NAMA Meor Farid Asyradi bukan lagi nama asing dalam kalangan rakyat Malaysia yang gemar mengembara.
Semuanya bermula apabila pelajar Universiti Malaya mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya sudah mengembara lebih 32 negara secara solo pada usia 24 tahun.
Mynewshub merupakan antara portal terawal melaporkan siri pengembaraan beliau beberapa tahun lalu dan pencapaian itu juga turut membuatkan namanya terpanggil untuk ditemu bual menerusi sebuah rancangan di saluran televisyen Al-Hijrah .
Lebih mengagumkan, buku kisah pengembaraannya yang berjudul ‘Travelog Mr. Traveller’ mencatatkan antara penjualan buku yang paling laris ketika berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 baru-baru ini.
Ternyata mahasiswa ini sudah banyak melalui pelbagai pengalaman suka dan duka ketika berada di perantauan.
Antara yang menarik perhatian kami adalah pengalaman Meor ketika berpuasa di negara Korea.
Ikuti kisah Meor yang dikongsi menerusi laman Facebook Travelog Mr. Traveller;
Untold Story : Pengalaman Berbuka Tak Boleh Lupa.
Pada tahun 2012 ketika mengikuti program summer School di Inha University Korea, saya dan beberapa sahabat dari Universiti Malaya ditempatkan di hostel Universiti.
Ketika itu musim panas, dan bahang kepanasannya dirasai hingga ke malam. Selain panas, waktu itu juga adalah bulan Ramadhan. Puasa hingga 16 jam. Suasana Ramadhan di sini jujur tak dapat dirasai seperti mana di Malaysia dan negara Islam.
Nak dijadikan kisah, di hostel kami memang disediakan makanan untuk sesi pagi dan malam. Kami pelajar muslim juga turut dihidangkan juadah berbuka persis pelajar dari negara-negara lain yang bukan Islam. Cuma katanya boleh pilih untuk makanan halal, khas buat muslim.
Sewaktu sedang beratur mengambil makanan sambil memegang tray macam pelajar asrama, sebaik tiba giliran saya, makcik dewan makan tersebut menuangkan ke dalam tray saya, nasi, kimchi dan sejenis lauk berkuah hitam macam masak kicap. Pelajar lain juga begitu.
Setelah selesai aku terus bawa tray tersebut ke atas meja makan. Beberapa minit sebelum berbuka, seorang rakan saya menemui saya dan berkata,
“Radi tahu tak itu lauk apa ?” tanya dia sambil menunjukkan ke arah lauk berkuah hitam itu.
” ikan masak kicap kan ?” aku jawab dengan yakin tanpa keraguan.
“takla.. Itu Ba Alif Baya” Balasnya pantas.
” Seriussss !” aku terkejut. Rakan-rakan di sekitar meja aku juga begitu.
Untuk kepastian, kami pergi menuju kepada mak cik tadi, nak tegur, saya tak tahu cakap Korea. Cuma boleh tanya, betulkah itu Ba Alif Baya. Dalam bahasa Koreanya Goki goka ke apa saya tak ingat smile emoticon.
Mak Cik itu dengan tenang mengangguk mengiakan. Menggeletar tray yang saya pegang. Segera saya letakkan semula tray tersebut. Akhirnya berbuka dengan nasi dan sayur kimchi. Sangat sedih setelah berjam berpuasa. Namun tetap bersyukur. Kami juga siap buat report kepada pihak program berkaitan isu yang berlaku. Mereka mohon maaf atas kesilapan tersebut.
Jauh di sudut hati terdetik juga, kalau kawan tadi tak tegur, dapat juga rasa lauk masak kicap tu. Tak sengaja tidak mengapa kan?
Mulai saat itu, setiap kali waktu berbuka, saya akan ke masjid Itaewon yang mengambil masa satu jam untuk tiba. Perlu naiki bas kemudian kereta api Korail, akhir sekali subway. Baru tiba. Makanan di Masjid Itaewon memang best.. Alhamduliillah. Sekian.
– MYNEWSHUB.CC
No comments
Post a Comment