Kebenaran yang menyedihkan mengenai kebanyakan hubungan cinta adalah bahawa ia dimulakan dengan kebahagiaan tetapi berakhir dengan kesedihan. Ada 10 sebab yang menyebabkan hubungan cinta anda dan pasangan renggang dan putus di tengah jalan.
1. Kritikan berterusan
Selepas melalui saat romantis dalam beberapa bulan pertama hubungan, ramai pasangan biasanya mula menunjukkan warna sebenar mereka. Mereka tidak boleh menyesuaikan diri antara satu sama lain , mula memerlukan ruang mereka sendiri dan tidak suka rakan pasangan masing-masing. Semua ini membawa kepada kritikan berterusan antara satu sama lain , akhirnya membawa kepada perpisahan.
2. Menipu
Satu pembohongan kecil ataupun penipuan yang besar sebenarnya mempunyai kuasa untuk menghancurkan hubungan anda. Anda mungkin tidak pernah bermaksud untuk menipu pasangan anda, tetapi apabila amanah pasangan anda telah didustai, amat sukar untuk mendapat kepercayaan mereka.
3. Curang
Semua orang menafsirkan perkataan curang dengan cara yang berbeza. Bagi sesetengah orang, flirting dengan rakan-rakan boleh dipanggil curang dan bagi sesetengah orang pula, keluar dengan rakan sekerja untuk minum kopi tanpa memaklumkan kepada pasangan mereka juga boleh dianggap curang. Anda harus memahami sensitiviti pasangan anda dan bertindak sewajarnya.
4. Pengintipan
Untuk apa-apa sebab jika anda mempunyai apa-apa keraguan atau syak wasangka pada pasangan anda, jangan mengintip atau mengekori mereka kemana sahaja mereka pergi. Beritahu pasangan anda tentang perasaan anda dan selesaikan masalah dengan baik secara langsung. Walaupun realitinya agak pahit, tetapi ianya lebih baik dari memasang mata-mata gelap untuk mengintip pasangan curang.
5. Cemburu yang keterlaluan
Cemburu dan iri hati terhadap pasangan adakalanya baik untuk setiap hubungan . Tetapi ada satu garis halus antara sifat memiliki yang sihat dan yang keterlaluan . Jika anda mendapati diri anda sentiasa menyoal pasangan anda tentang di mana mereka berada , keluar dengan siapa dan soalan lain setiap masa, anda akan melihat bahawa pasangan anda perlahan-lahan akan lebih jauh dari anda.
6. Perbandingan dengan hubungan masa lalu
Ini adalah satu perkara yang anda harus elakkan apabila anda berada dalam hubungan yang baru. Apabila manusia masuk ke dalam fasa hubungan baru , mereka berharap untuk melupakan kepahitan hubungan mereka sebelum ini. Jika anda selalu membandingkan hubungan baru dan lama anda dengan cara yang sinis, ini hanya akan menyakiti pasangan anda dan boleh membuatkan pasangan anda bosan lalu meninggalkan anda.
7. Halangan komunikasi
Perkara yang paling kritikal dalam hubungan adalah komunikasi. Semua aspek termasuklah amanah, rasa hormat dan ruang peribadi bermula dan berakhir dengan komunikasi yang baik. Jika terdapat satu perkara yang mengganggu fikiran anda , adalah lebih baik untuk berkongsi dengan pasangan anda dan bukannya menyimpan perasaan serta membiarkan ia membarah di dalam hati anda . Kebanyakan hubungan sempurna akhirnya gagal kerana kekurangan komunikasi yang baik.
8. Mengambil mudah semua perkara
Apabila bermulanya saat romantis bersama si dia, pasangan sedaya upaya untuk mengingati saat istimewa dan memberikan kejutan buat pasangan. Tetapi lama kelamaan rasa itu semakin pudar dan ada pasangan yang mengambil mudah perkara yang dianggap remeh untuk memekarkan hubungan.
9. Masuk ke dalam fasa membosankan
Rutin adalah seperti pedang bermata dua. Ia boleh menjadi satu kelebihan kerana ia membawa keselamatan dalam hidup anda dan pasangan. Tetapi, banyak hubungan masuk ke dalam fasa bosan kerana tiada apa yang berbeza dan lain. Lumrah manusia mahukan perbezaan.. contohnya, kalau hari-hari makan ikan, bosan juga kan? Nak juga merasa lauk ayam dan kari. Tambahkan lagi aktiviti bersama yang boleh dilakukan pada hujung minggu. Keluar berbulan madu untuk menyemarakkan lagi hubungan intim bersama pasangan.
10. Rasa tidak puas hati secara fizikal
Apabila hubungan yang dijalinkan lebih dari dua tahun,segala-galanya bermula menjadi bosan jika tidak ada perkara romantik yang dibuat untuk memenangi hati pasangan. Ada pasangan yang tidak menjaga penampilan diri sehingga menyebabkan mereka bosan melihat anda tidak sayangkan badan anda sendiri. Anda perlu berusaha untuk menyayangi pasangan anda luaran dan dalaman. Dia juga manusia, punya perasaan.
No comments
Post a Comment