Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Menurut tt.mop, seorang gadis yang bernama Xiao Ping (alias) telah dikurung di dalam sebuah flat oleh teman lelakinya yang berusia 29 tahun untuk lebih dari sebulan. Gadis ini didapati didera sehingga terdapat kesan hirisan pisau, lebam teruk sera luka pada dagu, kaki, tangan serta belakang. Xiao Ping juga didapati tulang betis patah. Xiao Ping sebenarnya lahir di Hubei tetapi dia telah pergi ke Quanzhou untuk bekerja sebagai waitress setahun yang lalu. Dia telah bertemu dengan lelaki ini semasa tengah bekerja selepas diperkenalkan oleh rakannya.
Selain daripada kerja di situ, Xiao Ping juga dikatakan bekerja di sebuah kelab malam. Jadi segalanya bermula dari situ apabila teman lelakinya tahu yang dia juga bekerja di kelab malam. Teman lelaki ini terus mensyaki yang Xiao Ping curang dengan dia setiap kali ada orang menelefonnya. Disebabkan terlampau cemburu dan tak tahan dengan kehidupan Xiao Ping, dia mengurung Xiao Ping dalam rumah untuk menderanya menggunakan tali pinggang, kayu serta ashtray. Dia juga menggunakan pisau serta beberapa senjata tajam untuk mencederakannnya.
Selepas itu, Xiao Ping akan dipaksa mandi dalam tub air panas. Kemudian, teman lelaki ini memaksa Xiao Ping memberi nombor akaun dan password. Teman lelaki ini berjaya mengeluarkan semua duit Xiao Ping tetapi selepas itu dia tetap menderanya. Akhirnya Xiao Ping berjaya melepaskan diri semasa lelaki tersebut keluar bermain kad dengan rakannya. Xiao Ping berjaya menghubungi rakannya di kawasan tersebut yang kemudian membawanya ke balai polis. Polis terkejut melihat kecederaan pada tubuh Xiao Ping. Polis berjaya menahan lelaki tersebut di flat tersebut. Kalau anda polis, mungkin anda juga terkejut selepas tengok gambar di bawah ini.
Pelbagai
Alahaaiiii Mak Cik nih.. Bergaya sungguh sampai tak kisah fesyen apa yang dipakainya.. Admin tak pasti pulak kalu mak cik nih sedar yang dia pakai dress lutsinar sampai menampak seluar dalam. Kejadian ini berlaku suatu ketika dulu di Singapura. Dia nak mengalahkan Selena Gomez kot.
[Wow] - Sakit Mata
Fuhhhh... mata admin yang silap atau gambar nih yang silap? Kurang senonoh betul lah GF dia nih. Masukkan tangan dalam seluar BF tanpa rasa segan silu pun. Dia tak kisah orang sekeliling? macam-macam hal...
[Wow] - Macam macam
Percintaan dan Perkahwinan yang mengharukan. Cinta tidak mengenal harta dan usia.... ini pepatah lama. Tetapi bagi Li Kangyu (38) dan Yan Shuying percintaan mereka juga tidak mengenal jarak dan kecacatan fizikal. Li Kangyu yang berasal dari Hebei Tangshan mengidap penyakit rheumatoid arthritis sejak kecil dan sudah terbaring selama 31 tahun.
Beliau berkenalan dengan Yan Shuying yang berasal dari Kuala Lumpur memalui internet. Selepas berkenalan semalam dua tahun Yan Shuying nekad berkahwin dengan Li Kanyu walaupun pada awalnya menerima tentangan dari keluarga. Yan Shuying berkata beliau jatuh hati dengan Li Kanyu kerana hatinya yang baik. Sungguhpun tidak pernah bersekolah, Li Kangyu seorang lelaki yang bijak dan Yan Shuying percaya suaminya ini dapat mendidiknya. Yan Shuying akan berhijrah ke China dan menjaga suami beliau.
[Wow] - Kisah Hidup
Penggunaan komputer atau gajet elektronik berlebihan dan kurang tidur adalah salah satu penyebab mata anda menjadi cepat letih atau lesu, timbul lingkaran hitam dan bengkak.
Sememangnya ia boleh dilindungi dengan solekan yang betul di bahagian mata, tetapi pada masa yang sama, anda juga perlulah mengambil berat dalam penjagaan mata yang betul.
Ikuti tips-tips berikut:
Bersihkan solekan mata sebelum tidur
Pastikan solekan di bahagian mata anda dibersihkan terlebih dahulu sebelum tidur atau ia akan mengakibatkan pori-pori kulit tersumbat. Bersihkan mata dengan menggunakan pembersih khusus untuk bahagian mata kerana kawasan tersebut amat sensitif jika dibandingkan dengan bahagian wajah yang lain. Pastikan anda sapu krim khas bagi merawat mata anda ketika tidur.
Kaedah tradisional hilangkan lingkaran hitam
Boleh dikatakan hampir semua orang akan mengalami masalah ini dek kerana satu sahaja penyebabnya – kurang tidur. Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata atau tekanan ini. Antaranya adalah meletakkan hirisan timun, tomato atau kentang di atas kelopak mata dan dibiarkan sekurang-kurangnya 15 minit setiap malam sebelum masuk tidur. Selain daripada itu, penggunaan ais batu juga dikatakan berkesan untuk merawat masalah ini kerana ia akan melancarkan peredaran darah di sekitar mata. Walaupun terdapat beberapa produk yang lebih moden seperti krim kosmetik dalam bentuk roll-ondijual di pasaran, tiada yang lebih baik dan mudah daripada menyelesaikannya dengan kaedah tradisional. Jimat dan mudah!
Amalkan pengambilan makanan berkhasiat
Memang benar, pengambilan dalam makanan berkhasiat sememangnya bukan sahaja baik untuk mata, malah untuk kesihatan kita. Kandungan mineral dan vitamin dalam buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai khasiat dan kelebihan untuk kecantikan mata. Kebanyakan buah-buahan berwarna ungu seperti prun dan beri sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanidin yang memberi manfaat kepada mata. Malah pengambilan sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi, lobak merah, tomato dan labu mengandungi beta karotin yang tinggi juga baik untuk mata. Begitu juga buah-buahan seperti limau, betik dan mangga. Kandungan vitamin C mampu membantu pembentukan kolagen yang menambah keanjalan kulit di sekeliling mata. Selain makanan, pengambilan air masak juga memberi manfaat. Minum air masak yang banyak terutama sekali ketika cuaca terlalu panas atau ketika anda berada di tempat berhawa dingin. Ia mampu mencegah kedutan di bahagian mata, sekaligus mengelak kulit daripada menjadi kering.
Kurangkan tekanan di bahagian mata
Ya, mata anda juga memerlukan senaman dan ianya sangat mudah dan tidak memerlukan wang atau sebagainya. Anda hanya perlu mengerdipkan mata dan memejamkan mata kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata. Sememangnya senaman ini sangat bersesuaian kepada mereka yang bekerja atau menggunakan komputer kerana seperti sedia maklum, ia akan membuatkan mata anda berasa cepat letih. Bagi yang memakai kaca mata, cabut sebentar bagi merehatkan mata anda dan lakukan senaman tersebut. Manakala bagi yang memakai kanta lekap, pastikan anda tidak memakainya melebihi tempoh lapan jam kerana ia akan membuatkan mata anda bertambah letih dan lesu. Pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu!
Lindungi mata anda dari sinaran UV
Jika anda adalah seorang yang seringkali terdedah kepada matahari, pastikan anda menyapu gel mata atau krim pelindung matahari sebelum keluar rumah melakukan kerja seharian anda. Sinaran UV secara berlebihan mempercepatkan kedutan kulit di bahagian mata. Oleh itu, anda boleh menggunakan payung atau kaca mata yang mempunyai penapis sinar UV agar mata anda dilindungi.
[Wow] - Informasi
Sebut sahaja mesin ATM, ramai yang tahu mesin ATM ialah sebuah mesin khas untuk mengeluarkan wang. Tetapi, lain pula halnya dengan mesin ATM di kedai kek Sprinkles yang terletak di Beverly Hills, California di Amerika Syarikat.
Ini kerana mesin ATM berwarna merah jambu yang diletakkan di hadapan kedai bukanlah untuk mengeluarkan duit, tetapi memberi kelebihan kepada pelanggan Sprinkles untuk membeli kek cawan pada bila-bila masa sahaja kerana ia merupakan mesin yang beroperasi 24 jam!
Kedai kek terkemuka ini sememangnya menerima ramai pelanggan dengan lebih 1000 kek cawan terjual pada setiap hari. Jadi, Vineet Pilot yang bertanggungjawab dalam menghasilkan mesin ini telah memastikan mesin tersebut beroperasi dengan jayanya.
Pelanggan tidak perlu merasa khuatir dengan kualiti kek yang dijual melalui ATM Sprinkles kerana ia dibuat hanya beberapa jam sebelum dijual. Malah, anda boleh menikmati lapan pilihan kek cawan dengan harga $4 (RM13) sebiji.
Sementara itu, Sprinkles juga kini merancang mencari tiga lokasi lagi yang sesuai untuk meletakkan mesim ATM kek cawan mereka.
Mesin ATM yang beroperasi 24 jam yang menjual kek cawan kepada pelanggan. |
Mesin ATM kek cawan |
Terdapat pelbagai pilihan kek cawan untuk dipilih pelanggan. |
Cool
Muzium Okultus Warren ialah muzium barangan angker milik Ed danLorraine Warren. Dua orang pemburu hantu dan pengkaji paranormal ini ada dipaparkan di dalam filem The Conjuring yang kini ditayangkan di pawagan. Muzium ini merupakan koleksi barangan yang mempunyai entiti yakni berpenunggu yang disimpan oleh pasangan Warren sejak memulakan kareer mereka pada tahun 1952. Antara yang dipamerkan ialah patung Annabelle yang dikatakan sangat angker ia terpaksa disimpan di dalam bekas kacanya sendiri. Menurut cerita seorang lelaki mati ditikam oleh Annabelle yang dihuni makhluk halus. Barangan lain yang dipamerkan ialah keranda pontianak, papan Ouija dan barangan pemujaan setan. Muzium ini terletak diMonroe Connecticut Amerika Syarikat.
Laporan asal Bloody Disgusting
Misteri Sejarah
GEORGIA – Asha Mandela adalah Rapunzel yang sebenarnya. Dengan rambut sepanjang 55 kaki, dia kini memegang rekod individu Guinness World Record yang mempunyai rambut ala simpul mati (dreadlock) paling panjang di dunia.
Meskipun doktor memberi amaran kepadanya bahawa rambutnya yang seberat 19 kilogram itu boleh menyebabkan dia lumpuh, namun Asha, 47, enggan memotongnya, kerana ia akan menyebabkan dia kelihatan seperti zombie.
``Doktor meminta saya mempertimbangkan untuk memotong rambut atas sebab kesihatan termasuk risiko jangkitan kuman. Namun kebimbangan utama adalah saya mungkin menjadi lumpuh,’’ katanya.
Ini kerana, jelas Asha tulang belakangnya akan menjadi bengkok disebabkan terpaksa menahan rambut yang berat ini.
``Rambut saya ini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan saya dan saya tidak sesekali akan memotongnya,’’ kata ibu kepada seorang anak itu.
Asha yang dilahirkan di Trinidad dan Tobago itu mula menyimpan rambut sejak dia berusia 25 tahun atas sebab-sebab kerohanian.
Dia menyifatkan rambutnya itu sebagai `anaknya’ dan berterima kasih kepadanya kerana membantu dia mengatasi kanser, dua serangan angin ahmar dan dua serangan jantung.
Rambutnya itu mengambil masa selama dua hari untuk dibasuh dan dikeringkan.
Ia akan menjadi bertambah berat sekiranya rambut tersebut basah.
Rambutnya yang panjang itu juga senang terperangkap di celah pintu serta tersangkut pada ranting pokok.
Bagaimanapun apa yang membimbangkan Asha ialah jika ada orang yang meminati rambutnya, akan memotong rambut tersebut tanpa disedari olehnya.
Dalam pada itu, anak Asha, Zion yang berusia 11 tahun berkata, rambut tersebut telah membantu ibunya untuk menikmati semula kehidupan terutama selepas dua kali bercerai.
[Wow] - Kisah Hidup
PELAKON yang kini dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana menyatakan hasrat untuk berhenti berlakon serta enggan menerima sebarang tawaran berlakon selepas ini.
"Berlakon kini saya dalam proses menghabiskan segala komitmen yang masih ada. Bermula daripada sekarang saya tidak lagi menerima sebarang job baru kerana telah nekad untuk berhenti daripada berlakon.
"Fokus saya sekarang adalah untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan dan bekerja macam biasa. Cuma tawaran untuk mengacara masih ada dan jika tiada komitmen kerja saya akan terima," katanya yang dipetik menerusi portal Murai.
Keputusan yang diambilnya itu adalah kerana ingin memberi fokus dalam dunia perniagaan sementelah dia mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Hotel dan Pengurusan Perniagaan.
Menurutnya lagi, dia akan menjalani satu temuduga kerja di sebuah syarikat dalam bidang pemasaran bulan depan demi memenuhi cita-citanya itu selain akan terus melibatkan diri dalam cabang seni menerusi bidang pengacaraan.
Selamat maju jaya diucapkan buat Puteri Sarah, semoga kerjayanya kelak akan sukses seperti mana bidang lakonan yang pernah diceburinya dulu.
[Wow] - Kisah Artis
PENYANYI popular reggae, Eyob Mekonnen meninggal dunia, Ahad lalu.
Peminat kepada penyanyi berusia 37 tahun ini telah mengumpul dana bagi menampung kos rawatannya ketika beliau diserang strok, Selasa lalu di Addis Ababa.
Eyob telah terbang ke Kenya Sabtu lalu tapi disahkan meninggal dunia sehari kemudian di hospital.
“Dia seorang yang baik, merendah diri dan sangat setia,” kata kawan baik yang juga pengurus Eyob Alemayehu dari Yisakal Entertainment kepada BBC Africa.
Lahir pada tahun 1975 di sebuah bandar kecil, Jijiga di Ethiopia, Eyob menubuhkan sebuah kumpulan, Zion Band yang menawarkan muzik reggae. - Sinar Harian
[Wow] - Biar Betul
PERDANA Menteri Australia Kevin Rudd dan pemimpin pembangkang Tony Abott muncul di dalam sebuah muzik video oleh sebuah kumpulan muzik punk. Kevin muncul di dalam video itu bersama dengan beberapa anggota parlimen, menteri dan juga senator.
Video klip berkenaan adalah untuk sebuah lagu dari Kumpulan Indie Punk Super Best Friends, yang memaparkan politikus di Australia miming mengikut lagu itu.
Lagu bertajuk Round and Round juga memaparkan babak babak ekslusif ahli politik di Ausrtalia menjalan tugas mereka dan sesekali menampilkan aksi unik.
Seorang ahli politik dipaparkan sedang menggosok seluar dalam menggunakan seterika di atas meja kerjanya.
Perdana Menteri Australia di akaun twitternya berkata "Kita bernasib baik keputusan pilihan raya bukan ditentukan melalui keupayaan seseorang itu untuk menari," katanya.
Turut muncul di dalam klip video itu ialah Timbalan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dan Kieren Gilbert seorang wartawan dari Sky News. - Mynewshub.my
[Wow] - Berita Dunia
Seorang pramugari syarikat penerbangan Aeroflot (syarikat penerbangan terkenal di Rusia) telah memuatnaik sekeping gambar ke dalam internet yang menunjukkan isyarat lucah kepada penumpang di dalam sebuah kapal terbang ketika bertugas. So sebagai penghargaan, Pihak syarikat dengan baik hatinya memecat pramugari tersebut serta-merta. Berikut merupakan gambar-gambar pramugari tersebut.
Isu Panas
Wowwwww.. Cool Gilerrrr... Sebuah kedai gambar 3D telah dibuka di Omotesando, Tokyo yang menggunakan scanner dan printer yang akan menghasilkan replika gambar 3D.
[wow] - Teknologi
Sebut sahaja rambut beruban, pelbagai fakta yang dipersoalkan dikalangan masyarakat. Ada yang mengatakan rambut yang cepat beruban adalah disebabkan penuaan malah ada juga mengatakan disebabkan faktor keturunan.
Rambut akan menjadi beruban setelah sel-sel melanosit di folikel rambut berhenti menghasilkan pigmen warna. Melanin rambut terdiri dari dua jenis iaitu eumelanin yang berwarna coklat tua atau hitam dan pheomelanin yang berwarna kuning atau merah. Konsentrasi dan kombinasi keduanya dalam berbeza menciptakan spektrum yang luas dari warna rambut manusia, dari hitam pekat sampai berwarna perang terang.
Rambut yang telah kehilangan sebahagian besar melanin akan berwarna seperti abu-abu, rambut yang telah kehilangan semua pigmen itu akan berwarna putih. Proses kehilangan melanin ini biasanya berperingkat.
1) Rambut Beruban disebabkan oleh faktor penuaan
Sel-sel kulit akan menghasilkan sejumlah kecil hydrogen peroksida dari siklus oksigen di tubuh. Penuaan menyebabkan produksi enzim katalase berkurangan dan mengganggu produksi melanin. Namun demikian, lebih cepat memiliki rambut beruban tidak bermaksud lebih cepat tua. Sebuah penelitian pada sekitar 1,200 orang di Rancho Bernardo, California, misalnya, menunjukkan bahawa pertumbuhan uban tidak berkaitan dengan tingkat kepadatan tulang di usia lanjut.
2)Faktor keturunan
Keturunan juga dijadikan antara faktor rambut beruban.Kadangkala pertumbuhan uban lebih cepat dari orang yang berusia .
3)Stress boleh menyebabkan rambut beruban
Ketidakseimbangan hormon atau stress juga dapat mempengaruhi gaya hidup dan boleh memiliki rambut beruban dengan cepat.
4)Kekurangan nutrisi
Kekurangan zat serta nutrisi dalam badan juga boleh mempengaruhi. Perubahan warna rambut kerana kekurangan nutrisi biasanya bersifat reversibel. Jika masalahnya diperbaiki, warna rambut akan kembali normal.
5)Mencabut rambut beruban tidak menyebabkan ianya menjadi banyak
Berlawanan dengan kepercayaan umum, mencabut rambut beruban tidak akan membuat lebih banyak rambut beruban yang tumbuh menggantikannya. Yang biasanya terjadi adalah rambut anda sudah dalam proses beruban dan ada tunas-tunas baru di sebelah rambut yang dicabut. Setelah rambut beruban dicabut, mereka seperti tumbuh untuk menggantikannya dalam jumlah yang lebih banyak.
[Wow] - Informasi
MICHIGAN – Penyanyi utama kumpulan The Calling, Alex Band telah diculik dan dipukul sebelum ditinggalkan di tepi landasan keretapi, ketika penyanyi berkenaan berjalan kaki menuju ke pasar raya.
Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, mangsa berada di Lapeer, untuk menghadiri festival muzik.
Dia dikatakan berjalan kaki dari hotelnya menuju ke pasar raya itu.
Bagaimanapun secara tiba-tiba sebuah van telah berhenti di sebelahnya dan Alex ditarik masuk ke dalam van itu sebelum dibelasah.
Kehilangan Alex disedari oleh salah seorang anggota kumpulan berkenaan dan mereka kemudiannya mencari Alex.
Penyanyi berkenaan telah ditemui namun mengalami luka yang teruk akibat dipukul.
The Calling mencipta nama pada 2001 selepas menebitkan album berjudul Wherever You Will Go namun berpecah.
Kumpulan itu dilaporkan bergabung semula baru-baru ini.
Sementara itu, polis memaklumkan, dua lelaki yang memandu mini van berwarna biru disyaki menculik Alex.
Polis berkata, penyanyi itu mendakwa dia telah dirompak namun tidak dinyatakan berapa banyak wangnya yang dilarikan.
[Wow] - Selebriti
FILEMNYA belum pun lagi ditayangkan namun beberapa hari ini nama pelakon seksi Marsha Milan Londoh menjadi bualan hangat ekoran lakonannya yang bergandingan bersama pelakon veteran handalan, Wan Hanafi Su dalam Laga sebagai suami isteri. Apa yang diperkatakan ialah sedutan filem arahan Ismail Yaacob itu yang memaparkan babak ranjang antara Wan Hanafi Su dan Marsha mula tersebar di internet.
Memetik kenyataan di Kosmo! hari ini, Marsha berkata sebagai pelakon dia bersikap profesional. Bahkan dia sama sekali tidak terfikir orang akan mempertikaikan aksinya itu kerana babak tersebut sebenarnya bukanlah seperti yang disangka ramai.
Tidak merasakan yang dirinya dieksploitasi sebagai pelaris filem sebaliknya Marsha berkata dia berasa selesa sepanjang penggambaran, termasuklah melakonkan babak tersebut. Terpulang kepada penonton mahu menilainya tetapi dia berharap peminat filem tanah air dapat menonton dahulu filem tersebut sebelum menghentam dirinya hanya kerana satu babak panas itu sahaja.
"Sebelum penggambaran bermula, pengarah awal-awal sudah beritahu saya terdapat babak atas katil bersama Wan Hanafi Su. Dia menerangkan kepada saya tentang syot dan keperluan babak itu secara terperinci. Sebagai pelakon, saya juga tidak mahu masalah timbul di kemudian hari hanya kerana satu babak itu," katanya.
Sementara itu dalam laporan sama, pelakon Wan Hanafi Su berkata, babak itu bersifat mendidik bukannya nampak seperti filem porno.
"Dalam skrip sebelum babak itu, bidan ada memberitahu, jika ingin dapat anak harus mengangkat kaki isteri tinggi-tinggi, jadi hanya babak itu yang dipaparkan. Tidak ada sebarang babak ghairah seperti yang difikirkan orang ramai. Rasanya selepas tonton sepenuhnya filem ini, tidak akan ada sebarang impak negatif kerana saya bukannya melakonkan babak rogol", bidasnya. - Malaysian Digest
[Wow] - Gosip Hiburan
CANBERRA – Doktor berjaya mengeluarkan garpu sepanjang 10 sentimeter daripada alat sulit seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun.
Lelaki itu mengaku dia memasukkan garpu berkenaan ke dalam salur kencing semata-mata untuk menaikkan syahwatnya.
Dia dimasukkan ke dalam hospital selepas mengadu berlaku pendarahan pada alat sulitnya.
Kejadian itu juga menyebabkan dia mengalami kesakitan yang amat sangat.
Dia terpaksa menanggung kesakitan selama 12 jam sebelum memberanikan diri untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Doktor kemudiannya terpaksa menggunakan forcep dan bahan pelincir untuk menarik keluar garpu berkenaan selepas pelbagai cara digunakan.
Lelaki itu kemudiannya dibenarkan pulang dan tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Dalam pada itu, Jurnal Kes Pembedahan Antarabangsa mendedahkan, jarang ditemui kes-kes melibatkan objek asing melekat pada salur kencing.
Bagaimanapun bagi bahagian badan yang lain, beberapa kes melibatkan objek asing dalam badan telah ditemui termasuk berus gigi, pensel, gelas plastik, sayur-sayuran, lintah, ular, gam dan lilin.
Dalam kes seumpama itu, doktor biasanya akan cuba mengelak untuk melakukan pembedahan sebaliknya akan mencari kaedah bagi meminimumkan kesakitan.
Global
London: Polis semalam menemui mayat seorang wanita tua yang dipercayai mangsa pembunuhan ikhsan dalam peti dingin beku.
Mayat Louise Brough, 90, ditemui oleh polis di flet kediamannya di Portsmouth, Hampshire selepas polis menerima panggilan kecemasan daripada pekerja majlis perbandaran yang bimbang dengan keadaan mangsa terbabit.
Seorang lelaki berusia 53 yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu ditahan polis sebelum dibebaskan kemudian dengan ikat jamin.
Menurut jiran mangsa, wanita itu dan anak lelakinya tinggal di flet yang sama dan mangsa uzur kerana faktor usia.
Jurucakap polis berkata, anggotanya bergegas ke alamat diberikan selepas menerima panggilan daripada seorang pekerja majlis perbandaran yang bimbang dengan keadaan wanita tua berkenaan. “Polis masih menyiasat punca sebenar kematiannya. “Sementara itu, seorang lelaki berusia 53 tahun dari Southsea ditahan kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan itu,” katanya. - Agensi
[Wow] - Berita Dunia
Memiliki wajah persis gadis Uzbek memberi kelebihan kepada pelakon jelita Fathia untuk menghiasi enam halaman majalah fesyen terkenal di Uzbekistan, Bella Terra untuk edisi khasnya pada Julai lalu.
Lebih membanggakan, Fathia juga diberi peluang memperagakan busana eksklusif rekaan pereka terkenal dari Malaysia, Albert King sepanjang sesi fotografi untuk majalah yang dimiliki anak Presiden Uzbekistan, Gulnara Karimova itu.
Secara peribadi, pemilik nama sebenar Nur Fathia Abd Latiff, 25, mengakui peluang menghiasi majalah terkenal itu bukan saja pengiktirafan dalam karier seninya sekali gus membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.
"Saya berasa sangat teruja bila diberi penghormatan berkenaan. Bagi saya, peluang menghiasi majalah Bella Terra itu adalah permulaan yang cukup baik buat saya mengintai peluang untuk mencipta nama di luar negara.
"Pada masa sama, saya juga berasa terharu kerana dalam ramai selebriti tempatan, saya pula yang terpilih untuk menghiasi majalah bertaraf antarabangsa itu. Terus terang, saya sendiri berasa tidak percaya bila melihat wajah sendiri terpampang di majalah berkenaan. Ia satu kepuasan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
[Wow] - Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments