Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Taipei: Lebih 57 orang dipercayai maut, kebanyakannya warga emas, kerana cuaca sejuk mengejut yang melanda Taiwan terutama di ibu negerinya, Taipei.

Gelombang sejuk yang membuatkan suhu jatuh mendadak sehingga 4 darjah Celsius di bandar itu - yang lazimnya mengalami cuaca subtropika dan kebanyakan kediaman tiada alat pemanas - menyebabkan ramai penduduk mengalami masalah jantung dan kesukaran bernafas.

Jurucakap kerajaan bandar itu, Chang berkata: “Mengikut pengalaman kami, masalah timbul bukan disebabkan suhu yang rendah, tetapi kerana cuaca tiba-tiba menjadi terlalu sejuk mengakibatkan masalah terhadap sistem peredaran darah ramai orang.”

Gelombang sejuk dikatakan menjadi punca 40 maut di Taipei manakala New Taipei City berhampiran melihat 17 lagi kematian akibat cuaca sejuk.

Hmetro

Photo By: www.timeout.com


SHAH ALAM – Dua buah restoran makanan di sebuah pasar raya di sini diberi notis untuk membuat penjelasan berhubung harga milo ais yang dijual pada harga RM5.90 hingga RM6.70 segelas.
Penolong Pengarah Kanan Kementerian Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Yusof Bakar berkata, notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kemudian dikeluarkan terhadap dua buah restoran terbabit.
Yusof berkata, notis itu dikeluarkan bagi memberi peluang kepada pengusaha kedua-dua restoran terbabit untuk mengemukakan penjelasan mengenai kenaikan harga tersebut.
Menurut beliau, sebelum ini pihaknya menerima aduan daripada orang ramai sebelum pihak KPDNKK membuat pemeriksaan di kedua-dua restoran berkenaan.
“Kita telah memeriksa harga makanan dan minuman, kita mendapati, minuman milo ais dijual pada harga RM5.90 hingga RM6.70 berbanding harga normal RM2.20 sen serta air suam dijual pada harga RM0.80 sen.
“Harga tersebut terlalu tinggi. Justeru, kita keluarkan notis kepada kedua-dua premis terbabit dan mereka dikehendaki memberi penjelasan dalam tempoh seminggu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.



By: Kosmo


BEIRUT – Kumpulan Islamic State (IS) menyebarkan satu video kelmarin bagi menunjukkan sembilan anggota militan yang terlibat dalam serangan di Paris pada November lalu menyebabkan kematian 130 orang.
Video berkenaan turut me­nyampaikan kata-kata ancaman terhadap negara-negara ‘perikatan’ termasuk Britain yang menyerang kedudukan IS di Syria dan Iraq.
Laman web IS yang men­yiarkan video bertajuk Bunuh di mana sahaja kamu temui mereka menunjukkan empat warga Belgium, tiga Perancis dan dua dari Iraq yang dikatakan bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.
Video itu turut menunjukkan sembilan anggota IS terbabit melakukan kekejaman sebelum serangan di Paris, termasuk memancung kepala dan menembak mangsa yang dikatakan tebusan kumpulan tersebut.
Dalam rakaman tersebut, anggota militan terbabit yang bertutur dalam bahasa Perancis dan Arab menyatakan, ‘mesej mereka adalah kepada semua negara yang mengambil bahagian dalam perikatan (diketuai Amerika Syarikat)’ yang menentang IS di Syria dan Iraq sejak September 2014.
Rakaman itu juga memaparkan gambar Perdana Menteri Britain, David Came­ron dengan kenyataan bahasa Inggeris: “Sesiapa yang berdiri bersama orang kafir akan menjadi sasaran pedang kami.”
Presiden Perancis, Francois Hollande menegaskan bahawa video itu tidak akan melemahkan semangat negara itu untuk menentang keganasan.
“Tiada apa yang boleh mematahkan semangat kami, tiada ancaman akan melemahkan Perancis dalam perjuangan menentang keganasan,” kata Hollande kepada wartawan di New Delhi ketika sesi lawatan rasmi beliau ke India.
Tidak dapat dipastikan kenapa IS menyiarkan video itu le­bih dua bulan selepas serangan berdarah pada 13 November tersebut dengan anggota militan menggunakan senjata api dan jaket bom untuk melancarkan serangan terancang di bar, restoran dan sebuah dewan konsert di Paris.
Tujuh daripada penyerang mati ketika serangan, manakala dua lagi ketika serbuan polis tetapi jumlah sebenar tidak dapat dipastikan. – AFP



By: Kosmo

HONG KONG – Hong Kong mengalami cuaca sejuk luar biasa semalam apabila suhu menjunam ke tahap terendah sejak hampir 60 tahun lalu.
Agensi kaji cuaca memberi amaran kepada penduduk bandar raya yang biasa dengan iklim subtropika itu bahawa ‘suhu sejuk melampau’ semakin meningkat dengan angin sejuk monsun.
Suhu sebelah pagi me­nurun kepada 3.3 darjah Celsius di kawasan bandar raya dengan kebanyakan bangunan tidak mempunyai sistem pemanas berpusat, manakala cuaca di kawasan bukit berada pada bawah tahap beku.
“Ini adalah cuaca paling sejuk sejak 59 tahun lalu. Tahap terendah harian jatuh kepada 3.3 darjah Celsius, rekod sebelum ini ialah 2.4 darjah pada Februari 1957,” kata Pegawai Sains Kanan Hong Kong, Wong Wai-Kin kepada agensi berita AFP.
Walaupun cuaca sejuk tersebut tidak seteruk cuaca di Amerika Syarikat dan sebahagian besar wilayah di China, suhu rendah itu merupakan sesuatu yang baharu bagi ramai penduduk di pulau ini.
“Cuaca sangat sejuk dan berangin di Hong Kong. Orang ramai dinasihatkan memakai pakaian panas dan mengelakkan terdedah kepada angin sejuk terlalu lama,” jelas satu amaran yang dipaparkan di sebuah laman web kerajaan bandar ini.
Ketika suhu terus menjunam, penduduk yang tertarik dengan suasana tersebut membanjiri kawasan lebih tinggi bagi mencari pembentukan fros, lapor sebuah stesen penyiaran tempatan, Cable TV.
Pengkaji cuaca meramalkan suasana di bandar ini tidak akan berubah sehingga pertengahan minggu ini. Pusat Pemantau Hong Kong pula memaklumkan cuaca paling sejuk pernah dicatatkan di bandar ini ialah 0 darjah Celsius pada Januari 1893. – AFP


BY: Kosmo