Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


PETALING JAYA: Pelakon Erin Malek menganggap sikap dan kelakuan manja dengan tunangannya Farriz Fauzy, 30, adalah perkara normal seperti yang dilakukan oleh pasangan kekasih yang lain.
Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, berkata, status selebritinya membuatkan segala tindak tanduk yang dilakukan lebih menjadi perhatian lebih berbanding pasangan lain.
“Kami seperti pasangan bercinta yang lain sahaja, cuma mungkin mereka bukan selebriti jadi tidak diberi perhatian, lagipun apa salahnya saya manja dengan tunang saya.
“Bila dah dekat-dekat dengan tarikh kahwin ini ada-ada sahaja cerita buruk yang keluar dan saya anggap ia dugaan sahaja,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Erin berkata demikian ketika diminta mengulas sebuah gosip diruangan pojok yang mendakwa dia dan pasangannya Farriz Fauzy berkelakuan manja ‘sakan’ hingga mengundang rasa tidak selesa orang ramai yang menghadiri sebuah acara Matta Fair minggu lalu.
Menurut laporan itu, Erin juga tidak menghiraukan sapaan yang dibuat oleh penulis ruangan pojok itu, malah bertindak lebih romantik apabila menerima teguran itu.
Jelas Erin, dia tidak pernah bersikap sombong dan tidak menghiraukan teguran daripada mana-mana pihak terutama orang yang dikenalinya.
Katanya, kemungkinan keadaan orang ramai yang bersesak-sesak di acara tersebut juga membuatkan dia kurang menyedari mana-mana teguran yang ditujukan kepadanya.
“Mana mungkin saya buat tidak tahu sahaja kepada orang yang menegur saya, terutama orang yang saya kenal. Mungkin saya tidak dengar ketika itu.
“Situasi di Matta Fair tempoh hari terlalu ramai orang, sehingga hendak jalan pun susah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Erin menganggap tuduhan tersbeut sebagai salah satu ujian kepadanya dalam menghitung detik bahagia bergelar isteri pada 10 Oktober depan.
Jelas Erin, dia enggan melayan dan memperbesarkan khabar angin buruk itu bagi mengelakkan daripada memberi tekanan kepada kedua-dua mereka menjelang hari perkahwinan tersebut.
“Saya sudah tahu akan ada cerita-cerita seperti ini, jadi saya awal-awal saya dan Farriz sudah bersedia tentang perkara-perkara buruk yang bakal kami hadapi.”
“Saya tidak mahu ambil peduli sangat kerana tidak mahu ia akan memberi tekanan kepada kami banyak lagi yang perlu diuruskan,” katanya.
Pasangan Erin dan Farriz  mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 21 Jun lalu selepas empat bulan mengenali lelaki tersebut.
Sementara itu, Erin berkata, persiapan perkahwinannya sudah hampir siap dan dia kini mula mengedarkan kad undangan perkahwinanya kepada rakan-rakan terdekat.
Majlis pernikahannya akan berlangsung pada malam Jumaat, 10 Oktober depan di Hotel Intercontinantal, di Kuala Lumpur.
Manakala majlis resepsi diadakan keesokan hari diadakan di lokasi yang sama.


NEW YORK: Simulasi tsunami yang diberi nama ‘Latih Amal Indian Ocean Wave 2014 (IOWave14) yang dilakukan dalam kalangan 24 negara termasuk Malaysia mendapati negara-negara berkenaan lebih bersedia menghadapi kemungkinan berlaku tsunami sekali lagi.
Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudyaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), Irina Bokova berkata ujian latihan itu dilakukan pada 9 dan 10 Sept lalu.
Beliau berkata PBB telah membentuk sistam amaran untuk menilai aliran komunikasi dan kesediaan di wilayah Lautan Hindi dan ia didapati berfungsi dengan berkesan.
Sistem tersebut merupakan pencapaian besar dalam kerjasama saintifik global dan mampu menyelamatkan nyawa, katanya.
Hampir suku juta nyawa terkorban semasa kejadian tsunami di 12 negara di lingkaran Lautan Hindi sedekad lalu.
Bokova berkata laporan susulan yang mengandungi butiran terperinci penilaian latihan akan diterbitkan November ini.
IOWave14 menggunakan dua senario iaitu berdasarkan gempa bumi berskala 9.1 di selatan Jawa, Indonesia pada 9 Sept dan gempa berskala 9.0 di Makran Trench, selatan Iran dan Pakistan.
Kedua-dua gempa itu boleh mendatangkan ancaman tsunami di Lautan Hindi.

SEORANG lelaki arab yang menemui sebiji batu dikatakan batu sijil atau di panggil ‘ batu neraka ‘ telah di tawarkan 4 juta usd atau dalam RM12 juta. Tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Batu yang mempunyai lukisan burung dan gajah ini dikatakan batu yang di dijatuhkan burung Ababil terhadap tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.
Bagaimana batu itu ditemui..?

Ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman, seorang lelaki Arab dikenali sebagai Saleh Musfer Al Gamdi telah menemui sebiji batu yang amat pelik.
Menurut beliau, batu tersebut mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran, di mana Allah telah menghantar burung Ababil untuk membuang batu-batu Sejil (batu neraka) untuk memusnahkan tentera yang diketuai oleh ketua perang Abrahah dari Yaman yang mahu meruntuhkan Kaabah di Tanah Suci Makkah.



Setahun selepas beliau menemui batu tersebut, beliau telah ditawarkan $4 Juta(RM12 Juta)  untuk batu tersebut oleh pembida. Batu itu mempunyai keunikan dimana terdapat lukisan burung dan gajah dan berat 131 gram, betul-betul sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.
Pakar menganggarkan bahawa batu itu berusia sejak hampir 1,442 tahun. Di samping itu, beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk beliau tidak menjualnya.


SEORANG lelaki ditangkap selepas bekas teman wanitanya menuduh dia memasak anjing kesayangannya dan menyajikan kepadanya.
Ryan Watenpaugh, 34, ditangkap Khamis lalu atas tuduhan menzalimi haiwan dan menyerang.
Bekas teman wanitanya memberitahu polis, Watenpaugh berulang kali memukulnya ketika mereka berpacaran.
Dalam satu kejadian, dia meninggalkan kediamannya.
Apabila kembali semula, dia mendapati anjing kesayangannya baka Pomeranian, ‘Bear’ hilang.
Akhbar USA Today melaporkan, wanita itu calar balar dan luka akibat diserang Watenpaugh serta mendakwa dia cuba melarikan diri daripadanya.
Polis berkata, pasangan itu berbaik semula minggu lalu dan Watenpaugh memasakkan wanita berkenaan.
Dia memakannya kerana menyangka ia makanan biasa.
Bagaimanapun, dia kemudian memberitahu polis, Watenpaugh menghantar mesej kepadanya bertanyakan bagaimana rasa anjing itu.
Selasa lalu, wanita itu melihat lelaki berkenaan meletakkan sesuatu di depan rumahnya.
Apabila keluar, dia melihat dua kaki anjing di muka pintunya.
Watenpaugh juga menghantar mesej kepada wanita berkenaan mengenai rancangannya terhadap bangkai anjing itu dan berkata, dia akan menghantar kaki anjing berkenaan kepadanya.
Polis berkata, Watenpaugh menafi membunuh atau memasak anjing itu.
Ketika menyerbu kediaman lelaki itu, polis turut menemui raifal AK-47 dan sejumlah peluru.
Dia akan didakwa atas tuduhan menzalimi haiwan, keganasan rumah tangga dan menahan seseorang tanpa kebenaran.
- Agensi


Satoru Nomura, 67, ialah ketua kongsi gelap Yakuza Kudokai.

Baru-baru ini beliau ditahan kerana disyaki suspek utama ke pembunuhan yang berlaku pada tahun 1998.

Satoru Nomura dikatakan menembak mati Kunohiro Kajikawa (70) ketua koperasi nelayan tempatan kerana enggan berurusan dengan kongsi gelap.

Bagi memastikan penahanan dapat dilakukan dengan selamat ratusan polis pencegah rusuhan dikerah untuk mengelilingi rumah godfather ini.

Sindiket Kudokai adalah kumpulan Yakuza terbesar di Jepun dengan ahli dikatakan mencecah 60,000 orang.

Mungkin polis Jepun ingin memastikan Satoru dapat ditangkap tanpa konco-konconya datang menyelamatkan beliau.

Foto: Daily Mail
Sumber: Blog Serius








CANBERRA: Tidak pernah terbayang akan ada kediaman berkonsep tergantung, lebih-lebih lagi di tebing tinggi berhadapan lautan luas di pinggir Australia.

Portal berita melaporkan rekaan yang dihasilkan arkitek negara itu dari Modscape's Ambitious Designs.

Siput laut atau teritip yang melekat dan tergantung di bawah kapal atau perahu memberi ilham kepada pereka firma berkenaan.

"Rekaannya ini sesuai dengan permintaan pelanggan yang inginkan sesuatu yang luar biasa di kawasan pantai di Australia.




"Rumah ini bukan sahaja tergantung di tebing bukit, malah memiliki pemandangan Lautan Hindi yang indah," kata jurucakap firma tersebut.

Kediaman mewah itu memiliki lima tingkat, selain digantung di tebing dengan menggunakan pin keluli kejuruteraan tinggi.

Beberapa arkitek dan pakar kejuruteraan daripada firma berkenaan akan bekerjasama membina rumah pasang siap ini.

Sumber: mstar.com.my

Jika benar dakwaan dari komen Facebook dibawah, memang segelintir manusia zaman sekarang sudah hilang sifat kemanusiaan. Bahkan boleh dikatakan mereka ini lebih teruk dari binatang.



Cuba bayangkan betapa sakitnya lembu ini kerana tiga kakinya dipotong dan dilapah tanpa disembelih. Dikatakan, sebelum perkara terkutuk itu dilakukan, ia disembur dengan racun serangga supaya mamai.



 Dah la tu mencuri, pergi pulak seksa binatang. Apa dosa binatang ni sampai kena macam ni? Jelas hati mereka ini sudah hitam diliputi kebendaan duniawi.

Berdasarkan satu komen, perkara ini berleluasa di Kelantan dan orang ramai dinasihatkan tidak membeli daging lembu di beberapa kawasan tertentu di Kelantan dan perkara ini bukanlah satu perkara baru.




Penulis ada bertanya kepada beberapa rakan di Kelantan mengenai perkara ini, dan menurut mereka, perkara ini berlaku di beberapa kawasan disana.

Menurut salah satu dari mereka, satu kejadian berlaku dimana hanya satu kaki sahaja yang sempat dipotong, dan ketika lembu itu dijumpai, ia masih hidup dan dalam keadaan terkebil-kebil....kesian...

Ditanya mengapa kaki sahaja yang diambil, mereka berkata, ia kerana bahagian kaki lembu yang paling mahal. Bahagian kaki sahaja berharga RM 40 manakala bahagian paha pula, RM 20~ RM 40 sekilo mengikut kematangan lembu. Dasyat manusia ni.. - SiakapKeli.com


Seorang wanita dari Seattle, AS, bernama Chantae Gilman (26) dituduh merogol seorang lelaki di apartment milik lelaki tersebut.

Lelaki berusia 31 tahun yang tidak diketahui identitinya berkata, pada 17 Jun lalu dia bangun dari tidur dan melihat Gilman sedang berada di atas tubuhnya. 


Menurut pihak polis, malam ketika lelaki itu diperkosa dia mengatakan menghadiri sebuah pesta seorang jiran yang mengenali Gilman.

"Apabila tiba di rumah dia terus tertidur," kata polis Roger Ishimitsu.

Seperti dilaporkan merdeka.com, lelaki itu terbangun pukul 2.00 pagi dan melihat Gilman sedang merogolnya. tangan lelaki itu diikat di belakang kepala ketika kejadian.

Lelaki tersebut meminta Gilman turun dari tubuhnya tapi wanita itu tidak mempedulikannya. 

Selepas berjaya melepaskan diri, lelaki itu mengusir Gilman dan bergegas ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.

Belum diketahui bagaimana Gilman boleh masuk ke apartment lelaki itu.

Kepada polis, Gilman mengatakan dia tidak ingat ada di apartment lelaki itu dan melakukan hubungan seks dengannya.

Pihak polis mengatakan wanita itu mengalami masalah mental dan menderita bipolar.

Hasil pemeriksaan telah dijumpai DNA wanita yang sepadan dengan DNA Gilman di lokasi kejadian.

Menurut sebuah status di laman media sosial Facebook milik Gilman, dia kini sedang hamil 31 minggu. Dia sebelumnya sudah punya dua anak kecil.

Kini Gilman didakwa melakukan pemerkosaan dengan mangsa yang tidak berdaya ketika dirogol.