Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SEKUMPULAN kaum orang asli di Filipina yang dikenali sebagai Ifugao atau masyarakat yang tinggal di atas bukit mungkin mempunyai pengangkutan darat yang paling lejen sekali.
Mana taknya, kemudahan motosikal yang digunakannya adalah sangat unik dan rare pernah wujud.
Mereka mengukir sendiri kenderaan mereka dengan menggunakan kayu serta mengikut rekaan masing-masing.


Namun begitu, kenderan itu hanya boleh diaplikasikan secara manual iaitu mereka perlu memimpin sendiri motor tersebut yang hanya mampu bergerak sehingga 25 kilometer/sejam.
Kalau dah kena gerakkan sendiri, bukanlah motorlah namanya kan, tapi apa-apa pun seni pengukiran mereka memang sangat bad ass

JADI inspirasi, seorang wanita hamil yang menjangkakan anak kembar ini sangat komited dan kekal pergi ke gym bagi menjaga kecergasan dirinya.
Sophie Guidolin yang hamil 26 minggu dengan anak kembar perempuan tetap masuk ke gym 3 kali seminggu dan itu boleh dijadikan contoh dan inspirasi kepada orang di luar sana yang selalu memberi alasan.
Walaupun Sophie mendapat kebenaran daripada doktor untuk melakukan aktiviti itu, rata-rata orang ramai masih mengkritik tindakannya selepas dia memuat naik gambarnya mengangkat besi seberat 30 kg.
“Ada seorang lelaki memberi komen kepadanya mengatakan berat besi yang diangkatnya itu boleh dikategorikan sebagai berat, tapi berat kepada siapa?
“Berat anak lelaki saya adalah 29 kg dan setiap kali dia tertidur saya perlu mengangkatnya. Bagi saya ianya tidaklah berat,” katanya kepada sumber.
“Keguguran boleh berlaku akibat daripada pelbagai perkara, namun orang ramai suka kaitkannya dengan senaman.
“Kebaikan bersenam pasti dapat mengatasi keburukan bersenam. Saya harap wanita mengandung di luar sana tahu akan kebaikan bersenam serta pengamalan gaya hidup sihat semasa mengandung,” tambahnya.
Betul juga apa yang diperkatakan Sophie, sesuai dengan pepatah kalau mahu seribu daya tak mahu seribu dalih, apa yang dilakukan oleh Sophie ini sememangnya menakjubkan.
Lelaki yang tak mengandung pun belum tentu komited dan disiplin untuk melakukannya.

RAMAI peminat sudah mengetahui yang aktor popular ini telah mendirikan rumah tangga dengan gadis idamannya, Hanis Husna pada 1 Mei lalu.
Namun, perkara itu diketahui pun sebaik foto-foto perkahwinannya tersebar secara meluas di laman-laman sosial.

Bercakap mengenai isu itu, Shah Jaszle berkata bukan dia sengaja merahsiakan majlis pernikahannya sebaliknya hanya memenuhi permintaan keluarga kedua-dua belah pihak yang mahukan privasi untuk hari bahagiaanya itu.
Memetik Harian Metro, Shahz menyatakan, “Betul, saya sudah berkahwin pada 1 Mei lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sepatutnya kami berkahwin Disember lalu, tetapi menangguhkannya kerana arwah ayah sakit. Sekali lagi majlis ditangguhkan apabila ayah meninggal dunia pada Februari lalu. Selepas tiga bulan, barulah kami sepakat bernikah.
“Bukan sengaja merahsiakan hal ini, tetapi ia atas permintaan keluarga yang mahukan majlis kami berlangsung secara privasi. Tambahan pula kes mahkamah (tangkap khalwat) saya masih berjalan. Selepas nikah saya ada buat majlis makan malam. Insya-Allah majlis di sebelah isteri juga akan ada selepas ini,” katanya.
Shahz dan isteri yang merupakan seorang model sambilan selamat dinikahkan di Masjid Kampung Ara, Damansara dengan bersaksikan ahli keluarga terdekat kedua mempelai.

Prosedur memancungkan hidung itu biasanya ringkas dan mudah sahaja iaitu membabitkan suntikan silikon di bahagian yang ingin diubah tapi siapa sangka, ia memberi implikasi yang membuatkan model tersebut menyesal seumur hidup.
Gara-gara suntikan silikon dibuat doktor di bahagian hidung, dahi dan atas kening, rupa model tersebut bertukar menjadi aneh dan mengerikan.

Insiden menyedihkan yang dilaporkan di Facebook Taiguo.com ini pada masa sama memberi pengajaran kepada wanita dan “adik-adik” yang suka sangat mengubah wajah tu supaya beringat kerana perkara sama tak mustahil boleh menimpa anda bila terlalu teruja nak ubah ciptaan Tuhan.