Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Hong Kong Dilanda Cuaca Sejuk Luar Biasa, Pokok Diseliputi Ais
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


HONG KONG – Hong Kong mengalami cuaca sejuk luar biasa semalam apabila suhu menjunam ke tahap terendah sejak hampir 60 tahun lalu.
Agensi kaji cuaca memberi amaran kepada penduduk bandar raya yang biasa dengan iklim subtropika itu bahawa ‘suhu sejuk melampau’ semakin meningkat dengan angin sejuk monsun.
Suhu sebelah pagi me­nurun kepada 3.3 darjah Celsius di kawasan bandar raya dengan kebanyakan bangunan tidak mempunyai sistem pemanas berpusat, manakala cuaca di kawasan bukit berada pada bawah tahap beku.
“Ini adalah cuaca paling sejuk sejak 59 tahun lalu. Tahap terendah harian jatuh kepada 3.3 darjah Celsius, rekod sebelum ini ialah 2.4 darjah pada Februari 1957,” kata Pegawai Sains Kanan Hong Kong, Wong Wai-Kin kepada agensi berita AFP.
Walaupun cuaca sejuk tersebut tidak seteruk cuaca di Amerika Syarikat dan sebahagian besar wilayah di China, suhu rendah itu merupakan sesuatu yang baharu bagi ramai penduduk di pulau ini.
“Cuaca sangat sejuk dan berangin di Hong Kong. Orang ramai dinasihatkan memakai pakaian panas dan mengelakkan terdedah kepada angin sejuk terlalu lama,” jelas satu amaran yang dipaparkan di sebuah laman web kerajaan bandar ini.
Ketika suhu terus menjunam, penduduk yang tertarik dengan suasana tersebut membanjiri kawasan lebih tinggi bagi mencari pembentukan fros, lapor sebuah stesen penyiaran tempatan, Cable TV.
Pengkaji cuaca meramalkan suasana di bandar ini tidak akan berubah sehingga pertengahan minggu ini. Pusat Pemantau Hong Kong pula memaklumkan cuaca paling sejuk pernah dicatatkan di bandar ini ialah 0 darjah Celsius pada Januari 1893. – AFP


BY: Kosmo

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments