Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Detroit (AS): Seorang wanita berusia 78 tahun cuba menaiki pesawat di
Lapangan Terbang Metropolitan di sini untuk ke Filipina bersama wang
tunai berjumlah AS$41,000 (RM131,507) yang disembunyikan di dalam
seluar dalam, coli dan begnya.
Menurut dokumen mahkamah di Detroit, wanita dari Clearwater, Florida
itu cuba menaiki pesawat berkenaan pada 2 April lalu bersama anak
perempuannya.
Dia pada mulanya membawa wang tunai RM640, tetapi mengemukakan borang dan mengisytiharkan dia mempunyai wang sebanyak RM3,849, menyebabkan dia disoal pegawai.
Ketika diperiksa, pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan menemui
RM25,660 dalam dompetnya, RM41,152 dalam saku dijahit khas pada
pakaiannya dan hampir RM3,207 dalam sampul surat.
Dia kemudian mengaku mempunyai RM9,622 dalam pakaiannya dan wang tunai berjumlah sama dalam colinya.
Pemeriksaan selanjutnya membolehkan pegawai menemui RM67,357 lagi dalam seluar dalamnya.
Wanita itu memberitahu pihak berkuasa, dia menjual rumahnya dengan
harga RM38,490 sebelum memindahkan sebahagian daripada wang itu
menerusi bank ke Filipina dan merancang membawa sebahagian lagi
bersamanya.
“Dia tidak memindahkan semua wang itu kerana merasakan lebih selamat untuk membawa sebahagiannya dalam bentuk tunai,” menurut laporan itu. - AFP
Global
Lafayette (AS): Seorang balu membiarkan mayat suaminya reput di rumah
mereka selama sembilan bulan kerana mendakwa suaminya mahukan mayatnya
diperlakukan begitu supaya ia dimakan burung.
Ila Solomon, 54, berdepan tindakan undang-undang selepas mayat suaminya, Gerald Gavan, 88, ditemui di rumah mereka Mei lalu.
Dia baru-baru ini membawa kru berita ke rumah berkenaan dan menunjukkan tempat veteran Perang Dunia Kedua itu mati.
“Saya percaya seseorang yang berkhidmat begitu banyak untuk Amerika
Syarikat (AS) perlu menjalani kematian yang diingininya. Dia hanya mahu
mayatnya dimakan burung sebagai sebahagian daripada kitaran kehidupan.
“Pelan alternatif ialah membiarkan mayatnya di luar supaya burung
memakannya di situ. Tetapi, saya tidak melakukan demikian, sebaliknya,
membiarkan saja mayatnya di tempat dia mati,” kata Ila.
Menurutnya, dia membiarkan saja pintu rumahnya terbuka dengan harapan burung masuk dan memakan mayat suaminya.
Ila mendakwa mayat itu baru saja disimpan selama lima hari, namun koroner Jabatan Polis Lafayette berkata, ia mungkin sudah disimpan sembilan bulan. Bagaimanapun, punca kematian masih tidak diketahui.
Ila didakwa mengambil wang bantuan suaminya selepas kematian lelaki itu.
Satu wasiat yang kononnya ditulis Gavan meminta mayatnya dimakan burung di India. - Agensi
Global
Georgetown: Seorang lelaki warga Bangladesh yang diculik kemudian
dijerut hingga maut sebelum mayatnya dalam keadaan bogel ditinggalkan di
puncak Bukit Gambir di sini, jam 1.30 petang semalam.
Lebih menyedihkan ketika ditemui mayat mangsa ditinggalkan di celah
himpunan daun, manakala mukanya hanya ditutup menggunakan sehelai baju
dipercayai miliknya.
Terdahulu rakan senegara mangsa menaruh harapan mangsa masih hidup selepas diculik dan mereka turut membantu pihak polis mengesan lelaki berkenaan, namun mereka kelihatan sebak selepas dimaklumkan penemuan mayat itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash
Wahid berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 2
petang kelmarin, membabitkan kes penculikan dua lelaki warga Bangladesh.
Beliau berkata, mangsa yang dikenali sebagai Hossin Md Alahi, 39, menerima panggilan daripada suspek yang kononnya ingin mendapatkan perkhidmatan untuk membuat kabinet dapur.
“Mangsa ditemani seorang lagi rakannya yang juga warga Bangladesh kemudian ke sebuah hotel di Bukit Jambul untuk bertemu dengan suspek, sebelum mereka dibawa ke sebuah rumah flat berhampiran.
“Sejurus tiba di kawasan itu, mangsa didatangi sekumpulan lelaki
dipercayai warga Myanmar yang mengaku sebagai anggota polis. Suspek
mengarahkan mangsa mengeluarkan dokumen perjalanan untuk diperiksa
sebelum dimaklumkan perlu ditahan untuk pemeriksaan lanjut di Balai
Polis Bukit Gambir kerana mengemukakan dokumen didakwa palsu.
“Kedua-dua mangsa diikat dan mata ditutup dan dibawa ke Bukit Gambir sebelum dipukul. Suspek kemudian menghubungi seorang rakan lelaki Bangladesh itu bagi meminta wang tebusan sebanyak RM200,000 sebagai syarat membebaskan kedua-duanya,” katanya.
Mior berkata, kira-kira jam 6 petang hari sama, rakan mangsa berjaya
melepaskan diri dengan menggigit ikatan tali pada tangannya tanpa
disedari suspek ketika itu tidur.
“Lelaki terbabit berjaya sampai di kaki bukit dan kemudian mendapatkan bantuan beberapa rakannya berada di kawasan itu sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian.
“Susulan laporan diterima, kami melakukan gerakan mengesan mangsa, kemudian terpaksa dihentikan pada 7 malam, ketika itu suspek dipercayai sudah melarikan diri.
“Pemeriksaan dilakukan terhadap mayat mangsa menemui kesan jerut pada leher, manakala pakar Forensik dan Pathologi, Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Bhupinder Singh mendapati mangsa sudah meninggal dunia kira-kira 24 jam yang lalu,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba bagi membawa mayat mangsa turun dari puncak bukit sejauh tiga kilometer, sebelum dihantar ke HPP untuk di bedah siasat.
Isu Semasa
Siberia: Kemunculan tiga lubang di kawasan terpencil di Russia masih
menjadi misteri walaupun saintis sudah mengemukakan beberapa teori bagi
menjawabnya.
Bermula dengan kehairanan sesetengah pihak mengaitkan fenomena itu dengan campur tangan makhluk asing, kesan peluru berpandu atau akibat hentaman tahi bintang.
Lubang atau juga dikenali sebagai kawah pertama itu mempunyai kedalaman 70 meter dan selebar 30 meter, manakala lubang kedua berukuran lebih kecil, iaitu selebar 15.3 meter.
Lubang ketiga pula berukuran hanya 4 meter.
Lubang pertama ditemui seorang penduduk tempatan secara kebetulan, dan lebih menarik ia berlaku di suatu tempat dikenali sebagai Yamal - bermaksud Hujung Tanah.
Apa yang menyebabkan ia menjadi lebih misteri ialah, lubang itu dipercayai terbentuk bukan disebabkan pemendapan, sebaliknya letusan dari dalam tanah.
Lubang pertama dikesan pada pertengahan Julai lalu sebelum beberapa hari kemudian, lubang kedua yang lebih kecil tetapi sama sifatnya dengan yang pertama ditemui.
Saintis juga menemui lubang ketiga di kedudukan beberapa ratus kilometer jaraknya beberapa hari selepas itu.
Beberapa orang yang sampai ke situ berkata, pengalaman melihat lubang besar dan dalam itu amat menakutkan, terutama apabila mendengar bunyi ketulan tanah jatuh ke air.
Kadar kandungan gas metena di situ juga dilaporkan tinggi.
Selepas saintis melihat lubang berkenaan, beberapa penjelasan ditawarkan bagi menjelaskan mengapa ia berlaku. Penyelidik dari Institut Kriosfera Bumi percaya lubang itu adalah kesan aktiviti alam semula jadi. Satu daripada kemungkinan puncanya ialah ais yang ada di bawah tanah mencair menyebabkan gas di dalamnya terbebas secara mendadak.
Fenomena itu menyebabkan berlaku letusan dari dalam ke permukaan tanah. Ketua saintis Marina Leibman berkata, mereka perlu menyelidik ketiga-tiga lubang misteri itu sebelum dapat memberi penjelasan muktamad. “Setiap lubang menyediakan maklumat tambahan kepada saintis,” katanya. Ketua Unit Pembangunan Artik Russia, Vladimir Pushkarev pula berkata fenomena itu sangat menarik untuk diselidik. Pakar geografi di Universiti Alaska Fairbanks itu berkata, dia yakin lubang berkenaan terbentuk akibat letusan yang kuat. “Ia sangat menarik kerana fenomena begitu belum didokumentasikan dan agak baru kepada kami,” katanya. Saintis Universiti New South Wales di Australia, Chris Fogwill berpendapat ia terjadi akibat fenomena ‘pingo.’ Ia merujuk kepada timbunan tanah yang sering terbentuk di Artik serta sekitarnya.
Beberapa saintis lain menyokong teori Fogwill. Semenanjung Yamal menyimpan rizab gas terbesar di Russia dan lubang terbesar dikesan kurang dari 32 kilometer dari telaga gas terbesar di negara itu di Bovanenkovo. - Agensi
myMetro

Seorang pelancong dari Sydney, Andrew Paice berjaya merakam gambar
seekor buaya sedang menggigit ikan jerung di Sungai Kakadu Adelaide.
Buaya sepanjang 5.5 meter ini menangkap jerung tersebut dari laut dan
menyeretnya ke hutan bakau.
Buaya yang bernama Brutus itu berusia sekitar 80 tahun dengan berat 2 ton.
Pada tahun 2011 Brutus melompat dari Sungai Adelaide untuk memakan
daging kanggaru di tepi bot yang di penuhi pelancong. Foto ini menjadi
headline beberapa media antarabangsa.
Global
Di Jepun saat ini sedang musim panas, tetapi trend yang ada di sana
lebih 'panas' lagi. Sebuah brand asal Jepun baru saja merilis koleksi
T-shirt terbaru yang akan membuat pemakainya kelihatan seksi, bukan
hanya untuk wanita, tetapi juga lelaki.
Brand bernama Village Vanguard mengeluarkan T-shirt putih yang basah dan sedikit mendedahkan dalaman. Dengan T-shirt ini, anda tak perlu basah-basahan kerana dijirus air kerana itu hanyalah efek.
Sesuai namanya, Soaked-through School Swimsuit T-shirt, jika dilihat sekilas t-shirt putih yang basah ini seolah memperlihatkan baju renang warna gelap di sebaliknya.

Manakala Transparent Bra Men 's T-shirt adalah baju lelaki dengan kesan
yang menampakkan bra hitam di bahagian belakang. namun di bahagian
hadapan T-shirt ini kelihatan seperti baju lelaki umumnya.
Dua koleksi T-shirt ini dijual 2,808 yen secara online di laman web rasmi.

Sumber: wolipop.detik.com
Pelbagai
Seramai 12 lelaki di wilayah barat Kenya ditangkap, ditelanjangi, dan
disunat secara paksa sebagai sebahagian dari sebuah ritual tahunan.
12 lelaki tersebut dari Suku Luo, Turkana, Iteso, dan Luhyia dikhabarkan dipaksa bersunat selepas isteri-isteri mereka mengatakan bahawa para lelaki itu tak boleh menjadi lelaki sebenar jika belum bersunat.
Para perempuan di bandar Moi s Bridge, tempat insiden ini terjadi, mengatakan bahawa mereka ingin para suami mereka bersunat kerana menjadikan mereka lebih bersih dan lebih jantan di atas katil.
Menurut stesen radio West FM, para lelaki ini belum bersunat kerana mereka memang mengelak atau mereka berasal dari sub-suku Luhyia yang memang tidak mewajibkan para lelaki melakukan sunat.
Salah seorang isteri dari ke-12 lelaki itu, Anne Njeri, menceritakan insiden itu kepada stesen radio tempatan.
"Kami sangat gembira dengan langkah ini kerana lelaki yang belum bersunat sangat kotor dan kurang jantan. Kini kami yakin akan menikmati perkahwinan kami," ujar Anne.
Ternyata, prosedur sunat ini menakutkan bagi para lelaki Kenya. Seramai 50 lelaki meminta perlindungan polis dari aksi sunat paksa tersebut.

Sumber: kompas.com
Global
KANGAR - Seorang pondan berusia 30 tahun ditahan reman selama seminggu
mulai semalam bagi membantu siasatan atas dakwaan meliwat seorang lelaki
awal pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad pondan tersebut dipercayai meliwat mangsa yang berumur 23 tahun di butik pengantin miliknya di Arau.
Katanya mangsa mendakwa dia telah diliwat suspek sebanyak dua kali di premis perniagaan suspek.
“Mangsa yang mengenali suspek melalui media sosial pergi berjumpa suspek di premisnya selepas pukul 12 malam, apabila sampai ke butik pondan tersebut, mangsa mendakwa telah diserang suspek selain dicederakan di bahagian kepala sebelum diliwat sebanyak dua kali.
“Mangsa yang mengalami kecederaan ringan di kepala kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau kira-kira pada pukul 4 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi.
Ku Yaacob berkata suspek juga mengugut akan mencederakan keluarganya selain akan menyebarkan rakaman kelakuan luar tabii itu termasuk memuat turun gambar mereka ke dalam laman sosial Facebook.
Jelasnya ugutan itu diterima mangsa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas beberapa jam kejadian.
“Suspek akan disoal siasat sementara menunggu laporan perubatan untuk tindakan pihak polis seterusnya,” kata beliau.
Ujar beliau kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Sumber: Sinar Harian

Doktor menemui sebatang gigi berukuran satu sentimeter panjang tumbuh di
dalam hidung seorang lelaki berusia 22 tahun dari Arab Saudi.
Penemuan sebatang gigi di dalam hidung lelaki itu sangat mengejutkan kerana dia mempunyai susunan gigi yang cukup baik di mulutnya. Doktor juga mengatakan gigi itulah yang membuat hidung lelaki itu kerap berdarah seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, Jumaat (8/8/14).
Untuk mengatasi pendarahannya, doktor di Hospital Raja Fahd di Dhahran menjalankan pembedahan membuang gigi tersebut. Tiga bulan kemudian hidung lelaki itu telah sembuh dan pendarahannya sudah berhenti.
"Saya belum pernah menemui gigi tumbuh di dalam hidung sampai saat ini," kata Dr John Hellstein, profesor di Universiti Iowa, Amerika Syarikat.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments