Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Bekas pengacara rancangan MeletOp, Neelofa meluahkan perasaan kesalnya di laman Instagram selepas difitnah berkhalwat pada Khamis lalu tanpa sebarang bukti kukuh.
Menurut pelakon itu, tuduhan berkenaan benar-benar menjatuhkan maruahnya sebagai seorang selebriti. Katanya, jika benar dia berkhalwat, sudah pasti ada laporan rasmi polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi.
"Kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam sisi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi."
"Jika benar saya ditangkap khalwat pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini. Sekarang saya berada di luar negara untuk meneruskan pengajian saya. Saya harap pihak yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut, terima kasih."
Sementara itu, Neelofa sempat menegur sikap wartawan yang suka menyebarkan gosip-gosip tidak sahih agar membuat penyiasatan terlebih dahulu sebelum menyiarkan apa-apa artikel berkaitan salahlaku selebriti.
"Sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artis.
Baca kenyataan penuh Neelofa di bawah yang sempat dimuatnaik beliau di laman Instagramnya sekitar petang tadi. Pelakon seksi itu jelas sangat kecewa dengan tuduhan yang disebarkan di akhbar tempatan.
Hiburan
Jabatan Meteorologi Malaysia baru sahaja mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang bakal melanda tiga negeri iaitu Sabah, Selangor dan Perak.
Memetik kenyataan amaran MMD di laman Facebook mereka sekitar 4.34 awal pagi tadi, 29 Disember 2013, berikut ialah kenyataan penuh amaran ribut petir dan hujan lebat yang telah dikeluarkan.
"Ribut petir dan hujan lebat di negeri Perak (Daerah Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak), Selangor (Daerah Klang dan Kuala Langat) dan Sabah : Bahagian Sandakan (Daerah Sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Ahad 29 Disember 2013."
"Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Selangor (Daerah Sabak Bernam dan Sepang) dan Sabah : Bahagian Sandakan (Daerah Beluran)."
"Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang."
[Wow] - Berita Tempatan
BEIJING: Mahkamah di timur laut China menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang lelaki kerana cuba membunuh anak perempuannya.
Mahkamah di Heilongjiang mendapati Yin Zhihe bersalah atas tuduhan cuba membunuh anak perempuannya berusia dua bulan dengan mencucuk jarum jahit ke tubuh bayi itu, lapor agensi berita Xinhua.
Yin dipercayai cuba membunuh bayi itu kerana mengesyaki mangsa bukan anaknya.
Yin mencucuk jarum ke sangkar rusuk bayi itu pada 4 Ogos lalu.
Keesokan harinya, tangisan bayi itu mendorong ibunya membawa dia ke hospital, di mana jarum berkenaan ditemui dan dibuang melalui pembedahan.
Keesokan harinya, tangisan bayi itu mendorong ibunya membawa dia ke hospital, di mana jarum berkenaan ditemui dan dibuang melalui pembedahan.
Bagaimanapun, Yin mencucuk tiga lagi jarum di dada, pusat dan perut bayi itu. Kesemua jarum berkenaan dicabut menerusi pembedahan tetapi menyebabkan kegagalan pernafasan dan kecederaan pada organ bayi malang itu.
Mahkamah mengurangkan hukuman terhadap Yin kerana dia menyerah diri kepada polis, manakala bayinya terselamat.
Sementara itu, ujian DNA menunjukkan Yin ialah bapa kandung kepada bayi perempuan terbabit.
Global
KUALA LUMPUR: Gara-gara mencium rakan serumah kekasihnya, seorang pelajar dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Syed Hassan Lal Gilani, 24, seorang warga Pakistan, yang mengaku bersalah mencabul kehormatan mangsa dengan mencium pipi wanita berusia 24 tahun itu.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Desa, Jalan Klang Lama, di sini pada jam 10.55 pagi, 30 Ogos lalu.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, mangsa ketika itu duduk di sofa apabila tertuduh yang berjalan menuju ke bilik kekasihnya, berpatah balik ke arah mangsa dan memegang kepala mangsa dengan kedua-dua tangannya serta cuba mencium bibirnya.
Mangsa berjaya mengelaknya, bagaimanapun terkena di pipinya.
[Wow] - Berita Tempatan
HERAT (AFHANISTAN): Seorang wanita di Afghanistan terpaksa menanggung derita selepas hidung dan bibirnya dikerat oleh suaminya yang juga seorang penagih dadah.
Setara, 30, ibu kepada empat anak itu dilaporkan dipukul sebelum suaminya memotong hidung dan bibirnya.
"Dia bertindak ganas kerana saya enggan beri barang kemas untuk digadai bagi membeli dadah. Dia rampas telefon dan cincin saya sebelum melarikan diri," katanya pada laporan Daily Mail.
Ibu Setara, Nasima berkata, dia mahu pihak berkuasa menahan menantunya itu dan merejam hingga mati bagi memberi pengajaran kepada orang lain.
Global
BANGKOK : Seorang pengawal keselamatan menjadi mangsa terbaharu dalam keganasan berkaitan bantahan terhadap pilihan raya umum Thailand yang dijadual diadakan pada 2 Feb tahun depan.
Lelaki yang bertugas mengawal tempat perhimpunan kumpulan Rangkaian Pelajar dan Rakyat bagi Pembaharuan Thailand itu ditembak mati oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali berhampiran Rumah Kerajaan di sini pada kira-kira jam 3 pagi ini.
Mangsa dikenali sebagai Jamrieng Jitwat, 31, dari wilayah Prachuab Khiri, Selatan Thailand.
Tiga orang lagi cedera dalam serangan itu.
Kumpulan tersebut adalah antara pihak yang cuba menghalang urusan pendaftaran calon bagi pilihn raya itu di Stadium Thailand-Jepun di Dindaeng sejak beberapa hari lepas.
Sehingga jam 6 petang semalam, kira-kira 153 orang cedera akibat pertempuran antara polis pencegah rusuhan dengan penunjuk perasaan, kata Pusat Perubatan Erawan.
Pertempuran yang berlaku juga meragut nyawa sarjan mejar polis Narong Pitisilp, 45, dan seorang lelaki berusia 30 tahun bernama Wasu Sujantana.
Sementara itu, 53 parti politik telah mendaftr untuk menyertai pilihan raya berkenaan.
Urusan seterusnya ialah pendaftaran kawasan pilihan raya yang dijadual diadakan mulai hari ini hingga 1 Januari.
Lebih banyak keganasan dijangka berlaku menjelang berlangsungnya pilihan umum apabila penunjuk perasaan meningkatkan kempen mereka bagi mengganggu proses pemilihan.
Pemimpin tunjuk perasaan Suthep Thaugsuban berikrar akan melumpuhkan Bangkok pada hari mengundi.
- Bernama
Global
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang jurukimpal kereta semalam setelah dipercayai terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang meninggal dunia pada 24 Disember lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata suspek, yang juga bapa tiri mangsa, ditahan di tempat kerjanya di Cheras pada kira-kira 4.25 petang semalam.
Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas bedah siasat berhubung kematian kanak-kanak itu mendapati ada unsur jenayah.
Kanak-Kanak itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur selepas dihantar ibunya pada Sabtu lepas setelah mendapati mangsa mengalami sawan, tubuhnya keras dan tidak sedarkan diri.
Zuraidah Jasman, 31, sebelum ini mendakwa mangsa didera di sebuah pusat jagaan di Kuantan, Pahang ketika dihantar bersama-sama empat lagi anaknya selama tiga tahun.
Ekoran dakwaan penderaan itu, Zuraidah mengambil keputusan berpindah ke ibu kota bersama suami dan anak-anaknya sejak Ogos lepas.
"Polis percaya dengan tangkapan (jurukimpal) ini dapat menyelesaikan kes itu," kata Khairi ketika dihubungi Bernama hari ini.
- Bernama
[Wow] - Jenayah
BUKIT MERTAJAM: “Kami langsung tak ingat apa-apa dan hanya rasa sakit sebelum jatuh tidak sedarkan diri,” kata Suhail Zolkifly, 14, dan adiknya Omar, 11 diserang anjing liar ketika bermain sekitar kawasan rumah mereka di Taman Cermai, Permatang Pauh, di sini, Rabu lalu.
Menurut Suhail, dia tidak mampu berbuat apa-apa apabila sekumpulan anjing liar menyerang mereka dan ketika itu hanya berfikir untuk lari menyelamatkan diri bersama adiknya.
“Saya hanya terbayangkan wajah adik namun agak sukar menyelamatkannya kerana kumpulan anjing berkenaan terus mengejar dan menyerang kami berdua menyebabkan kami terjatuh.
“Selepas itu, saya langsung tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang berlaku,” katanya yang ditemui di Hospital Pantai dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang Rabu lalu, dua beradik berkenaan koma dua hari selepas mengalami retak tempurung kepala serta pendarahan dalam otak kerana tersungkur ketika cuba menyelamatkan diri kerana dikejar dan diserang sekumpulan anjing liar.
Bapa mangsa Zolkifly Md Lazim,50, berkata, ketika kejadian, dia berada di Alor Setar, Kedah kerana urusan kerja sebelum menerima panggilan mengenai kejadian yang menimpa kedua-dua anaknya itu.
“Saya terkejut apabila diberitahu anak koma dan mengalami kecederaan serius di kepala serta tempurung otak retak dan tanpa berlengah saya terus bergegas pulang.
“Saya difahamkan kecederaan itu berlaku akibat kepala anak terhentak di permukaan jalan ketika mereka cuba menyelamatkan diri daripada diserang sekumpulan anjing liar,” katanya.
Sehubungan itu, Zolkifly berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih kerap membuat tinjauan di kawasan perumahannya kerana kawasan terbabit dilihat mempunyai banyak anjing.
“Kawasan perumahan ini terlalu banyak anjing bahkan anak saya berumur tujuh tahun pernah mengalami kecederaan kecil kerana diserang anjing baru-baru ini.
“Kali ini terjadi lagi kepada dua anak saya dan berharap PBT berbuat sesuatu terutamanya mewujudkan polisi penjagaan haiwan kepada penduduk yang membela haiwan di kawasan ini,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Rozali Mohamod berkata, MPSP kesal dengan kejadian yang menimpa dua kanak-kanak itu yang hampir maut apabila diserang anjing liar.
Menurutnya, berikutan kes itu, satu operasi secara drastik diambil MPSP dengan menangkap anjing liar di kawasan terbabit dan pihaknya berjaya menangkap 10 anjing.
“Kita dapat juga kumpulkan satu pasukan untuk menangani kes ini.
“MPSP kesal dalam kejadian dua kanak-kanak yang cedera akibat dikejar anjing liar ini dan akan terus membuat rondaan untuk menangkap baki anjing yang berkeliaran,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bagi menangkis dakwaan pihak yang mengatakan MPSP mengabaikan isu anjing liar itu, di sini, semalam.
Operasi penangkapan anjing liar itu diadakan di beberapa lokasi termasuk Taman Himilaya dan persekitaran Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh.
[Wow] - Berita Tempatan
GEORGETOWN: Seorang pengantin lelaki di sini, mereka dan menjahit sendiri pakaian perkahwinannya bersama isteri.
Mohd Amzar Ismail, 28, dari Bukit Mertajam gembira kerana berjaya menghasilkan baju perkahwinannya sendiri tanpa mengharapkan butik pengantin mahupun kedai perkahwinan lain.
Menurutnya, membuat sendiri baju perkahwinan memberi kepuasan yang tidak mungkin akan diperoleh seperti pasangan pengantin lain.
“Selain itu, kos juga dapat dikurangkan sebab jika sewa baju pengantin, boleh cecah ratusan ringgit dan ada yang tidak dapat menyimpan baju perkahwinan mereka, sebaliknya terpaksa memulangkannya ke kedai semula.
“Tapi baju kahwin kami, dapat simpan sendiri hingga ke akhir hayat,” katanya.
Dia yang bekerja sebagai pembantu juruaudit bertemu jodoh dengan seorang guru, Ramlah Rahman, 28.
Ramlah yang berasal dari Sabah juga berbangga kerana suaminya berjaya menjahit sendiri pakaian pengantinnya.
“Tidak dinafikan pakaian adalah salah satu yang menjadi perhatian orang ramai ketika hari perkahwinan, baju yang direka suami saya sendiri begitu selesa dan jika ada yang tidak kena, mudah saja untuk dia betulkannya kembali,” katanya.
Mohd Amzar sememangnya meminati bidang fesyen dan pernah bekerja sambilan di butik perkahwinan sejak dari zaman persekolahan.
[Wow] - Berita Tempatan
Kiki Lin pelajar Universiti Providence Taichung didakwa melakukan penganiayaan ke atas haiwan selepas dia memuat naik gambar tersebut di Facebook.
Tindakan kejamnya itu mengundang kemarahan pencinta haiwan dalam kalangan pengguna laman sosial itu dan mereka turut menggelarnya sebagai pendera haiwan, dipetik dari laporan DailyMail.
Sumber: Sinar Harian
Isu Panas
Penolong Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Muzium Sarawak, Mohd Nor Omar memeriksa bangkai seekor hidupan laut yang masih belum dikenal pasti sepanjang lebih tiga meter yang ditemui terdampar di pantai berdekatan sebuah pusat persiaran di Pasir Panjang, Santubong, kira-kira 30 meter dari Kuching awal pagi tadi.- Foto Bernama
Sumber: Sinar Harian
Misteri Sejarah
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments