Dari luaran nampak Hailey Ford macam budak berusia sembilan tahun yang lain namun jangan tak tahu dia mempunyai ilmu pertukangan yang cukup hebat bagi kanak-kanak seusianya.
Di kala rakan-rakan sebaya lebih suka bermain dengan anak patung Barbie, Harley pula lebih senang bergelumang dengan alat pertukangan sebagai mainannya.
Si cilik yang berasal dari Washington, Amerika Syarikat itu mengambil inisiatif membina rumah kecil sebagai perlindungan untuk golongan gelandangan.
Menurutnya, “saya rasa sedih melihat orang yang tidak mempunyai tempat untuk berteduh, saya rasa semua orang perlu mempunyai rumah mereka sendiri.”
Selain membuat kerja-kerja pertukangan, Hayley turut menanam sendiri sayur-sayuran di halaman rumahnya dan kemudian mengedarkannya kepada golongan yang dibantunya itu.
Tahun lalu, projeknya menerima dana daripada NGO Together Rising sebanyak $3,000 (RM11,267) untuk memulakan niat murninya itu.
Rumah kayu berukuran 8×4 kaki itu mempunyai pintu, tingkap dan panel solar yang mana Hayley belajar bertukang daripada datuknya yang merupakan seorang kontraktor.
Untuk hasil pertamanya itu, Hayley akan menghadiahkan kepada Edward, seorang gelandangan yang banyak memberi inspirasi kepadanya untuk meneruskan projek tersebut
No comments
Post a Comment