Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
TINDAKAN pantas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi bidan terjun kepada seorang wanita yang hendak bersalin di Balai Polis Kampung Tawas, Ipoh, Perak telah berjaya menyelamatkan dua nyawa, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.14 petang itu, wanita terbabit selamat melahirkan bayi perempuan dengan bantuan anggota polis wanita dari balai berkenaan.
Difahamkan, semasa kejadian wanita hamil itu sedang dalam perjalanan ke hospital sebelum memasuki kawasan balai polis apabila berasakan dia sudah tidak tahan hendak bersalin.
Dua beranak itu kemudian dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.
Sekalung tahniah diucapkan kepada warga PDRM yang sanggup menghulurkan bantuan kepada orang awam tanpa mengira tugas dan tanggungjawab.
Inilah yang dikatakan anggota polis serba boleh!
Mynewshub.cc
Isu Semasa
SERAMAI 300 lelaki telah mengejutkan penumpang komuter di pusat bandar London apabila berpakaian seperti tentera Sparta dalam filem epik 300: Rise of The Empire lalu menaiki pengangkutan awam tersebut.
Memang luarbiasa, mungkin inilah pakaian cosplay terbaik setakat ini, seronoklah kaum hawa di situ sebab sambil naik komuter dapat cuci mata sekali.. memandangkan kesemua mereka berada dalam kategori lelaki ‘sado’.
Mungkin hilang sekejap tekanan ‘kakak-kakak’ yang mengharungi hari memenatkan di tempat kerja selepas tengok sekumpulan lelaki hot tampil berpakaian seperti itu.
Jom kita tengok sama-sama..
Pelbagai
CHINA – Seorang bayi berjaya diselamatkan meskipun ditanam selama lapan hari di sebuah kawasan perkuburan oleh ibu bapanya selepas bayi itu dilahirkan dengan bibir sumbing.
Bayi itu terselamat selepas seorang wanita dalam pertengahan usia mendengar bunyi tangisannya ketika dia sedang mengutip daun herba di kawasan berkenaan.
Wanita itu kemudiannya berlari mendapatkan bantuan sami budha yang menjaga tempat tersebut.
Dengan bantuan sami itu, Zhao Shimin, bayi berkenaan diselamatkan.
Dia ditanam di satu tempat yang tidak mempunyai penanda.
Bayi malang itu dimasukkan ke dalam kotak kertas sebelum ditanam pada kedalaman hanya lima sentimeter sahaja.
Selimut dan baju bayi berkenaan turut ditemui dalam kotak tersebut.
Menurut doktor, bayi itu bernasib baik kerana air hujan telah melembabkan kawasan sekitar tanah perkuburan itu.
Dia dimasukkan ke unit rawatan rapi dan diletakkan dalam inkubator selama beberapa hari.
Polis berjaya mengesan ibu bapa bayi itu namun mereka tidak ditangkap kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh.
Global
KEMALANGAN jalan raya melibatkan lori simen dan beberapa kenderaan lain di Jalan Tun Razak berhampiran Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi menyebabkan kesesakan jalan raya dari arah Ampang menuju ke ibu kota.
Memetik kenyataan di laman mikro Twitter Bernama, pihak polis trafik sudah dikerah ke tempat kejadian bagi mengawal lalu lintas di sana.
Daripada pemerhatian menerusi gambar, dapat dilihat lori simen berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapannya.
Isu Semasa
BAGAI tidak serik, Wak Doyok sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila sengaja memuat naik gambar separuh bogelnya di laman Instagram.
Tindakan ikon fesyen itu berkongsi gambar tidak berpakaian yang menampakkan putingnya menarik perhatian ramai peminat yang kelihatan teruja dan tidak kurang juga yang mengkritik.
Bagaimanapun, komen ‘berani mati’ seorang peminat dikenali sebagai Syasya Mahmud yang memberi komen berahi mengejutkan sesiapa sahaja yang membacanya.
“Mestilah suka dan gatal @Wakdoyok. Tak tahan tengok!” tulis Syasya.
Tambah sensasi, Wak Doyok dilihat ‘melayan’ dan saling berbalas komen bersama gadis berkenaan.
Tak pasal-pasal tindakan Wak Doyok bersama gadis itu dikecam ramai kerana dianggap tidak bersesuaian dengan budaya Timur.
Sebagai public figure, Wak Doyok sepatutnya lebih peka dengan penerimaan peminat di luar sana apatah lagi dia pernah terpalit dengan isu komen ‘merecik’ yang dibuatnya terhadap Kilafairy. Erm, takkan nak ‘pisang berbuah dua kali’ kot?- MYNEWSHUB.CC
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments