Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


KUALA PILAH – Ibu mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu bayi pertama yang dikandungnya adalah kembar.
Persiapan sudah dilakukan, bahkan barang keperluan termasuk baju baharu untuk menyambut kelahiran pasangan bayi berkenaan sudah dilakukan.
Namun, kegembiraan seorang ibu muda di sini bertukar menjadi saat menyedihkan apabila seorang daripada bayinya meninggal dunia selepas dilahirkan, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.
Semuanya dikatakan berpunca daripada perkhidmatan sebuah hospital di daerah ini yang didakwa tidak cekap sehingga mengakibatkan Sharifah Kalsum Syed Abu Bakar, 22, lewat menerima rawatan, sebelum terpaksa menjalani pembedahan secara tergesa-gesa.
Sharifah Kalsum berkata, kejadian bermula kira-kira 2.30 petang 14 Januari lalu apabila dia ke hospital itu selepas terasa sakit hendak bersalin.
“Saya rasa sakit di pinggang dan berlaku kontraksi. Waktu di bilik bersalin, tiada doktor pakar, hanya doktor pelatih sahaja.
“Saya merayu kepada jururawat supaya percepatkan proses kelahiran, tapi doktor memberitahu, pembukaan di pangkal rahim saya ketika itu hanya dua sentimeter menyebabkan saya dimasukkan ke wad biasa,” katanya yang kemudian diberikan ubat tahan sakit sebelum terlena.
Menurutnya, keesokan harinya, dia sekali lagi memanggil jururawat kerana berasa seperti mahu bersalin.
“Saya sudah tidak bermaya untuk menahan sakit, tetapi jururawat menjawab dengan kurang sopan, malah seolah-olah memerli saya,” katanya.
Sharifah Kalsum berkata, antara jam 6.30 dan 7 petang pada 16 Januari, dia dikejutkan jururawat bertugas untuk melakukan pemeriksaan cardiotopograph atau CTG untuk mengesan kadar degupan jantung bayi.
“Ketika itu, saya mendengar degupan jantung sebelah kanan, manakala sebelah kiri tiada apa-apa reaksi atau bunyi degupan jantung.
“Jururawat itu tidak maklumkan apa-apa sehingga jam 7.30 pagi, seorang doktor memeriksa saya. Ketika doktor periksa sekali lagi kira-kira 15 minit kemudian, degupan jantung bayi kiri sudah tiada menyebabkan doktor meminta saya ke bilik bersalin kira-kira 8.30 pagi,” katanya.
Katanya, dalam keadaan panik, seorang doktor meminta pembedahan kecemasan segara dijalankan bagi menyelamatkan bayinya.
Menurutnya, kira-kira 10.05 pagi, bayi pertama yang masih hidup dikeluarkan, namun seorang lagi sudah meninggal dunia ketika dikeluarkan seminit kemudian.
“Bayi pertama berat 2.33 kilogram (kg) manakala yang kedua 2.07 kg. Pada mulanya saya ingat bayi pertama yang dikeluarkan berjaya diselamatkan, namun kira-kira 12 tengah hari, suami memberitahu bayi kami itu juga sudah meninggal dunia,” katanya.
Bayinya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Melang selepas solat Asar.
Sementara itu, suami Sharifah Kalsum, Muhd Azmi Hashim, 30, berkata, dia kecewa dengan sikap kakitangan hospital terbabit sehingga menyebabkan nyawa anaknya tidak dapat diselamatkan.
Malah, katanya, dia juga kesal kerana pihak hospital belum menjelaskan punca kematian pasangan kembar itu.
“Saya hanya mahu tahu punca sebenar kematian bayi kembar saya. Itu sahaja,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Melang.
Sinar Harian cuba menghubungi pihak hospital dan salah seorang kakitangannya memberitahu, pihak hospital akan memberi maklum balas berhubung kejadian itu dalam masa terdekat. - Sinar Harian

Ohio – Dia Sexy…dan kini semua orang mengetahuinya.
Seorang wanita berjaya mendapat kebenaran mahkamah untuk menukar namanya daripada Sheila kepada Sexy.
“Ia adalah perkara terakhir yang saya perlukan untuk membuatkan kehidupan saya lengkap,’’ kata Sexy Ranea Crabtree.
Jelasnya, kebenaran mahkamah itu membolehkan dia menukar namanya kerana nama lamanya adalah buruk.
Crabtree, sebelum ini bimbang dengan keputusan mahkamah dan tidak menyangka akan mendapat kebenaran menukar nama tersebut.
“Saya berita kepada suami bahawa saya tidak akan tinggalkan mahkamah jika nama saya tidak ditukar,’’ katanya.
Hakim bagaimanapun hanya bertanya beberapa soalan kepadanya termasuk kenapa dia ingin menukar nama.
“Saya jelaskan bahawa saya seorang yang periang dan menikmati kehidupan saya sepenuhnya,’’ katanya.
Selepas menukar nama, dia dan suaminya kemudian meraikannya dengan dua anak perempuan mereka.

Pasangan selebriti sensasi dunia, David dan Victoria Beckham sudah mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia pada Mac ini.
Ini kerana mereka telah diundang untuk bersama-sama memeriahkan Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014, yang mana merupakan acara premier dalam kalendar sukan antarabangsa.
Majlis anugerah ini akan berlangsung pada 26 Mac depan bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Selain pasangan itu, antara bintang sukan terkenal dunia yang dijadualkan bakal hadir pada majlis itu ialah Usain Bolt, Roger Federer, Alex Ferguson, Lewis Hamilton, Serena Williams dan Zinedine Zidane.
Atlit Malaysia yang tidak kurang hebatnya seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David dan Pandelela Rinong turut dijemput memeriahkan anugerah sukan berprestij itu.


PENGENALAN
Orang-orang Melayu adalah pelayar ulung yang telah mengembangkan pengaruh mereka di Nusantara menerusi beberapa empayar maritim yangpernah mereka terajui.
Kedatangan penjajah Barat bermula dari kurunke-16 telah secara perlahan menghakis kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu ini sehingga akhirnya seluruh dunia Melayu terjajah.
Walaupun ditindas dan dijajah beratus tahun lamanya, sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu mempunyai semangat kebangsaan dan jati diri yang tinggi untuk menentang penjajah.
Artikel ini memberi fokus kepada antara empat peperangan menentang penjajahan yang terbesar dalam sejarah Nusantara iaitu Perang Kedah-Siam (di Tanah Melayu), Perang Kastilla (di Borneo), Perang Menteng (di Sumatera) dan Perang Gowa (di Sulawesi).
PERANG KEDAH-SIAM
Perang Kedah-Siam meletus sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II pada kurun ke-19. Armada Siam pada waktu itu belayar ke Kuala Kedah dengan alasan untuk mendapatkan bekalan makanan bagimenghadapi serangan tentera Burma yang sedang memerangi Siam.
Orang-orang Kedah tidak mengetahui tujuan sebenar lawatan tersebut dan menyambut kedatangan armada Siam itu dengan meriah.
Sesudah berlabuh di Kedah, tentera Siam melancarkan serangan mengejut yang seterusnya melumpuhkan Kedah. Seramai 1,000 rakyat Kedah telah dijadikan tawanan perang dan dihantar sebagai buruh paksa ke Bangkok. Sultan Kedah terpaksa berundur ke Prai sebelum melarikan diri ke Pulau Pinang dan diberikan perlindungan oleh kerajaan negeri-negeri Selat yang ditadbir British. Kedah telah secara rasmi dijadikan jajahantakluk Siam pada tahun 1821 dan menerima pentadbiran secara langsung dari Bangkok.
Penjajahan ini meletuskan beberapa siri gerakan pembebasan anjuran bangsawan-bangsawan Kedah. Serangan pertama dilancarkan pada tahun 1826 tetapi berjaya dipatahkan Siam dengan bantuan British.
Tengku Kudin melancarkan serangan lagi pada tahun 1831 dan berjaya mengalahkan Siam. Namun kemenangan ini tidak kekal dan pasukan Tengku Kudin terpaksa berundur apabila Siam melakukan serang balas dan mengambil semula kota Kuala Kedah.
Walaupun mengalami kekalahan yang berpanjangan dan sekatan daripada pihak British yang bersekongkol dengan Siam, ini tidak langsung mematahkan semangat juang Melayu Kedah.
Pada tahun 1839, setelah menyusun strategi peperangan yang mantap, angkatan Kedah menyerang balas dan berhasil mengusir Siam dari Kedah dan seterusnya membebaskan Pattani serta Songkhla dari penguasaan Siam.
Kekalahan yang memalukan ini telah menconteng arang di wajah pemerintah Siam dan satu angkatan peperangan yang besar dengan persenjataan moden dan dibantu pihakBritish telah dikerahkan ke Kedah. Akhirnya, Kedah telah jatuh ketangan Siam kembali dan ditukar namanya kepada Syburi.
Sultan Ahmad Tajuddin yang tidak rela negerinya mengalami nasib yang sama seperti Pattani yang telah dihapus kesultanannya, telah mencuba memperbaiki hubungannya dengan Raja Siam melalui beberapa siri perbincangan diplomatik.
Pada tahun 1842, takhta Sultan Kedah telahdikembalikan oleh Raja Siam kepada baginda Sultan Kedah dan kesultanan Kedah kekal sehingga hari ini sebagai sebuah institusi kesultanan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Catatan sejarah ini menunjukkanorang-orang Melayu Kedah mempunyai semangat juang yang sangat tinggi. Jika pihak Siam tidak dibantu oleh British, berkemungkinan besar Siam tidak dengan sesenang itu dapat menjarah bumi Kedah yang berdaulat.
Perjuangan menentang penjajahan ini telah dipandang tinggi oleh seorang pegawai tentera laut British, Kapten Sherard Osborn yangmenyatakan:
'Seperti anjing, orang-orang tempatan di pesisir Semenanjung India menjilat tangan yang mendera mereka; tetapi tidak untuk orang Melayu; dan kita orang-orang Inggeris harus menjadi bangsa yang pertama memberi penghormatan kepada sebuah bangsa yang tidaksewenang-wenangnya tunduk kepada penjajahan dan penindasan'.
PERANG MENTENG
Perang Menteng di Palembang, Sumatera meletus pada 12 Jun 1819 sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud Badaruddin II (1803-1821). Palembang pada ketika itu telahpun berkembang menjadi sebuah kerajaan yang tidak kurang makmurnya hasil daripada galian bijih timah dan tanaman lada.
Belanda telah melantik seorang pesuruhjaya bernama Edelheer Mutinghe untuk mengawal selia pentadbiran kawasan tersebut. Mutinghe berkeras untuk tidak mengiktiraf pemerintah tempatan dan mengambil inisiatifnyasendiri untuk mencabar kedaulatan Sultan Palembang dengan memaksa baginda mengakui ketuanan Belanda.
Tidak berpuas hati dengan keangkuhan Mutinghe, penduduk tempatan yang menyokong Sultan Mahmud memulakan serangan yang telah membunuh ramai askar Belanda. Belanda kemudiannya menyerang balas dengan mengirimlebih ramai askar ke Palembang dengan misi penjajahan tetapi sekali lagi, mereka telah dimalukan.
Untuk menguatkan lagi pertahananPalembang, Sultan Mahmud telah mengarahkan pembinaan 'Benteng Kuto Besak' (Kota Besar) bagi menangkis serangan Belanda yang kemudiannya dilancarkan pada 30 Oktober 1819.
Menyedari kekuatan Palembang, pihak Belanda telah melakukan kerja-kerja pengintipan menerusi pedagang Arab dan pedagang Cina,tetapi tetap gagal menguasai Palembang pada awal tahun 1821.
Sewaktu terjadinya perang, kedua-dua pihak Belanda dan Palembang telahbersetuju untuk tidak melakukan serangan pada hari Jumaat dan Ahad bagi menghormati hari suci agama Islam dan agama Kristian. Tetapi Belanda dengan licik telah melanggar perjanjian ini dengan menyerang Palembang secara mengejut pada 24 Jun 1821 yang seterusnya melumpuhkankesultanan ini.
Keesokan harinya, Sultan Mahmud Badaruddin II dan keluarganya telah dihantar ke Batavia (Jakarta) dan seterusnya dibuang negeri ke Ternate sehingga baginda mangkat pada 26 September 1852.
Belanda yang menyerang dengan cara penipuan ini telah menghancurkan sama sekali kesultanan Palembang; jika tidak, Palembang mungkin akan kekal sebagai sebuah kerajaan berdaulat di Sumatera pada ketika ini
PERANG KASTILLA
Sepanyol dan kesultanan Brunei pernah terlibat dalam suatu peperangan yang dianggap antara yang terbesar di dalam sejarah Nusantara iaitu Perang Kastilla. Pada tahun 1576, gabenor Sepanyol bernama Franciscode Sande bersama pengikutnya telah belayar ke Brunei untuk menghadap Sultan Saiful Rijal.
Objektif utama mereka adalah untuk menjalinhubungan baik dengan Brunei dan untuk mendapatkan kebenaran mengembangkan ajaran Kristian di wilayah kesultanan ini. Francsico juga menuntut Brunei untuk menghentikan penyebaran Islam di kepulauan Filipina.
Sultan Saiful Rijal menolak permintaan Francisco dan akibat daripada itu, pihak Sepanyol melancarkan peperangan ke atas Brunei pada tahun 1578.
Ekspedisi peperangan menentang Brunei ini melibatkan 2,200 bala tentera. Kota Batu, ibukota Brunei ketika itu telah ditawan pada 16 April 1578 mengakibatkan Sultan Brunei terpaksa melarikan diri ke Jerudong bagi mengatur serangan balas bagi menghalau Sepanyol keluar dari Kota Batu.
Setelah berjaya mengumpulkan kekuatan, serangan telah dilancarkan oleh Bendahara Sakam dengan penuh semangat keberanian danakhirnya beliau berhasil mengusir Sepanyol dari bumi Brunei pada 26 Jun 1578 - 72 hari setelah Brunei dijajah Sepanyol. Tentera Sepanyol telah dikejar oleh bala tentera Brunei sehingga mereka lari ke Sabah.
Jika tidak kerana keberanian dan semangat juang yang tinggi pasukan tentera Melayu Brunei, Brunei mungkin akan menjadi sebahagian daripada wilayah takluk Sepanyol di Timur. Sehingga hari ini, Brunei kekalsebagai sebuah kesultanan yang berdaulat yang masih mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja (MIB).
PERANG GOWA
Sultan Hasanuddin Tumenanga Ri Balla Pangkana adalah seorang pemerintah yang disegani yang pernah bertakhta di Gowa, kesultanan yang kini menjadi sebahagian dari sejarah terpenting rakyat Sulawesi.
Baginda memerintah dari tahun 1653 sehingga 1669, sewaktu Belanda mencuba keras untuk menguasai wilayah ini dengan Gowa merupakan satu-satunya kesultanan di Indonesia Timur yang masih lagi merdeka.
Pada tahun 1666, Syarikat Hindia Timur Belanda yang dipelopori Kapten Cornelis Spellman bertindak untuk menguasai kesemua kerajaan di Indonesia Timur untuk memonopoli perdagangan rempah. Walaubagaimanapun, Belanda gagal untuk menjajah Gowa.
Untuk menangkis pencerobohan Belanda, Sultan Hasanuddin memperkuatkan kekuatan tentera kerajaannya untuk menghadapi Belanda. Pihak Belanda juga telah mendapatkan bantuan tentera dari ibu kotanya di Batavia.
Sebanyak 250 buah kapal Gowa belayar dari Pelabuhan Galesong ke laut Banda dan armada Belanda pula diketuai oleh Laksamana Monte Maranno. Peperangan berterusan selama 3 tahun mengakibatkan kerugian yang besar pada kedua-dua pihak. Akhirnya, serangan terakhir Belanda pada 12 Jun 1669 telah melumpuhkan kota Sombaupu dan Gowa akhirnya terjajah.
Sultan Hasanuddin kemudiannya diturunkan takhta dan mangkat setahun kemudian pada 12 Jun 1670. Keberanian Sultan Hasanuddin menentang penjajahan disanjung tinggi bukan sahaja oleh rakyat Makassar tetapijuga oleh Belanda yang memberikan jolokan De Hanntjes van Het Oosten (Ayam Jantan dari Benua Timur) kepada Baginda.
Gowa kekal sebagaitanah jajahan Belanda sehingga merdeka di dalam Indonesia pada tahun 1950.
KESIMPULAN
Bermula dari kurun ke-16 Masihi, kerajaan-kerajaan Melayu telah secara sedikit demi sedikit dijajah oleh kuasa-kuasa luar seperti Belanda, Sepanyol, British dan juga kuasa serantau, Siam.
Biarpun dijajah dan tanahair mereka dijarah, sejarah telah mencatatkan bahawa bangsa rumpun Melayu ini tidak dengan mudah menyerah tanpa sebarang penentangan. Kisah 'empat perang' yang dibincangkan ini iaitu, Perang Kedah-Siam, Perang Menteng, Perang Kastilla dan Perang Gowa telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah memberikan penentangan yang kuat dengan semangat juang dan jati diri yang tinggi dalam mempertahankan tanahair mereka daripada penjajahan.
Kesultanan Brunei yang masih wujud sehingga kini adalah peninggalan warisan Melayu yang boleh dibanggakan di Nusantara - walaupun telah secara sementara dijajah Sepanyol, kerajaan ini terus kekal sehinggakini sebagai sebuah negara Melayu Islam berdaulat yang merdeka.
Maka, orang-orang Melayu harus melihat sejarah episod penjajahan ini bukansebagai suatu alasan untuk menjadi layu, tetapi sebagai suatu semangat bagi membina jati diri untuk berusaha maju ke hadapan dalam membina negara-negara rumpun Melayu yang telah merdeka, tidak kira di Malaysia, Brunei ataupun Indonesia.

Kamera Canon memang terkenal dengan kualitinya dan digunakan oleh jurukamera tersohor seluruh dunia. Dikalangan DSLRfags Canon EOS 5D Mark II ialah the ultimake wank camera yang mahu mereka miliki jika ada wang.


Tahukah anda nama Canon ini diambil dari nama Dewi Guanyin? You know the goddess in theWukong The Monkey God tv show on NTV7 years ago? Dalam bahasa Jepun, Dewi Guanyin dipanggil Dewi Kwanon. Syarikat yang menghasilkan kamera Kwanon ditubuhkan oleh Yoshida Gorō dan Uchida Saburō pada November 1933. Syarikat mereka pada ketika itu dikenali sebagai Seiki Kōgaku Kenkyūjo atau dalam bahasa inggerisnya Precision Optics Laboratory. Pada tahun 1934 Precision Optics Laboratory menghasilkan kamera pertama mereka yang berjenama Kwanon. Ianya sebuah kamera 35mm yang dihasilkan bagi melawan kamera Leica Model II yang pada ketika itu dianggap kamera paling awesome dipasaran.


Ada sebab mengapa Yoshida Goro menghasilkan kamera Kwanon bersama Uchida Saburō yang merupakan abang ipar beliau. Pada ketika itu harga sebuah Lecia Model II ialah 420 Yen. Ini pada pendapat Yoshida Gorō adalah terlalu mahal kerana gaji paling mahal seorang warga Jepun pada ketika itu ialah 70 Yen sebulan!

Mengikut cerita, sekitar 1920-an Yoshida Gorō pergi ke Shanghai bagi mendapatkan bahan ganti untuk sebuah projektor. Yoshida Gorō pada waktu itu bekerja dengan sebuah syarikat membaiki projektor. Setibanya di Shanghai beliau bertemu seorang warga Amerika bernama Roy E Delayyang menjadi pembekal barang ganti kamera dan projektor. Apabila mengetahui Yoshida datang dari Jepun semata-mata mahu mendapatkan spare parts Roy E Delay berkata;

"Kamu harus ke China semata-mata untuk mendapatkan bahan ganti? Negara kamu sudahpun menghasilkan kapal perang dan pesawat tempur yang bertaraf dunia. Tiada sebab Jepun tidak mampu menghasilkan kamera mereka sendiri"

Yoshida kembali ke Jepun dan membeli sebuah Leica Model II. Beliau membuka mekasnisma kamera mahal ini satu persatu bagi mempelajari bagaimana beliau boleh menghasilkan kameranya sendiri. Apabila kesemua bahagian Leica itu sudah diasingkan dan dicabut Yoshida terkejut. Beliau pernah dipetik berkata;

"Saya membuka kamera Leica yang mahal itu satu persatu. Saya dapati tiada bahan binaan luar biasa seperti permata yang digunakan. Kamera ini hanya dibuat menggunakan gangsa, aluminium , besi dan getah. Saya terkejut bagaimana kamera yang dibuat dengan bahan yang murah sebegini terjual sebegitu mahal! Ini membuatkan saya berang"



Maka bolehlah dikatakan nama KWANON yang digunakan untuk kamera pertama keluaran Seiki Kōgaku Kenkyūjo sangatlah bertepatan. Kwanon ataupun Guanyin ialah Dewi Simpati (Goddess of Mercy). Kamera Kwanon dijual dengan harga 275 Yen sahaja berbanding Leica yang dijual dengan harga 420 Yen. The price of the Kwanon is not cheap but still MERCIFUL to the average Japanese photography enthusiast.


Nama syarikat Seiki Kōgaku Kenkyūjo hanya secara rasmi ditukar kepada Canon pada tahun 1947. Kenapa Kwanon menjadi Canon? Ini adalah untuk memudahkan branding di negara Barat. Bermula dari sebuah syarikat kecil Canon kini sudah menjadi gergasi industri imaging dan optics.

Tak sangka betul hanya kerana melawat kedai bahan ganti di Shanghai, seorang lelaki Jepun dapat menghasilkan sebuah jenama kamera yang hebat seperti sekarang.

In b4 "kamera Canon namanya diambil dari dewa kapir Guanyin! Haram menggunakan kamera ini kerana setiap gambar diambil mendewakan tuhan palsi kafirun"


KOTA BHARU – Entah apa motifnya, seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan cedera di belakang badan akibat dipukul dengan objek keras oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin semasa mangsa menunggang motosikal di Kampung Jal, Ketereh di sini, Sabtu lalu.
Zura Muda, 26, yang mengalami luka dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu mendakwa, suspek merupakan lelaki yang pernah cuba menciumnya dua tahun lalu.
Menurutnya, ketika itu dia sedang mengandung anaknya yang kedua iaitu Nor Sara Alisha yang kini berusia setahun empat bulan.
Lelaki berusia 25 tahun yang dikenali mangsa kerana tinggal di kampung berhampiran itu telah ditangkap polis Ahad lalu.



KOSMO


SEBELUM ini, Neelofa tidak pernah gagal menarik perhatian ramai menerusi fesyen yang cantik persis seorang puteri.

Bagaimanapun pemilihan busana bekas juara Dewi Remaja 2010/2011 ini menjadi perbualan hangat ramai.

Ia sekali gus membuatkan nama Neelofa Mohd Noor dikritik hebat oleh peminatnya kerana kelihatan pelik dengan busana yang digayakan pada Anugerah MeleTOP Era (AME) sehingga dipersendakan dalam laman sosial.

Dia yang bertindak sebagai pengacara pada majlis berkenaan mengenakan jump suit rona merah jambu disamakan dengan karakter adiwira Power Rangers.

Lebih memburukkan lagi, pakaian itu turut dikecam kerana didakwa seksi apabila menampakkan bentuk tubuh pelakon dan pengacara Nona itu.

Tidak setakat itu, gaun neon hijau yang digayakan bintang Azura 2012 pada majlis itu turut disamakan dengan karakter animasi sekali gus menambahkan lagi kutukan terhadapnya.

Difahamkan, jump suit itu direka oleh Wanpa manakala Hatta Dolmat mereka gaun neon hijau.

Walaupun mendapat kecaman hebat, Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa mengambil 'jalan selamat' apabila enggan komen mengenai isu ini dengan lebih lanjut.

"Saya tak mahu komen dengan lebih lanjut lagi sebab ia membabitkan banyak pihak. Jadi, banyak hati yang perlu dijaga.

"Lagipun, lebih baik begitu kerana saya tak nak memburukkan lagi keadaan sedia ada," katanya.

Tambah Lofa lagi, dia memilih untuk tidak membaca segala kritikan  yang dipaparkan di media sosial.

"Saya tak baca langsung, saya dapat lihat apabila orang hantar di WhatsApp," katanya.

Kuala Lumpur: “Laman sosial facebook (FB) kini sudah jadi tempat sesiapa saja meluahkan perasaan dan lebih teruk jika pasangan suami isteri sedang berdepan masalah rumah tangga berhubung pula dengan orang yang tidak sepatutnya seperti kekasih lama di FB.
“Jadi tidak mustahil sekiranya hubungan lama terjalin semula atas dasar simpati disebabkan suami atau isteri gemar bercerita masalah rumah tangga kepada kekasih lama yang akhirnya membawa hubungan terlarang,” kata pakar motivasi dan kaunseling, Klinik Hushim Motivation and Counselling Consultancy, Hushim Salleh.
Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai isteri lari mengikut bekas teman lelaki selepas menjalin hubungan di FB.

Beliau berkata, ada pelbagai faktor menyebabkan suami atau isteri berlaku curang di FB antaranya kerana tidak mendapat layanan daripada pasangan masing-masing.
Bagaimanapun, katanya, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk pasangan berlaku curang sebaliknya perlu mengetahui peranan mereka dalam rumah tangga dan cuba mengatasinya.

Sydney: Sepasang suami isteri berkeras enggan menggugurkan kandungan mereka yang disahkan mempunyai dua muka dan dua otak.
Renee Young dan Simon Howie dari Tregear, di sini, dinasihatkan doktor supaya menggugurkan kandungan itu yang pada mulanya disangka kembar.
“Kami terkejut apabila imbasan ultrabunyi menunjukkan anak dikandung sebenarnya seorang saja, bukannya kembar,” kata Renee.


Imbasan tiga dimensi menunjukkan bayi itu mempunyai sepasang kaki dan tangan selain satu badan dan semua organ dalaman sempurna termasuk jantung.

Doktor sebelum ini menasihatkan kandungan itu digugurkan bagi mengelak anak berkenaan menghadapi kesukaran kelak kerana dianggap pelik.
Sebaliknya pasangan itu tegas mahu membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang dan dikelilingi orang yang menyayanginya.



Imbasan jelas menunjukkan dua muka bayi berkenaan masing-masing dengan mata, hidung dan mulut yang lengkap.

“Kandungan ini kini berusia 19 minggu dan sihat dengan degupan jantung serta otak yang kuat,” kata Renee dalam rancangan A Current Affair - In Both Brains.

Keadaan itu dikenali sebagai kraniofasial hiperhidrosis adalah sejenis kes kembar siam ekstrem dan terlalu jarang dilihat, malah hanya 35 kes direkodkan setakat ini. 

Tidak satu pun mampu hidup melepasi usia kanak-kanak.

Kemungkinan itu tidak menggugat semangat pasangan terbabit, malah mereka berazam membesarkan bayi itu bersama tujuh anak mereka.

“Keluarga kami sangat rapat dan kami percaya mampu melindungi bayi ini tidak kira apa pun kecacatannya.

“Pada kami menggugurkannya perbuatan tidak bermoral. 

“Anak ini tiada bezanya dengan kanak-kanak yang mempunyai autisme atau sindrom Down. 

“Bayi ini sihat dan membesar elok dalam kandungan. Tidak wajar ia digugurkan,” kata Howie.

Sementara itu, pakar obstetrik Greg Kesby berkata, ini kali pertama dia melihat kes seumpama itu.- Agensi

Paris: Media Perancis heboh mendakwa wujud hubungan percintaan antara Presiden Barack Obama dan bintang popular Beyonce.
Desas-desus hubungan sulit antara mereka - yang masing-masing sudah berkeluarga - kali pertama diuar-uarkan di stesen Eropah 1 pagi semalam. 
Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Pengarah Komunikasi akhbar Washington Post Kristine Coratti yang dikatakan bakal mendedahkan hubungan berkenaan. 
“Dakwaan itu palsu. Washington Post tidak akan menyiarkan kisah seperti itu,” katanya.

Beyonce mempersembahkan lagu ‘America the Beautiful’ ketika majlis pelantikan Presiden Obama pada 2009 selain turut menghiburkan tetamu ketika ulang tahun ke-50 isterinya Michelle di Rumah Putih, bulan lalu.
Khabar angin sebelum ini mengatakan perkahwinan Obama dan Michelle bermasalah berbanding hubungan kukuh Beyonce dan suami, penyanyi rap Jay Z. 
Sementara itu, jurugambar Pascal Rostain yang mendedahkan hubungan antara Presiden Francois Hollande dan pelakon Julie Gayet baru-baru ini mendakwa gambar Obama bersama Michelle menunjukkan mereka semakin renggang dan perkara itu akan didedahkan dalam Washington Post. 

Bagaimanapun, apabila disoal lagi mengenai desas-desus itu, dia mendakwa ia sekadar ‘satu gurauan.’ - Agensi

Hmetro

Kuala Terengganu: Satu ketika dia ibarat primadona kerana berbekalkan batu mani gajah yang dijadikan tangkal, lebih 50 lelaki kaya dikikisnya sehingga memiliki wang simpanan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun.
Bagaimanapun, kuasa amalan syirik itu hanya sementara kerana dia kini menderita pelbagai penyakit selepas isteri seorang lelaki bergelar Datuk yang menjadi mangsanya membalas dendam dengan turut mengenakan ilmu hitam ke atasnya.
Itu kejadian menimpa seorang wanita berusia 31 tahun mahu dikenali sebagai Haslinda yang sebelum ini hidup bergelumang dosa, semata-mata untuk hidup mewah.


“Ada rakan memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita.

KUALA LUMPUR: Hajat seorang lelaki berasal dari Sabah untuk bekerja ibu negara tidak kesampaian apabila dia maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu sepupunya dihempap lori membawa muatan rod besi.
Dalam kejadian 8.30 malam tadi, mangsa berusia dalam lingkungan 30-an bersama sepupunya, 48, yang memandu Mitsubihi Triton dalam perjalanan pulang ke rumah di Puchong.
Menurut sumber, ketika tiba berhampiran bulatan lumba kuda di susur keluar Seremban, tiba-tiba lori sarat dengan muatan rod besi hilang kawalan sebelum menghempap kereta dinaiki mangsa.


"Bagaimanapun, sepupunya terselamat dan dikeluarkan Bomba dan Penyelamat tidak lama kemudian. Hanya mangsa yang tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Difahamkan akibat cemas pemandu lori terbabit melarikan diri," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pusat gerakan operasi Bomba dan Penyelamat Selangor pada 10.56 malam.

Menurutnya, seorang mangsa sudah berjaya dibawa keluar dan dihantar ke hospital manakala seorang lagi masih tersepit dan anggota bomba kemudian berusaha mengeluarkan mangsa.

Kajang: Dua pelajar kolej swasta didenda RM1,400 oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini, semalam atas pertuduhan berkhalwat di sebuah hotel bajet, tahun lalu.
Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Fakhrullah Mohamad, 23, dan Nur Syahira Athirah, 21, selepas mereka mengaku salah atas pertuduhan itu. Kedua-dua tertuduh turut berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan. Terdahulu, dalam rayuan bertulis untuk mengurangkan hukuman, mereka yang tidak diwakili peguam mengakui sudah memberikan kerjasama yang baik ketika pemeriksaan dijalankan Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA).
Mereka juga memberitahu mahkamah merancang untuk berumah tangga hujung tahun ini, namun belum menetapkan tarikh selain bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tinggal di dalam rumah dan menutup semua pintu dan tingkap jika abu dari letupan Gunung Berapi Sinabung, Sumatera Utara terbang ke arah Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menasihatkan penduduk agar memakai topeng mulut atau menggunakan kain atau tuala basah sebagai alat perlindungan pernafasan jika udara tercemar.
"Kanak-kanak, orang-orang tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan hendaklah mengelak atau mengurangkan aktiviti luar dalam tempoh berkenaan.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya minum banyak air, dan selalu membasuh muka dan bahagian badan yang terdedah," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.
Beliau juga menasihatkan orang ramai mengelak memandu dalam keadaan berabu oleh kerana ia boleh menyukarkan penglihatan yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
Gunung Sinabung berada dalam keadaan yang mudah meletup sejak 15 September dan letupan terbaru bermula pada 30 Januari mengakibatkan pelepasan abu panas ke udarapada ketinggian 5km.
Walaupun kemungkinan penduduk Malaysia terdedah kepada abu itu rendah, namun wujud kemungkinan berlaku hal sedemikian khususnya di pantai barat Semenanjung dan bahagian selatan negara.
Dr Noor Hisham berkata, mereka yang terdedah kepada abu berkenaan akanmengalami simptom gangguan mata, hidung, tekak dan kulit.
Beliau berkata kementerian akan terus memantau keadaan dan menasihatkan mereka yang menghidap masalah kesihatan berkaitan abu gunung berapi segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat. - BERNAMA


PETALING JAYA: Pelakon Dira Abu Zahar menyifatkan kandungannya gugur pada November tahun lalu sebagai pengajaran untuk dia lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 30, berkata, dia juga tidak serik untuk melalui proses sebagai wanita mengandung semula kerana terlalu menginginkan anak bersama suaminya Mohd Helmi Mohd Yusof.
"Saya memang dah berniat mahu anak pada tahun ini. Wanita mana yang tak kecewa apabila terpaksa melalui proses keguguran.
"Tetapi saya tak serik kerana ia mengajar saya untuk lebih berhati-hati mengenai perubahan yang dialami," katanya kepada mStar Online.
November tahun lalu, Dira disahkan keguguran di mana dia sendiri tidak sedar mengalami masalah itu memandangkan proses kitaran haidnya berjalan seperti biasa setiap bulan.
Kejadian berlaku ketika Dira menjalani penggambaran program Terengganu ku bersama Zizan Razak.
Tambah Dira, dia juga menambah bilangan anak kerana berasa puteri sulungnya iaitu Anggun, 7, yang merupakan anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid (bercerai pada 8 April 2010) sudah perlu mempunyai seorang adik sebagai peneman.
"Saya lihat Anggun makin selesa sendiri dan itu sangat merisaukan saya kerana dia tidak suka berkongsi.
"Malah apabila ditanya adakah dia mahukan seorang adik, dia langsung tidak berminat. Keadaan itu membuatkan saya lagi mahukan anak agar Anggun dapat belajar erti berkongsi tidak kira dalam segala hal," ujarnya.
Dira bernikah dengan Mohd. Helmi yang juga pengarah fotografi pada11 November 2011 di Merlimau, Melaka.
Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu, Dira bersama peminatnya, Azura akan tampil menerusi program Fear Factor Malaysia bersama 15 pasangan peserta lain.
Rancangan itu akan mula bersiaran pada setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 15 Februari ini menerusi saluran Astro Ria (104).
mSTar


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Zizan Razak memohon maaf sekiranya pakaian dipakainya semasa Anugerah Meletop Era 2013 pada Sabtu lalu menghina mana-mana pasukan keselamatan di negara ini.
Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata, dia sebelum ini bimbang pakaian yang mempunyai dua lencana yang didakwa menyerupai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu akan mencetuskan kontroversi seperti mana berlaku kepada aktor Farid Kamil sebelum ini.
Bagaimanapun kata Zizan, penaja pakaian itu menjelaskan penampilannya itu tidak akan mendatangkan masalah sehinggalah dia bersetuju untuk mengayakannya pada acara itu.
"Sebelum setuju memakai pakaian berkenaan saya sendiri bertanya dengan pereka fesyennya adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya memakai pakaian menyerupai anggota keselamatan negara.
"Namun pihak mereka meyakinkan saya bahawa ia tidak akan menjadi isu kerana sekiranya lencana tersebut dipakai dengan kedudukan yang betul ia tidak menjadi sebarang kesalahan.
"Bagaimanapun perkara sudah terjadi dan saya mohon maaf terhadap kejadian itu," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Zizan mengulas dakwaan apabila dikatakan menghina pasukan keselamatan negara ketika muncul dalam Anugerah Meletop Era 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, dekat sini Sabtu lalu dengan memakai pakaian yang mempunyai lencana pasukan keselamatan.
Sebelum ini, Farid Kamil pernah dilanda kontroversi sama apabila pakaian di majlis persandingan dikatakan menyerupai satu lagi badan keselamatan negara.
Sementara itu, jurucakap butik Bianco Mimosa berkata, pihaknya tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi berhubung pakaian yang direka untuk Zizan pada malam itu.
Pengurusan butik berkenaan turut memohon maaf kepada pihak terlibat dan kesal atas kejadian tersebut.
"Baik pihak Zizan atau pun Bianco Mimosa kami tidak ada apa-apa niat untuk menghina atau tidak menghormati mana-mana pasukan keselamatan di negara ini dengan sengaja menggunakan lencana berkenaan.
"Kami kesal dengan kejadian itu dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat," katanya.