Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


MELBOURNE – Seekor ikan jerung pelik berukuran 6.3 meter yang berjaya ditangkap oleh sekumpulan nelayan memberi peluang kepada para saintis untuk melakukan penyelidikan terhadap ikan kedua terbesar di dunia itu.
Spesies ikan itu jarang diketahui kerana tidak muncul di permukaan air bagi mendapatkan udara untuk hidup menyebabkan haiwan marin berkenaan begitu jarang dilihat.
Spesimen ikan itu telah didermakan kepada Muzium Victoria yang akan menggunakan sampel tisu, isi perut dan tulang untuk melakukan penyelidikan terhadap genetik, diet dan sejarah kehidupan.



Menurut kenyataan muzium, kepala dan sirip ikan tersebut turut digunakan untuk membina model lengkap bagi tujuan pameran.
“Penemuan unik ini akan menyediakan lebih banyak informasi yang tidak diketahui selain membantu usaha pemuliharaan dan penyelidikan biologi,” ujar Kurator Kanan Bahagian Iktiologi, Martin Gomon.
Spesies ikan jerung yang ditangkap secara tidak sengaja oleh nelayan di perairan Bass Strait di bahagian tenggara Australia itu biasanya bergerak secara perlahan dan memakan plankton, malah mampu membesar sehingga 12 meter. – AFP


KUALA LANGAT - Seorang adik tergamak melibas pisau sehingga menyebabkan abangnya mati dalam pergaduhan di rumah mereka di Batu 8 Sijangkang, Telok Panglima Garang di sini petang semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul 6.30 petang itu bermula apabila adik cuba menegur sikap abangnya yang tidak berpuasa.
Suspek yang melihat abangnya rebah berlumuran darah terus membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi mendapatkan rawatan tetapi mangsa dikatakan meninggal dunia dalam perjalanan.
Suspek yang berusia 26 tahun kini ditahan untuk siasatan lanjut. - KOSMO!


Klang: Hayat seekor kucing peliharaan sebuah keluarga masih panjang apabila diselamatkan pihak bomba selepas terperangkap hampir 24 jam dalam saluran paip di kediaman keluarga terbabit di Jalan Kapar, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, kucing jenis siam terbabit dikatakan masuk ke saluran paip di kawasan garaj kereta sejak kelmarin, namun gagal keluar.
Menyedari kucing betina berusia lapan bulan itu tersangkut di saluran terbabit, keluarga berkenaan menghubungi pihak bomba bagi mengeluarkan haiwan itu yang kesakitan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang Zaidi Ahtan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga berkenaan pada jam 12.55 tengah hari dan tujuh anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi lima minit kemudian, kami mendapati seekor anak kucing terperangkap dalam saluran paip dari rumah ke longkang di hadapan rumah teres milik keluarga berkenaan.

“Difahamkan kucing itu masuk dalam saluran berkenaan, namun gagal keluar. Haiwan itu tidak boleh ke depan atau belakang,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurutnya, pihaknya mengambil keputusan memecahkan simen di bahagian garaj menggunakan alat yang dibawa sebelum mengeluarkan kucing itu dan operasi tamat selepas kira-kira 20 minit.

“Kucing itu terperangkap sejak semalam (kelmarin), namun usaha keluarga berkenaan untuk mengeluarkannya gagal sebelum menghubungi pihak kami untuk menyelamatkannya.
“Jika lambat dikeluarkan mungkin kucing itu mati dalam saluran berkenaan kerana ketika dikeluarkan haiwan itu berada dalam keadaan lemah,” katanya

Hmetro Online



PETALING JAYA: Penyanyi lagu Rindukanlah iaitu Encik Mimpi enggan mendedahkan status sebenarnya kononnya dia sudah berkahwin apabila beberapa gambar majlis berkenaan dipercayai miliknya tersebar baru-baru ini.

Encik Mimpi atau nama sebenarnya Mohd Azam Zamri, 27, berkata, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak bercakap tentang soal peribadi kerana bimbang ia akan menjadi perhatian lebih daripada kariernya sebagai penyanyi.

"Saya tidak mahu mengiya atau menidakkan tentang perkara itu kerana enggan soal peribadi menjadi perhatian dan bukannya karier saya sebagai penyanyi.

"Terpulanglah kepada presepsi dan imaginasi mereka sama ada ingin mempercayai saya sudah berkahwin atau pun tidak," katanya kepada mStar Online.

Berhubung penyebaran gambar perkahwinan tersebut, Encik Mimpi berkata, ia bukan perkara baharu kerana sebelum ini ada beberapa gambar yang dikatakan dirinya disebarkan pada awal kemunculannya.

Bagaimanapun dia tidak menafikan ada di antara gambar yang tersebar adalah miliknya.


Dalam perkembangan lain, Encik Mimpi berkata, bersempena dengan bulan Ramadan dia mengambil peluang untuk berjinak-jinak dalam perniagaan dan mengeluarkan jenama biskutnya iaitu Empat Mimpi Cookies.

Katanya, buat permulaan dia mengeluarkan dua jenis biskut iaitu Chocolate Chip Cookies dan Coco Crunch Cookies yang akan dijual menerusi laman sosial dan Raya Sakan Fest 2015 yang akan diadakan di Hall 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 26 hingga 28 Jun ini.

"Biskut tersebut sebenarnya dibuat oleh kenalan saya tetapi dia tidak pernah menjual secara komersial biarpun sentiasa mendapat tempahan tinggi di kalangan keluarga dan rakan-rakan.

"Jadi saya ambil peluang ini untuk memasarkan produk berkenaan dengan lebih meluas kerana sangat enak," ujarnya.

Selain Encik Mimpi, beberapa lagi artis turut terlibat dalam acara jualan itu seperti Joe Flizzow, Rozita Che Wan, Ayu Raudhah, Fizo Omar dan Johan (Raja Lawak).

Mstar Online
PETALING JAYA: Gambar anak lelaki pelawak Harith Iskander yang berusia tiga tahun bersama gambar kanak-kanak lain, telah disiarkan di sebuah laman web pornografi kanak-kanak, dipercayai dari Malaysia.


"Google Alert membawa perhatian saya kepada gambar-gambar anak saya (dan saya sedang memangku anak saya) berserta gambar kanak-kanak lain yang muncul dalam sebuah laman web tempatan berserta imej grafik lucah," kata Harith dalam posting Facebooknya, Rabu.


Teks pada laman web tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris membuatkan beliau percaya ia adalah dari Malaysia dan mempunyai kapsyen "Gambar Anak Harith Iskander".

"Kedua-dua adalah menjijikkan dan sangat membimbangkan dan semestinya saya dalam proses menghubungi SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) untuk mengetahui apa tindakan yang boleh diambil," katanya.

Gambar anak perempuan pelakon Malaysia, Erra Fazira, Engku Aleesya juga terdapat di laman web tersebut.

Mstar