NEW MEXICO – Seorang penyampai berita yang popular untuk stesen tv Channel9-KTSM di Santa Teresa, Adrienne Alvarez, telah ditangkap oleh polis selepas didakwa memukul suaminya.
Adrienne, 28, yang juga seorang pemberita itu dilaporkan telah bergaduh dengan suaminya pada awal Khamis lalu di rumah mereka di sini.
Polis kemudiannya telah dipanggil selepas menerima panggilan mengenai keganasan rumah tangga itu.
Adrienne dikatakan bertindak ganas terhadap suaminya dan dia telah ditangkap namun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $1,000.
Dia mengahwini Hazael pada 2011.
Dalam pada itu, pihak pengurusan stesen tv berkenaan enggan mengulas mengenai kejadian berkenaan.
“Kami mengetahui mengenai tangkapan berkenaan namun perlu menunggu maklumat lanjut sebelum membuat sebarang ulasan,’’ kata pengurus besar stesen terbabit.
No comments
Post a Comment