Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Vancouver Land Bridge ialah sebuah taman atas jambatan yang terletak di Vancouver Washington. Ianya dibina sebagai jalan dari menyambungkan kota lama Fort Vancouver dan tepian Sungai Columbia yan terpisah akibat pembinaan lebuh raya. Taman atas jambatan pejalan kaki ini adalah simbolik penyambungan semula dua bahagian yang sudah terputus akibat arus permodenan. 

Vancouver Land Bridge dibuka pada tahun 2010 dan kos pembinaan ialahUSD 12.25 Juta (RM 39 Juta). Diatas jambatan terdapat gazebo dan tempat duduk untuk berehat. Terdapat juga papan maklumat pelawat yang menunjukkan pemandangan sekitar sebelum lebuh raya dibina. 




Laporan asal DesignRulz
Lelaki ini telah dikritik orang ramai kerana berlagak hebat. Tetapi yang peliknya dalam bilik dia ada banyak barang berwarna pink dan juga gambar Justin Bieber.

Jared Leto, Dari Lelaki Pujaan Gadis Kini Kurus Tinggal Tulang. Dulu memang dia ini sangat terkenal kerana kekacakkan yang mampu menggoda para wanita tanpa kira usia, tetapi kini dirinya menjadi kurus. Tidak pasti disebabkan oleh apa, kemungkinan memegang watak Anorexia? ataupun beliau mempunyai masalah peribadi.

Anda lihat sendiri perubahannya masa dulu dan kini
Gambar Dulu>


Gambar Kini>
Seorang penerjun bebas berusia 37 tahun melakukan aksi ngeri apabila terbang menggunakan ‘suit terbang’ dengan kelajuan lebih 160km sejam di sebuah celahan kecil di kawasan pergunungan di China.


Jeb Corliss yang melakukan terjunan itu yang digelar “flying dagger’ berjaya melakukannya walaupun ruang di antara dua gunung itu cuma sebesar kira-kira tiga meter sahaja.
“Saya berasa lega berjaya melakukannya kerana inilah pertama kali saya berjaya melakukan lompatan sebegitu,” katanya.
Sebelum terjun, Jeb berkata beliau bimbang jika gagal, peminat dan orang ramai yang ingin melihat terjunan itu berjaya akan berasa kecewa.
Corliss terbang di celah gunung itu selepas terjun dari sebuah helikopter dari ketinggian 274 meter dari atas puncak gunung.
Lelaki itu sebelum ini pernah melakukan terjunan bebas dengan suit terbang di Paris (Perancis), Seattle (Amerika Syarikat) dan Afrika Selatan.
Di Afrika, Beliau mengalami kecederaan sehingga bahu dan tengkuknya patah.
Parkir Kereta
Harga meletakkan kereta bandaraya Kuala Lumpur patut dinaikkan sehingga RM40 sejam dengan tujuan mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam bandar, demikian cadangan seorang Ahli Jawatankuasa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Khairiah Mohd Talha.
Menurut laporan laman web btimes.com.my hari ini, beliau berkata harga parkir sepatutnya dinaikkan untuk menggalakkan orang ramai meninggalkan kenderaan mereka di rumah dan menggunakan sistem pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja.
Menurutnya, sistem itu terbukti berjaya di beberapa negara lain yang melaksanakannya.
Beliau mengambil contoh Australia dan Singapura yang mengenakan caj masing-masing RM120 DAN RM100 sejam dan Amerika Syarikat dengan caj RM130 sejam berjaya mengurangkan kesesakan trafik.
Menurut beliau kadar harga letak kereta yang tinggi juga akan mengurangkan kadar pengeluaran karbon di dalam bandar untuk mewujudkan suasana udara yang lebih bersih.
Beliau membuat cadangan itu pada satu Persidangan Lebuh Raya di Johor baru-baru ini.
Khairiah berkata selain itu satu pelan strategik berkaitan pengangkutan perlu diperkenalkan terlebih dahulu sebelum mengenakan caj berkenaan.
“Pelan strategik itu perlu memberi fokus kepada kepentingan orang ramai dan bukan entiti perniagaan,” katanya.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini sedang mengkaji keperluan kawasan letak kereta di Kuala Lumpur khasnya kawasan yang mempunyai akses kepada sistem pengangkutan awam.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kajian turut melibatkan keperluan mengurangkan kawasan letak kereta jika bilangan sistem pengangkutan awam meningkat.
Ketika ini, populasi warga Kuala Lumpur ialah 6 juta orang dan ia bakal bertambah kepada 10 juta orang menjelang tahun 2020.
Pasangan Kekasih
Di Ukraine, gara-gara berasmara di landasan keretapi lokomotif, seorang wanita berusia 30-an terbunuh manakala teman lelakinya, 41, putus kedua-dua kakinya selepas dilanggar oleh sebuah keretapi yang melalui kawasan itu.
Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, pasangan itu dalam perjalanan pulang sebelum mengambil keputusan berasmara di landasan itu.
“Mereka mungkin mahu mencuba sesuatu yang berani di situ,” ujar jurucakap tersebut.
Malangnya, akibat terlalu leka dan asyik dengan ‘aktiviti’ itu, kedua-duanya tidak sempat menyelamatkan diri apabila keretapi sudah terlalu hampir.
Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa pasangan itu dalam keadaan mabuk.
Begitulah kalau sudah terlalu ‘sangap’, landasan keretapi pun boleh jadi tempat melampiaskan nafsu.
Bila sesuatu yang buruk terjadi, menyesal pun sudah tidak berguna lagi.
Roket

Sebuah kenderaan hebat yang membolehkan penggunanya terbang menggunakan roket yang diikat di belakang badan dijangka bakal berada di pasaran tahun depan.

Kenderaan yang dikenali sebagai jetpack dikeluarkan syarikat Martin Aircraft Company (Martin) itu dijangka dijual dengan harga RM484,000 sebuah.

Kini, kenderaan itu sedang berada dalam tempoh pembangunan dan ujian sejak 2006.

Syarikat Martin percaya Jetpack ciptaan mereka merupakan jetpack yang paling dinanti-nantikan kerana keupayaan terbang yang lebih lama dan mampu mencapai altitud lebih tinggi.

Biasanya jetpack hanya mampu terbang selama 15 minit sebelum bahan api yang digunakan habis.

Jetpack keluaran Martin ini mampu terbang setinggi 900 meter dan memecut sehingga 74 km sejam dan berada di udara selama 30 minit.

Sasaran syarikat Martin ialah untuk jetpack ciptaan mereka akan digunakan pada misi mencari dan menyelamat ketika kebakaran dan juga boleh digunakan untuk tujuan rekreasi.
Bagi memastikan keselamatan penggunanya, setiap jetpack dilengkapi sistem payung terjunnya sendiri.

Nama jetpack mula muncul dalam beberapa cereka fiksyen sekitar tahun 1920-an. Watak superhero terkenal seperti Rocketman menggunakan enjit jet galas untuk menentang musuh.

Ia menjadi kenyataan apabila pertama kali muncul dalam filem James Bond pada tahun 1960-an.
Memandu boleh rosakkan ovari?

RIYADH – Seorang ulama terkemuka di Arab Saudi mendakwa bahawa memandu boleh memberi kesan sampingan kepada golongan wanita termasuk merosakkan ovari selain menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah klinikal.

Jumaat lalu, dalam satu wawancara yang dipaparkan di dalam laman sesawang sabq.org, Sheikh Saleh al-Lohaidan turut menyokong hujahnya itu bersama dengan kajian perubatan yang menunjukkan perbuatan memandu sebenarnya memberi kesan secara terus kepada ovari selain menolak pelvis ke atas.

“Perkara ini dapat dilihat dengan jelas kerana wanita yang memandu secara kerap biasanya akan mempunyai anak yang mengalami pelbagai masalah klinikal,” jelasnya.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu susulan daripada tindakan beberapa aktivis yang mengadakan kempen baru untuk membantah larangan tersebut pada 26 Oktober depan. – Reuters

Pasangan ini tidak menyedari aksinya seks mereka dirakam oleh CCTV. Mereka yang sedang asyik melakukan seks dalam kolam di kondominium Bukit Timah. Macam-macam hal, mereka sepatutnya berfikir sebelum melakukan aksi terkutuk ity di tempat awam. Sudah namanya Kondominium, kenapa tidak buat dalam bilik ?









Gaji permulaan Guru baru Lepasan Siswazah Pendidikan (DG41) - Pasti ramai antara graduan lepasan siswazah pendidikan yang masih belum mengetahui gaji permulaan bagi Guru baru yang memegang pangkat DG41, bukan?

Berdasarkan perkongsian daripada rakan blogger cikguayu, beliau memberitahu bahawa gaji pokoknya ialah RM2,222.94 tidak termasuk elaun-elaun yang ditentukan mengikut tempat yang ditugaskan serta opsyen mata pelajaran yang diajar.



Harus diingat, kadar potongan Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak 11% daripada jumlah pendapatan dan bukannya 8%. Jumlah potongan berkenaan mestilah dibundarkan menjadi angka bulat dalam Ringgit penuh kerana sebarang nilai sen tidak dibenarkan.

Contohnya 11% daripada jumlah pendapatan iaitu RM3,022.94 (gaji pokok + elaun), ialah RM332.52. Jadi, kadar potongan KWSP akan dibuat atas jumlah RM 333.

Sebuah laman web yang dikenali dengan nama Global Associated News melaporkan pelakon terkenal Aaron Aziz telah meninggal dunia akibat kemalangan ketika bermain ‘snow board’ di satu kawasan dikenali sebagai Zermatt Ski Resort di Switzerland.

Menurut laman web berkenaan, Aaron diterbangkan menggunakan helokopter untuk mendapat rawatan perubatan tetapi dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat impak kemalangan.





Aktor berkenaan dikatakan memakai topi keledar keselamatan dan tidak terbabit dengan dadah atau alkohol ketika kejadian.

Ok…sebelum meneruskan lagi…biar kami beritahu bahawa berita itu adalah PALSU.
.



Penulis tak tahulah ini apa punya laman web nama Global Associated News ni…etika kewartawanan di tahap 0 peratus.

Selepas mewujudkan keriuhan dan menakutkan orang – di bawah berita itu ada disclaimer yang mengatakan berita ini 100 peratus palsu dan ini adalah laman web hiburan (klik pada imej untuk diperbesarkan).



Kononnya berita berkenaan ditulis sebagai hiburan semata-mata. Buat lawak dengan kebenaran nyawa orang semata-mata untuk hiburan. Aaron nampaknya menjadi mangsa ‘internet death hoax’.
 
Sayangnya setakat ini masih ramai yang percaya bahawa Aaron benar-benar telah meninggal dunia dan ia trending di Twitter.

“Is it true that aaron aziz died?!”
“For real ah Aaron Aziz died?!”
“Is aaron aziz really dead?!”
“Aaron Aziz dead?! Nooooooooo D’:”

Ok… tolong sebarkan bahawa ia tidak benar dan Global Associated News hanya menipu. Aaron Aziz boleh pertimbang untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas laman web itu yang penulis rasa beroperasi di luar negara.
Mak Nyah Dikecam, Jalani Kehidupan Separuh Bogel

MASSACHUSETTS – Seorang maknyah yang melakukan semua aktiviti dalam keadaan separuh bogel semata-mata kerana mahu memperjuangkan kesaksamaan berbogel, telah menerima kecaman penduduk setempat.

Stacey Schnee, 38, bukan sahaja mengayuh basikal separuh bogel dengan mendedah bahagian atas badan, malah dia turut memotong kayu, memandu,  berkebun dan mengadakan barbeque dalam keadaan tersebut.

Keadaan ini menyebabkan penduduk setempat membuat laporan polis.

Masalahnya polis pula tidak dapat menahan Schnee  kerana dia menutup puting payu dara dan memakai seluar, justeru Schnee dianggap sebagai tidak berbogel.

Undang-undang di Massachusetts menetapkan berbogel dan separuh bogel adalah haram.
Schnee merupakan anggota kumpulan Topless Equality, iaitu satu kumpulan yang memperjuangkan hak wanita untuk mendedahkan bahagian atas badan di khalayak ramai, sama seperti lelaki.

Dia yang mempunyai dua anak menjalani pembedahan tukar jantina pada bulan Jun 2011 dan pembedahan membesarkan payu dara pada tahun lepas.

Jelasnya, sebelum pembedahan itu, dia terpaksa bergelut dengan identitinya dan mahu membunuh diri kerana hidup sebagai lelaki dan wanita, bukan satu perspektif yang biasa kepada kebanyakan orang.

Keadaan berubah selepas dia menjalani pembedahan tersebut.
“Saya sering mendedahkan payudara saya dan kadang-kadang berbogel di depan anak-anak saya.

“Bagi mereka, ia bukan sesuatu yang luar biasa dan mereka tidak peduli,’’ katanya.

bogel
Ayam

Riyadh – Pengawal sebuah penjara di Arab Saudi bingung memikirkan bagaimana banduan memperoleh bekalan rokok secukupnya walaupun kawalan ketat dilaksanakan.

Kebingungan mereka bertukar menjadi kejutan apabila mendapati pihak yang bertanggungjawab ialah ayam panggang.

Perkara itu terbongkar dengan tidak sengaja apabila seorang pengawal yang melakukan pemeriksaan rutin terhadap sajian ayam yang dibawa masuk ke penjara di bandar Hail, barat laut Saudi hairan dengan keadaan ayam itu.

“Pengawal itu mendapati bungkusan rokok yang disumbatkan di dalam ayam panggang dan roti,” kata polis.

Seorang pekerja sebuah restoran yang membekalkan makanan itu ditahan atas tuduhan menyeludup rokok ke penjara, menurut laporan sebuah akhbar tempatan. – Agensi
Qi Razali

Walaupun sebelum ini Qi Razali ada memberitahu yang beliau sanggup untuk menunggu Nelydia Senrose untuk mencapai impiannya dalam dunia hiburan kerana usia yang masih muda namun ada perkembangan terbaru tentang hubungan mereka.

Bercakap kepada akhbar Kosmo! baru-baru ini, Qi Razali mendedahkan yang beliau merancang untuk mengikat tali pertunangan dengan Nelydia pada tahun hadapan.

Pengacara program Jalan Jalan Cari Makan yang berusia 36 tahun ini mengambil keputusan itu atas faktor tidak mahu menunggu sehingga usianya mencecah 40 tahun untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka.

“Kalau boleh saya tidak mahu berkahwin ketika umur saya memasuki 40 tahun. Dalam tempoh setahun dua ini akan ada langkah seterusnya dalam hubungan kami,” jelas Qi Razali.
Sementara Nelydia Senrose pula berkata Qi Razali belum meluahkan apa apa hasrat untuk merisik atau meminangnya dalam masa terdekat namun mengakui mahu melangkah ke fasa yang lebih serius dalam hubungan mereka berdua.

“Saya tidak boleh cakap sudah bersedia atau tidak. Saya serahkan pada keluarga sebabnya saya masih di bawah tanggungan keluarga. Segala kata putus daripada keluarga saya akan ikut,” ujar Nelydia Senrose mengulas hasrat Qi Razali. – Malaysian Digest
Gosip liar yang mendakwa pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin mengadakan majlis pertunangan secara senyap-senyap sudah lama kedengaran sejak bulan lalu lagi.

Bagaimanapun, pasangan selebriti ini menafikan dakwaan itu dan menganggap individu yang menyebarkan cerita pertunangan mereka berniat jahat.

Terbaru, isu pertunangan mereka kembali bergema di media-media hiburan termasuk portal rotikaya yang baru sahaja berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis tertutup itu. Penyebaran gambar-gambar berkenaan menguatkan lagi dakwaan individu terbabit.

Jadi, kita tunggu dan lihat sahaja respon dan jawapan dari Rozita Che Wan dan Zain Saidin berhubung gambar-gambar yang dikongsikan portal rotikaya.




Di akhir Perang Dunia Kedua tentera Jepun mencipta beberapa senjata kamikaze yang digunakan untuk menyerang tentera Amerika Syarikat. Mereka mencipta bot, kapal selam dan kapal terbang yang digunakan oleh pejuang berani mati mereka. Yokosuka MXY7 Ohka ialah pesawat pengebom berani mati berkuasa jet yang digunakan pada tahun 1945 sebagai langkah drastik Jepun untuk mengalahkan USA. 

Ohka (Bunga Sakura) dipandu oleh seorang juruterbang berani mati dan dilengkapi bom sebesar 1200 kilogram. Ia juga diperkasakan dengan tiga enjin roket yang mampu memberikan Ohka kelajuan maksimum 1040 kilometer sejam ketika menjunam. Lebih dari 800 Ohka dibina tetapi tidak kesemuanya digunakan oleh Jepun kerana kekurangan juruterbang dan pesawat pengebom yang mampu membawanya ke medan perang. Ianya juga sukar dikawal dan serangan ke atas armada USA tidak dapat dilakukan secara tepat. Oleh sebab itu Ohka diberikan gelaran Baka (Bodoh) oleh kelasi USA.





Laporan asal Wikipedia