Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Kuala Lumpur: tiada tolak ansur dan langsung tidak berjiwa masyarakat selain tidak berhati perut dengan hanya mengaut keuntungan semata-mata yang dapat menyifatkan rasa tidak berpuashati sekumpulan pelajar Institut Pengajian Tinggi terhadap syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.

Perkara itu disebut sebaik sekumpulan pelajar tersebut berjaya pulang sejurus lawatan mereka ke Medan, Indonesia dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah Air Asia dekat sini, LCCT kelmarin.

Jelas mereka, penerbangan mereka ke Medan pada 12 Februari yang lalu tergendala seketika apabila kelewatan yang hanya seminit dijadikan alasan untuk tidak membenarkan mereka melepasi pintu untuk menaiki pesawat AK1350 yang dijadualkan berlepas pada jam 7.45 pagi waktu Malaysia.

Tambah mereka lagi, pintu penerbangan tersebut ditutup dihadapan mereka ketika sebahagian darinya berjaya melepasi pintu tersebut dan pegawai bertanggungjawab langsung tidak memberikan budi bicara dan tolak ansur untuk membenarkan sebahagian yang lain menaiki pesawat.

Menurut mereka seramai 15 penumpang gagal menaiki pesawat atas alasan yang sama dan dinasihatkan pegawai yang menjaga pintu berkenaan untuk membeli tiket perjalanan seterusnya pada jam 1.50 petang.

"Mereka langsung tidak bertolak ansur, kata mereka tak nak ganggu jadual perjalanan..tapi kami masih menghubungi kawan yang berjaya menaiki pesawat dan mereka cakap pesawat sehingga jam 7.55 pagi pun masih belum berlepas.

Kumpulan pelajar tersebut yang kemudiannya akur dengan tindakan tidak bertimbang rasa tersebut mengambil keputusan untuk menaiki penerbangan seterusnya. Kini, lain pula ceritanya apabila mereka menyedari bahawa mereka tidak boleh mengurangkan harga tambang yang baru daripada penerbangan sebelumnya.

"Mereka kata tiket kami tiket promosi dan kami perlu bayar penuh kerana tak boleh buat pengurangan harga tiket daripada tiket sebelumnya.

Akur dengan kenyataan tersebut, kumpulan pelajar itu terpaksa mengeluarkan duit mereka sendiri bagi menampung kos penerbangan seterusnya yang menelan belanja sebanyak RM200 setiap seorang tidak termasuk bagasi tambahan.

Namun, kekecewaan pelajar tersebut tidak berakhir begitu sahaja apabila menyedari bahawa beg mereka tersalah tagging selain mendapati bahawa beg rakan mereka yang berjaya melepasi pintu penerbangan turut dihantarkan ke bahagian lost and found.

Setelah berbincang dengan pegawai di kaunter khidmat pelanggan Air Asia, mereka dikejutkan bahawa bayaran bagasi terdahulu tidak boleh dikehadapankan bagi penerbangan seterusnya selain mereka terpaksa mengeluarkan wang tambahan bagi menampung kos bagasi tersebut.

Pelajar pelajar tersebut ketika ditemui wartawan UNC sempat mencadangkan agar semua mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi menjadikan Air Asia sebagai perkhidmatan penerbangan pilihan terakhir memandangkan syarikat itu yang semakin teguh dilihat semakin angkuh dan tidak bertimbang rasa.
Hati-hati dengan promosi murah AirAsia!

Ini teguran ikhlas aku kepada semua orang supaya lepas ni taklah korang pun terkena tipu dengan perniagaan KOTOR AirAsia ni. Walaupun aku bangga dia sebagai company tempatan yang Berjaya di pesada dunia tapi bagi aku layanan pelanggan yang TERANIAYA tak wajar berlaku!

Begini kisahnya, aku dan lapan orang kawan-kawan dah membeli sebuah tiket promosi AirAsia ke Medan. Nak dijadikan cerita kami dah tiba awal dekat LCCT untuk naik flight tapi punyalah ramai orang beratur tambah pula dengan pekerja AirAsia sendiri yang layan kteorang lambat nak masuk luggage terhegeh-hegeh. Tak pe boleh sabar lagi ye la excited first time nak pergi Medan.

Lepas melepasi Kastam, kami pun berjalan ke pintu kaunter 3 untuk ke Medan pada 12 Februari 2014. Depan mata aku seorg mamat staf AirAsia ni tutup pintu setelah 4 daripada kami Berjaya masuk. Terkejut beruklah kami berlima yang tertinggal ni eh kenapa dah tutup pintu kami dahlah datang berkumpulan bagilah masuk. Alasannya masa dah tamat mereka akan menutup pintu 20 MINIT SEBELUM PENERBANGAN dan waktu penerbangan pukul 6.45 pagi dan masa tu jam pukul 6.25 pagi. Consider la sikit tak payahlah nak RIGID sangat.

Kejadah giler! Nego punya nego dia kata “Maaflah encik kami tak boleh bukak sebab ini akan menganggu schedule penerbangan”. 

Aku mcm tak boleh terima sebab depan mata kami dia tutup pintu. Nak dijadikan cerita bukan kami berlima je ada lagi 10 orang yang menimpa nasib yang sama macam kami. KIRANYA ADA 15 ORANG DIA TAK BAGI MASUK DENGAN SENGAJA!

Daripada runding elok2 sampailah bergaduh kami kat situ sebab jawapan yang dia berikan sangat KURANG AJAR DAN TAK MASUK AKAL. Akhirnya dia suruh kami beli tiket baru di kaunter servis. Senang je kan nak kaut untung.

Tak cukup dengan tu kawan kami yang Berjaya naik flight kata, “Eh flight tak gerak pun pukul 6.45 TEPAT. Flight delay!!! Sebab apa plak delay. So apa masalah tak nak bagi kami masuk. NOT MAKE SENSE AT ALL!

Selepas urusan dengan kastam selesai kami pun pergi ke kaunter servis. Kami disuruhlah ambil bagasi kami kembali, menurut staff AirAsia tu kalau kami MISS FLIGHT, bagasi pun takkan naik sekali. OK LAA.. so masa ambil bagasi, kami terperasan pula ada dua beg bagasi kawan kami yang dah berlepas fly ke Medan tertinggal sekali.

Eh apalah pulak ni kan. Check punya check rupanya dia letak nama berbeza-beza setiap beg. Beg aku nama kawan aku, beg kawan aku nama aku.. BERCELARU!
SENANG JE KAN!!

Kalau kami tak perasan beg kawan kami tu macam mana? Kalau ada harta berharga dalam bagasi kemudian ada orang ambil macam mana? Macam mana staff dorg kerja letak nama beg lain2. Bila report kat kaunter servis dia kata kami kena beli luggage baru sebab tak ada insurans cover… Dah makan duit orang lagi!!!

Disebabkan tak nak mengecewakan impian nak pergi juga Medan, ditambah pula rasa tanggungjawab nak kena tanggung lagi beg kawan kami yang dah berlepas ke Medan tu, kami pun beli je la next flight yang kos RM200 seorang(termasuk luggage BARU).. melayang macam tu je duit kan!!

Flight seterusnya pukul 1.10 tengahhari. Tak nak perkara sama berulang pukul 12.30 kami dah mula tunggu depan pintu kaunter. Ok MAMAT AIRASIA KURANG AJAR YANG SAMA PAGI TADI JUGA JAGA KAUNTER… yang kelakarnya punya penat kami tunggu dan beratur, dalam tiket tertera kuanter buka pukul 1.10 tapi pukul 1.20 baru dia buka dan flight kata nak terbang pukul 1.45. Kiranya pukul 1.25 dia akan tutup pintu..

HANYA ADA 5 MINIT JE KITA NAK BEREBUT MASUK DALAM FLIGHT OTHERWISE AKAN JADI MACAM KES AKU TADI DIA TERUS TUTUP PINTU DAN SURUH BELI TIKET BARU!!!

Bayangkan betapa bengang ye aku sebagai seorg pelangan rasa sangat sangat teraniaya dengan layanan sebegini seakan-akan sengaja je nak kaut untung lebih lagi-lagi tiket promosi yang tidak menawarkan insurans jadi sebab tu dia rigid tapi bila nak buka pintu tak ikut masa yang ditetapkan pula!

So nasihat aku, plzzz la kawan-kawan lepas ni lebih berjaga-jaga. Mungkin salah aku juga kot sebab tak tunggu pukul 5 pagi depan kaunter tu kan..!!

Semoga Tony Fernandes boleh baca dan plzz laa improve servis AirAsia ni sebelum kami rakyat Malaysia sendiri beralih ke penerbangan murah yang lebih berkualiti dan BERHATI PERUT.

Yes Now Everyone can fly but not necessary with you AIRASIA..!!! #BYE #HateAirAsia

p/s: ayat kelakar masa gaduh dengan mamat AirAsia kaunter tu kawan aku cakap ingat NASI LEMAK KORG DAH LENGKAP KORANG DAH CUKUP BAGUS.. #ehh rare giler hahaha #suddenly

*Post ini pun atas keizinan mamat staf AirAsia yang kurang ajar tu. Dia kata kalau nak masukkan kat media pun SILAKAN.. (masa bergaduh mulut dengan dia)

DUA orang wanita mengejutkan orang ramai di sebuah kelab malam di Clarke Quay, Singapura selepas bergaduh ala-ala gust WWE biarpun berhampiran sebuah kenderaan polis.
Gambar pergaduhan itu disebarkan melalui sebuah blog dan disiarkan di laman websingaporesessn.stomp.com.sg.
Menurut laman blog yang mula-mula memuatnaik gambar itu,wzhxn.blogspot.com, kedua-dua wanita yang sedang ‘bertarung’ itu dilihat seperti berasal dari Mongolia.
Selain Facebook, gambar pergelutan itu turut tersebar di laman media sosial lain seperti Twitter dan juga dalam forum internet seluruh Singapura.
Pergaduhan itu berlaku pada 7 Februari lepas di kelab malam Fashion TV.
“Kedua-dua wanita itu terus saling tampar-menampar, menendang dan juga menjerit begitu kuat antara satu sama lain.
“Wanita biasa berkelakuan luar biasa apabila mereka mabuk,” kata penulis blog itu.
Tidak diketahui dengan jelas, apakah yang menyebabkan pergaduhan itu. 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki berusia 82 tahun yang dilaporkan hilang pada 30 September lalu.
Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memberitahu, lelaki itu dikenali sebagai Ong See Young.
“Alamat terakhirnya di Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi, Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, PDRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi talian Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau SMS kepada 32728 hadir di mana-mana balai polis berhampiran. 

AirAsia India nampaknya terus berdepan “halangan” untuk memulakan operasi penerbangannya di New Delhi dengan yang terbaharu daripada syarikat penerbangan swasta yang mahu pihak berkuasa menyekat kemasukan syarikat penerbangan tambang rendah itu.
Syarikat penerbangan India, iaitu Jet Airways, GoAir, Indigo dan SpiceJet, dikatakan menentang kemasukan AirAsia.
Syarikat-syarikat itu dikatakan membantah pengeluaran lesen penerbangan kepada AirAsia India, demikian lapor Media India yang memetik sumber yang enggan dikenali daripada Director-General of Civil Aviation (DGCA).
AirAsia India, usaha sama 49:30:21% antara AirAsia, Tata Sons dan Arun Bhatia of Telestra Tradeplace, dilancarkan pada Februari tahun lepas dan kemudiannya diluluskan oleh Lembaga Penggalakan Pelaburan Asing (FIPB) dan Kementerian Penerbangan Awam.
Ia juga menerima Persijilan Tiada Bantahan daripada Kementerian Penerbangan Awam.
“Kami merupakan syarikat penerbangan asing pertama yang dibenarkan untuk pergi lebih jauh setakat ini di India. Ramai yang mahukan kami. Ada juga segelintir yang tidak mahukan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, baru-baru ini.
DGCA juga meluluskan semua kemudahan latihan AirAsia India.
AirAsia India, syarikat penerbangan pertama dilancarkan sejak kerajaan India pada September 2012 membenarkan pelaburan langsung asing sebanyak 49% oleh syarikat penerbangan asing dalam sektor penerbangan awam, menyasar untuk memulakan operasi dalam tempoh enam bulan selepas pelancarannya.
Bagaimanapun, laporan membayangkan ia hanya boleh bermula kemungkinan September tahun ini.
Terdahulu pada tahun ini, kerajaan India meminta orang awam untuk membuat bantahan baharu, sekiranya ada, terhadap langkah membenarkan syarikat penerbangan itu memulakan operasi di negara yang memiliki jumlah penduduk seramai 1.3 bilion, yang mana hanya kira-kira 1% menggunakan perkhidmatan penerbangan.
Tindakan ini diambil meskipun hakikatnya AirAsia India telahpun melalui proses yang sama tahun lepas.
Seorang ketua parti politik, Subramanian Swamy, juga membawa kes ke mahkamah tahun lepas, membantah kelulusan diberikan kepada AirAsia India untuk melancarkan syarikat penerbangan.
Nampaknya, industri penerbangan India, yang menanggung hutang kira-kira AS$12.6 bilion dan kerugian kumulatif AS$8.6 bilion takut dengan persaingan baharu yang akan menyebabkan mereka menanggung lebih banyak kerugian. – Bernama


Gambar di atas merupakan rakaman cctv di sekitar pasaraya Gurney Plaza di Pulau Pinang.Untuk makluman banyak lagi tempat-tempat semacam ni yang menjadi port-port anak muda melempiaskan nafsu serakah masing-masing.

Yang pasti orang yang dah kahwin tak akan menjadikan port-port semacam ni sebagai tempat untuk berasmara dana dengan pasangan masing-masing.

Jadi ampa tau lah siapa yang selalu duduk tempat macam ni , kitorang cuma nak pesan kepada mereka yang suka buat kerja tak senonoh macam ni baik pikiaq 2 3 kali lepas ni sebab akan ada banyak lagi gambar-gambar yang akan di rakam kalau ada pelakon yang nak tawarkan diri.

Kalau nak masuk cctv juga silakan nak halang lagu mana lagi !

Cuma macam kitorang pernah sebut Pulau Pinang dah jadi pusat dan sarang maksiat dah , Mana pi Malik Kassim dan Salleh Man ?

Ampa dua buat apa ? 

sumber utaranews

KUANTAN: Seorang wanita warga emas cedera di leher selepas disamun seorang lelaki bersenjata parang panjang di rumahnya di Kampung Baru Jara dekat sini, semalam. 


Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superitendan Sulaiman A Hamid berkata, dalam kejadian 6.10 pagi itu, mangsa berusia 67 tahun itu baru hendak menunaikan solat subuh di ruang tamu rumahnya sebelum terdengar bunyi kuat dari arah dapur. 


"Selepas menendang pintu dapur rumah, suspek meluru masuk sambil mengacukan parang panjang ke leher mangsa serta mengugutnya dan pada masa yang sama suspek merampas rantai dan gelang emas dipakai mangsa. 

"Selain itu suspek turut melarikan sebuah beg milik mangsa yang mengandungi wang tunai RM3,000 menjadikan jumlah kerugian yang dialami mangsa RM18,000," katanya ketika dihubungi hari ini. 


Katanya, suspek kemudian melarikan diri bersama rakannya yang menunggu di dalam sebuah kereta di luar rumah. 

Katanya, suami mangsa, 60-an yang balik menunaikan solat Subuh di masjid berhampiran membawa mangsa mendapatkan rawatan di klinik sebelum membuat laporan di Balai Polis Maran. 


- BERNAMA



SEGAMAT: Lapan remaja yang lemas di sebuah lombong di Sungai Buloh Kasap, dekat sini, dikatakan saling cuba menyelamatkan rakan mereka sehingga menyebabkan semua dikhuatiri lemas.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, 12 remaja berusia 13 tahun hingga 16 tahun termasuk seorang pelajar perempuan dikatakan beriadah di tepi sungai itu sebelum mereka bermain air di tepi sungai berkenaan. 


Seorang daripada mereka dikatakan lemas menyebabkan dua lagi cuba membantu tetapi turut hilang sehingga lima lagi rakan mereka turun terjun ke sungai sebelum semuanya hilang. 


Turut hilang ialah dua beradik berusia 14 dan 16 tahun.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu jam 9.49 pagi dan tiba di tempat kejadian jam 10 pagi.

Katanya, sehingga jam 2 petang ini semua mangsa masih belum ditemui dan lokasi kejadian di kawasan pasir jerlus dan menyelamat. Unit Scuba masih menjalankan operasi mencari.
"Mangsa dipercayai tertimbus pasir dan setakat ini semua mangsa belum ditemui," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra Mohd Aizat Mamat berkata remaja yang lemas itu adalah sebahagian daripada sekumpulan 13 remaja yang berekreasi di sungai itu sempena cuti hujung minggu negeri itu.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila seorang daripada remaja terbabit menghadapi kesukaran ketika berada di dalam sungai menyebabkan tujuh rakannya cuba membantu. 

"Namun, rakan-rakan lain itu turut berhadapan dengan kesukaran ketika berenang di dalam sungai itu menyebabkan kesemua mereka dipercayai lemas," katanya.

Lima remaja lain selamat, katanya. 

Mereka semuanya dilaporkan berasal dari Taman Mewah, di sini

Sungai itu, yang terletak berhampiran sebuah kuari menyedut pasir, adalah kira-kira 10km dari bandar Segamat dan juga kawasan rekreasi popular bagi penduduk sekitarnya. 

Berikut senarai nama remaja yang dikhuatiri lemas:
1. MOHD ZATI ZAIDI, 16 
2. MOHD ZAKRI ZAIDI, 14
3. MOHD SYAFIQ MD SYUKUR,16
4. MOHD HAFIZUL DANIAL NOR HASYIM, 16 
5. NAZRUL AMIRUDDIN ZAMRI, 14
6. MOHD NAZRUL BIN ZAINAL, 15
7. MOHD IZUAN HAKIMI AMIR, 13



8. MOHD HAFIZUDIN KAMAL, 16

TNB dalam satu kenyataan berkata, antara langkah yang boleh diamalkan ialah;
1) Menyelaraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 hingga 25 darjah selsius serta kerap menukar atau membersihkan penapis pendingin hawa.
2) Menutup semua pintu dan tingkap serta lubang udara bagi memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik selain mencadangkan untuk membuka kipas dan menetapkan masa pendingin hawa untuk ditutup pada waktu malam.
3) Penggantian pendingin hawa yang berusia lebih 10 tahun dengan yang baharu kerana pada tempoh berkenaan unit itu tidak lagi efisien untuk digunakan.
4) Memilih unit yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana peralatan itu lebih cekap berfungsi.
5) Pilih saiz dan jenis yang tepat bagi menepati kehendak yang diperlukan. Penghawa dingin yang besar bukan saja lebih mahal malah menyebabkan bil elektrik lebih tinggi kerana alat pemampatnya perlu berputar dan berhenti secara berulang.

WASHINGTON – Kisah seorang remaja di Damsyik direjam hingga mati gara-gara mempunyai akaun Facebook yang disiarkan oleh agensi berita iCNN, mencetuskan spekulasi di kebanyakan laman web berita, semalam.
Kelmarin, agensi itu memaparkan berita kumpulan militan Iraq dan Syria (ISIS) merejam Fatoum Al- Jaseem di utara Syria hingga mati selepas Mahkamah Syariah Al-Raqqa mendapati gadis itu melakukan jenayah sama seperti berzina.
Menurut sebuah blog, ia adalah satu propaganda untuk melagakan negara Islam yang sedang dilanda perang saudara.
Kisah berjudul Syrian girl stoned to death for using Facebook account telah dikongsi lebih 294,000 pengguna laman web selepas kisah tersebut disebarkan oleh agensi berita Fars yang merupakan pro Presiden Syria Bashar al-Assad.
“Gambar disebarkan itu juga adalah sedutan filem Stoning of Soraya dihasilkan pada tahun 80-an,” menurut satu laporan.
Sejurus mendapat kecaman banyak pihak, Pengarah Kanan Perhubungan Awam CNN, Matt Dornic menarik semula berita berkenaan serta merta, laporan dipetik dari Agensi.
Kebenaran yang menyedihkan mengenai kebanyakan hubungan cinta adalah bahawa ia dimulakan dengan kebahagiaan tetapi berakhir dengan kesedihan. Ada 10 sebab yang menyebabkan hubungan cinta anda dan pasangan renggang dan putus di tengah jalan.




1. Kritikan berterusan

Selepas melalui saat romantis dalam beberapa bulan pertama hubungan, ramai pasangan biasanya mula menunjukkan warna sebenar mereka. Mereka tidak boleh menyesuaikan diri antara satu sama lain , mula memerlukan ruang mereka sendiri dan tidak suka rakan pasangan masing-masing. Semua ini membawa kepada kritikan berterusan antara satu sama lain , akhirnya membawa kepada perpisahan.

2. Menipu

Satu pembohongan kecil ataupun penipuan yang besar sebenarnya mempunyai kuasa untuk menghancurkan hubungan anda. Anda mungkin tidak pernah bermaksud untuk menipu pasangan anda, tetapi apabila amanah pasangan anda telah didustai, amat sukar untuk mendapat kepercayaan mereka.

3. Curang

Semua orang menafsirkan perkataan curang dengan cara yang berbeza. Bagi sesetengah orang, flirting dengan rakan-rakan boleh dipanggil curang dan bagi sesetengah orang pula, keluar dengan rakan sekerja untuk minum kopi tanpa memaklumkan kepada pasangan mereka juga boleh dianggap curang. Anda harus memahami sensitiviti pasangan anda dan bertindak sewajarnya.

4. Pengintipan

Untuk apa-apa sebab jika anda mempunyai apa-apa keraguan atau syak wasangka pada pasangan anda, jangan mengintip atau mengekori mereka kemana sahaja mereka pergi. Beritahu pasangan anda tentang perasaan anda dan selesaikan masalah dengan baik secara langsung. Walaupun realitinya agak pahit, tetapi ianya lebih baik dari memasang mata-mata gelap untuk mengintip pasangan curang.

5. Cemburu yang keterlaluan

Cemburu dan iri hati terhadap pasangan adakalanya baik untuk setiap hubungan . Tetapi ada satu garis halus antara sifat memiliki yang sihat dan yang keterlaluan . Jika anda mendapati diri anda sentiasa menyoal pasangan anda tentang di mana mereka berada , keluar dengan siapa dan soalan lain setiap masa, anda akan melihat bahawa pasangan anda perlahan-lahan akan lebih jauh dari anda.

6. Perbandingan dengan hubungan masa lalu

Ini adalah satu perkara yang anda harus elakkan apabila anda berada dalam hubungan yang baru. Apabila manusia masuk ke dalam fasa hubungan baru , mereka berharap untuk melupakan kepahitan hubungan mereka sebelum ini. Jika anda selalu membandingkan hubungan baru dan lama anda dengan cara yang sinis, ini hanya akan menyakiti pasangan anda dan boleh membuatkan pasangan anda bosan lalu meninggalkan anda.

7. Halangan komunikasi

Perkara yang paling kritikal dalam hubungan adalah komunikasi. Semua aspek termasuklah amanah, rasa hormat dan ruang peribadi bermula dan berakhir dengan komunikasi yang baik. Jika terdapat satu perkara yang mengganggu fikiran anda , adalah lebih baik untuk berkongsi dengan pasangan anda dan bukannya menyimpan perasaan serta membiarkan ia membarah di dalam hati anda . Kebanyakan hubungan sempurna akhirnya gagal kerana kekurangan komunikasi yang baik.

8. Mengambil mudah semua perkara

Apabila bermulanya saat romantis bersama si dia, pasangan sedaya upaya untuk mengingati saat istimewa dan memberikan kejutan buat pasangan. Tetapi lama kelamaan rasa itu semakin pudar dan ada pasangan yang mengambil mudah perkara yang dianggap remeh untuk memekarkan hubungan.

9. Masuk ke dalam fasa membosankan

Rutin adalah seperti pedang bermata dua. Ia boleh menjadi satu kelebihan kerana ia membawa keselamatan dalam hidup anda dan pasangan. Tetapi, banyak hubungan masuk ke dalam fasa bosan kerana tiada apa yang berbeza dan lain. Lumrah manusia mahukan perbezaan.. contohnya, kalau hari-hari makan ikan, bosan juga kan? Nak juga merasa lauk ayam dan kari. Tambahkan lagi aktiviti bersama yang boleh dilakukan pada hujung minggu. Keluar berbulan madu untuk menyemarakkan lagi hubungan intim bersama pasangan.

10. Rasa tidak puas hati secara fizikal


Apabila hubungan yang dijalinkan lebih dari dua tahun,segala-galanya bermula menjadi bosan jika tidak ada perkara romantik yang dibuat untuk memenangi hati pasangan. Ada pasangan yang tidak menjaga penampilan diri sehingga menyebabkan mereka bosan melihat anda tidak sayangkan badan anda sendiri. Anda perlu berusaha untuk menyayangi pasangan anda luaran dan dalaman. Dia juga manusia, punya perasaan.


Alexander Novikov menjadi mangsa kanibalisme oleh pasangan Oxana Domanskaya (34) dan Edward Shutov (36). Peristiwa sadis ini berlakui di bandar Makeevka Ukraine. Kejadian ini tebongkar ketika beberapa kanak-kanak melintas di satu lorong dan melihat sepasang kaki manusia terkeluar dari celah lubang.
Mereka kemudian melaporkannya ke polis. Dari hasil penyelidakan polis didapati bahawa pasangan Oxana dan Edward menjemput Alexander Novikov untuk satu pesta makan di rumahnya. Kemudian mereka mabuk dan terjadi pertengkaran antara Alexander Novikov dengan Edward Shutov dan berakhir dengan terbunuhnya Novikov.



Pasangan tersebut kemudian berusaha menyingkirkan mayat Novikokv dengan memasak dan memakannya sebahagian lagi dibuang ke dalam sebuah lubang.

Tragisnya lagi pasangan ini menyimpan daging dan organ dalam Alexander Novikov di peti sejuk. Polis menemuinya ketika memeriksa rumah mereka. Daging tersebut dikatakan akan dibuat untuk makan malam berikutnya, daging yang tidak habis di simpan untuk di masak semula..


Makan sememangnya penting untuk tubuh kita tetapi jika kebiasaan ini tidak terkawal, apa yang akan terjadi? Semestinya tumpukan lemak akan menganggu aktiviti harian dan menjadi sumber penyakit. Jadi, bagaimana cara untuk mengurangkan nafsu makan?

Patuhi jam makan

Perhatikan dan patuhi jam makan anda. Makan selepas jam 8 malam hanya akan membuatkan lemak terkumpul dalam badan sahaja. Terlambat makan juga akan merosakkan pencernaan anda. Pada waktu malam, tubuh memproses vitamin dan mineral serta memperbaiki sel-sel yang rosak. Jika anda makan pada jam lebih pukul 8, kemungkinan proses mtabolisme tubuh akan menurun.

Jangan malas

Jangan sampai anda terjebak pada keadaan ini jika anda sedang berusaha diet. Misal ketika anda sedang sendirian di rumah, anda cenderung memilih makanan segera atau makanan ringan yang hanya mengenyangkan beberapa saat. Akibatnya pada tengah malam anda kembali lapar.

Atur hidangan makanan

Jika anda sering makan di meja makan dengan pelbagai macam hidangan, ubah kebiasaan ini . Anda akan cenderung mengambil makanan bila pinggan anda mulai kosong. Ambil makanan dalam hidangan yang sewajarnya kemudian cari tempat makan di bilik lain. Anda juga boleh menambah makanan pencuci mulut untuk mengakhiri santapan anda.

Menggabungkan makanan


Makanan yang baik terdiri dari berbagai macam hidangan, misalnya anda melengkapi makan tengah hari anda dengan karbohidrat, sayur-sayuran, lemak sihat dan buah – buahan. Ketahui tentang kombinasi makanan yang akan memberikan tenaga dan tidak membuat anda cepat lapar.


Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang paling comel. jadi tidak hairanlah jika haiwan ini sering menjadi pilihan utama kita sebagai peneman dalam rumah.

Beberapa tahun lalu, seekor anak kucing telah dilahirkan menggemparkan Penduduk Terengganu apabila haiwan itu dilahirkan dan berlidah yang besar seakan-akan lidah manusia!. Bagaimanapun, anak kucing ini mati selepas dua hari dilahirkan.


Di fahamkan kucing tersebut di lahirkan di dalam sebuah kedai "kedai sabasun" di suatu tempat di Terengganu pada tahun 2010.


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)  hari ini mendedahkan hampir 90 peratus batik sutera yang dipakai oleh lelaki di Malaysia adalah batik yang diperbuat daripada sutera tulen.
 
Menurut aktivis PPIM, Sheikh Abd Kareem S Khadaeid yang juga merupakan ahli tekstil yang berkecimpung dalam industri ini selama 30 tahun berkata, oleh itu katanya, adalah haram bagi seseorang lelaki itu untuk memakai pakaian batik yang diperbuat daripada sutera.

"Hari ini kita lihat masih ramai masyarakat Melayu Islam (lelaki) memakai pakaian batik yang berasaskan sutera.

 
"Mungkin ramai yang masih belum tahu mengenai hukumnya atau masih samar-samar, tetapi berdasarkan hadis sahih Nabi Muhammad sudah menjelaskan bahawa adalah haram bagi lelaki memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera tulen.

"Saya pernah jumpa seorang mufti (tidak boleh dijelaskan namanya, bagi menjaga aib) yang memakai baju batik yang berasaskan sutera ini.

 
"... bila saya tegur dia, saya kata dia pakai batik sutera... dia kata bukan, sebab dia kata harga batik itu murah, sebenarnya batik sutera bukan dinilai dari segi harga, tetapi dari segi jenis kainnya, iaitu ianya diperbuat daripada ulat malberi, saya tahulah saya ahli dalam bidang ini (tekstil)," ujarnya.

 
Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat lelaki Islam di negara ini prihatin akan pakaian yang dipakai terutama ketika majlis rasmi atau hari-hari tertentu yang diwajibkan memakai pakaian dari jenis itu.

"Jadi saya perlu beritahu disini, bahawa batik sutera bukan berasaskan kepada harga.

"Oleh itu, masyarakat perlu berhati-hati, jangan sampai memakai batik yang diperbuat daripada sutera.

Peringatan ini turut disampaikan beliau.

"Ingat dalam satu hadis juga mendedahkan bahawa diakhir zaman, ramai lelaki yang memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera, oleh itu lelaki jangan pakai pakaian yang berasakan sutera, kelak mengundang bala ALLAH S.W.T," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, PPIM menggesa agar kaum lelaki Islam supaya sedaya upaya menggelak daripada memilih pakaian yang diperbuat daripada sutera kerana sudah jelas hukumnya.

"Pengharaman pemakaian  sutera oleh lelaki sudah jelas, jadi tidak perlu kepada fatwa pengharamannya," katanya.
Gambar Hiasan


Ampang: Dia bukan saja mengugut dengan menghayun tukul besi untuk mencederakan ayahnya yang berusia 70-an, malah warga emas itu akhirnya dihalau daripada rumah pusaka yang diduduki sejak sekian lama.

Itu perbuatan zalim seorang lelaki berusia 30-an yang terdesak mendapatkan wang bagi melangsaikan hutangnya dengan ceti haram atau along. 

Sumber polis berkata, dalam kejadian yang berlaku jam 11 pagi Ahad lalu, suspek turut menghalau kakaknya yang turut tinggal di rumah sama yang terletak di Kampung Pandan, di sini.
Menurutnya, mangsa bersara daripada perkhidmatan kerajaan sejak setahun lalu dan dia yang sudah kematian isteri tinggal di rumah pusaka berkenaan bersama keluarga anak perempuannya.

“Suspek yang belum berkahwin turut tinggal di rumah itu. Pada hari kejadian suspek tiba-tiba naik berang dan menghalau ayah serta kakaknya keluar dari rumah,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa cuba menenangkan anaknya dan meminta mereka berbincang secara baik namun, suspek enggan berbuat demikian sebaliknya mengambil tukul besi dan mengugut untuk mencederakan ayahnya itu.
“Lelaki itu mendesak bapa dan keluarga kakaknya keluar dan mengancam mahu membelasah mereka dengan tukul besi berkenaan jika arahannya tidak diterima.




Baru-baru ini telah berlangsungnya Brit Awards 2014 dan yang pasti tahniah buat semua pemenang yang berjaya pada malam itu. Tapi fokus pada malam itu tentu sekali kepada diva Beyonce yang cukup menyerlah dengan gaun panjang sequin rona emerald oleh Vrettos Vrettakos malah gaun panjang itu turut menampakkan susuk tubuhnya yang mengiurkan. Beyonce juga berjaya pukau penonton dengan persembahan pembukaannya menerusi lagu baru ‘XO’ dengan suara yang mantap dan bertenaga.

“I’d like to dedicate this song to my incredible fans — I love y’all, sing along with me tonight!”





Balik Pulau: Akibat dendam lama, seorang pemilik kedai barangan lusuh terpaksa menanggung azab apabila pergelangan tangan kanannya hampir putus ditetak sekumpulan samseng dalam kejadian berhampiran sebuah kedai makan di Batu Maung, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa berusia 44 tahun turut cedera pada tangan kiri dan kakinya ketika cuba melawan serta mempertahankan diri daripada terus ditetak kira-kira 10 lelaki.

Menurut sumber, mangsa ketika itu bersama tiga lagi rakannya baru tiba di kedai makan berkenaan dengan menunggang motosikal.

“Ketika itu, mereka berada di tempat parkir motosikal berhampiran kedai makan berkenaan sebelum didatangi kumpulan samseng bersenjatakan parang yang terus menyerang mereka.
“Rakan mangsa melarikan diri dan hanya tinggal mangsa berseorangan.
Dia ditetak kumpulan samseng terbabit hampir lima minit sebelum mereka meninggalkannya dalam keadaan tidak bermaya,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dikejarkan ke sebuah hospital swasta dan kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan.

“Hasil keterangan, mangsa mendakwa kejadian itu mungkin disebabkan dendam kerana dia mempunyai perselisihan faham dengan satu kumpulan kongsi gelap sebulan lalu.


“Polis mengambil keterangan daripada rakan mangsa, namun mereka mendakwa tidak dapat mengecam wajah suspek kerana semua suspek memakai topi keledar berpenutup penuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, susulan itu, polis menahan empat suspek dipercayai dapat membantu siasatan kes berkenaan.
“Semua suspek berusia 21 hingga 34 tahun kini ditahan untuk membantu siasatan dan polis merampas sebilah parang yang digunakan untuk menetak mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.
 
-Harianmetro-