Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Kuala Lumpur – Seorang mangsa kemalangan jalanraya yang datang ke sebuah pusat perubatan swasta untuk rawatan diminta mendapatkan rawatan di tempat lain atas alasan kos perubatan yang bakal dikenakan oleh pusat perubuatan berkenaan agak mahal berbanding dengan kos di hospital kerajaan.
Menurut Zatul Aniza Yusoff, salah seorang ahli keluarga mangsa, dia telah membawa mangsa, yang juga anak saudaranya, ke pusat perubatan berkenaan pada Ahad lalu yang terletak di Seremban.
Namun, setelah diperiksa oleh doktor yang bertugas di pusat perubatan berkenaan, dia kemudian dimaklumkan oleh doktor tersebut bahawa luka yang dialami oleh anak saudaranya itu terlalu dalam dan tidak boleh dirawat dengan prosedur yang biasa.
“Menurut doktor, anak saudara saya tidak boleh dirawat di situ kerana anak saudara saya tidak mempunyai sebarang skim perlindungan insurans.
“Menurutnya kos perubatan (yang bakal dikenakan) sekitar RM7,000 kerana luka tersebut terlalu dalam dan tidak boleh dijahit dengan mengunakan prosedur biasa serta memerlukan surgeon ,X-ray, pembedahan kecil dan sebagainya” ujarnya memetik laporan dari Suara.tv
Kerana tidak berpuas hati dengan jawapan doktor berkenaan, Zatul segera membawa anak saudaranya ke Hospital Tuanku Jaafar untuk mendapatkan rawatan.
“Sebaik tiba di hospital Tuanku Jaafar, jururawat yang bertugas bertanya kepada saya mengapa tidak mendapatkan rawatan pusat perubatan tersebut?
“Namun sebaik sahaja saya maklumkan mengenai jawapan yang diberikan oleh doktor yang bertugas itu mereka terkejut dan hanya mampu tersenyum” ujarnya lagi.
Menurut doktor di Hospital Tuanku Jaafar, luka yang dialami oleh mangsa hanya memerlukan prosedur jahitan biasa sahaja dan tidak memerlukan sebarang prosedur khas sepertimana yang dimaklumkan oleh doktor di perubatan swasta sebelum ini.
Zatul melahirkan rasa kesal dengan apa yang dialaminya di pusat perubatan swasta terbabit yang disifatkan ingin mengaut keuntungan dengan mengenakan caj rawatan yang tinggi.
“Soalnya disini mengapa hospital swasta di Malaysia ini boleh meletakkan harga yang tinggi sesuka hati dan mengatakan sesuatu (seolah-olah) ingin menakut-nakutkan keluarga pesakit” katanya lagi.
Zatul berkata dia telah membuat aduan rasmi kepada pihak pengurusan pusat perubatan tersebut berhuhung kejadian
Sumber : www.suara.tv/
Isu Panas
KES pelajar perempuan bukan Islam yang disuruh balik ke rumah hanya kerana memakai baju kurung dianggap selesai selepas bapa pelajar tersebut bertemu pengetua dan menyelesaikan perkara ini secara baik, pada Khamis.
Bapa berkenaan menjelaskan sendiri perkara ini menerusi akaun Facebooknya, Kam Agong Lawrence Jayaraj.
Perkara ini mula mendapat perhatian ramai selepas Lawrence Jayaraj, 45, memuatnaik status di Facebooknya pada Rabu, mempertikaikan tindakan pihak sekolah menyuruh anaknya pulang gara-gara berbaju kurung yang dikatakan hanya untuk pelajar perempuan beragama Islam.
Dalam status sama, bapa kepada Britney Nicole,15, meluahkan perasaan risaunya terhadap peraturan ini yang boleh membebankan dirinya yang mempunyai tujuh anak.
Berikutan itu isu ini mula hangat diperkatakan di media sosial dan makin melarat selepas diterbitkan di akhbar tempatan.
Susulan itu satu pertemuan antara Jayaraj dengan pengetua sekolah diadakan semalam.
Hasil daripada pertemuan yang dimaklumkan oleh Jayaraj adalah, pengetua SMK Seri Mutiara dikenali sebagai En Amir dan wakil PIBG sekolah En Ramesh telah meminta maaf kepadanya ekoran kejadian tersebut.
Para pelajar perempuan di sekolah terbabit tanpa mengira agama juga, kini dibenarkan memakai baju kurung tetapi mesti mengikut garis dikeluarkan kementerian.
Menurut Lawrence dalam status sama, beliau mahukan anak-anaknya terus bersekolah di SMK Mutiara kerana rekod disiplin dan pencapaian akademik sekolah tersebut yang baik.
Daripada kejadian ini dapat disimpulkan, pihak sekolah tidak sepatutnya membuat peraturan sendiri yang tidak selari dengan garis dikeluarkan oleh kementerian tanpa mendapat persetujuan ibu bapa dan diterangkan secara baik.
Apa yang dibimbangi daripada perkara sebegini adalah, pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengaitkannya dengan isu yang tidak ada kena mengena seperti perkauman.
Memandangkan ini melibatkan institusi pendidikan tindakan tidak bertanggung jawab begini boleh membuatkan pelajar yang masih muda dibentuk pemikirannya menjadi seorang rasis.
Isu pun sudah selesai, semoga ia menjadi pengajaran buat semua pihak terlibat agar lebih sensitif dalam menjaga perpaduan negara selepas ini. – MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
SEATTLE – Lazimnya, di negara-negara Barat mungkin pernah dilihat ada penumpang membawa anjing kecil jenis comel sebagai peliharaannya sambil menemani tuannya itu yang biasanya warga emas bersama-sama menaiki bas awam.
Namun ini pasti agak pelik apabila ada seekor anjing di Seattle, Amerika Syarikat yang dilaporkan sejak beberapa minggu lalu sering menaiki bas awam secara bersendirian tanpa ditemani sesiapa pun pada setiap hari, lapor media tempatan.
Anehnya, anjing tersebut memang bijak apabila hanya menaiki bas yang sama semata-mata hendak menuju ke sebuah taman khas anjing dikenali sebagai Kinnear Park yang terletak di negeri Washington itu serta bersempadan dengan Kanada.
“Saya tidak tahu anjing ini mampu baca kadar tambang bas tetapi ia tahu nombor bas yang membawanya ke sana,” kata jurucakap syarikat pengangkutan awam Metro Transit, Jeff Switzer secara berjenaka kepada stesen televisyen FoxNews.
Bagaimanapun, anjing betina bersaiz besar berwarna hitam jenis Labrador yang diberi nama Eclipse itu tidak dikenakan apa-apa tambang setiap kali menaiki bas dari hentian di Belltown menuju ke pinggir bandar Seattle dengan jarak dua kilometer.
Malah pemandu dan penumpang bas berkenaan sudah biasa dengan kehadiran anjing berusia dua tahun tersebut yang ‘selamba’ menaiki kenderaan awam itu dan kemudian terus duduk di kerusi dekat tingkap sambil melihat-lihat pemandangan Seattle.
Dalam pada itu, pemilik Eclipse, Jeff Young, 30-an, mendakwa, dia sering membawa anjing itu menaiki bas menuju ke Kinnear Park sehingga suatu hari haiwan tersebut mampu mengingati sendiri laluan itu dan meninggalkannya pula di hentian bas.
Setakat ini ujar Young, anjing itu pandai ‘menjaga diri’ dengan tidak membuat bising atau membuang air, bahkan kehadiran Eclipse turut menjaga keselamatan penumpang bas tersebut khasnya wanita daripada menjadi mangsa penjenayah. – Agensi
Global
BULAN lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan isu anak penerbit dan pelakon popular, Datuk Rosyam Nor diminta untuk membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di premis Hamleys Malaysia yang terletak di pusat beli belah 1 Utama.
Susulan itu, pihak Hamleys telah membuat permohonan maaf dan memberi alasan pekerja yang menemuduga anak Rosyam itu merupakan pekerja baru dan tidak mempunyai kuasa mengambil pekerja.
Terbaharu, juga di pusat beli-belah sama, seorang gadis bernama Fatin Diana meluahkan rasa kesalnya menerusi akaun Facebook kerana turut dikenakan syarat yang serupa, kali ini di premis perniagaan barangan sukan Adidas.
Sejujurnya, kami tidak faham apa masalahnya jika mengambil pekerja bertudung sedangkan premis ini turut dikunjungi oleh orang Islam.
Apapun, jika sahih dakwaan gadis ini, kita tunggu apa pula penjelasan pihak Adidas mengenai perkara ini.
INFO: MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
ALGIERS: Mayat pelancong Perancis, Herve Gourdel, yang dipenggal di Algeria oleh kumpulan militan September tahun lalu, ditemui pihak tentera, menurut sumber keselamatan.
Mayat itu ditemui ditanam tanpa kepala di Akbil di mana Gourdel diculik oleh kumpulan Jund al-Khilafa (Tentera Khalifah). - AFP
Global
PENYANYI Justin Bieber sekali lagi dihimpit kontroversi apabila ada pihak mendakwa gambar aksinya dengan badan berotot dalam mempromosikan pakaian jenama Calvin Klein adalah teknik pertindihan gambar atau “superimpose”.
Sumber berkata, imej Justin bersama seorang model itu diubah suai agar otot-otot badannya kelihatan lebih menonjol supaya imej iklan berkenaan kelihatan menarik.
Dia pada Khamis memuat naik sekeping gambar di Instagram miliknya dengan memakai tuala yang dirakamkan dari sudut atas dan menulis kapsyen “photoshop” seolah-olah menyindir pihak-pihak yang membuat tuduhan terhadapnya.
Minggu lalu sebuah portal hiburan breatheheavy.commendedahkan gambar Justin sebelum melakukan penggambran iklan berkenaan yang menunjukkan lengannya agak kecil dan gambar itu dikatakan belum diedit.
Bagaimanapun laman portal itu menarik semula siaran gambar tersebut apabila pihak Justin telah mengancam untuk menyaman mereka atas alasan telah merosakkan jenama Calvin Klein.
Kritikan berkenaan juga turut disuarakan oleh isteri pelakon Mark Wahlberg iaitu Rhea apabila dia berpendapat suaminya kelihatan lebih menarik semasa mejadi model jenama itu pada tahun 1992 berbanding Justin.
Model seluar dalam terkenal David Gandy pula berkata, Mark tidak boleh dibandingkan dengan Justin kerana kedua-dua mereka mempuyai otot yang berbeza.
Dia juga tidak dapat membayangkan Justin mempunyai otot yang banyak.
Hiburan
PETALING JAYA: Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Raja Ilya tidak membenarkan ibunya menonton lakonan dia membawa watak jahat terutamanya untuk adegan berkaitan anak derhaka.
Raja Ilya, 30, berkata, dia berbuat demikian kerana tidak mahu ibunya terasa hati apabila melihat lakonan tersebut.
"Jika saya berlakon watak jahat terutama adegan yang melibatkan ibu dan anak, saya akan beritahu awal-awal tentang drama itu dan tidak membenarkannya menonton.
"Baru-baru ini disiarkan drama untuk Tanah Kubur yang mana watak saya sebagai anak derhaka mendera ibu.
“Saya beritahu dia awal-awal agar tidak merakam dan tonton drama itu kerana ia boleh menganggu emosi dan menyebabkan ibu saya itu terasa," ujarnya kepada mStar Online.
Raja Ilya berkata, ibunya merupakan peminat setia yang tidak pernah gagal menonton lakonannya dalam setiap drama atau filem.
Bagaimanapun, dia tidak mahu watak-watak sedemikian akan melukakan hati ibunya.
"Dia tidak pernah halang saya bawa watak jahat cuma drama yang berkaitan ibu sahaja saya tidak mahu dia tonton kerana ianya agak sensitif," ujar Raja Ilya.
Sementara itu, Raja Ilya mengakui, sejak namanya popular dengan watak-watak jahat, dia sering menerima tawaran bagi melakonkan peranan itu.
Malah dia turut menanam impian untuk berkahwin dengan mana-mana individu yang tidak mengenalinya sebagai seorang pelakon
"Saya baru terfikir tentang itu, mungkin saya akan berkahwin dengan lelaki bangsa asing dari luar negara yang tidak tahu tentang lakonan saya," ujarnya. Mstar Online
Hiburan
Kuala Lumpur: Sebanyak 34 transaksi yang sepatutnya merubah kehidupan seorang ahli perniagaan dan 30 rakannya bertukar menjadi mimpi ngeri selepas wang yang dilaburkan untuk membeli emas mengakibatkan mereka kerugian lebih RM20 juta.
Ia gara-gara termakan janji manis seorang lelaki yang 'membuktikan' kekayaannya menerusi pelaburan emas sejak beberapa tahun lalu sehingga mampu membeli kereta mewah bernilai RM2 juta serta rumah milik ahli perniagaan terkenal di utara tanah air bernilai RM3 juta.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Rosli, 40-an berkata, dia mula menyertai seminar itu awal tahun lalu selepas diperkenalkan rakan yang juga bekas pengarah agensi kerajaan di pantai timur dan melabur RM30,000.
"Saya dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak lima, tujuh dan 10 peratus setiap bulan selama dua tahun. Pada awalnya, saya bermula dengan 200 gram emas dan selepas mengikuti seminar kejayaan itu beberapa kali, saya tambah pembelian sebanyak dua kilogram dengan nilai keseluruhan RM500,000," katanya.
Katanya, bagi memastikan tidak ditipu, dia turut menyertai lawatan ke ibu pejabat syarikat berkenaan yang terletak di China dan diberi penerangan berhubung operasi pelaburan yang kononnya tidak disenarai hitam oleh kerajaan mahupun Bank Negara Malaysia (BNM).
Hmetro ONline
Isu Semasa
Kuala Krai: Pembersihan sisa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di sini, semalam berakhir dengan operasi menyelamatkan kawasan daripada bahaya bahan kimia.
Ini berikutan sebotol bahan itu yang berada di makmal sekolah terjatuh dan meletup sebelum mengeluarkan bau gas berisiko kepada persekitaran.
Kejadian disedari sukarelawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membersihkan kawasan makmal itu kelmarin dan terus memaklumkan kepada rakan lain.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Penguasa Kanan Bomba II, Hussin Ab Rahman berkata, sebaik menerima panggilan itu, 10 anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Kota Bharu dikerah ke lokasi.
"Selepas menjalankan pemantauan, pihak kami mendapati terdapat beberapa jenis bahan kimia lain dalam makmal itu yang kebanyakan botolnya diselaputi lumpur kerana tenggelam ketika banjir baru-baru ini.
Hmetro Online
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments