Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Puteri Sarah Nekad Berhenti Berlakon~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Puteri Sarah

PELAKON yang kini dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana menyatakan hasrat untuk berhenti berlakon serta enggan menerima sebarang tawaran berlakon selepas ini. 
 
"Berlakon kini saya dalam proses menghabiskan segala komitmen yang masih ada.  Bermula daripada sekarang saya tidak lagi menerima sebarang job baru kerana telah nekad untuk berhenti daripada berlakon.
 
"Fokus saya sekarang adalah untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan dan bekerja macam biasa.  Cuma tawaran untuk mengacara masih ada dan jika tiada komitmen kerja saya akan terima," katanya yang dipetik menerusi portal Murai. 
 
Keputusan yang diambilnya itu adalah kerana ingin memberi fokus dalam dunia perniagaan sementelah dia mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Hotel dan Pengurusan Perniagaan.
 
Menurutnya lagi, dia akan menjalani satu temuduga kerja di sebuah syarikat dalam bidang pemasaran bulan depan demi memenuhi cita-citanya itu selain akan terus melibatkan diri dalam cabang seni menerusi bidang pengacaraan.
 
Selamat maju jaya diucapkan buat Puteri Sarah, semoga kerjayanya kelak akan sukses seperti mana bidang lakonan yang pernah diceburinya dulu. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments