghadapi suatu kes pembunuhan yang masih belum terungkai sehinggalah ke hari ini.

Kes yang menjadi tabu dalam pasukan polis ini melibatkan pembunuhan ngeri  seorang wanita yang diberi jolokan, Black Dahlia.

Pada 15 Januari 1947, seorang suri rumah, Betty Bersinger menjumpai sekujur mayat wanita muda ketika sedang bersiar-siar bersama-sama anaknya yang berumur tiga tahun di kawasan lapang sebuah taman di Liemert Park, Los Angeles.





Mayat tersebut ditemui terbaring di dalam semak. Tubuhnya dikerat dua, terpisah dari bahagian pinggang tanpa seurat benang. Manakala sebahagian lagi, kedua belah tangannya diletakkan di bawah kepala seolah-olah seperti sedang beraksi dalam sesi fotografi.

Kepala mayat mendongak setinggi 45 darjah. Wajahnya dikelar-kelar dari hujung bibir hingga pipi sepanjang 5 sentimeter. Terdapat kesan lebam kelihatan pada bahagian buku lali. 

Kedua belah kakinya terkangkang. Pada pergelangan tangan mangsa terdapat kesan tali dipercayai mangsa diikat dan dibelasah sebelum dibunuh. Di bahagian peha mayat kelihatan torehan jelas susunan abjad ‘BD’.





Dua detektif, Harry Hansen dan Finis Brown dikerah untuk merungkai kes ini. Bahagian Forensik bertungkus-lumus mencari bahan bukti seperti darah dan cap jari tetapi hampa. Pihak polis telah membuat andaian, mangsa telah dibunuh sebelum dicampak ke situ.

Lebih merumitkan, struktur badan mangsa yang terbelah dua itu telah pun dicuci sebelum dihumban ke taman berkenaan.

Selain itu, polis turut membuat andaian pembunuh adalah seorang yang pakar membuat kerja-kerja pemotongan. Mangsa dibawa ke hospital dan dibedah siasat.





Mangsa dicam dan dikenali sebagai Elizabeth Short, dilahirkan pada 29 Julai 1924 di Hyde Park, Massachussette.

Pada tahun 1940an, hubungan media dan polis begitu akrab. Pihak polis menggunakan bantuan alatan pembesar cap jari daripada akhbar.

Secara tidak langsung, akhbar menerima maklumat tunjang daripada pihak polis dan peluang ini dijadikan sebagai scoop berita untuk mensensasikan kes ini.





Akhbar Examiner menggunakan kelebihan ini untuk menjejaki ibu kepada Elizabeth dan mendapatkan maklumat lanjut semasa hayatnya. Untuk mengorek rahsia, pihak akhbar terlebih dahulu memberitahu ibunya yang Elizabeth baru saja memenangi peraduan ratu cantik.

Selepas ibunya selesai bercerita tentang anaknya, barulah pihak akhbar memberi perkhabaran tragis yang menimpa anak gadisnya.

Kecantikan Seks & Kekejaman. Begitulah tajuk berita yang terpampang pada dada-dada akhbar di seluruh negara keesokan harinya.





Siasatan demi siasatan dijalankan demi mencari pembunuh gadis cantik ini. Apakah motif pembunuhan?

Pihak polis masih buntu. Setelah menyiasat, barulah satu demi satu kisah Black Dahlia didedahkan.


Black Dahlia merupakan nama jolokan Elizabeth Short, seorang gadis kampung yang berhijrah ke Hollywood untuk menjadi anak wayang.

Dia tinggal dengan bapanya di California bekerja sebagai pelayan. Namun selepas beberapa bulan tinggal dengan bapanya, Dahlia keluar dari rumah.

Lampu neon kota Hollywood dan tubuh yang cantik menjadikan gadis ini lupa diri. Black Dahlia mula berpelesiran dan berfoya-foya di kelab-kelab malam untuk berhibur dan menghabiskan wang jantan-jantan yang dikenalinya.

Susuk tubuhnya seakan seorang wanita yang matang dengan kulit putih mulus menjadikan gadis ini kegilaan lelaki-lelaki hidung belang di kelab-kelab malam.

Elizabeth diberi jolokan Black Dahlia kerana gadis ini dikatakan sering mengenakan busana berwarna hitam. Rambut asal yang berwarna perang juga diwarnakan hitam.





Akhirnya pada Disember 1944, Black Dahlia menghentikan tabiat playgirlnya selepas bertemu cinta dengan Matt Gordon, seorang tentera udara berpangkat Mejar. Tetapi pada bulan Ogos 1945, ketika perang Amerika-Jepun tamat, Matt yang bertugas dilaporkan terbunuh dalam nahas kapal terbang




Selepas kematian cintanya, Dahlia kembali menjadi semakin liar dan hilang arah tuju. Dia merancakkan semula kehidupan di kelab-kelab malam dan menghabiskan wang jantan-jantan miang di Miami.

Sasarannya, askar, ahli perniagaan, lelaki tua atau muda yang penting, mereka semua berduit. Enam bulan sebelum hari-hari terakhirnya, Black Dahlia hilang punca dalam hidupnya.

Dia masuk keluar hotel, apartmen dan bilik-bilik sewa di California. Selagi boleh menginap secara percuma, Black Dahlia akan tidur. Pernah sekali Black Dahlia tinggal di sebuah rumah bersama 12 wanita lain.

Gadis ini sering bertukar pasangan setiap malam, selain tidak mempunyai teman rapat, dia rela diusung orang-orang asing ke hulu ke hilir. Situasi ini merumitkan pihak polis membuat siasatan terhadap kematian Black Dahlia.

Lebih seribu orang disoal siasat dan berpuluh-puluh suspek di tahan, tetapi tiada satu pun yang dapat merungkaikan kes ini. Individu terakhir yang dikatakan bersama dengan Black Dahlia turut disoal siasat serta menjadi suspek utama polis.

Malangnya, tiada satu pun bukti dapat mengaitkan Robert Manley sebagai pembunuh kerana beliau hanyalah salah seorang jantan-jantan poyo yang mahu berasmara dengan Black Dahlia.





 Lebih 40 anggota dikerahkan untuk membantu siasatan kes ini. Polis menyerbu beberapa buah rumah yang disyaki untuk mencari bahan bukti.

Parit-parit besar, kedai dobi layan diri, tong-tong sampah digeledah namun usaha ini gagal. 

Apabila kes ini seakan tidak berpenghujung, akhbar Examiner dikejutkan dengan kehadiran bungkusan yang memuatkan gambar-gambar Black Dahlia, sijil kelahirannya, kad keselamatan sosial, surat pengesahan kematian kekasihnya, Matt Gordon serta petunjuk baru – 75 nama lelaki lengkap bersama alamat. Pengirimnya, tidak diketahui.

Polis segera memanggil dan menyiasat kesemua 75 orang, namun usaha ini turut gagal serta menemui jalan buntu. Deretan nama lelaki-lelaki ini hanyalah beberapa kali saja menemui Black Dahlia. Tiada motif dapat dibuktikan untuk membawa mereka ke muka pengadilan.


Akhirnya kes Black Dahlia tiada berpenghujung. Tidak ada lagi pihak yang tampil untuk membantu siasatan melainkan beratus-ratus surat cemuhan dan usikan yang dihantar kepada jabatan polis Los Angeles. 

Kes Black Dahlia telah menjadi inspirasi kepada berpuluh-puluh novel, pembuat filem dan memberi inspirasi kumpulan muzik metal (Black Dahlia Murder) tetapi malangnya pembunuh Black Dahlia masih bebas sehinggalah sekarang atau mungkin juga sudah lama menemui ajalnya tanpa diadili undang-undang!

Kes Black Dahlia terus diselubungi misteri!


CALIFORNIA: Sebuah pesawat rahsia Amerika Syarikat (AS) yang telah mengelilingi dunia sejak dua tahun lalu mendarat di kem tentera Vandenberg pada Jumaat.

Pesawat yang dikenali sebagai X-37B mendarat pada pukul 9.24 pagi di kem tentara udara AS selepas didakwa melakukan tugas rahsia dari udara.

Berikutan itu, misi rahsia selama 674 hari pesawat berkenaan kini menjadi perkara yang ingin diketahui pelbagai pihak sama ada di AS atau dari luar.

Sesetengah pakar menyifatkan pesawat yang membawa keperluan intipan telah selesai melakukan tugasnya seperti di dalam filem James Bond.




Wujud juga teori bahawa pesawat tanpa pemandu berkenaan telah selesai melakukan intipan terhadap pesawat negara lain yang berada di udara termasuk mengintip makmal satelit China.

Terdapat yang mendakwa, pesawat itu hanya menjalani eksperimen terhadap orbit.

X-37B merupakan pesawat intipan kedua yang dibina sejak 1999 untuk melakukan misi rahsia dari udara.

Pesawat itu mempunyai ketinggian 2.8 meter dan 8.8 meter panjang. Ia bergerak menggunakan kuasa solar ketika berada di udara.

Pemerintah Komunis di Korea Utara pada akhir Februari lalu telah memperkenalkan sejenis peraturan yang boleh dianggap pelik! Setiap rakyat di negara itu hanya boleh memilih gaya rambut yang hanya dibenarkan oleh kerajaan Korea Utara.


18 Gaya Rambut Bagi Wanita

Terdapat 18 gaya rambut yang boleh dipilih oleh kaum wanita manakala 10 gaya rambut untuk lelaki. Rambut lelaki pula haruslah pendek dari 5cm dan perlu dipotong setiap 15 hari sekali.



10 Gaya Rambut Lelaki
Peraturan ini dikuatkuasakan oleh kerajaan Korea Utara sebagai usaha bagi mengekang pengaruh budaya Barat dalam kehidupan rakyat negara itu.


Sonko Tijan (28) ialah player sebenar yang baru sahaja ditangkap di Austria. Lelaki yang berasal dari Gambia ini ditangkap kerana menipu kesemua wanita yang mempunyai hubungan dengan beliau dan atas kesalahan berpoligami. Sonko dilaporkan mempunyai 4 orang isteri, 7 orang tunang dan 5 orang teman wanita. Beliau merahsiakan hubungan beliau dengan 16 orang wanita ini dan berbohong dirinya adalah seorang ahli perniagaan. Apabila cinta sudah disemai beliau akan meminjam wang dan barang kemas dari wanita-wanita ini. 

Helah beliau ini terbongkar apabila seorang isteri beliau menemui seorang wanita lain dengan nama keluarga yang sama dengan Sonko Tijan di Facebook. Apabila beliau melihat profil beliau menyedari wanita tersebut bergambar dengan lelaki yang kelihatan serupa dengan Sonko Tijan. Selepas berbalas mesej kedua-dua wanita ini menyedari mereka berkahwin dengan lelaki yang sama. Laporan polis dibuat dan Sonko melarikan diri sebelum ditangkap. Pihak polis yang melakukan siasatan menemui 14 wanita lain yang turut ditipu Romeo Gambia ini. Dua orang teman wanita beliau kini sedang mengandung

. Taktik yang digunakan oleh Sonko ialah beliau merupakan imigran yang baru sampai ke Austria kerana melarikan diri dari kesusahan hidup. Bermodalkan cerita sedih ini ramai wanita terpedaya dan tergerak untuk membantu beliau. So people...... don't let sob stories fool you because most of the time they are damn lies!


Kota Bharu: Seorang penganggur bukan saja ditangkap penduduk kampung selepas 15 minit mencuri sebuah motosikal malah turut diikat di sebatang pokok kelapa bagi mengelakkannya melarikan diri sebelum diserahkan kepada polis di Kampung Gua Salor, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, suspek berusia 40-an datang dari Padang Tembak, dekat Pengkalan Chepa dikatakan sanggup menaiki bas sejauh 25 kilometer sebelum mencuri motosikal jenis Yamaha Ego itu.

Menceritakan kejadian itu, mangsa Yaakob Harun, 45, berkata, sebelum kejadian dia sedang membeli barangan keperluan di sebuah kedai runcit di Kampung Seberang Pasir Mas.
"Tidak sampai lima minit di dalam kedai, saya mendapati motosikal dilarikan oleh seorang lelaki sebelum keluar untuk mengejarnya.

"Saya minta pertolongan penduduk kampung dengan menaiki motosikal dan mengejar lelaki itu sejauh tiga kilometer (km)," katanya di sini, semalam.


Hmetro


Tidak timbul isu mabuk atau bersosial dengan wanita seksi. Malah tujuan dia bergambarpun hanya sekadar memenuhi permintaan peminat yang memintanya berbuat begitu! 

Begitulah jawapan Zul Ariffin mengenai dakwaan dia mabuk dan bersosial dengan wanita seksi di sebuah kelab di Pulau Langkawi, Kedah, baru-baru ini. 

"Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya. 

"Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat," ujar Zul menjelaskan bahawa gambar wanita yang tersebar itu adalah peminatnya dan dia tidak mengenali wanita berkenaan. 

"Kadang-kadang rasa serba salah untuk menolak permintaan peminat untuk bergambar atau menegur cara mereka kerana bimbang mereka berkecil hati. 



"Namun kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati apabila bergambar dengan peminat wanita selepas ini," jelasnya ketika ditemui media pada majlis pengumuman pengacara Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling, Selangor hari ini. 

Mengenai kononnya Zul seolah melarikan diri daripada media apabila isu tersebut timbul, jawabnya dia tidak berniat berbuat demikian. 

"Saya bukan lari tapi tunggu masa sesuai dapat berjumpa semua media untuk jelaskan situasi sebenar kerana lebih mudah menjelaskan secara berhadapan. 

"Tetapi dua orang pertama yang tahu situasi sebenar adalah ibu saya dan Gayatri," ujarnya yang tidak menyalahkan wanita berkenaan yang memuat naik foto berkenaan di laman sosial. 

Dalam hal ini, katanya ada pihak yang cuba memutarkan cerita sebenar disebalik gambar tersebut untuk kepentingan sendiri. Sehubungan itu, dia akan lebih berhati-hati sekiranya ingin bergambar dengan peminat wanita di lain masa. 



Jika sebelum ini hanya empat anggota rancangan realiti popular Running Man, Kim Jong Kook, HaHa, Song Ji Hyo dan Jee Seok Jin telah mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia, berita terbaru yang kami terima ialah seorang lagi ahli bakal turut serta.

Lee Kwang Soo atau lebih terkenal dengan nama Zirafah atau pengkhianat Running Man menyertai rakan-rakannya yang  lain pada 1 November ini.

Kedatangan mereka bersempena dengan Race Start Season 2 In Malaysia dan akan menghiburkan peminat rancangan popular itu.

Bakal berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur, peminat bertuah juga berpeluang naik ke atas pentas sekaligus terlibat dengan permainan interaktif yang diadakan.

Bagi yang berminat, jualan masih dibuka sehingga 23 Oktober ini.

Anda boleh membeli tiket-tiket yang dijual pada harga RM729 (VIP), RM499 (Cat 1), RM429 (Cat 2), RM299 (Cat 3) dan RM199 (Cat 4).

Sebagai tanda penghargaan, pemegang tiket VIP akan menerima pas masuk berautograf eksklusif yang membolehkan anda bertemu dengan empat selebriti pujaan berkenaan dengan lebih dekat.

Untuk pengetahuan anda juga, kelima-lima mereka juga akan kembali ke SIngapura pada 29 November untuk misi yang sama selepas musim pertama Race Start di negara tersebut pada tahun lepas mendapat sambutan memberangsangkan.

Jangan lupa untuk layari laman web rasmi ONE, Facebook dan Twitter atau terus ke saluran Astro Ch 393 untuk mengetahui maklumat lanjut.

Running Man bersiaran selama dua jam setiap Jumaat jam 11.50 malam di Astro S One HD, saluran 393

Penyampai terkenal radio Era, Ira Mohd Amin akui insiden dia tidak bertudung ketika keluar bersama selebriti Nana Mahzan semalam menerusi sebuah foto yang dimuat naik ke Instagram oleh rakannya itu adalah satu kesilapan besar yang pernah dilakukannya.
Menurut Ira, dia mengalami tekanan yang hebat selepas ramai peminat yang mengecam akan tindakannya itu di dalam laman sosial tersebut.
“Saya amat kesal dan saya rasa ia memang tak patut berlaku dalam hidup dan saya tak mahu salahkan atau libatkan sesiapa dalam hal ini. Memang silap saya dan saya minta maaf.
“Malah saya tak sangka rama yang perihatian dan mengecam saya semalam, terus-terang saya amat tertekan hingga tidak berhenti menangis. Namun saya terima semua teguran itu.
“Saya tidak sangka perkara ini boleh jadi besar begini tetapi saya belajar dari kesilapan supaya selepas ini berfikir dua kali sebelum hendak melakukan sesuatu,” katanya seperti dipetik murai.com.my.
Jelas Ira selepas diminta untuk mengulas mengenai foto dia kelihatan tidak bertudung itu telah mendapat tentangan serta kurang senang oleh peminat serta pengikutnya di Instagram semalam.
Dalam pada itu, bercakap mengenai status imejnya sekarang, Ira memberitahu dia masih dalam proses pembelajaran dan masih mahu kekal dengan bertudung.
“Saya akui memang sekarang ini saya masih dalam proses menyesuaikan diri untuk bertudung dan menjadi muslimah yang baik. Cuma dalam perjalannan itu saya akui telah melakukan kesilapan.
“Namun saya memang akan terus bertudung dan masih bertudung kini,” luahnya.
Ira yang mengendalikan segmen Hit Live Era di Era FM itu mula berhijab pada awal Ramadan lalu. - Astro Gempak

Bekas bintang Liverpool dan Leeds, El Hadji Diouf ketika ini tengah melakukan rundingan dengan Sabah FA untuk bermain di Liga Malaysia, dipetik perkongsian dari sebuah blog semalam.

Pemain antarabangsa Senegal itu kini tanpa kelab setelah meninggalkan Kelab Leeds akhir musim lalu.

Rundingan intensif terus berlangsung antara pengurusan Sabah FA dengan pemain berusia 33 tahun. Jika berjalan lancar maka Diouf akan menandatangani kontrak minggu depan.


Selama hampir satu dekad Diouf menghabiskan kariernya di England dan Scotland bersama Liverpool, Bolton, Sunderland, Blackburn, Rangers, Doncaster serta Leeds.

Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat ‘bermadu dengan anak sendiri’ menyebabkan dia yang mahu dikenali sebagai Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi.

Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas melihat perbuatan bekas suaminya yang mengambil kesempatan terhadap anak tiri.

Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama yang dikahwini pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian.

“Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang lagi anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Selepas bercerai, kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur,” katanya.

Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat seorang lelaki berusia 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada 2002.

“Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami mendapat dua anak masing-masing seorang lelaki yang kini berusia lapan tahun dan perempuan berusia lima tahun.

“Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit selepas saya mengambil dua anak dengan suami dulu tinggal dengan kami di ibu kota,” katanya. Menurutnya, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu.

“Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu tidur.

“Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak lain tahu,” katanya. Menurutnya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik.

“Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu.

“Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah umur,” katanya. Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas baran dan suka memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang dijadikan hamba seks itu tidak dipukul. “Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak perut saya walaupun ketika itu saya baru tiga hari selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

“Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasmara dengan anak ketika mereka di dapur,” katanya. Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya turut menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali masuk ke bilik bapa tiri sebelum keluar dua hingga tiga jam kemudian

“Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya sebelum ini kerana takut dipukul suami yang panas baran, malah dia pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana mengetahui hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu.

“Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang berlaku ditambah dengan apa yang saya lihat, saya meminta cerai dan kami berpisah Ogos tahun lalu,” katanya. Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu.


“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk. “Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya,” katanya.

Kemalangan yang membabitkan 3 buah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta di KM25 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur pagi tadi telah mengorbankan 2 nyawa penunggang manakala seorang lagi cedera parah.

Salah seorang mangsa kemalangan maut akibat rentung selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbakar.

Berita kemalangan ini mengejutkan dan mendapat perhatian kumpulan motosikal berkuasa besar yang lain termasuk rakan-rakan mangsa.


Bagaimanapun, melalui satu perkongsian di laman blog ini, status WhatsApp terakhir mangsa yang maut terbakar agak memilukan kerana menceritakan tentang kematian.


KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kedai makan di Kampung Bharu ditumbuk apabila pelanggan kedai itu tidak berpuas hati kerana dikenakan caj tambahan sebanyak enam peratus.

Menceritakan keadaan itu, pengurus kedai makan berkenaan berkata, majikannya terpaksa menghentikan caj enam peratus itu setelah mendapat rungutan pelanggan.

“Ramai marah apabila caj tambahan itu dikenakan, mereka kata tidak patut kedai kami kenakan cukai itu. Mereka merungut ‘kedai nasi campur pun nak kenakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) ke?

“Sebenarnya caj berkenaan baru dikenakan sekitar dua minggu lalu kepada pelanggan setelah didenda sebanyak RM23,000 akibat tidak memulakan operasi memungut cukai sebaik mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bulan enam lalu,” dakwanya yang enggan dikenali.

Dakwanya lagi, bukan mahu mengambil kesempatan tetapi itu adalah syarat yang ditetapkan kerajaan.

Pengurus kedai itu mendakwa menerima arahan untuk memungut cukai itu sebagai langkah persediaan kepada pelaksanaan GST.

“Kami mendaftar kerana tidak mahu lari daripada membayar cukai, bersikap bertanggungjawab atas perniagaan ini. Namun ramai yang menyangka kami telah laksanakan GST lebih awal,” katanya.

Ditanya adakah kedainya itu mencatatkan pendapatan melebihi RM500,000, pengurus itu bagaimanapun kurang pasti mengenai perkara itu. - Sinar Harian


Seorang saintis telah membuat penemuan yang mengejutkan dalam hidupnya apabila dia terjumpa seekor labah-labah bersaiz seekor anak anjing.

Piotr Naskrecki, seorang entomologist, berkata bunyi labah-labah jenis Goliath birdeater itu berjalan menyerupai bunyi derapan kaki kuda.

Saintis itu menemukan labah-labah tersebut di hutan hujan Amazon


Hari ini netizens di Malaysia dikejutkan dengan beberapa keping gambar yang memaparkan aksi mesra Dyana Sofya dan Zairil Khir.

Yang menghairankan, jika dilihat pada screenshot, gambar tersebut dimuat naik sendiri oleh Zairil Khir.


Dyana Sofya dan Zairil perlu tampil dan memberikan penjelasan tentang isu ini. Jika palsu ,pencerahan perlulah cepat dibuat kerana mereka ini merupakan public figure dan role model kepada rakyat di Malaysia. - SiakapKeli.com

RAJA DAN KEKEBALAN

Suatu ketika dulu, Tun Dr Mahathir mengurangkan KEKEBALAN raja kerana beliau tahu, jika manusia itu terlalu berkuasa, mereka akan melakukan sesuatu di luar batas tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Tun Dr Mahathir sangat mementingkan keadilan. Ini antara cabaran yang Tun Dr Mahathir yang berjaya lakukan. Sama ada terus menerima aduan rakyat terhadap institusi diraja atau menerima akibat daripada kebencian rakyat yang meluap-luap terhadap institusi tertinggi itu sehingga boleh menyebabkan institusi itu tumbang seperti di sesetengah negara.

Bijaknya, Tun Mahathir berjaya memujuk Raja-Raja Melayu ketika itu untuk mereka bersetuju dengan undang-undang baharu ketika itu termasuk Almarhum Raja Azlan yang merupakan orang pertama yang menentangnya yang akhirnya bersetuju dengan Tun Dr Mahathir.

Menariknya, DAP yang jarang bersetuju dengan apa yang dibentang kerajaan ketika itu bersetuju di Dewan Rakyat untuk meminda undang-undang tersebut! - SUMBER

Tetapi hari ini, puak² pembangkang mengutuk Tun Mahathir kerana mengurangkan kekebalan raja-raja Melayu. Dalam masa yang sama, mereka juga bersekongkol dengan DAP yang terang-terangan memusuhi dan menentang keistimewaan ini.


Nampaknya amalan bertolak ansur dalam tren di negara ini masih jauh panggang dari api meski pun gambar pada notis keutamaan tempat duduk boleh difahami oleh semua orang.
Dek kerana perbuatan mementingkan diri ini, seorang ibu terpaksa berdiri sambil mendukung bayinya di depan tiga gadis dalam gambar di atas.

Akibatnya dia terjatuh bersama bayi lalu berkongsi pengalaman pahit tersebut di Facebook agar dapat dijadikan pengajaran.



Bayangkan betapa keringnya hati tiga gadis ini apabila masih selamba menggodek telefon bimbit dan buat-buat tak tahu sahaja selepas seorang ibu dan bayi terjatuh depan mereka?
Diharapkan spesis mementingkan diri seperti mereka tidak lagi membiak kerana ini adalah sikap manusia primitif yang sepatutnya tidak ada dalam masyarakat moden hari ini.


Shenyang: Sebuah Porsche baru berharga RM263,000 kemalangan selepas pemandunya merempuh beberapa kereta lain tidak lama selepas meninggalkan kedai tempat dia membeli kereta itu.

Kejadian berlaku apabila pemandu itu, Ping Ch’ang, 27, membelok keluar dari garaj kedai berkenaan untuk pulang. Dia tertekan pedal minyak dan merempuh deretan kereta di lampu isyarat.

“Dia cuba menukar lorong tanpa memberi isyarat dan tertekan pedal minyak menyebabkan keretanya meluncur laju dan melanggar kereta di depan,” kata seorang saksi.

Jurujual Porsche, Qiang Chiu berkata: “Kami masih melambai ke arahnya apabila dia menekan minyak dan melanggar kereta lain. “Kami meluru ke tempat kejadian. Pemandunya selamat, tetapi keretanya teruk. Kami sudah mengingatkan dia kereta itu memang laju.” Ping mungkin perlu berbelanja RM300,000 lagi untuk kereta Porsche Boxster putih itu dan empat kereta lain yang dilanggarnya.
Jurucakap polis berkata, wanita itu perlu bertanggungjawab terhadap kemalangan itu memandangkan kereta lain semua berhenti ketika kejadian. -Agens