Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Beaufort: Kewujudan tompokan lumpur panas di Jalan Beaufort-Menumbuk kononnya disebabkan aliran wap gunung berapi bawah tanah yang viral di laman sosial adalah tidak benar.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains negeri Mustafar Hamzah berkata, kejadian berlaku kerana tindak balas semula jadi dan bukannya disebabkan gunung berapi. “Ini hanya pembentukan lumpur biasa yang terjadi akibat air hujan yang menyerap masuk ke dalam tanah melalui retakan atau rekahan di permukaan bumi.
“Air hujan melarutkan batuan di dalam bumi sehingga membentuk lumpur berasid dan membebaskan gas,” katanya ketika dihubungi, semalam. Mustafar berkata, akibat pembebasan gas terlalu banyak, air bawah tanah akan tertolak ke permukaan tanah dan membentuk buih seakan-akan sedang menggelegak seperti kawah gunung berapi.
“Pada musim hujan, lumpur akan lebih cair atau likat selain membentuk lebih banyak buih disebabkan tindak balas kimia.
“Malah, lumpur yang menggelegak ini akan mengeras dan pekat sekiranya tiada hujan dalam tempoh lama,” katanya. Menurutnya, pemeriksaan pihaknya mendapati lumpur berkenaan tidak berbahaya kepada orang ramai. “Berdasarkan rekod, hanya Tawau dan Lahad Datu yang mempunyai sejarah pembentukan gunung berapi satu ketika dulu.
“Namun, tiada sebarang sejarah pembentukan gunung berapi di pantai barat negeri ini termasuk Beaufort dan Menumbuk, sekali gus dakwaan segelintir pihak berhubung lumpur gunung berapi terbentuk adalah tidak benar,” katanya. Katanya, lumpur yang terhasil di kawasan itu hampir sama dengan pembentukan lumpur di Pulau Tiga, Beaufort dan Ladang Binuang, Kunak, akibat larutan batuan dan tindak balas kimia.
Bagaimanapun, Mustafar berkata, pihaknya sudah mengarahkan pegawainya ke lokasi kejadian untuk mengambil sampel lumpur bagi membolehkan ujian makmal dilakukan secara terperinci. Sebelum ini, beberapa foto berkaitan pembentukan lumpur didakwa daripada aktiviti gunung berapi di Kampung Bangau, Jalan Beaufort-Menumbuk mendapat reaksi orang ramai selepas disebarkan melalui laman Facebook (FB).
Harianmetro
Isu Semasa
Picture: Bangkok Post.com |
BANGKOK – Warga kota Bangkok terpaksa menahan kesejukan yang menusuk hingga ke tulang berikutan cuaca sejuk luar biasa menyelubungi bahagian utara dan pusat bandar raya ini untuk dua malam berturut-turut dengan suhu dilaporkan semakin menurun.
Penduduk di ibu kota berdepan suhu dingin antara 13 hingga 16 darjah Celsius (°C) sejak dua malam lepas sehingga memaksa mereka memakai beberapa lapis pakaian untuk mengelak badan daripada menggigil.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan kepada media tempatan menasihati orang ramai agar bersiap sedia menghadapi cuaca lebih sejuk memandangkan suhu dijangka semakin menurun pada hari-hari berikutnya.
“Penurunan suhu sekitar 1 hingga 3°C akan berlaku dalam masa dua hari akan datang,” menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, suhu dingin yang dialami penduduk Bangkok ketika ini tidak melepasi rekod bacaan yang dicatatkan masing-masing pada 1975 dan 1999 apabila suhu di ibu negara itu menurun kepada 10°C dan 11.7°C.
– Bernama
Kosmo
Global
BRASILIA – Kerajaan Brazil mengerahkan lebih 200,000 askar untuk melakukan lawatan rumah ke rumah bagi memerangi nyamuk Aedes yang membawa virus Zika, demikian menurut satu laporan kelmarin.
Virus itu menjangkiti bayi dalam kandungan sehingga menyebabkan kecacatan otak yang dikenali sebagai mikrosefali.
Akhbar O Globo melaporkan Menteri Kesihatan, Marcelo Castro berkata, anggota tentera itu akan melawat kediaman di seluruh Brazil mengagihkan risalah serta memberi nasihat kepada orang ramai.
Castro berkata, kerajaan juga akan mengagihkan penyembur aerosol kepada sekurang-kurangnya 400,000 wanita hamil yang menerima bantuan kebajikan.
Peningkatan kes kecacatan otak dalam kalangan bayi baru lahir di Amerika Latin terutamanya Brazil sejak beberapa bulan lalu mendorong Amerika Syarikat dan beberapa negara lain memberi amaran kepada wanita hamil agar tidak berkunjung ke rantau itu.
Virus Zika tidak berjangkit sesama manusia. Pesakit simptom menyerupai selesema yang akan hilang dalam tempoh kira-kira seminggu.
Namun, virus Zika amat berbahaya apabila menjangkiti wanita hamil dan janin mereka.
Brazil merekodkan se–kurang-kurangnya 3,893 kes mikrosefali sejak Oktober 2015 sekali gus melonjak berbanding purata 160 kes yang dicatat pada setiap tahun.
Selain virus Zika, nyamuk Aedes juga membawa virus demam denggi dan chikungunya. – AFP
Kosmo Online
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments