Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Kita semua tahu bahawa MALAYSIA ialah nama negara kita setelah berlaku percantuman antara 11 negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebelum penubuhan Malaysia, kita di Semenanjung Tanah Melayu memanggil negara kita Persekutuan Tanah Melayu. Semasa negara kita merdeka dari British pada tahun 1957, nama negara kita pada masa itu ialah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. 

Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh penjajah British, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan UMNO(United Malays National Organisation). Sebelum itu, negeri-negeri yang tergabung di dalam Persekutuan Tanah Melayu di panggil negeri-negeri TANAH MELAYU sahaja. Di dalam bahasa Inggeris, negeri-negeri Tanah Melayu dipanggil ‘Malay States’, sementara Persekutuan Tanah Melayu di panggil ‘Federation of Malaya’, atau ‘Malaya’ sahaja. 

Persoalannya, bagaimana timbul nama MALAYSIA, iaitu gabungan nama-nama MALAYS dan ‘IA’. Dan kenapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu menamakan nama negara kita MALASIA. Apakah dengan pertukaran nama dari Persekutuan Tanah Melayu kepada MALAYSIA, terhapuslah kata asal MELAYU sebagaimana dalam nama Persekutuan Tanah Melayu? 

Kalau kita kaji nama-nama negara-negara di dunia, terdapat nama-nama utama negara dunia, iaitu yang berakhir dengan ‘land’ , ‘tan’ dan ‘ia’. Semuanya membawa maksud yang hampir sama, bermaksud ‘tanah’. ‘Land’ ialah dari bahasa Inggeris/Eropah, ‘tan’ dari bahasa Farsi, dan ‘ia’ dari bahasa Latin. 

Antara nama-nama berakhir dengan ‘land’ ialah England(Tanah bangsa Angels), Iceland(tanah air batu atau ‘ice’), Scotland(tanah bangsa Scots), Swaziland(tanah bangsa Swazis), Finland(tanah bangsa Finns) dan sebagainya. Tidak lupa juga nama Thailand(tanah bangsa Thai). 

Antara nama-nama negara berakhir dengan ‘tan’ ialah Pakistan(tanah suci), Tajikistan(tanah bangsa Tajik), Afghanistan(tanah bangsa Afghan) dan Kirgyztan(tanah bangsa Kysgyz). Lain-lain nama termasuk Baluchistan, Kazakhstan, Turkemanistan. 

Hampir separuh nama-nama negara dunia berakhir dengan perkataan ‘ia’. Antaranya termasuk Russia(tanah bangsa Ross), Somalia(tanah bangsa Somali), Algeria(tanah bangsa Algiers), Bolivia(tanah bangsa Bolivars), India(tanah sungai Indus), Columbia(tanah Columbus), Mongolia(tanah bangsa Mongols), Ethiopia(tanah bangsa kulit hitam) dan sebagainya. 


Dari paparan di atas, jelaslah nama MALAYSIA adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU. Jadi MALAYS-IA bermakna LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU

Kebiasannya kita hanya mengambil berat cara pemanduan tanpa mempedulikan faktor-faktor lain yang juga boleh menyumbang kepada terjadinya sesuatu insiden kemalangan jalan raya.
Seperti video yang ingin dikongsikan di bawah ini menunjukkan situasi seorang pemandu teksi yang melanggar pintu belakang sebuah teksi lain yang dibuka oleh penumpangnya untuk keluar.
Ramai mengatakan penumpang itu bersalah kerana tidak keluar menggunakan pintu sebelah kiri sementara ada juga yang menyalahkan pemandu teksi tersebut yang memandu laju sehingga tidak sempat menekan brek.
Pengajarannya di sini, sentiasalah berhati-hati walaupun anda hanyalah penumpang.
Sebelum nak buka pintu, tengok dulu arah belakang, mana tahu ada kereta yang tiba-tiba laju, tak semena-mena habis kopak pintu kereta dan sentiasa menjaga jarak selamat anda dengan kenderaan di hadapan ya

Seorang pelajar perempuan di Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat, Alyssa Funke nekad mengambil nyawanya sendiri selepas tidak tahan dibuli rakan-rakannya berhubung video seks yang dilakonnya.
Alyssa, 19, yang merupakan seorang pelajar cemerlang dalam bidang akademik dikatakan cuba mengejar impiannya untuk bergelar pelakon popular dan buat permulaan dia mengambil langkah dengan berlakon dalam video seks amatur.
Untuk tujuan itu, dia telah menghadiri sesi temu duga syarikat Casting Couch Videos dan kemudiannya terus merakam video seksnya dan tidak sampai dua minggu selepas videonya tersebar, Alyssa nekad membunuh diri selepas tindakannya itu diejek rakan sekuliah.
Alyssa membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri di sebuah tasik di Minnesota dengan menggunakan senapang yang dibelinya, baru-baru ini.
Seorang pelanggan sebuah kedai mamak di Johor Bahru terkejut apabila mi segera goreng yang dipesan untuk sarapan pagi Ahad lalu sampai bersama ketulan ayam goreng yang sudah berulat.

Menerusi video yang diambil, sesiapa pun pasti berasa mual melihat banyak ulat keluar di sebalik ayam yang dipercayai tidak digoreng baru tetapi lebihan hidangan hari sebelumnya yang tidak habis dijual.
Pelanggan yang menyebarkan video ini mendakwa, kejadian berlaku di sebuah restoran mamak terkenal yang terletak di Taman Skudai Ria, Johor Bahru.
Fuh, mujurlah makanan sampai awal pagi. Bayangkan kalau mi segera dengan ayam goreng berulat ini dihidangkan pada malam hari sewaktu pelanggan duduk di luar kedai yang gelap.
Mesti terus ngap masuk mulut baru perasan makhluk-makhluk kecil tu kan? Euuu!


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014. Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:
i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan
ii) Coklat Susu dengan Buah Badam – Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu – Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).
Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

NAMA : NOR SUZAMAN BIN ABDUL RAHMAN
Perhubungan Awam
Unit komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
TEL : 03-8883 2782
EMEL : n.suzaman@moh.gov.my – BERNAMA

Pemain kebangsaan Portugal, Christina Ronaldo yang tidak asing lagi dalam modeling tampil berbogel untuk muka hadapan majalah fesyen Vogue versi Sepanyol bersama kekasihnya, model popular jenama pakaian dalam Victoria’s Secret, Irina Shayk.
Christiano menjayakan sesi fotografi tersebut tanpa seurat benang di badannya melainkan sehelai kain berwarna putih melindungi sebahagian besar badan Irina.
Gambar tersebut hampir mendedahkan alat sulit Christiano tetapi dilindungi dengan tubuh badan kekasihnya itu.
Pastinya gambar ‘super’ seksi ini dapat meningkatkan populariti Christiano dan pasukan kebangsaannya sementelah dia bakal beraksi pada Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Brazil, Jun depan. 

Wanita ini sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.
Apa yang menyedihkan lagi,dikatakan suami wanita ini tidak berkerja dan seorang penagih dadah tegar.
Dikatakan juga suami beliau ini telah melarikan diri dan besar kemungkin disebabkan itu,  wanita ini nekad menagih syabu tahap ‘overdose’ sebelum keluar mencari suaminya.
Kejadian yang baru berlaku ini dikatakan terjadi di Negeri Sembilan
Apakah nasib dua orang anak mereka selepas ini..hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Terima kasih kepada rakan yang ‘private’ namanya kerana sudi berkongsikan berita ini.

Ingatlah bahawa dadah itu hanya syok seketika sahaja namun sakitnya sangat berpanjangan dan cerah kemungkinan anda akan cepat maut!!..

Kuala Lumpur: “Biasanya ayah selalu terus keluar bekerja, tapi semalam dia sempat beri nasihat supaya saya menjaga adik-adik,” kata Mohd Haikal Jefri, 16, anak sulung kepada pasangan suami isteri yang maut akibat digilis lori muatan tanah di Jalan Cheras di sini pagi, semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata ibunya pula tidak banyak bercakap sejak seminggu lalu.
Menurut Mohd Haikal, dia tidak menyangka ciuman tangan ibu dan bapanya pagi semalam adalah yang terakhir bagi mereka adik-beradik sebelum menjadi yatim piatu.

Bagaimanpun, dia reda dengan kejadian itu dan akan menjaga adik-adik yang masih kecil dengan bantuan ibu dan bapa saudara.

“Saya dan adik-adik tak akan berpisah, lagi pun ibu dan ayah saudara sudah beritahu akan jaga kami,” katanya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras.

Cannes: Beberapa calon yang bakal mengikuti ekspedisi meneroka angkasa lepas sanggup membayar AS$1 juta (RM3.2 juta) semalam hanya untuk merasai pengalaman ke bulan bersama Leonardo DiCaprio.
Aktor utama filem Wolf of Wall Street itu membuat tawaran menyertainya dalam pengembaraan hebat itu ketika menyertai majlis lelongan di Cannes, Perancis untuk pertubuhan amal amFAR.
Namun, penganjur majlis berkenaan tidak mengumumkan identiti pemenang bidaan itu.

Mengikut jadual, pengembaraan ke angkasa lepas itu akan diadakan tahun depan. Sementara itu, Pengerusi amFAR, Sharon Stone berjaya mengumpul sebanyak AS$38 juta (RM122 juta) di majlis berkenaan.
Ia tahun kedua DiCaprio menawarkan perjalanan ke angkasa dalam acara lelongan untuk pertubuhan kebajikan AIDS itu.

Tahun lalu, seorang hartawan Russia Vasily Klyukin membayar AS$1.5 juta (RM4.8 juta) untuk meneroka angkasa bersama DiCaprio dengan kapal angkasa Virgin SpaceshipTwo. - Agensi