Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Dari luaran nampak Hailey Ford macam budak berusia sembilan tahun yang lain namun jangan tak tahu dia mempunyai ilmu pertukangan yang cukup hebat bagi kanak-kanak seusianya.
Di kala rakan-rakan sebaya lebih suka bermain dengan anak patung Barbie, Harley pula lebih senang bergelumang dengan alat pertukangan sebagai mainannya.



Si cilik yang berasal dari Washington, Amerika Syarikat itu mengambil inisiatif membina rumah kecil sebagai perlindungan untuk golongan gelandangan.
Menurutnya, “saya rasa sedih melihat orang yang tidak mempunyai tempat untuk berteduh, saya rasa semua orang perlu mempunyai rumah mereka sendiri.”
Selain membuat kerja-kerja pertukangan, Hayley turut menanam sendiri sayur-sayuran di halaman rumahnya dan kemudian mengedarkannya kepada golongan yang dibantunya itu.
Tahun lalu, projeknya menerima dana daripada NGO Together Rising sebanyak $3,000 (RM11,267) untuk memulakan niat murninya itu.
Rumah kayu berukuran 8×4 kaki itu mempunyai pintu, tingkap dan panel solar yang mana Hayley belajar bertukang daripada datuknya yang merupakan seorang kontraktor.
Untuk hasil pertamanya itu, Hayley akan menghadiahkan kepada Edward, seorang gelandangan yang banyak memberi inspirasi kepadanya untuk meneruskan projek tersebut

RAKYAT Malaysia pastinya mengetahui yang kaum Cina mempunyai ketakutan mereka yang tersendiri dengan angka 4.
Kalau boleh mereka nak elakkan daripada dikaitkan dengan nombor empat atau disebut ‘si’ yang mempunyai sebutan sama seperti perkataan mati dalam bahasa Mandarin.
Mereka seboleh mungkin mengelak daripada menggunakan nombor 4 dalam hidup mereka contohnya dalam penggunaan nombor plat kenderaan, alamat rumah, lif dan ada ibu-ibu yang berharap mereka tidak melahirkan anak pada tanggal empat haribulan.
Selain itu, ada lagi kepercayaan yang boleh kata mengarut tapi mungkin disebabkan sudah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain maka ianya menjadi pantang larang bagi sesetengah mereka untuk diikuti.
Antaranya, penduduk di Itali mempunyai pantang larang iaitu mereka tidak dibenarkan berenang selepas makan. Ini kerana mereka percaya seseorang itu akan menemui ajal sekiranya terus berenang dan berendam dalam air beberapa jam selepas perut penuh.
Malah disebabkan kepercayaan itu, penduduk Itali juga takut untuk mandi sejurus selepas menjamah makanan.
Negara Korea lain pula amalan mereka iaitu mereka tidak boleh tidur dengan kipas terbuka.
Dalam erti kata lain, tidur dengan kipas terbuka boleh membuatkan mereka mati dimakan oleh ‘hantu kipas’.
Namun yang sebenarnya, cerita itu ditimbulkan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk menggesa penduduknya agara sentiasa berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik.
Penduduk di Romania pula percaya jika melayan dan mendera binatang, anak mereka akan dilahirkan dalam keadaan tubuh badan yang penuh berbulu dan menyerupai binatang yang didera oleh mereka.
Sementara di London, mereka mengelak daripada makan daun salad kerana percaya makanan itu boleh menyebabkan mereka menjadi mandul.

NAMA Meor Farid Asyradi bukan lagi nama asing dalam kalangan rakyat Malaysia yang gemar mengembara.
Semuanya bermula apabila pelajar Universiti Malaya mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya sudah mengembara lebih 32 negara secara solo pada usia 24 tahun.
Mynewshub merupakan antara portal terawal melaporkan siri pengembaraan beliau beberapa tahun lalu dan pencapaian itu juga turut membuatkan namanya terpanggil untuk ditemu bual menerusi sebuah rancangan di saluran televisyen Al-Hijrah .
Lebih mengagumkan, buku kisah pengembaraannya yang berjudul ‘Travelog Mr. Traveller’ mencatatkan antara penjualan buku yang paling laris ketika berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 baru-baru ini.
Ternyata mahasiswa ini sudah banyak melalui pelbagai pengalaman suka dan duka ketika berada di perantauan.
Antara yang menarik perhatian kami adalah pengalaman Meor ketika berpuasa di negara Korea.
Ikuti kisah Meor yang dikongsi menerusi laman Facebook Travelog Mr. Traveller;

Untold Story : Pengalaman Berbuka Tak Boleh Lupa.
Pada tahun 2012 ketika mengikuti program summer School di Inha University Korea, saya dan beberapa sahabat dari Universiti Malaya ditempatkan di hostel Universiti.
Ketika itu musim panas, dan bahang kepanasannya dirasai hingga ke malam. Selain panas, waktu itu juga adalah bulan Ramadhan. Puasa hingga 16 jam. Suasana Ramadhan di sini jujur tak dapat dirasai seperti mana di Malaysia dan negara Islam.
Nak dijadikan kisah, di hostel kami memang disediakan makanan untuk sesi pagi dan malam. Kami pelajar muslim juga turut dihidangkan juadah berbuka persis pelajar dari negara-negara lain yang bukan Islam. Cuma katanya boleh pilih untuk makanan halal, khas buat muslim.
Sewaktu sedang beratur mengambil makanan sambil memegang tray macam pelajar asrama, sebaik tiba giliran saya, makcik dewan makan tersebut menuangkan ke dalam tray saya, nasi, kimchi dan sejenis lauk berkuah hitam macam masak kicap. Pelajar lain juga begitu.
Setelah selesai aku terus bawa tray tersebut ke atas meja makan. Beberapa minit sebelum berbuka, seorang rakan saya menemui saya dan berkata,
“Radi tahu tak itu lauk apa ?” tanya dia sambil menunjukkan ke arah lauk berkuah hitam itu.
” ikan masak kicap kan ?” aku jawab dengan yakin tanpa keraguan.
“takla.. Itu Ba Alif Baya” Balasnya pantas.
” Seriussss !” aku terkejut. Rakan-rakan di sekitar meja aku juga begitu.
Untuk kepastian, kami pergi menuju kepada mak cik tadi, nak tegur, saya tak tahu cakap Korea. Cuma boleh tanya, betulkah itu Ba Alif Baya. Dalam bahasa Koreanya Goki goka ke apa saya tak ingat smile emoticon.
Mak Cik itu dengan tenang mengangguk mengiakan. Menggeletar tray yang saya pegang. Segera saya letakkan semula tray tersebut. Akhirnya berbuka dengan nasi dan sayur kimchi. Sangat sedih setelah berjam berpuasa. Namun tetap bersyukur. Kami juga siap buat report kepada pihak program berkaitan isu yang berlaku. Mereka mohon maaf atas kesilapan tersebut.
Jauh di sudut hati terdetik juga, kalau kawan tadi tak tegur, dapat juga rasa lauk masak kicap tu. Tak sengaja tidak mengapa kan?
Mulai saat itu, setiap kali waktu berbuka, saya akan ke masjid Itaewon yang mengambil masa satu jam untuk tiba. Perlu naiki bas kemudian kereta api Korail, akhir sekali subway. Baru tiba. Makanan di Masjid Itaewon memang best.. Alhamduliillah. Sekian.
– MYNEWSHUB.CC