Seorang penerjun bebas berusia 37 tahun melakukan aksi ngeri apabila terbang menggunakan ‘suit terbang’ dengan kelajuan lebih 160km sejam di sebuah celahan kecil di kawasan pergunungan di China.
Jeb Corliss yang melakukan terjunan itu yang digelar “flying dagger’ berjaya melakukannya walaupun ruang di antara dua gunung itu cuma sebesar kira-kira tiga meter sahaja.
“Saya berasa lega berjaya melakukannya kerana inilah pertama kali saya berjaya melakukan lompatan sebegitu,” katanya.
Sebelum terjun, Jeb berkata beliau bimbang jika gagal, peminat dan orang ramai yang ingin melihat terjunan itu berjaya akan berasa kecewa.
Corliss terbang di celah gunung itu selepas terjun dari sebuah helikopter dari ketinggian 274 meter dari atas puncak gunung.
Lelaki itu sebelum ini pernah melakukan terjunan bebas dengan suit terbang di Paris (Perancis), Seattle (Amerika Syarikat) dan Afrika Selatan.
Di Afrika, Beliau mengalami kecederaan sehingga bahu dan tengkuknya patah.
No comments
Post a Comment