PENYANYI Justin Bieber sekali lagi dihimpit kontroversi apabila ada pihak mendakwa gambar aksinya dengan badan berotot dalam mempromosikan pakaian jenama Calvin Klein adalah teknik pertindihan gambar atau “superimpose”.
Sumber berkata, imej Justin bersama seorang model itu diubah suai agar otot-otot badannya kelihatan lebih menonjol supaya imej iklan berkenaan kelihatan menarik.
Dia pada Khamis memuat naik sekeping gambar di Instagram miliknya dengan memakai tuala yang dirakamkan dari sudut atas dan menulis kapsyen “photoshop” seolah-olah menyindir pihak-pihak yang membuat tuduhan terhadapnya.
Minggu lalu sebuah portal hiburan breatheheavy.commendedahkan gambar Justin sebelum melakukan penggambran iklan berkenaan yang menunjukkan lengannya agak kecil dan gambar itu dikatakan belum diedit.
Bagaimanapun laman portal itu menarik semula siaran gambar tersebut apabila pihak Justin telah mengancam untuk menyaman mereka atas alasan telah merosakkan jenama Calvin Klein.
Kritikan berkenaan juga turut disuarakan oleh isteri pelakon Mark Wahlberg iaitu Rhea apabila dia berpendapat suaminya kelihatan lebih menarik semasa mejadi model jenama itu pada tahun 1992 berbanding Justin.
Model seluar dalam terkenal David Gandy pula berkata, Mark tidak boleh dibandingkan dengan Justin kerana kedua-dua mereka mempuyai otot yang berbeza.
Dia juga tidak dapat membayangkan Justin mempunyai otot yang banyak.
No comments
Post a Comment