Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Ryokan Hoshi Merupakan Hotel Tertua Yang Berusia Lebih 1000 Tahun!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Hotel apa yang tertua di dunia? Ryokan Hoshi di Onsen Awazu Komatsu, Ishikawa, Jepun. Menurut Guinness Book of World Record Hotel tertua yang berusia 1000 tahun lebih itu sudah berdiri lebih dari 1300 tahun lalu.

Kisahnya bermula di tahun 717. Seorang sami, Taicho Daishi bermimpi bahawa ia diperintahkan dewa penjaga Gunung Hakusan untuk mencari mata air panas di desa Awazu.

Kemudian sang sami pergi ke desa tersebut bersama muridnya, Garyo Hoshi. Dengan bantuan penduduk kampung mereka akhirnya berjaya mencari lokasi mata air panas seperti terlihat dalam mimpi. Selepas didapati, sami ini menyuruh penduduk kampung yang sakit mandi di mata air dan kononnya mereka terus sembuh.

Taicho memerintahkan muridnya membina tempat rawatan (semacam spa) di atas lokasi mata air. Sejak itulah, murid Garyo Hoshi menjalankan usaha penginapan secara turun-temurun.



Ketika ini Zengoro Hoshi, sebagai generasi ke-46 yang menjalankan perniagaan hotel Ryokan Hoshi. Hotel ini sudah berkembang hingga mempunyai 100 bilik dan boleh menampung kira-kira 450 tetamu di dalamnya.


Ada beberapa perkara yang unik di hotel tertua ini. Pertama, bangunan-bangunan yang ada di Ryokan Hoshi diberi nama sesuai untuk musim yang berlaku di Jepun, iaitu:

Shinshun no Yakata (awal musim bunga / akhir musim sejuk).
Haru no Yakata (musim semi)
Natsu no Yakata (musim panas)
Aki no Yakata (musim gugur).

Kedua, tetamu yang datang ke hotel akan diberikan pakaian tradisional "Yukata". Suasanya diciptakan seperti Jepun tempo dulu. Sesuai bagi orang yang ingin mencari ketenangan di tempat ini.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments