Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Perkhabaran tidak baik mengenai kisah rumah tangga Adam AF dan Fiza Elite semakin bertebaran di mana-mana media sejak kebelakangan ini.
Walaupun Adam sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya bergaduh manja namun menurut dari sumber sebuah akhbar harian mengatakan si isteri sudah pun berkunjung ke Mahkamah Syariah di Shah Alam, Rabu lalu untuk menfailkan penceraian.
TERKINI…Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia tidak mahu mengulas mengenai perkara tersebut dan memohon semua pihak memberi mereka ruang buat masa ini.
“Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Bagaimanapun usaha mStar Online untuk cuba mendapatkan reaksi Fiza mengenai perkhabaran terbaharu itu gagal apabila pelakon dan penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan WhatsApp yang dihantar kepadanya.
“Kami sepakat untuk tidak mengulas mengenai perkara ini buat masa ini dan harap semua pihak faham akan keadaan kami,” katanya lagi.
Hmm, rasanya baharu lagi usia perkahwinan pasangan ini, kalau ada masalah, lebih baik dibawa berbincang ataupun merujuk kepada mana-mana pihak kaunseling perkahwinan.
Yelah, kita orang luar hanya boleh berkata-kata, yang melaluinya adalah mereka berdua.
Sementara itu, Fiza menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik status yang sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya di kalangan pengikutnya.
“Salam semua….maaf andai sy ada berbuat silap atau tkasar bahasa.sy benar2 berharap agar semua diluar sana memahami perasaan sy skrg ni…jgnlah ditanya bmcm2 jenis soalan.sy ni cuma wanita biasa yg kekadang lemah dan xmampu utk menanggung beban…tp sy tahu dan pasti semua ni ketentuan dr Allah.siapa yg mahu utk jd begini?kalau disoal pd sesiapa pun..xmungkin seseorg itu mahu mjalani kehidupan spt sy…hormati lah apa jua keputusan sy.sy hanya merancang…tp Allah lebih mengetahui segala2nya…sy cuma perlukan sokongan dr anda semua utk sy terus kuat dan maju ke depan.apa yg tjadi dan bakal berlaku biarlah jd rahsia antara sy dan Allah…xperlu utk sy bkongsi kesemua crita peribadi sy kpd umum.harap semua dpt memahami ya…doakan yg terbaik utk kami…Allah adalah tempat sy berbicara dan mengadu…bukan dgn sesiapa pun…kita sebagai makhluk Allah san hambanya cuma perlu menadah tangan dan bdoa meminta pertolongan dr Nya…Amin….”
Apa-apa pun kita doakan semoga perkahwinan mereka dapat diselamatkan dan jodoh mereka dipanjangkan. Biasalah adat dalam berumahtangga, pasti ada pasang surutnya.
Untuk makluman, Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu di Bangunan Sultan Idris, Jabatan Agama Islam Selangor, Jais, Shah Alam.



HONOLULU: Seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang menyorok di bahagian roda pesawat dari California ke Hawaii, selamat biarpun melalui separuh perjalanan merentasi Lautan Pasifik dalam suhu rendah pada ketinggian 11,500 meter dan kekurangan oksigen, menurut FBI

Jurucakap FBI di Honolulu, Tom Simon berkata budak lelaki itu disoal siasat selepas ditemui di kawasan landasan lapangan terbang Maui tanpa pengenalan diri. 

Simon berkata, rakaman kamera keselamatan di lapangan terbang di San Jose mengesahkan budak lelaki berkenaan memanjat pagar untuk memasuki pesawat Hawaiian Airlines, Flight 45 pada pagi semalam. 

Katanya, budak lelaki berkenaan melarikan diri daripada keluarganya. 

“Budak itu tidak akan didakwa dan akan diserahkan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak,” katanya. – AP

Sesetengah bekas ratu cantik biasanya memilih kerjaya glamor seperti menjadi model dan bintang filem. Kebanyakannya pula memilih untuk berkahwin dengan orang kaya.
Namun bagi bekas Ratu Cantik Hong Kong 1994, Halina Tam, 41, dia tidak malu untuk menjual bebola ikan di Causeway Bay selepas penglibatannya dalam bidang hiburan kurang berjaya.
Halina mula membuka gerainya sejak bulan lepas dan sambutan diterima kelihatan menggalakkan dengan lebih 3,000 cucuk bebola ikan dijual setiap hari.
Sebelum ini Halina berlakon, kebanyakannya memegang watak sampingan dalam drama terbitan TVB dengan pendapatan kira-kira HKD18,000 (RM7522) sehinggalah dia mengambil keputusan untuk berhenti pada 2011.
Kini dengan berniaga, pendapatannya dikatakan jauh lebih tinggi.

Seperti diketahui ramai, keputusan pernikahan antara Ashraf Muslim dan isteri kedua, Wan Sakinah mencetus kontroversi sebaik diketahui umum.
Bagaimanapun segala kemelut antara Ashraf, Sakinah dan isteri pertama, Dayana telah pun berakhir malah bayi yang dilahirkan Sakinah 5 April lalu terlihat tambah berjaya menyatukan mereka.
Begitu pun mungkin kerana emosi yang masih kurang stabil kerana baru melahirkan, maka Sakinah mungkin ada terasa hati dengan seseorang lalu memuatnaik satu status Facebook yang agak menyedihkan.
Status yang ditujukan kepada anaknya itu berbunyi:
Sarah sayang.. kat dunia ni ramai yang marah ibu. Ramai yang benci pun. Tapi Sarah jangan risau.. ibu, ayah & mama sayang sangat kat Sarah. Ibu minta maaf sebab ibu, Sarah pun terkena tempiasnya. Ibu tau ramai yang doa bukan-bukan untuk anak ibu ni. Tapi insyaAllah, anak ibu, Sarah Ashraf Bt Mohd Ashraf ni dipelihara dan dilindungi Allah dunia dan akhirat. Jadi anak yang solehah sayang yea…
Memang tak patut kalau ada insan yang tergamak mendoakan bukan-bukan kepada bayi yang dijanjikan Allah suci seperti kain putih.
Apa pun semoga kelahiran Sarah terus pengikat kebahagiaan antara Ashraf, Sakinah dan Dayana selama-lamanya.

MENGERIKAN. Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan apa yang dialami oleh seorang murid lelaki berusia 10 tahun menerusi gambar yang dikongsikan di akaun Facebook Harian Metro, hari ini.
Tidak diketahui puncanya, sebatang besi longkang tertusuk pada wajahnya sehingga menembusi kulit pipinya.
Kejadian itu berlaku di Sekolah Kebangsaan Sacred Heart, Kota Kinabalu sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.
Menerusi komen salah seorang pembaca, biar pun dalam keadaan sakit, murid itu langsung tidak menangis.
Melihat keadaan besi penutup longkang itu, kami tidak menolak kemungkinan ia berlaku akibat kerosakan pada infrastruktur besi itu sendiri.
Semoga pihak berwajib mengambil tindakan agar kejadian sebegini tidak berulang lagi khususnya di kawasan sekolah.

RASANYA ramai yang suka makan mee segera atau mi segera ni, terutama bagi golongan pelajar dan orang bujang la kan.. hehe, selain rasanya yang sedap ianya juga mudah untuk dimasak.

Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera.
 Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.
Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu Ramen.
Idea mi segera sudah pun berakar umbi sejak dari zaman Dinasti Qing di China, di mana mi yimian digoreng, membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat.
Serupa juga, “mi benang ayam” (mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing.
Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan, Momofuku And?, pengasas syarikat Nissin Foods, salah satu pengeluar mi segera terbesar hari ini.
Mi keluarannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk membuang kelembapan, kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan mi.
Kaedah pengawetan lain sudah pun dicuba, seperti pengawetan dengan garam dan asap tetapi And? membuat kesimpulan bahawa minyak sawit adalah yang paling berkesan.
Pada tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka.
Satu lagi pencapaian telah diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan, mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi.
Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan, sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.
Mi sup daging segera Taiwan di dalam mangkuk styrofoam dengan bungkusan daging kedap udara (yang sudah dibuka).
Menurut satu undian Jepun pada tahun 2000, mi segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad.
Karaoke menduduki tempat kedua, manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima.
Setakat tahun 2005, lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun.
Rakyat China memakan 44 bilion bungkus mi segera setahun, atau 51% daripada jumlah di seluruh dunia, Rakyat Indonesia memakan 12 bilion, Jepun pula 5.4 bilion.
Secara per kapita, rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mi segera iaitu 69 bungkus/seorang setahun.
Mi segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar universiti malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi.
Pada tahun 2005, Indeks Mama Noodles dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mi segera jenama Mama, pengeluar terbesar di Thailand.
Indeks menjadi setabil sejak Krisis Kewangan Asia Timur, tetapi jualan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005, yang dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi.
Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal, sekaligus mendorong kepada peningkatan jualan ramen.
Sekumpulan penduduk yang berang dengan tindakan dua lelaki mencuri anjing peliharaan untuk dijual ke restoran membelasah mereka dengan kayu dan batu.

Kedua-dua lelaki terbabit pernah ditangkap mencuri anjing peliharaan malah sering memasuki perkampungan dan mengumpan anjing milik penduduk dengan daging yang dicampur dengan dadah sebelum haiwan itu dibelasah dan dimasukkan ke dalam kereta untuk dijual sebagai bahan hidangan di restoran.
Mereka ditangkap apabila seorang penduduk di perkampungan Sanjiang terserempak dengan mereka ketika kedua-dua lelaki itu mengumpan anjingnya.
Tiga lagi anjing sudah dimasukkan ke dalam kereta mereka.
Jeritan lelaki itu menyebabkan jirannya keluar dan terus memukul dua lelaki terbabit, malah kumpulan itu begitu marah sehingga enggan menyerahkan pesalah itu kepada polis sebaliknya berarak membawa mereka di kampung itu.
Keluarga dua lelaki itu datang memohon maaf dan berjanji membayar ganti rugi 5,000 yuan (RM2,600).
Daging anjing memang digemari di China dan kecurian seumpama ini bukan perkara baru.
Malah, beberapa bulan lalu seorang lelaki di Guangdong ditahan kerana meracun anjing peliharaan orang sebelum menjual daging haiwan itu di restoran.
Tahun lalu, pihak berkuasa Zhejiang menemui kes membabitkan anjing diracun untuk dagingnya apabila menahan beberapa orang yang dipercayai menjual lebih 11 tan daging anjing.

Kota Bharu: Seorang kerani Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, maut, manakala suaminya parah apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lagi kenderaan dalam kemalangan di Melor, di sini, kira-kira 8 pagi tadi.
Suzila Ismail, 32, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas tersepit, manakala suaminya Wan Mohd Khairul Irwan Wan Kamaruddin, 33, patah kaki. 
Turut berada di dalam kereta dipandu Wan Mohd Khairul Irwan adalah anak perempuannya berusia lima tahun yang turut patah tangan kanan. 

Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian terbabit.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, dekat Kampung Padang Kala ketika tiga beranak itu dalam perjalanan ke tempat kerja Suzila di Panji, di sini.
"Ketika tiba di laluan itu, kereta Perodua Kancil dinaiki mangsa bertembung dengan Proton Gen 2 yang mengundur kenderaannya dengan laju sehingga terbabas ke laluan berkenaan. 

"Akibat pertembungan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), manakala suami dan anaknya di rawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II," katanya.


KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 jahitan di kepala selain lebam seluruh badan. Itulah ‘harga’ dibayar seorang lelaki berusia 51 tahun selepas menjadi mangsa belasahan teruk isterinya hanya kerana mangsa terlewat membeli juadah sarapan.
Lebih malang mangsa yang menetap di sebuah rumah di Jalan Ipoh di sini, turut dihalau sehelai sepinggang dari kediaman mereka oleh isterinya yang berusia 30-an awal pagi kelmarin.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang tidur dikejutkan isterinya sebelum mangsa diarahkan membeli sarapan.
“Mangsa segera masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
Bagaimanapun, isterinya itu terus mendesak mangsa supaya cepat kononnya dia terlalu lapar.
“Lelaki terbabit memberitahu isterinya supaya bersabar sementara dia selesai mandi.
Bagaimanapun wanita terbabit bertindak memaki hamun mangsa,” katanya.
Sumber itu berkata, wanita yang berang kemudian bertindak memecahkan pintu bilik air berkenaan sebelum meluru masuk dan memukul suaminya itu dengan kayu.
“Ketika itu, mangsa hanya mampu merayu supaya tidak dipukul.
“Mangsa dikatakan berjaya melarikan diri sebelum bertindak mengurung diri di dalam satu bilik di rumah berkenaan kerana bimbang terus dibelasah isterinya itu,” katanya.
Menurutnya, suspek bagaimanapun bertindak menendang dan memecahkan pintu bilik berkenaan sebelum memukul suaminya itu menggunakan kayu.
“Wanita berlagak samseng itu hanya berhenti memukul mangsa selepas melihat kepala suaminya itu dipenuhi darah.
Mangsa yang berada dalam kesakitan kemudian dihalau dari rumah didiami itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa terpaksa akur dengan arahan isterinya itu kerana bimbang dipukul selain rumah didiami itu sudah dinamakan atas nama wanita berkenaan.
“Susulan itu mangsa bertindak membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, selepas tidak tahan dipukul sejak setahun lalu.
Mangsa mendakwa sudah tiga kali membuat laporan polis akibat didera isterinya sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.-HM


RAMAI terkejut dengan pendedahan bekas isteri Sham Kamikaze, Farazila AJ di BiPop semalam yang dianggap sesuatu yang mengaibkan bekas gitaris Kumpulan Kamikaze itu.
Pendedahan yang dibuat pula bukan calang-calang. Farazila menggambarkan Sham sebagai manusia hipokrit termasuk sikap pura-pura alim di Facebook.
Ekoran pendedahan itu, Sham yang mulanya mengambil sikap berdiam diri, akhirnya tampil membuat penjelasan di laman Facebook dan mendakwa kenyataan bekas isterinya itu tidak ubah seperti menjaja kisah rumah tangga dan mungkin bermotifkan dendam dan cuba memalukannya.
Sham mempersoalkan tujuan Farazila membuat kenyatan tersebut memandangkan mereka sudah tidak mempunyai ikatan.
“Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi.
“Adapun perceraian telah difailkan di mahkamah 2 tahun yang lalu dan saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumahtangga, apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai,” kata Sham dalam status terbarunya di Facebook.
Farazila dalam kenyataan kepada BiPop mendedahkan perangai Sham yang dikatakan sering berpura-pura dan bangga diri apabila ramai peminat menganggapnya seorang yang alim dan mulia.
Salah satu kenyatan Farazila yang mengejutkan ramai pihak ialah: Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muka dengan perkataan “jom solatnya” itu.”
Farazila turut mendedahkan Sham pernah meninggalkannya di tepi lebuh raya semata-mata kerana mereka berbalah mengenai Facebook.
Sham dalam statusnya itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut pendedahan Farazila kerana menganggap hubungannya dengan wanita itu sudah tinggal sejarah.
Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi,” ujar Sham.
Berikut status terbaru Sham di Facebook mengulas pendedahan Farazila.
Assalamu’alaikum wbt.
Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi. Adapun perceraian telah difailkan di mahkamah 2 tahun yang lalu dan saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumahtangga, apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai. Sebagaimana diketahui umum, saya tidak pernah walau sekalipun membuat apa-apa kenyataan berhubung beliau, apatah lagi mengaitkan beliau dalam apa jua keadaan sebagaimana didakwa.
Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi.
Saya doakan agar beliau terus tabah mengharungi hidup beliau dengan segala cara untuk bahagia Insya Allah.

Barakallahu fikum.

Setakat ini, Farazila tidak memberi sebarang respon terhadap kenyataan bekas suaminya itu, namun ramai peminat Sham meminta supaya kedua-dua belah pihak menyelesaikan sebarang pertikaian secara baik. – New Malaysian Post
Baca juga:


BATU GAJAH: Seorang remaja wanita yang bekerja sambilan di sebuah resort, di sini, terkejut dan ketakutan apabila punggung serta payudaranya diramas secara tiba-tiba oleh seorang rakan sekerja, ketika leka membasuh pinggan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Ahad lalu itu, mangsa, 19, menjerit dan melarikan diri, sebelum meminta bantuan daripada seorang pengurus resort yang membantu mangsa membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abd Latif berkata, siasatan mendapati, suspek adalah warga Myanmar yang juga rakan sekerja mangsa, manakala mangsa pula adalah remaja tempatan yang bekerja sambilan sebagai tukang cuci di resort terbabit setiap kali ada majlis dijalankan di premis terbabit.
“Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa dicabul oleh seorang warga asing, apabila rakan sekerja bertindak memegang punggung dan meramas payudara mangsa ketika dia sedang membasuh pinggan.
“Sebaik dicabul, mangsa bertindak menjerit serta menepis tangan suspek, sebelum melarikan diri dan berjumpa dengan seorang pengurus untuk memaklumkan kejadian itu dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menurutnya, susulan itu, polis melakukan tangkapan terhadap seorang lelaki yang dipercayai melakukan perbuatan cabulterbabit keesokannya di kawasan resort sama.
“Lelaki terbabit yang berusia 27 tahun yang dikenali Jasim itu, kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan kerana mencabul.
“Suspek juga mempunyai status pelarian Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR),” katanya.
Shaharon berkata, suspek dijangka didakwa di mahkamah esok dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat.