Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KUALA LUMPUR – Kerajaan Kelantan memberi kebenaran untuk menukar warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau mendapat persetujuan rasmi itu pada pukul 3.30 petang ini.
“Saya baru habis mengadap Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) pukul 3.30 petang tadi menyampaikan hasrat Datuk Seri Vida (Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman) untuk menukar wajah stadium.
“Permohonan telah diluluskan. Cuma `detail’ dan cara kerja kita kena berurusan dengan perbadanan stadium. Syukur,” umumnya dalam akaun Facebook beliau, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Hasmiza atau lebih popular dengan gelaran Dr. Vida bakal menjadi penaja utama pasukan Kelantan selama dua musim dan dilantik sebagai Penasihat Kehormat KAFA.
Sebelum ini, Dr. Vida mencetuskan kontroversi apabila mahu Stadium Kota Bharu dicat dengan warna merah jambu selain menukar nama pasukan kepada “Pamoga Qu Puteh” The Red Warriors sebagai syarat tajaan lebih RM16 juta. – MYNEWSHUB.CC
Isu Semasa
KECOH jadinya laman sosial sehari dua ini tentang isu segelintir ibu muda ‘belanja’ gambar mereka sedang menyusukan anak yang dimulakan oleh sebuah laman Facebook parodi terkenal.
Ini bukan kali pertama isu hangat lagi kontroversi mula tercetus selepas dimuatnaik di laman Facebook Amran Fans – Official.
Laman yang cukup terkenal dengan tagline “Kebodohan Amran Hanya Untuk Mereka Yang Berakal” ini banyak memuatnaik status berunsur nasihat yang diselitkan lawak satira sinis lagi sarkastik.
Isu breastfeeding sejak mula dimuatnaik laman tersebut, mendapat perhatian hangat netizen hinggakan page tersebut mendapat kesan apabila golongan ibu muda yang marah foto mereka menyusukan bayi yang dianggap bukan satu kesalahan moral dikongsikan dengan umum, membuat aduan kepada Facebook.
Akibatnya page parodi itu dipadamkan seketika oleh pihak Facebook, membuatkan adminnya menubuhkan sebuah lagi laman troll yang diberi nama “Meran Fans”.
Mungkin cara nasihat mereka agak kasar iaitu dengan memaparkan screenshoot gambar yang tidak diizinkan namun tujuan tersebut tak lain tak bukan hanya untuk menyedarkan golongan ibu muda yang berkongsi gambar di media sosial agar lebih tahu malu, demikian hujah admin dan penyokong Amran Fans.
Difahamkan, segelintir ibu muda yang berang dengan tindakan page tersebut turut membuat laporan polis bagi menyatakan ketidakwajaran admin laman terbabit menyiarkan gambar mereka.
Mungkin juga tindakan ini, disebabkan sudah tidak tahan lagi dengan cacian dan makian netizen yang mengutuk perbuatan mereka.. iyalah, hati perempuan mana yang tak rapuh ‘dibahan’ beramai-ramai kan.
Namun apa yang dikesali ramai adalah tindakan kebanyakan ibu muda ini yang masih berdegil dan tetap dengan pendirian bahawa mereka tidak berbuat apa-apa yang salah, dan berkeras menyatakan tindakan memuatnaik gambar menyusukan anak di Facebook tidak salah kerana masih menutup aurat.
Sehubungan itu, Ustaz Rahmat Ikhsan daripada Pencetus Ummah telah tampil mengatakan hukum perbuatan mereka itu adalah haram.
Kami percaya, para ibu terbabit melihat perkara ini dari sudut menyusukan anak bukan sesuatu yang taboo untuk dikongsikan dengan masyarakat tetapi pada masa sama, mungkin mereka belum faham kaitan antara ‘malu’ dengan ‘iman’ bagi umat Islam.
Sememangnya menyusukan bayi suatu perkara yang amat baik dan digalakkan dalam Islamdan tiada siapa menafikannya tetapi apabila memuatnaik gambar perbuatan itu di media sosial, ia adalah soal lain.
Di tempat-tempat awam seperti kompleks beli belah sekalipun telah disediakan ruang tertutup bagi kaum ibu menyusukan anak secara privasi kerana perbuatan ini tidak sesuai dilakukan di ruang terbuka, tetapi apa gunanya jika si ibu berasakan tidak mengapa gambar mereka menyusukan bayi dikongsikan kepada umum.
Mungkin pada kita memberi susu pada anak secara terbuka bukanlah satu isu yang besar tetapi kita juga perlu memikirkan perasaan orang lain. Memang manusia rambut sama hitam tapi hati siapa yang tahu kan?
Seorang netizen turut berkongsi sebuah kisah yang berlaku beberapa bulan lepas dalam sebuah penerbangan MAS di mana seorang ibu meminta bantuan anak kapal untuk memberikannya satu ruangan tertutup agar dia dapat menyusukan bayinya dengan selesa.
Anak kapal yang memahami keadaannya membantu mengaturkan untuknya sebuah ruang yang privasi.
Untuk pengetahuan si ibu yang memiliki sifat malu yang menebal dalam kisah ini bukanlah wanita beragama Islam, jadi renung-renungkanlah mengapa wanita Islam pula terlalu terbuka soal begini.
Apa pun, adalah tidak wajar terus-terusan mengecam para ibu yang mungkin tersilap langkah kerana kurang faham soal hukum agama apabila memuatnaik gambar menyusukan bayi mereka di Facebook sebelum ini.
Setiap orang pernah lakukan kesilapan dan bagi kami, perkongsian yang dibuat sejak awal agak tersilap apabila menyiarkan keseluruhan wajah dan nama akaun Facebook para ibu yang terlibat kerana itu sudah menjatuhkan aib orang lain selain mencemar privasi seseorang, biarpun kononnya atas nama teguran.
Tak salah menegur tetapi harus diingat, Islam mengajar bahawa matlamat tak pernah halalkan cara.
Copy: Mynewshub.cc
Isu Panas
Kambing Hutan Sumatera yang dirakam Adham. FOTO ihsan Adham - |
Kuala Lumpur: "Spesies berkenaan jarang ditemui di negara ini. Ini adalah kali pertama saya nampak haiwan seperti itu," kata kakitangan swasta, Adham Mutahir, 32, yang merakam gambar Kambing Hutan Sumatera (Sumatran Serow) di Taman Sierra Ukay, Ampang, Selangor dan dimuat naik di laman Facebook (FB) sehingga menjadi viral, baru-baru ini.
Menurutnya, dia mahu ke tempat kerjanya di Bangsar pada 1.30 tengah hari sebelum dikejutkan dengan kemunculan spesies kambing itu.
"Saya terkejut dan terus memberhentikan kereta sejurus melihat spesies itu. Saya pelik bagaimana ia boleh berada di kawasan perumahan.
"Saya mengandaikan ia mungkin datang dari kawasan hutan dan bukit berhampiran rumah saya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, petang tadi.
Katanya, kemungkinan besar haiwan berkenaan tersesat berikutan kawasan hutan berhampiran rumahnya juga sedang dalam pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dan perumahan.
"Keadaan itu mungkin menyebabkan habitat spesies berkenaan semakin terancam. Jika tidak bagaimana ia boleh berada di jalan raya dan kawasan tanah rendah," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Tropical Rainforest Conversation & Research Centre, Dr Dzaeman Zulkifli mengesahkan menerima aduan berhubung perkara itu dan hasil penyelidikan dilakukan pihaknya mendapati, ia sah spesies Sumatran Serow.
"Kebiasaannya, kemusnahan hutan yang menjadi habitat Sumatran Serow menjadi faktor menyebabkan spesies itu dipercayai tersesat sehingga ke kawasan perumahan di Ampang.
"Habitat asal kambing hutan ini juga semakin terancam dengan penerokaan hutan untuk tujuan pembangunan dan sebagainya," katanya.
Katanya, spesies berkenaan dianggarkan mempunyai ketinggian 1 meter dan hidup secara bersendirian serta boleh ditemui di kawasan bukit dan pergunungan, bukan di kawasan tanah rendah.
"Ia jarang ditemui dan semakin terancam selain sering menjadi mangsa pemburu haram.
"Permintaan terhadap haiwan ini sangat tinggi terutama untuk tujuan perubatan tradisional," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Selangor, Rahim Ahmad berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan spesies Sumatran Serow itu datang dari Hutan Simpan Ampang.
"Pihak kami bimbang spesies itu akan menjadi mangsa pemburu haram. Siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang giat dijalankan," katanya.
Harian Metro
Isu Semasa
Washington: Seorang lelaki bersenjata berat yang mendakwa dirinya Jesus Christ dan merancang menculik anjing keluarga Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ditangkap beberapa hari lalu.
Scott Stockert, 49, ditangkap di sebuah hotel di Washington Rabu lalu selepas ejen Perkhidmatan Rahsia menemui beberapa senjata tidak berdaftar dalam traknya, bersama-sama dengan ratusan peluru dan parang, lapor stesen televisyen NBC.
Menurut laporan stesen itu, Stockert dari Dakota Utara didakwa merancang menculik Bo, satu daripada dua anjing baka Portugis milik keluarga Obama.
Dokumen mahkamah diperoleh Jumaat lalu menunjukkan Stockert dibebaskan dan diletakkan di bawah program pengawasan ketat serta diarah tidak memiliki senjata api atau senjata berbahaya lain, baik yang palsu ataupun yang betul. Selain mendakwa dirinya Jesus, Stockert juga memberitahu ejen, bapanya ialah John F Kennedy sementara ibunya, Marilyn Monroe.
- Agensi
Global
Phuket, Thailand: Seorang pelancong wanita China berusia 29 tahun cedera di muka terutama hidung akibat dipatuk ular sawa ketika dia mahu mencium ular berkenaan di satu pertunjukan ular di Chalong, utara pulau itu.
Kejadian yang berlaku pada 9 Januari lalu, di pusat pertunjukan itu yang terletak bersebelahan Zoo Phuket, berjaya dirakam dan mangsa dikenali sebagai Jin Jing dikejarkan ke Hospital Antarabangsa Phuket untuk rawatan.
Ular berkenaan yang dilatih untuk pertunjukan tidak mempunyai bisa dan wanita itu dibenarkan keluar selepas kecederaan pada hidungnya dijahit. Dia kini sudah pulang ke China. - Phuket News
Global
Kuantan:“Kalau ditawarkan RM3 juta pun kami tolak. Duit sebanyak mana pun boleh habis,” kata anak peneroka Felda Bukit Goh di sini, Salwani Tajuddin, 37 (gambar kecil).
Bapa wanita itu, Tajuddin Harun, 68, antara peneroka FELDA berkenaan yang menolak tawaran kira-kira RM1 juta daripada pengusaha bauksit yang berhasrat untuk melombong bijih berkenaan di tanah miliknya.
Salwani berkata, keluarganya sepakat mengambil keputusan itu selepas mengambil kira pelbagai perkara termasuk kesan aktiviti perlombongan mineral itu di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh.
Wanita yang mengusahakan kedai makan di FELDA itu sejak 16 tahun lalu berkata, mereka bimbang terhadap keadaan tanah ladang selepas aktiviti melombong mineral itu selesai.
“Sebelum kami tolak tawaran itu, suami membawa saya meninjau sendiri lombong bauksit di RTP Bukit Goh, tengok sendiri mereka korek tanah dan berapa dalam mereka korek tanah.
Harian Metro
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments