Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Jika sebelum ini ramai aktivis dan pencinta haiwan melarang penggunaan bulu binatang dalam penghasilan pakaian disamakan dengan perbuatan membunuh.

Namun kali ini, usah risau lagi kerana terdapat sebuah syarikat rekaan pakaian yang telah memperkenalkan penghasilan jaket bulu yang dihasilkan sepenuhnya daripada bulu dada lelaki!

Kumpulan pereka jaket ini telah menghabiskan masa sehingga 200 jam untuk ‘menenun’ lebih dari sejuta bulu dada lelaki yang telah dikumpul itu.

Sebuah syarikat tenusu yang dikenali sebagai Arla, telah bersetuju untuk melancarkan jaket ini bersama produk minuman susu terbaru mereka, Wing-co.
Jaket ini akan dijual pada harga £2,499 (RM12,391).




Seorang pesara di Lincolnshire telah membina sebuah kereta bomba terkecil beroda tiga di dunia.


John Ward, telah menghabiskan masa selama empat bulan mengubah suai sebuah kereta kecil menjadi kereta pemadam kebakaran lengkap dengan enam meriam air, tangga penyelamat dan siren.

Kereta itu boleh dipandu di jalan dan mempunyai loceng tembaga, lampu kuning, biru dan merah, tangki air 50 liter dan dengan kelajuan tertinggi 60mph.

Kereta terkecil Ini mempunyai dua meriam air di bumbung, dua di kap mesin dan dua di bahagian belakang kereta, yang semuanya dikendalikan oleh sebuah butang di dashboard.

Mr Ward, dari Spalding, mengubah suai kereta tersebut berikutan rancangan Kerajaan akan menggabungkan petugas pemadam kebakaran dan mempertahankan panggilan dari rumah, bukan bomba sepenuh masa.

Kerata pemadam kebakaran terkecil ini dapat menampung dua petugas pemadam kebakaran.


Hutan yang biasanya gelap dan mennyeramkan di malam hari.Imaginasi itulah yang ingin diciptakan Bruce Munro, seniman yang namanya menjadi popular berkat spesialisasinya membuat pemasangan cahaya.


Karya seniman kelahiran Salcombe, Devon, 1959 ini pertama kali dipamerkan di V & A Museum tahun 2004. Sebelumnya, Bruce yang berkelulusan politeknik seni rupa di Bristol pernah pindah ke Australia berusaha sebagai pereka iklan khusus ruangan luar. Kemudian kembali ke  England tahun 2002 agar lebih serius berkarya di bidang seni cahaya yang ditekuninya.

Salah satu karya instalasinya yang menarik perhatian apabila membuat Longwood Gardens, taman seluas 23 Hektar di Amerika jadi bercahaya setiap malam selama bulan Jun-Oktober 2012 silam. Foto-fotonya terlihat di bawah ini.


Saat melihat susuk tubuh budak perempuan ini, pasti anda akan berfikir bahawa ia adalah anak kecil yang baru berusia 2 tahun. Tetapi budak perempuan yang bernama Pei Shan ini akan berusia 15 tahun pada 5 Ogos ini.

Pei Shan merupakan putri pasangan Teo Qi Kuang (54) dan Florence Chew (44). Sejak Florence mengandung, ia kelihatan seperti pasangan lain yang ingin segera mendapat anak, melakukan pelbagai persiapan untuk menyambut buah hatinya. 

"Saya membaca banyak buku untuk mencari maklumat dan bahkan membeli sebuah jurnal. Semua disiapkan untuk memetakan bagaimana tahap perkembangan bayi kami. Saya bahkan merancang untuk mendaftarkannya ke acara bayi. Tapi perkembangannya berhenti pada umur tiga bulan," tutur Florence.
Dipetik dari Asiaone, pada Jumat (2/8/2013), Pei Shan dirawat di rumah sakit pertama kali saat umurnya empat bulan. Dikala itu ia menunjukkan tanda stridor, sebuah gejala mengi bernada tinggi yang mana terjadi pembuka antara pita suara menjadi sempit.

"Pekara Itu terjadi ketika doktor memperhatikan bahawa ternyata tungkainya lebih pendek dari bayi normal seumurnya. Kami dinasihatkan untuk memperhatikan keadaan pertumbuhan fizikalnya, kerana pertumbuhan fizikal anak perempuan terkadang lebih lambat," terang Florence mengingat kejadian pada saat Pei masih kecil.

Teo berkata, "Satu keadaan (kesihatan) akan muncul selepas yang lain. Setiap kali kami pikir kami akan boleh mengatasi salah satu rintangan, pukulan lain akan datang dan kami harus melewati situasi penderitaan serta emosi yang naik turun. Itu kelihatannya tidak akan berakhir."

Hingga saat ini, doktor belum boleh mendiagnosis keadaan perubatan Pei Shan secara tepat. Pei Shan akan berumur 15 tahun pada tarikh 5 Ogos ini. Tapi ia terjebak di dalam tubuh bayi yang gemuk. Dan kelihatan seperti bayi, Pei Shan juga menggunakan lampin.
"Kebahagiaan kami sebagai orang tua berbalik menjadi putus asa. Terkadang saya tertanya-tanya, kenapa kami? Apa yang telah saya lakukan di kehidupan sebelumnya hingga saya harus membayarnya sekarang? Pada awalnya, kami hanya fokus dalam cuba untuk mengatasi keadaan, tidak ada masa untuk memikirkan yang lain, "keluh Teo.

Terkadang ketika hendak tidur, Teo berharap tidak akan bangun lagi pada esok paginya. "Tapi pantas saya mengingatkan diri saya bahawa pekara itu sangat tidak bertanggung jawab. Anak dan isteri saya akan sendirian mengurus diri," katanya.

Florence, ibu dari Pei Shan, akhirnya berhenti dari pekerjaannya sebagai pegawai bank agar boleh menjaga Pei Shan sepanjang hari pada ketika umur Pei Shan sembilan bulan. Dan saat ini ia menjadi ibu yang sensitif pada setiap suara yang datang dari bilik anaknya.

"Saya boleh mendengar suara dari gelang kaki yang digunakannya bahkan saat saya sedang berada di dalam tandas atau dapur. Atau saat ia memanggil, 'mee' ( mami), dan saya boleh mendengarnya memanggil saya. Dia bergerak pun saya boleh mendengarnya. Bahkan jika sedang bising, "tuturnya.

Ketika umur Pei Shan berusia sekitar dua tahun, ia masuk sekolah khusus Margaret Hard School selama satu tahun. Tapi jika ia berada di luar, itu ertinya ia akan lebih terdedah terkena jangkitan. Kerana itu Pei Shan harus mengikuti home schooling.

"Pernah sekali, tahap oksigennya turun hampir sifar dan tubuhnya menjadi biru. Kami hampir kehilangan dia. Bila saja dia dijangkiti dan harus dirawat, ia harus melewati pusingan penderitaan. Doktor merasa sukar untuk mengambil darahnya untuk ujian, kerana mereka tidak dapat mencari venanya, "kata Teo.

Teo berkata bahawa walaupun sakit, Pei Shan tidak menangis. Seperti Pei Shan tahu jika menangis maka dirinya akan menyakiti hati kedua orang tuanya. Meski pun demikian terkadang orang tuanya melhat ada titisan air mata di sudut mata gadis kecil itu.

"Saya pernah berkata pada Pei Shan, 'jika satu hari nanti kamu berada di rumah sakit untuk memperjuangkan hidupmu dan kamu merasakan sakit yang tidak tertahankan, lepaskan saja, pasrahkan saja, mami akan membenarkan kamu melakukannya'," jelas Florence.

Ia menambahkan, "Saya katakan kepadanya bahawa ia akan pergi ke syurga dan ia tidak perlu bimbangkan saya dan ayahnya. Pei kemudian bertanya, 'Lalu apa yang akan dilakukan Mami dan Papa?'"

"Lalu saya menjawab bahawa ayahnya mungkin terus bekerja dan saya akan merawat anak lain yang menderita atau neneknya. Pei Shan kembali bertanya, 'Lalu apa yang akan aku lakukan di syurga?' Saya katakan kepadanya bahawa ia akan menjadi malaikat. Malaikat kecil kami di syurga.

Main di waterpark tak pernah seseru ini. Aquaventure di Bahamas mencabar pengunjungnya untuk naik gelongsor dan melewati kolam penuh yu. 


Leap of Faith adalah salah satu permainan yang paling digemari di Aquaventure, Atlantis Paradise Island Resort, Paradise Island, Bahamas. Pertama,permainan gelongsor air ini mempunyai tema yang unik iaitu kuil Suku Maya. Kedua, permainan ini akan membuat anda harus melewati kolam yang penuhi ikan yu.
Permainan ini merupakan salah satu yang paling ngeri di sana.Pengurus Marine Operations, Mark Gsellman pun menjelaskan mengapa ia menjadi yang paling ngeri.

"Leap of Faith sengaja dibina untuk memberi pengalaman yang tiada dua. Tidak ada gelongsor lain yang boleh memberikan sensasi lebih menarik setelah naik permainan ini," kata Mark.
Menurut Mark, adrenalin yang mengalir ketika meluncur di cerun curam, menambahkan kesan yang menarik ketika melewati kolam yang dipenuhi ikan yu tidak boleh didapati di tempat lain. Tetapi tak perlu takut digigit jerung, kerana anda akan masuk ke dalam terowong lutsinar ketika melewati kolam ikan yu.

Untuk memuaskan para pengunjung, kolam ini diisi oleh belasan yu suster dan yu karang Caribbean yang rata-rata panjangnya 4 meter. Gelongsor air ini mempunyai panjang 18 meter dengan kelajuan meluncur 10.5 km per jam.
Aquaventure adalah water park yang terbesar di dunia dengan keluasan 56,4 hektar. Dalam water park terdapat permainan Power Tower setinggi 39.3 meter, 2.8 hektar laguna untuk snorkeling dan  pesisir pantai yang boleh dinikmati.

Wowwww!!!! Lelaki berasal Pesaro, Itali, ini memulakan kegiatan mengumpul tin Coca Cola sejak usia 15 tahun. Hobi uniknya bermula dengan mengumpul tin edisi khas yang diberikan ayahnya ketika pulang dari Eropah.


Kini Davide sudah mempunyai tin Coca Cola dari seluruh dunia, kecuali Cuba dan Korea Utara yang sememangnya tidak menjual minuman tersebut.

"Ayahku pulang dari perjalanan perniagaan di Eropah dan memberiku tin 150 ml dari pesawat dengan reka bentuk khas yang hanya ada di negara lain," tutur Davide tentang tin pertamanya. Ia juga mengatkan bahawa tin paling mahal dalam simpanannya adalah edisi perayaan dengan warna emas.

Sementara itu koleksi nya yang tertua adalah dalam rekabentu berlian keluaran 1959.Selain itu ia juga mempunyai tin dari Nicaragua dan Namibia, termasuk tin Ghostbuster berasal dari Puerto Rico. Davide bahkan mempunyai tin edisi khas untuk pegawai Coca Cola Itali.

kebiri21
Tradisi kebiri "kasi kemaluan" ini disebut juga Eunuchs atau disebut juga kasim,seorang laki-laki yang kehilangan kesuburannya kerana kemaluannya telah dibuang dengan sengaja atau kerana sebab-sebab lain.Catatan-catatan paling awal tentang pengebirian dengan sengaja untuk menghasilkan orang kasim berasal dari kota Lagash di Sumeria pada abad ke-21 SM. 
Sejak itu, selama beribu-ribu tahun orang kasim bekerja di berbagai kebudayaan seperti pelayan istana atau pelayan rumah tangga, penyanyi laki-laki dengan suara tinggi, petugas-petugas keagamaan khusus, pejabat pemerintah, komandan militer, dan pengawal kaum perempuan ataupun pelayan
Orang kasim pertama disebutkan di empayar Asyur (l.k. 850 hingga 622 SM). Mereka  biasa tampil di istana maharaja-maharaja Akhemenid dari Persia atau firaun dari Mesir (hingga dinasti Lagid yang dikenal sebagai Ptolemeus, yang berakhir dengan Cleopatra).Di Tiongkok kuno, pengebirian adalah salah satu bentuk hukuman tradisional (hingga Dinasti Sui) dan sarana untuk mendapatkan pekerjaan di kalangan istana maharaja. Pada akhir Dinasti Ming ada 70.000 orang kasim di Istana maharaja. Jabatan seperti itu demikian berharga orang-orang kasim tertentu berhasil mendapatkan kekuasaan yang demikian besar sehingga melampaui kekuasaan perdana menteri sehingga pengebirian diri sendiri harus dilarang.
Jumlah orang kasim yang menjadi pegawai Istana maharaja akhirnya menurun hingga 470 orang pada 1912, ketika mereka tidak lagi digajikan. Orang-orang kasim diberikan jabatan-jabatan pegawai negeri yang demikian tinggi dengan alasan bahwa  mereka tidak dapat mempunyai anak, mereka tidak akan tergoda untuk merebut kekuasaan dan mulai sebuah dinasti. Pada saat yang sama, sebuah sistem serupa juga ada di Vietnam.

Pereka Jepun, Ai Hasegawa punya idea aneh bagaimana manusia memenuhi keperluan makanan dimasa datang jika makanan yang ada di dunia sudah semakin berkurangan.

Ai Hasegawa berfikir jika suatu masa nanti manusia akan mengalami krisis makanan kerana jumlah populasi manusia yang terus bertambah setiap tahun semantara sumber makanan yang ada di dunia mulai sukar untuk didapatkan.

Selain mengalami krisis makanan, dunia juga saat ini mulai mengalami krisis haiwan. Haiwan yang hampir pupus akibat tingginya jumlah populasi manusia yang kian hari makin merosakkan bumi.

Dari sinilah idea aneh timbul di fikiran Ai Hasegawa dia berfikir untuk menyelamatkan haiwan-haiwan dari kepupusan akibat dimakan manusia maka manusia harus melahirkan haiwan yang akan dimakannya sendiri.

Penasaran dengan idea aneh dari pereka Jepun itu, VICE.com pun kemudian menghubungi Ai untuk mengetahui konsepnya. Ai menjelaskan bahawa rahim manusia mempunyai saiz yang tepat untuk menampung satu janin. Dia telah berbicara kepada doktor kandungan tentang cara-cara membuatnya lebih besar.

Ai sangat percaya bahawa manusia boleh menggunakan rahim mereka sebagai akuarium atau inkubator. Ai Hasegawa akan mengunakan ikan yu sebagai haiwan percubaan pertama yang akan dilahirkan manusia.

Satu pertanyaan, apa manusia bena- benar boleh mengandung haiwan dan melahirkan haiwan?
WANG dapat diselamatkan apabila isterinya sempat memaut seluar dalam lelaki terbabit.

Changchun (China): Cubaan seorang lelaki membunuh diri digagalkan isterinya sendiri apabila wanita terbabit sempat menyambar seluar dalamnya sebelum terlewat.

Menurut saksi Wang Li terkapai-kapai tergantung selama 20 minit sebelum polis dan anggota bomba tiba untuk menyelamatkannya. Ling cuba membunuh diri dengan melompat dari tingkap bilik tidurnya di tingkap atas bangunan enam tingkat di Changchun ibu negeri wilayah Jilin, utara China.

Keadaan menjadi sukar kerana pintu bilik tidur pasangan terbabit berkunci dari dalam dan menghalang anggota penyelamat bertindak lebih pantas.

Seorang saksi berkata mereka terdengar jeritan seorang lelaki dan terkejut apabila mendongak dan mendapati seorang lelaki tergantung dengan seluar dalamnya dipegang seorang wanita.

“Wanita terbabit kemudian merangkul kaki suaminya untuk mendapatkan cengkaman lebih kuat,” katanya. Beberapa orang cuba membantu dengan pergi ke rumah pasangan terbabit tetapi terhalang kerana pintunya berkunci.

Mereka juga gagal memecahkan pintu rumah itu. Detik dramatik itu berakhir selepas Wang, 45, ditarik ke dalam bangunan oleh pasukan penyelamat.

Sumber berkata Wang cuba membunuh diri kerana tertekan akibat menganggur. - Agensi

MyMetro
Penyelidik menunjukkan cara mudah godam iPhone. - Foto Agensi

Las Vegas: Tiga penyelidik menunjukkan bagaimana sebuah pengecas boleh digunakan untuk menggodam iPhone atau iPad dalam masa tidak sampai 60 saat.

Pendedahan itu tentu membimbangkan pengguna iPhone dan iPad dan ditunjukkan dalam konvensyen tahunan Black Hat membabitkan 7,000 penggodam dan pakar keselamatan yang membincangkan teknik godam terbaru.

Penyelidik di Institut Teknologi Georgia, Billy Lau dan pelajar, Yeongjin Jang dan Chengyu Song menunjukkan bagaimana pengecas itu iaitu komputer mikro menggodam menggunakan perisian Linux Beagleboard.


Komputer mikro itu hampir sama dengan komputer mikro Raspberry Pi buatan United Kingdom yang boleh bertindak sebagai penggodam.

Kawasan terbuka

Alat pengecas boleh diletakkan di kawasan terbuka tanpa menimbulkan rasa syak wasangka mangsa.

Ketika menunjukkan caranya, penyelidik menggunakan Facebook app sebagai contoh bagaimana ia boleh digodam.
Apabila pengecas dihidupkan dan pengguna memasukkan kod PIN, pengecas secara diam-diam membuang Facebook app rasmi dan menggantikannya dengan sesuatu yang kelihatan hampir sama.

Penggantinya sebenarnya adalah satu virus dan apabila dilancarkan telefon atau tablet berkenaan mudah digodam.

Virus atau malware berkenaan boleh digunakan untuk mengambil kata kunci, mengakses nombor, mesej dan membuat panggilan.

Selesai masalah

Apple sudah mengeluarkan maklum balas kepada pendedahan itu dengan mengatakan ia akan mewujudkan aplikasi melawan virus itu menjelang musim bunga tahun ini.

Kami mengucapkan terima kasih kepada penyelidik terbabit atas pandangan mereka yang banyak membantu pihak kami, kata jurucakap Apple, Tom Neumayr.

Bagaimanapun, sebelum masalah itu selesai, semua iPhone dan iPad terdedah kepada serangan penggodam.

Pengecas itu digelar Mactan merujuk kepada labah-labah Southern black yang nama saintifiknya adalah Latrodectus mactans.- AGENSI 

Hotel apa yang tertua di dunia? Ryokan Hoshi di Onsen Awazu Komatsu, Ishikawa, Jepun. Menurut Guinness Book of World Record Hotel tertua yang berusia 1000 tahun lebih itu sudah berdiri lebih dari 1300 tahun lalu.

Kisahnya bermula di tahun 717. Seorang sami, Taicho Daishi bermimpi bahawa ia diperintahkan dewa penjaga Gunung Hakusan untuk mencari mata air panas di desa Awazu.

Kemudian sang sami pergi ke desa tersebut bersama muridnya, Garyo Hoshi. Dengan bantuan penduduk kampung mereka akhirnya berjaya mencari lokasi mata air panas seperti terlihat dalam mimpi. Selepas didapati, sami ini menyuruh penduduk kampung yang sakit mandi di mata air dan kononnya mereka terus sembuh.

Taicho memerintahkan muridnya membina tempat rawatan (semacam spa) di atas lokasi mata air. Sejak itulah, murid Garyo Hoshi menjalankan usaha penginapan secara turun-temurun.



Ketika ini Zengoro Hoshi, sebagai generasi ke-46 yang menjalankan perniagaan hotel Ryokan Hoshi. Hotel ini sudah berkembang hingga mempunyai 100 bilik dan boleh menampung kira-kira 450 tetamu di dalamnya.


Ada beberapa perkara yang unik di hotel tertua ini. Pertama, bangunan-bangunan yang ada di Ryokan Hoshi diberi nama sesuai untuk musim yang berlaku di Jepun, iaitu:

Shinshun no Yakata (awal musim bunga / akhir musim sejuk).
Haru no Yakata (musim semi)
Natsu no Yakata (musim panas)
Aki no Yakata (musim gugur).

Kedua, tetamu yang datang ke hotel akan diberikan pakaian tradisional "Yukata". Suasanya diciptakan seperti Jepun tempo dulu. Sesuai bagi orang yang ingin mencari ketenangan di tempat ini.

Tahun ini adalah ulang tahun ke-50 syarikat kereta sport, Porsche 911. Untuk merayakan tonggak bersejarah ini, syarikat kereta Jerman itu dibantu oleh seniman British Gerry Yehuda membuat sebuah tugu yang menjulang tinggi di Goodwood Festival of Speed​​.


Tugu setinggi 115-kaki yang menjulang tinggi seperti roket dilengkapi dengan tiga ikon 911s Porsche. Ceracak tugu ini menggunakan besi hollow putih, setiap kenderaan diletakan secara seimbang memaparkan generasi Porsche yang berbeza iaitu model asal 1963, Porsche Carrera RS edisi terhad 1973 dan model generasi terkahir iaitu 2013. Tugu ini banyak menarik para pelancong yang melintas di sekitar kawasan tersebut.



Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membina sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu "Sanki Yedim Camii" (Masjid Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh kan? Disebalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan memberi pengajaran yang sangat berharga bagi kita.


Masjid Sanki Yedim Camii berada di pinggir bandar Istanbul Turki
Ceritanya begini, di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir bandar Istanbul ada seorang yang warak 'dan sangat sederhana, namanya sakir efendi' (Khairuddin Afandi). Setiap kali ke pasar ia tidak membeli apa-apa. Saat merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti, daging atau manisan, ia berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya "Sanki Yedim".

Apa yang dia lakukan selepas itu? Wang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak (tromol) ... Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Ia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali sebatas menjaga kelangsungan hidupnya saja.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membina sebuah masjid.Tanpa terasa, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membina sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknya pun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandakan dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.



Masjid Sanki Yedim dibina di pinggirian bandar Istanbul Turki

Akhirnya, Khairuddin berjaya mewujudkan cita-ciatanya yang amat mulia itu dan masyarakat di sekitarnya pun kehairanan, Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, yakni membina sebuah masjid dan berjaya dia wujudkan. Tidak bayak orang yang menyangka bahawa Khairuddin ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak boleh berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.



Setelah masjid tersebut berdiri,mereka bertanya bagaimana ceritana soerang yang miskin boleh membangunkan masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, mereka pun sepakat memberi namanya dengan: "Shanke yadem" (Angap Saja Saya Sudah Makan).



Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan mempunyai pendapatan lebih dari kaum Muslimin di dunia ini berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid, sekolah, rumah sakit dan kemudahan hidup lain yang boleh dibina? Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa perlu meminjam dari tabung Negara 



Jamaah yang melimpah, tanda keberkatan dan amal soleh dari harta yang halal dan bersih

Dolar Malaya adalah mata wang tanah Jajahan dan negeri naungan British di Tanah Melayu dan Brunei hingga 1953. Ia diperkenalkan pada tahun 1939, menggantikan Dolar Selat di par, dengan 1 Dolar = dua siling empat pence sterling (60 Dolar = 7 paun).

Dolar Malaya telah diutarakan oleh Badan Pesuruhanjaya Mata wang Malaya, sewaktu zaman bermastautin Jepun Rancangan (1942-1945). Pada zaman ini, wang Kertas telah proposed ke dalam sen dan Dolar. Mata wang ini dilaraskan ke 1 Dolar = 1 Yen Jepun Rancangan, berbandingkan dengan suatu Bab Kadar Ukuran 01:02 bebek rasaya. Sewaktu bebek, mata wang bermastautin zaman Jepun Rancangan telah diumumkan tidak bernilai dan Dolar Malaya terdahulunya mendapatkan nilainya Berkaitan Dengan sterling.
Pada tahun 1952 Perbadanan tersebut telah dinamakan Badan Pesuruhanjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo. Badan ini bermula mengusulkan nota bank pada tahun 1953. Sila lihat Dolar Malaya dan British Borneo.