Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Akibat dari kejadian nahas MH370,Kak Shila Amzah juga yang menjadi mangsa...Status terbaru yang diupdatenya disebuah laman sosial no 1 Cina Weibo.com penuh dengan komen-komen negative.ada yang menghina,ada yang memaki,bahkan ada juga yang menghalau Kak Shila Amzah dari bertanding didalam program I Am A Singer.
Rakyat Cina seakan-akan bergitu marah dan cuba menyalurkan kemarahan mereka di tempat yang salah,adakah Shila Amzah punca kapal itu hilang???adakah Shila Amzah yang meng'hijack MH370???komen-komen negative bukan saja diterima oleh Kak Shila Amzah,malah semua penyanyi Cina yang berasal dari Malaysia menerima nasib yang sama.Akan tetapi....disebalik makian dan hinaan yang diterimanya,Kak Shila Amzah tetap mempunyai peminat yang setia dan tetap menyokong Shila:
"This is a tragic plane crash. Everyone is sad and pray for the victims families. Makes me more sad is that some people actually take advantage of this appalling crash to attack innocent people. I really feel sick for those who do not limit human morality." -Komen Weibo Google Translate.
"As a Chinese person, really feel shame, how there are so many \ '\' patriotic dog \ '\', online is very arrogant, what reviled others, most Chinese people's reputation abroad is very smelly, is when you count curse you, you are willing to do. Do not scold scold go on the Internet all day, have your family do on the plane? No, shut up, aircraft accident and now you have less Chiyikoufan Well? You feel less sleep a night yet? So you lost it? No?" -Komen Weibo Google Translate.
"Shira is a singer. She is not open aircraft. She can not represent the Malay government. Do not spray the wrong person. Thank you." -Komen Weibo Google Translate.
Hiburan
Fenomena alam baru - baru ini terjadi di perkampungan di Borth , Mid Wales , United Kingdom . Sisa - sisa hutan kuno muncul lagi di permukaan daratan setelah sebelumnya tertimbun tanah gambut di pinggir pantai . Hutan kuno yang didakwa telah berusia 5 ribu tahun ini dijumpai kembali setelah sebuah ribut menyapu bersih tanah gambut yang menutupnya .
Ribut tersebut membuka kembali sisa - sisa pokok pain yang kini hanya tinggal akar dan batang bawahnya saja . Menariknya meskipun berumur cukup lama , namun akar - akar tersebut masih kukuh seperti pokok yang baru tumbuh . Hutan ini pertama kali ditemui oleh Deanna Groom dan Ross Masak dari Royal Commission on the Ancient and Historical Monuments of Wales .
Mereka mendedahkan bahawa di perkampungan Borth terdapat banyak penemuan sejarah yang tersembunyi di balik tanah gambut . " Daerah di sekitar Borth merupakan tempat yang rawan tertutup gambut jika ada gelombang angin datang , " kata Deanna Groom . " Ini harus dipantau dan oleh kerana itulah kami harus sering - sering melihat apakah ada sesuatu baru yang telah muncul . " Beberapa legenda juga menyebutkan bahawa hilangnya hutan tersebut disebabkan adanya unsur ghaib .
Lagenda tersebut bercerita bahawa hutan itu menghilang bersamaan dengan seorang pendeta yang dihukum oleh ahli sihir .
Misteri Sejarah
Lebih ramai keluarga penumpang MH370 menghubungi firma guaman yang berpangkalan di Chicago untuk membantu mereka memfailkan saman terhadap pembuat pesawat itu, Boeing dan Malaysia Airlines (MAS) kerana yakin tragedi berlaku kerana kegagalan mekanikal.
Keluarga – dari China, Malaysia dan Indonesia – adalah yang terakhir menghubungi Ribbeck Law Chartered, iaitu pakar undang-undang penerbangan, selepas firma itu memfailkan petisyen penemuan dalam Mahkamah Negeri Circuit of Cook, Illinois, bagi pihak Dr Januari Siregar yang hilang anak berusia 25 tahun apabila pesawat MH370 terhempas.
Dr Januari yang juga seorang peguam, menghubungi Ribbeck kerana dia bekerja dengan mereka semasa pesawat Garuda Indonesia terhempas lima tahun lalu.
Petisyen itu bertujuan untuk mendapatkan rekabentuk dan pembuatan bermasalah yang mungkin menyebabkan tragedi melibatkan 239 penumpang dan anak kapal di atas pesawat itu.
Seramai 239 penumpang di atas pesawat itu termasuk 153 warganegara China dan 12 anak kapal yang semuanya rakyat Malaysia.
Pemfailan ini, kata Ketua Litigasi Penerbangan Global Ribbeck, Monica Kelly, adalah tindakan pra-litigasi untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu.
Boeing dinamakan sebagai defendan pertama manakala MAS, sebagai syarikat penerbangan dinamakan sebagai defendan kedua.
“Kami yakin kedua-dua defendan bertanggungjawab ke atas tragedi pesawat MH370,” kata Kelly.
Beliau mendedahkan, pihak yang terlibat mempunyai masa 30 hari untuk menjawab petisyen ini, di mana selepas ini firma itu akan memfailkan saman bernilai jutaan ringgit bagi pihak keluarga terhadap mereka yang bertanggungjawab.
“Kami jangka akan mewakili lebih 50% daripada keluarga penumpang yang berada di atas pesawat itu,” tambahnya.
“Keluarga nampanya menerima hakikat bahawa pesawat itu terhempas dan mereka sedia menerima punca sebenar mengapa ia berlaku dan tindakan ini akan memberikan mereka maklumat.
“Kami akan buktikan kegagalan mekanikal dalam rekabentuk pesawat adalah punca kapal terbang ini terhempas,” katanya.
MH370, pesawat Boeing 777-200ER, hilang daripada radar pada 8 Mac selepas terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing.
Selepas 17 hari pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berdasarkan bukti baru, pesawat MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi, tenggara Perth, Australia, tanpa ada yang terselamat.
Bagaimanapun, tiada sebarang cebisan ditemui sehingga kini walaupun beberapa satelit berjaya merakam objek di kawasan dinyatakan.
Global
KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk
Seri Hishammuddin Hussein berkata, sebahagian objek satelit Airbus UK
berukuran semeter hingga 23 meter panjang dan kelihatan bersinar,
kemungkinan ia bahan keras di kedudukan 2,557 kilometer dari Perth.
“Perancis, China dan Australia sudah keluarkan data imej satelit yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370.
“Semalam 25 Mac, Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) terima data
imej terbaru dari satelit Pertahanan dan Angkasa Airbus UK yang
berpangkalan di Perancis di mana imej berkenaan dikesan pada 23 Mac.
“MRSA sudah analisis objek berkenaan… di satu kawasan di Lautan Hindi
seluas 400 kilometer persegi yang mana 122 objek dikesan di kawasan
berkenaan.
“Sebahagian objek berukuran semeter panjang dan ada yang berukuran 23
meter panjang. Ia kelihatan bersinar, kemungkinan bahan keras,” katanya
pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di
sini, sebentar tadi.
Hishammuddin berkata, MRSA dengan segera menghantar laporan berkenaan
kepada Pusat Koordinasi Kecemasan Australia di Perth semalam, namun
tidak dapat disahkan objek berkenaan ada kaitan dengan MH370.
“Bagaimanapun, ia adalah petunjuk baharu dalam misi mencari bangkai pesawat MH370,” katanya.
Isu Semasa
PARIS: Bintang filem Perancis, Gerard Depardieu, kencing di tempat
duduk penumpang kapal terbang apabila mendapati tandas pesawat berkenaan
ditutup, kata sumber, semalam.
Katanya, aktor berusia 63 tahun itu menjerit mahu membuang
air ketika penerbangan dari Paris ke Dublin, Ireland, bersedia untuk
berlepas.
“Disebabkan pesawat itu bergerak di landasan dan bersedia untuk berlepas, kru kabin meminta Depardieu bersabar,” katanya.
Bagaimanapun, kata saksi, pelakon yang pernah dicalonkan untuk anugerah Oscar itu memberitahu, dia tidak boleh menahan dirinya.
“Dia yang kelihatan mabuk kemudian berdiri dan kencing di situ juga,” katanya.
Perbuatan Depardieu memaksa penerbangan itu tergendala dua jam bagi
membolehkan pesawat dicuci. Tidak dapat dipastikan sama ada Depardieu
dibenarkan terus menaiki pesawat itu atau tidak.
Global
Misi operasi dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 di kawasan terpencil selatan Lautan Hindi bertambah rumit apabila pasukan tersebut berdepan cabaran menempuh gunung berapi dasar laut dan kawasan bergunung.
Menurut pakar yang terbabit dalam operasi tersebut, tiada jaminan dapat diberikan sama ada adakah mereka berjaya menemui bangkai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Sementara itu, penyelidik lautan dari University of New South Wales, Erik van Sebille menyatakan kawasan nahas itu dikenali di kalangan pelaut sebagai ‘roaring forties’ iaitu lautan tebusan.
Selain itu, Lautan Hindi yang merupakan lautan ketiga paling besar di dunia memang sangat dikenali sebagai lautan yang sentiasa bergelora dengan keadaan ribut kencang dan ombak laut yang mampu mencapai sehingga 10 ke 15 meter ketika musim sejuk.
Sebelum ini, pada Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 telah mengakhiri penerbangan mereka di tengah Lautan Hindi, Isnin lalu
Isu Semasa
Kini sentimen anti Malaysia semakin berleluasa di Tanah Besar China
apabila sebilangan besar penduduknya menyalahkan kerajaan Malaysia di
atas tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang
dilaporkan berakhir di selatan Lautan Hindi.
Semalam juga telah diadakan protes oleh ahli keluarga penumpang dari China di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sana.
Terbaharu, menurut laporan Beijing Youth Daily, kebanyakan selebriti
kelahiran China menyelar tindakan kerajaan Malaysia yang dikatakan
memyembunyikan maklumat mengenai MH370 selain mempersoalkan kelembapan
misi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan oleh negara.
Antaranya aktor Liu Ye mempersoalkan kenapa kerajaan lambat
mengatakan pesawat itu berpatah balik menyebabkan semua operasi SAR
terpaksa bertumpu di Laut China Selatan.
Namun, seperti yang dimaklumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan,
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, operasi SAR sebelum ini tertumpu di
Laut China Selatan berikutan penemuan beberapa objek oleh satelit China
sendiri yang menyebabkan pencarian lebih tertumpu di bahagian tersebut.
Jadinya, penduduk China perlulah membuang segala kesangsian dan tiada
apa yang mahu disembunyikan oleh kerajaan Malaysia berhubung insiden
tersebut.
Kalau mereka kehilangan ahli keluarga tersayang, rakyat Malaysia dan 12 warganegara lain pun kehilangan orang tersayang juga.
Kita faham penderitaan yang dialami mereka, namun janganlah sampai
mengambil peluang ini untuk mewujudkan sentimen Anti Malaysia.
Bukannya kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa tidak berusaha untuk
mencari namun, sehingga kini penemuan positif berhubung insiden itu
masih belum ditemui.
Namun tak semua selebriti di sana berfikiran seperti Liu Ye, di mana
pelakon China yang mencipta nama di Hollywood, Zhang Ziyi menyifatkan
tragedi yang berlaku sangat menyayat hati malah mengucapkan salam
takziah kepada semua ahli keluarga penumpang yang terlibat dalam insiden
tersebut.
Isu Semasa
SUBANG: Sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri dalam penerbangan ke Kuala Terengganu, pagi ini.
Perkara itu disahkan oleh pihak Malindo Air dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi ini.
Enjin sayap kiri pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Juruterbang, Kapten Wong Y.Y berjaya mengikut prosedur kecemasan dan mendarat kembali di lapangan terbang yang sama.
Semua 49 penumpang, yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak Terengganu, dan empat anak kapal pesawat yang berlepas kira-kira pukul 7.35 pagi itu selamat dan punca kejadian sedang disiasat.
Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri memuatkan gambar enjin yang terbakar di laman sosial miliknya.
Semua penumpang kemudiannya ditukarkan ke penerbangan lain ke Kuala Terengganu.
Astro Awani
Isu Semasa
Pelakon popular, Nur Fathia Abdul Latiff, 27, dikhabarkan bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati, Aiman Akim Redza yang juga pelakon hebat tempatan.
Menurut sumber, Aiman dikatakan sudah membawa Nur Fathia berjumpa dengan orang tuanya sebelum ini namun perkembangan terbaru mengenai perancangan hubungan mereka belum diketahui setakat ini.
“Kami sudah bertemu keluarga masing-masing dan dia adalah wanita pertama yang saya bawa bertemu dengan keluarga saya."
“Sebelum ada apa-apa ikatan yang sah, hubungan kami tetap dianggap sebagai kawan sahaja dan biarlah mengenai perasaan itu antara kami sahaja yang mengetahuinya.”
Dalam pada itu, Nur Fathia baru-baru ini berpeluang untuk memperagakan baju pengantin bagi edisi terbaru Majalah Pengantin.
Sekali pandang, penampilan pelakon drama bersiri Ariana Rose itu seperti sedang bergaya untuk shooting foto pra-perkahwinan. Beliau nampak sangat cantik dan padan sehingga membuatkan penulis dan ramai jejaka di luar terpukau seketika.
Apapun, mari layan dua keping foro menarik pelakon Nur Fathia menggayakan baju pengantin dalam keadaan santai dan bersahaja.
Hiburan
Difahamkan, kerajaan menyekat Sistem Nama Domain Google (DNS) selepas komuniti Twitter tempatan mula menggunakan perkhidmatan tersebut untuk memasuki laman blog mikro terbabit.
Pada 20 Mac lalu. akses Twitter disekat selepas Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan memberi amaran akan menghapuskan rangkaian sosial itu yang turut mendedahkan rakaman intipan perbualan telefon palsu seperti yang tersebar di internet.
Media tempatan melaporkan, jumlah tweet telah meningkat sehingga 138 peratus sejak perkhidmatan terbabit diharamkan.
Global
Tokyo: Seorang bayi mati selepas dilahirkan pramatang dalam pesawat Cathay Pacific dari Hong Kong ke New York.
Menurut sumber, ibu bayi berkenaan yang sarat mengandung dibenarkan menaiki pesawat terbabit oleh doktor, namun mula sakit bersalin selepas kapal terbang itu berlepas.
Penerbangan itu terus dialihkan ke Tokyo manakala wanita itu dan anaknya dikejarkan ke hospital, namun bayi itu disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. - Agensi
Global
Tokyo: Kanak-kanak di sebuah bandar di Jepun dilarang menggunakan telefon bimbit selepas jam 9 malam dalam usaha menangani masalah pembulian siber.
Jurucakap lembaga pendidikan Kariya berkata, bermula April ini, 13,000 kanak-kanak berusia antara enam dan 15 tahun di bandar itu akan terikat dengan peraturan baru itu.
Usaha ini diharapkan mampu menghalang golongan itu terjebak dalam kes pembulian siber, menghabiskan masa bertukar-tukar emel menggunakan telefon bimbit selain mengekang kesan negatif lain akibat penggunaan berlebihan aksesori itu.
Inisiatif itu hasil usaha polis, pekerja sosial dan guru. Bagaimanapun, ibu bapa tidak akan dihukum jika anak mereka tidak mematuhi peraturan berkenaan.
Ibu bapa bagaimanapun diminta mengambil semua telefon bimbit selepas jam 9 malam dan memantau penggunaan laman web anak mereka dalam kempen yang membabitkan 21 sekolah itu.
Beberapa minggu lalu, kerajaan mendedahkan statistik menunjukkan penggunaan tinggi telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak Jepun.
Mengikut statistik itu, kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun menghabiskan masa online 107.4 minit secara purata sehari menggunakan telefon bimbit.
Cadangan mengehadkan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak Jepun pertama kali dibuat pada 2008 berikutan masalah pembulian siber kini dihadapi kanak-kanak dan ibu bapa di seluruh dunia. - Agensi
Global
KUALA LUMPUR: Penemuan kotak hitam mungkin tidak akan memberi jawapan yang menjelaskan mengapa pesawat Malaysia Airlines MH370 bertukar arah ke Lautan Hindi walaupun ia dapat djumpai, menurut pakar penerbangan.
Ini berdasarkan perakam suara kokpit di dalam kotak hitam yang hanya dapat merakam perbualan dua jam terakhir penerbangan, kata syarikat perundingan penerbangan Amerika Syarikat Leeham Co.
Ini bermakna perbualan penting ketika pesawat berpatah balik berhampiran Malaysia dan Vietnam mungkin tidak dirakam.
“Apa yang berlaku di ruang udara Teluk Thailand tidak akan didedahkan kerana akan diganti dengan rakaman pada penghujung penerbangan MH370,” menurut ulasan syarikat itu.
Tambah Leeham lagi, rakaman terakhir itu juga mungkin tidak mempunyai maklumat penting yang dapat diguna oleh penyiasat terutamanya jika ia dipercayai kehabisan minyak atau terhempas ke dalam air.
Sementara itu, pakar penerbangan Britain Chris Yates berkata, soalan mengapa pesawat tidak mengikuti laluan asal mungkin tidak akan terjawab dengan penemuan kotak hitam itu.
“Kami masih tidak dapat mengetahui keadaan mental juruterbang dan penolongnya ataupun jika pesawat itu dirampas pihak ketiga,” katanya kepada BBC.
“Tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab sejak kejadian ini berlaku.” Analisis data satelit terbaru memberi petunjuk pesawat itu dikesan kali terakhir di selatan Lautan Hindi tetapi lokasi tepat belum diperoleh lagi.
Beberapa puing dikesan di kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Australia tetapi objek tersebut belum dapat ditemui pasukan pencari antarabangsa setakat ini.
Bateri yang menguasakan isyarat lokasi kotak hitam juga akan bertahan kurang dua minggu lagi.
Alat pengesan daripada Amerika Syarikat akan dihantar ke kawasan pencarian tetapi cuaca dan keadaan laut tidak sesuai telah menghalang usaha menentukan lokasi kotak hitam. - AFP
Isu Semasa
KUALA LUMPUR: Susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di tengah Selatan Lautan Hindi, tumpuan kini beralih kepada data satelit INMARSAT yang digunakan untuk mengesan laluan penerbangan pesawat berkenaan.
Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kaedah yang digunakan adalah rumit dan yang pertama kali untuk siasatan insiden seumpama ini.
Selain itu operasi mencari dan menyelamat di Koridor Selatan yang ditangguhkan hari ini berikutan faktor cuaca akan disambung semula secepat mungkin.
Berikut sesi soal jawab media dan Hishammuddin pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Turut sama Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Soalan: Kenapa baru 12 Mac, kerajaan Malaysia mengumumkan pesawat itu hilang di Lautan Hindi dan di mana anda mendapat bukti?
Azharuddin: Kami dapat maklumat daripada satelit dan INMARSAT. Kemudian kami perlu lakukan banyak analisis sebelum membuat pendedahan.
Soalan: Bolehkah berikan data terperinci mengenai paten pesawat, ketinggian dan lain-lain perkara?
Hishammuddin: Segala data terperinci akan kami agihkan kepada media kemudian. Jika selepas ini kamu ada soalan berkenaan data tersebut, sila e-mel kepada kami dan kami akan menjawab pada keesokan hari.
Soalan: Adakah bukti baru berkenaan pesawat terbabit terhempas di Laut Hindi?
Hishammuddin: Kami telah berbincang dengan pakar-pakar tetapi semua persoalan itu cuma boleh dijawab bila kita jumpa kotak hitam. Kita tidak akan mendedahkan penemuan baru kerana akan mengganggu siasatan yang sedang berjalan.
Soalan: Ramai ahli keluarga penumpang mahu bukti kukuh?
Hishammuddin: Saya tahu perkara terbabit. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya memberitahu mereka tanpa kita telah pastikan bahawa serpihan pesawat terbabit adalah serpihan pesawat MH370. Bagaimanapun, saya optimis dan kita akan buat sedaya upaya.
Soalan: Kenapa sehingga hari ini masih belum ada bukti kukuh penumpang telah meninggal dunia dan apakah bentuk insurans disediakan oleh MAS?
Hishamuddin: Kedudukan pesawat terakhir, saya panggil lokasi am di tengah laut Hindi. Pesawat terbabit membawa minyak yang minimum dan tiada bukti pendaratan di darat. Jadi, kita boleh merumuskan bahawa pesawat terbabit jatuh di dalam air dalam tempoh 17 ke 18 hari dan adalah sukar untuk penumpang selamat dalam tempoh itu. Selain itu, kami juga sedang bekerja keras bagi menyediakan bantuan kewangan sewajarnya bagi mengurangkan beban keluarga penumpang.
Soalan: Bagaimana siasatan terkini simulator?
Khalid: Siasatan terhadap simulator masih lagi dijalankan dan tunggu laporan daripada rakan kita dari luar negara
Soalan: Adakah Malaysia masih akan mengetuai pasukan penyiasat utama?
Hishammuddin: Kita akan memastikan koordinasi kesemua 26 negara lain di dalam misi pencarian dan menyelamat. Malaysia akan merangka pelan untuk menjadi negara yang mengetuai.
Soalan: Sekiranya negara lain menarik diri, adakah Malaysia akan tetap meneruskan misi?
Hishammuddin: Tetap dan kita akan teruskan setelah mengambil inspirasi daripada kegigihan pasukan penyelamat Perancis sewaktu tragedi Air France selama dua tahun. Mereka juga berkongsi maklumat dengan kita.
Soalan: Apakah yang akan dibuat untuk menenangkan keluarga penumpang di China berikutan dakwaan mereka kerajaan Malaysia tidak menyalurkan maklumat tepat?
Hishammuddin: Kita akan sentiasa telus. Kita konsisten dalam pendirian kita. Apa jua spekulasi di luar sana dan apa jua tuduhan dilontar kepada kita, kita tidak akan berganjak daripada fokus utama iaitu mencari pesawat berkenaan.
Soalan: Adakah betul seperti yang anda beritahu di Parlimen yang kerajaan akan menubuhkan suruhanjaya siasatan khas?
Hishammuddin: Itu tidak betul kerana, itu hanya cadangan di Parlimen dan saya tidak boleh membuat keputusan sendiri. Tetapi apa yang saya boleh beritahu ialah Angkatan Tentera Malaysia sedang mengendalikan siasatan mereka sendiri. Bagaimanapun, saya akan mengusulkan suruhanjaya siasatan diraja ini pada mesyuarat Kabinet nanti.
Soalan: Adakah serpihan pesawat akan dibawa ke Australia jika ditemui?
Hishammuddin: Saya tidak boleh memberi jawapan sekarang sama ada serpihan akan dibawa ke Australia. Saya akan memberi jawapan kemudian.
HM
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments