Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Halloween disambut setiap 31 Oktober. Jika anda mempunyai pasangan mungkin kostum di bawah boleh memberikan anda inspirasi untuk berpakaian sedondon.



Laporan asal Izismile


Katie Pipie (30) bekerja sebagai seorang gadis gelanggang sukan MMAsebelum beliau menjadi mangsa serangan asid. Pada tahun 2008 beliau berkenalan dengan seorang lelaki bernama Daniel Lych. Dua minggu selepas berkenalan Katie dirogol dan ditikam pada bahagian lengah oleh Daniel. Walaupun diserang Katie enggan melaporkan kejadian ini kepada polis kerana takut dengan Daniel. 

Dua hari selepas itu Daniel menyuruh rakan beliau Stefen Sylvestre untuk menyimbah asik sulfurik ke muka Katie. Serangan ini berjaya ditangkap 3 kamera CCTV dan Daniel serta Stefan segera ditangkap polis. Katie terpaksa menjalani pembedahan dimana doktor terpaksa membuang kulit muka beliau. Selepas itu beliau koma selama 12 hari

Beliau kemudian terpaksa memakai topeng khas selama 23 jam sehari bagi memastikan kulit baru akan tumbuh dengan elok paska pembedahan. Secara keseluruhan Katie menjalani 40 pembedahan bagi memperbaiki muka, dada dan tangan beliau yang rosak akibat simbahan asid. Daniel dan Stefan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana menyerang Katie. 

Katie kemudian menjadi duta mangsa serangan asid di UK. Mari lihat perubahan rupa beliau sebelum serangan, selepas serangan dan akhir sekali selepas menjalani pembedahan. 





PENDUDUK di sebuah  perkampungan di Kalimantan, Indonesia melakukan tindakan mengejutkan apabila gemar memasak dan memakan daging Orang Utan.

Mereka bagaimanapun mendakwa tidak memburu dan membunuh Orang Utan tersebut tetapi menemuinya ketika sudah mati ditembak pemburu lain yang menyangkakan ia seekor rusa.

Jadi hujah mereka, adalah lebih baik jika Orang Utan itu dijadikan hidangan daripada dibiarkan begitu sahaja.

“Dagingnya panas seperti rusa, keras tapi sedap daripada daging lembu dan babi,” ujar Hanafi, 58, salah seorang yang merasa hidangan tersebut.

Kawannya yang merupakan penduduk kampung sama, Ignasius Mandor, 50, pula mengeringkan tulang orang utan tersebut dan menyimpannya.

Susulan kejadian ini, Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Indonesia menahan tiga lelaki, Khamis lalu setelah siasatan mendapati dakwaan orang utan tersebut sudah mati ketika ditemui rupanya hanya satu helah.

Perkara ini tersebar selepas gambar-gambar lelaki terbabit memasak dan menyimpan tulang orang utan dikongsikan sempena Minggu Kesedaran Orang-utan anjuran sebuah organisasi, minggu lalu.

Orang Utan merupakan spesies terancam yang kian pupus akibat aktiviti penebangan hutan untuk dijadikan ladang kelapa sawit.
Kini Orang Utan hanya boleh ditemi di sekitar hutan Kalimantan dan Sumatera sahaja.
Sumber: Dailymail


AktressFarahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 29, merupakan antara penyanyi yang menjadi kegilaan ramai lelaki di luar sana kerana kelunakan suara dan penampilan beliau yang seksi.

Apapun, jom layan beberapa keping gambar terkini Farahdhiya yang didakwa sudah putus cinta dengan suami orang.









Warga Asing

KUALA TERENGGANU – Pelbagai alat perangsang dan permainan seks ditemui hasil serbuan pihak berkuasa di rumah kongsi pekerja warga asing di Pusat Pengeluaran Induk dan Baka Benih Udang Laut jenis Specific Pathogen Free (SPF) Kampung Telaga Putat, Setiu, awal pagi kelmarin.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Terengganu, Mohd Shahrir Khalil berkata, dengan penemuan pelbagai alat perangsang seks dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu membongkar aktiviti ‘gelap’ penghuni rumah kongsi berkenaan selama ini.
Menurutnya, peralatan itu disimpan dalam kotak dan disorokkan di dalam salah sebuah bilik di rumah kongsi tersebut.

“Hasil siasatan, seorang daripada penghuni itu mengakui kesemua peralatan seks tersebut adalah miliknya dan turut digunakan rakan lain bagi memuaskan nafsu masing- masing,” katanya, semalam.

Mohd Shahrir berkata, walaupun warga asing terbabit mengaku hanya mencari peralatan seks untuk memuaskan nafsu dan tidak melibatkan wanita, namun pihaknya bimbang aktiviti tersebut jika dibiarkan boleh membahayakan gadis tempatan.

“Ini kerana, lokasi rumah kongsi itu begitu hampir dengan kawasan perkampungan dan kita bimbang sekiranya aktiviti songsang ini tidak dibendung, ia boleh mendatangkan bahaya terutama kepada anak gadis tempatan di situ.

“Selain itu, kita turut mendapat maklumat aktiviti dan pergerakan pekerja warga asing di sini terlalu bebas dan mereka seolah- olah tidak segan berkeliaran di dalam kawasan kampung,” katanya.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan turut mendapat kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu dan ketika serbuan, penghuni di rumah kongsi berkenaan sedang lena tidur.

Katanya, walaupun ada di antara warga asing terbabit cuba melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun usaha mereka gagal kerana seluruh kawasan sudah dikepung.

“Hasil serbuan, seramai 14 warga asing iaitu 11 warga Bangladesh, dua warga Myanmar dan seorang warga Indonesia ditahan atas kesalahan tidak memiliki sebarang dokumen sah dan ada di antaranya tinggal lebih masa.

“Kesemua warga asing berusia antara 23 hingga 38 tahun itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen1959/63 kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6 (1) (c) akta yang sama kerana berada di negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya. - Sinar Harian Online



Lapangan Terbang Di Manila, Paling Teruk Di Dunia

UNTUK kali kedua berturut-turut, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) di Manila diundi sebagai lapangan terbang paling teruk di dunia dalam satu soal selidik dijalankan sebuah laman web pelancongan.

Laman web “The Guide To Slpeeping In Airports” memaklumkan Terminal 1 di lapangan terbang berkenaan yang sentiasa sesak diundi sebagai yang paling teruk berdasarkan faktor keselesaan, kebersihan dan perkhidmatan pelanggannya.

Beberapa maklumbalas yang dihantar ke laman web itu adalah rungutan terhadap beberapa pekerja di lapangan terbang yang dikatakan biadap, jangkamasa lama untuk menunggu teksi dan kakitangan yang tidak menghormati penumpang.

“Ini semua adalah isu lama,” kata Pengurus Terminal 1, Dante Basanta.
Menurut beliau memetik laporan di dailychilli.com, masalah itu sudah pun diambil perhatian oleh kerajaan Filipina.

Menurut beliau, NAIA yang mempunyai kapasisi menguruskan 6.5 juta penumpang setahun terpaksa menguruskan penumpang lebih banyak daripada jumlah maksimumnya sekarang iaitu 8.1 juta penumpang tahun lepas.

Di tempat kedua, lapangan terbang paling teruk di dunia ialah sebuah lapangan terbang di Itali iaitu Lapangan Terbang Bergamo, di tempat ketiga ialah Lapangan Terbang Calcutta, India dan di Islamabad.

Agak mengejutkan juga apabila sebuah lapangan terbang di Kota Cinta iaitu Paris, Lapangan Terbang Beauvais di tempat kelima paling teruk.

Terminal 1 di NAIA ialah yang paling tua di antara empat terminal lapangan terbang itu yang dibina 32 tahun lalu.

Sementara itu, lapangan terbang yang diundi terbaik pula ialah Lapangan Terbang Antrabangsa Changi (Singapura), Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul (Korea Selatan), Lapangan Terbang Antrabangsa Schiphol, Amsterdam (Belanda) dan Lapangan Terbang Antarbangsa Vantaa di Helsinki (Finland).

Anda pula, tontonlah beberapa video yang menunjukkan antara sebab mengapa  NAIA diundi sebagai lapangan terbang paling teruk di dunia




Pelajar Maut

KEMAMAN – Hasrat dua pelajar Ranaco Education & Training Institute (Reti) pulang ke hostel selepas tamat kelas berakhir dengan tragedi apabila maut dirempuh sebuah treler dalam nahas tragik di Kilometer 155.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Jambatan Geliga, Chukai, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Mohd Ezrein Fitri Shaiful Bahari, 18, yang menunggang motosikal dan rakannya yang membonceng, Mohd Shaufi q Shahfuan Soilin, 22, terperosok bawah treler dan nyaris digilis.

Mohd Ezrein yang berasal dari Taman Seri Paya Rumput, Melaka dan Mohd Shaufiq yang berasal dari Kuala Penyu, Sabah, merupakan pelajar semester pertama jurusan Diploma Pengurusan Profesional Keselamatan dan Kesihatan dan mula belajar di kolej berkenaan pada sesi kemasukan Oktober lalu.

Nahas itu berlaku hanya kira-kira satu kilometer dari kampus Reti dan mereka baru sahaja tamat kelas jam 3 petang serta dalam perjalanan pulang ke hostel di Taman Banggol Indah, Mak Lagam yang jaraknya kira-kira 7 kilometer dari kampus.

Rakan sebilik mangsa, Mohd Shafik Afdal, 18, berkata, kedua-dua rakannya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika mereka makan tengah hari bersama di kafe di hadapan kampus.

“Semasa makan bersama, arwah Mohd Ezrein nampak agak gembira kerana dia beritahu pada saya yang ibunya baru sahaja kirimkan duit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kemaman, semalam.

Mohd Shafik berkata, dia hanya tahu tragedi menimpa dua rakannya itu selepas tamat kelas. “Semasa saya mahu pulang saya lihat jalan sesak. Ketika menghampiri lokasi kejadian sayu hati saya lihat kedua-duanya terperosok bawah treler,” katanya.

Treler terbabas Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika treler yang menghala ke arah Kuala Terengganu- Kuantan terbabas lalu melanggar motosikal mangsa yang juga dari arah sama.
“Berikutan itu, penunggang dan pembonceng tercampak atas penghadang tengah jalan lalu terperosok bawah treler yang melintangi jalan empat lorong berkenaan.

“Berikutan nahas ini, laluan dari Geliga ke Kuala Terengganu terpaksa ditutup dan dilencongkan ke Mak Lagam.

Laluan ke Kuantan pula dibuka satu lorong,” katanya. Nahas berkenaan menyebabkan jalan dari arah Kuala Terengganu-Kuantan sesak sejauh lebih 10 kilometer selama beberapa jam.
Pemandu treler berkenaan yang berusia 34 tahun dan berasal dari Taman Kampung Padang, 1, Kuantan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Chukai. - Sinar Harian Online




Iklan motosikal selalunya didatangi dengan seorang awek seksi yang akan berposing bersama-sama motor. Apakah terjadi jika motosikal berkuasa tinggi diiklankan dengan mengggunakan lelaki normal?


Laporan asal Asiantown

Moscow – Seorang lelaki, Pyotr Pavlensky sanggup memaku buah zakarnya di atas lantai di daratan merah di sini, sebagai membantah tindakan polis yang dikatakan zalim terhadap golongan seni di Rusia.

Aksi yang dilakukannya itu adalah bertepatan dengan sambutan Hari Polis pada Ahad di Rusia.
Pavlensky berbogel di luar bangunan Lenin Mausoleum sehinggalah polis menutup badannya dengan selimut.

Dia dibawa ke balai polis selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik.
Artis yang berpengkalan di Saint Petersburg itu berkata, dia melakukan perbuatan berkenaan bagi menarik perhatian orang ramai terhadap negara tersebut yang disifatkan sebagai negara polis.

Ini bukan kali pertama Pavlensky, 29, melakukan perbuatan yang mengejutkan ramai orang itu.
Sebelum ini dia telah menjahit mulutnya sebagai membantah penangkapan dua anggota Pussy Riot pada 2011.

Dia juga pernah ditangkap kerana melilit wayar pada badannya di depan bangunan kerajaan di Saint Petersburg.




paru-paru

Itali – Seorang lelaki yang mengalami batuk berdarah lebih setahun yang lalu, terkejut besar selepas mendapati punca dia menghidap penyakit berkenaan adalah disebabkan oleh kulat sebesar bola yang bersarang di paru-parunya.

Kulat tersebut berukuran 7 cm x 6.5 cm.

Lelaki itu, yang juga seorang petani, dilaporkan dijangkiti kulat dikenali sebagai aspergilloma ketika bekerja di ladang.

Selama setahun dia mengalami batuk berdarah hingga menyebabkan badannya sentiasa demam dan kehilangan berat badan.
Penyakitnya itu tidak sembuh meskipun doktor telah memberinya pelbagai ubat termasuk antibiotik.

Malah ketika dia menemui doktor pakar, lelaki itu yang berusia 42 tahun dan seorang perokok, telah kehilangan 35 kilogram dalam masa setahun.
Dia juga telah mengambil antibiotik selama beberapa bulan.

Hanya selepas ujian tomography (CT) diadakan barulah pakar menemui kulat tersebut di bahagian paru-paru kanan.

Ia akan berubah, bergantung kepada kedudukan lelaki tersebut.
Akhirnya doktor tidak mempunyai cara lain untuk mengubatinya kecuali dengan melakukan pembedahan dan membuang kulat tersebut.
Kini lelaki berkenaan semakin sihat dan tidak lagi mengalami masalah batuk atau kesihatan lain.

Aspergilloma, memasuki paru-paru melalui saluran pernafasan dan ia membina dinding rongga dalam paru-paru.

Kulat itu kemudiannya tumbuh dalam dinding rongga itu hingga menyebabkan penghidapnya mengalami batuk berdarah dan boleh mengakibatkan kematian.





Mexico – Viagra bukan sekadar ubat untuk golongan lelaki bagi meningkatkan `kekuatan’ di atas katil, sebaliknya ia juga mempunyai manfaat untuk penyakit lain.

Sebaliknya viagra memberi harapan baru kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang menghidap tumor di bahagian lehernya.

Budak tersebut, Jose Serrano, dari Ciudad Juarez, kini terpaksa bergelut dengan masa kerana tumor yang semakin membesar itu menyebabkan dia mengalami kesukaran bernafas.

Saiz tumor tersebut kini sebesar kepala Jose sendiri.
Untuk itu Jose perlu menjalani pembedahan namun ia tidak dapat dilakukan sehinggalah tumor tersebut mengecut.
Bagi tujuan itu, Viagra digunakan bagi membantu mengecutkan tumor tersebut.
Jose kini mengambil ubat tersebut dengan harapan suatu masa nanti dia akan hidup sebagai budak normal.

“Jika doktor dapat memulihkan keadaan ini, saya amat gembira dan dapat melakukan apa yang saya ingin lakukan selama ini iaitu berlari, bermain dan apa sahaja,’’ katanya.

Akibat tumor yang semakin membesar itu, Jose juga tidak dapat berenang kerana air akan mengakibatkan dia mengalami kesakitan.

Sebahagian tumor tersebut kini dikesan merebak ke paru-parunya dan semakin menghampiri salur pernafasannya . Ia juga dibimbangi akan merebak ke bahagian matanya.
Dalam pada itu, ibunya, Cindy berkata, tumor tersebut menyebabkan anaknya itu menjadi tumpuan ramai.

“Ia amat sukar. Orang ramai merenungnya dan ada juga memandang dengan sinis. Kami cuba menjadikan Jose sebagai kanak-kanak normal yang lain dan membenarkan dia melakukan apa yang kanak-kanak sebayanya yang lain lakukan jika ia tidak membahayakan,’’ katanya.

Meskipun kos pembedahan bagi membuang tumor itu berjumlah lebih RM600,000 namun Jose bernasib baik kerana dia mendapat sumbangan daripada sebuah NGO.






Pelakon terkenal yang sering berpakaian agak menjolok mata, Lana Nordin mengakui dirinya memang seorang yang laser dan tidak gemar membaca komen-komen peminat yang mengkritik dirinya dengan kata-kata negatif.

"Sebenarnya saya tak kisah kalau orang nak komen dalam akaun instagram, cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Instagram memang laman sosial, tapi kalau tak tahu macam mana nak bersosial dan nak menggunakan laman tersebut, baik tak payah guna.

"Senang je, kalau rasa berdosa tengok instagram saya, tak payah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik," katanya.

Pada masa yang sama, Lana Nordin menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menganggap dirinya adalah seorang artis yang kuat melenting dan dikatakan tidak dapat menerima teguran daripada peminat.

"Nak tegur boleh, tapi bukanlah sampai mengaibkan. Sedangkan ibu bapa saya kalau nak tegur pun, mereka tak akan tegur saya depan adik beradik yang lain. Mereka akan panggil saya senyap-senyap dan bercakap secara personally.

"Kalau tengok dalam instagram saya ramai yang komen dan cakap perkara-perkara lucah. Saya tahu, perkara macam itu datang dari budak-budak, tapi kalau saya diamkan, perkara ini akan jadi berlarutan. Kalau boleh, saya tak nak orang datang dekat instagram saya semata-mata untuk bercakap benda lucah," tambahnya lagi.

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba Raja Pop tersohor, Datuk Jamal Abdillah, 54, dilanda gosip baharu yang mengatakan dia telah bertunang.
Melalui gosip yang tersebar kencang sepanjang minggu lalu, Jamal dikata- kan bakal bertunang dengan seorang penyanyi wanita iaitu Nas Adila.
Walaupun, Nas, 27, yang merupakan bekas peserta program Akademi Fantasia musim ketujuh itu sendiri pernah menafikan perkara tersebut, namun disebabkan pendekatan Jamal yang mengambil sikap untuk berdiam, perkara tersebut terus dijadikan spekulasi hangat dalam kalangan orang ramai.
Bagaimanapun, beberapa hari lepas, menerusi sebuah akhbar tempatan, Jamal dikatakan memberi kenyataan bahawa dia terpikat dengan kelembutan wanita itu dan Nas pula mengatakan Jamal sebagai lelaki yang matang untuk dijadikan suami.
Ingin mendapatkan kesahihan berita yang tersebar kencang ini, Kosmo! semalam telah berjaya mendapatkan kenyataan Jamal berkaitan gosip yang melanda dirinya ini.
Kosmo! : Mungkin anda juga telah mengetahui tentang gosip yang mendakwa anda bakal bertunang dengan Nas. Boleh komen sedikit kerana ramai yang ingin dengar sendiri kenyataan daripada pihak anda?
JAMAL: Sebenarnya saya dapat banyak pengajaran daripada kejadian ini. Namun, sebelum itu saya ingin menafikan dan bersumpah dengan nama Allah, saya tidak ada apa-apa hubungan dengan dia. Tambahan, tentang bertunang dan merisik semuanya tiada.
Saya juga dapat maklum balas daripada peminat-peminat saya dan semua orang, jadi saya nampak kejadian ini telah membuatkan saya membuka mata bahawa betapa sayangnya mereka pada saya. Ini sebenarnya, kasih sayang mereka pada saya, memberi pandangan, nasihat serta sebagainya. Saya bersyukur sebenarnya.
Adakah Jamal rasa mungkin kecewa atau marah kerana sewenang-
wenangnya orang ramai membuat spekulasi tentang kehidupan peribadi anda?
Kita perlu akui hakikat bahawa kita seorang selebriti yang dipuja ramai. Jadi, perkara ini akan mendatangkan impak dan perhatian yang besar daripada masyarakat.
Kita perlu terima hakikat ini dan rasa rendah diri. Alhamdulillah syukur, kadangkala apa yang kita buat, orang di sekeliling akan memberi pendapat serta nasihat. Mungkin tentang kelakuan yang tidak enak dan persembahan yang kurang baik, akan diberi pandangan.

Maknanya Jamal tidak marah dengan gosip tersebut?
Ya, betul mereka masih ambil berat tentang saya. Saya rasa sangat-sangat bersyukur.
Mengapa Jamal rasa, antara ramai wanita, Nas yang dikaitkan dengan anda. Adakah mungkin kerana keakraban serta kemesraan yang timbul antara kalian?
Untuk pengetahuan semua, saya ada buat beberapa konsert di Istana Budaya dan Kuala Terengganu dan sebagainya. Saya tidak tahu puncanya, namun mungkin foto-foto yang dimuat naik oleh Nas sendiri di laman sosial ketika kami sedang bekerja, disalah anggap oleh sesetengah pihak. Saya seperti majikannya yang mana saya sering bekerja dan bukan sahaja bersamanya, malah dengan orang lain juga.
Maknanya semua perkara ini merupakan salah faham sahaja?
Itu yang saya juga tidak tahu punca dari mana yang mengatakan tentang perkara merisik ini tetapi jika kerisik memang saya selalu makan (ketawa).
Boleh ceritakan sedikit perkembangan anda kini?
Kini rezeki saya membuat persembahan pada majlis tertutup dan tentang album, saya sedang berbincang tentang album terbaharu saya kelak. Saya sedang berbincang dengan seorang komposer terkenal tanah air tentang album yang saya berikan judul Jamal 2014 dan ia mengandungi sebanyak lapan hingga 10 buah lagu.
Adakah Jamal akan berkolaborasi dengan Datuk M. Nasir?
Saya memang berhajat ingin bekerjasama dengan Datuk M. Nasir untuk menerbitkan album tersebut. Saya akan ikut trend pasaran yang mana akan melancarkan single terlebih dahulu.


MANILA - Anggota-anggota penyelamat bertungkus-lumus semalam untuk membantu mangsa yang terselamat dalam taufan terkuat dan paling dahsyat pernah melanda Filipina.
Taufan Haiyan yang membadai tengah negara itu meranapkan bandar-bandar dan mencetuskan ombak tsunami setinggi lebih lima meter di pantai Pulau Leyte dan Samar.
Presiden Benigno Aquino berkata, beliau bimbang dengan laporan kematian yang mencecah 10,000 orang tetapi menambah, bilangan tersebut bukan angka rasmi.
Menurut beberapa pegawai polis dan bantuan bencana, angka korban rasmi akibat Taufan Haiyan setakat semalam berjumlah 552 orang.
"Keutamaan kami buat masa ini adalah untuk menguruskan kebajikan mangsa yang terselamat dan mereka yang cedera," kata Aquino.
Taufan Haiyan menyebabkan bekalan elektrik terputus, lapangan terbang rosak dan jalan raya tertimbus apabila ia melanda tengah dan timur Filipina sekali gus menyukarkan perjalanan pasukan penyelamat.
Huru-hara dan kes kecurian berleluasa di ibu negeri wilayah Leyte Bandar Raya Tacloban apabila penduduk memecah masuk ke dalam pusat beli-belah, pasar raya dan kedai untuk mencari makanan, ubat dan bekalan lain.
"Tacloban kini huru-hara," ujar Presiden berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap agensi pengurusan bencana negara, Reynaldo Balido memberitahu, lebih empat juta orang terjejas akibat bencana itu termasuk 800,000 penduduk yang hilang tempat tinggal.
Antara kematian yang berlaku termasuk 300 orang yang lemas di bandar Basey, dalam wilayah Samar
Selain Samar dan Leyte, kematian turut dilaporkan di wilayah Iloilo, Capiz, Cebu, Palawan, Masbate, Aklan, Surigao del Sur dan Bandar Raya Zamboanga.




SHIJIAZHUANG - Seorang lelaki di sini, dalam wilayah Hebei, utara China berhasrat untuk menempah nama dalam buku Guinness of World Records kerana aksinya berjalan kaki dengan memakai sepasang kasut besi seberat 405 kilogram (kg), lapor agensi berita Xinhua baru-baru ini.
Zhang Fuxing, 51, yang merupakan seorang penduduk di daerah Fengnan berlatih bersenam pada setiap hari dengan menggunakan kasut besi berkenaan.
Kasut tersebut mempunyai berat lebih tujuh kali ganda daripada badannya sendiri.
Setiap kasut tersebut berukuran 30 sentimeter (sm) panjang dengan lebar 20sm lebar manakala tapaknya diperbuat dari ketulan besi kimpal setinggi 40sm.
Lapor Xinhua, Fuxing meluangkan masa selama 20 minit setiap pagi untuk berjalan menggunakan kasut besi berkenaan pada jarak purata sejauh beberapa belas meter.
Kata Zhang, dia meletakkan kasut tersebut di luar rumahnya tanpa rasa bimbang akan dicuri.
"Kasut itu terlalu berat, kerana itu saya tidak berasa bimbang ia akan dicuri," katanya lagi.
Pekerja kilang itu pada awalnya telah bersenam dengan menggunakan kasut besi rekaannya sendiri yang mempunyai berat 70kg sejak tujuh tahun lalu. - Agensi


CARACAS - Sebahagian besar rakyat Venezuela berdepan waktu sukar. Inflasi kini di paras tertinggi sepanjang dua dekad, gaji mengecil ekoran kemerosotan nilai mata wang manakala bekalan barangan keperluan asas seperti susu dan tisu tandas turut berkurangan.
Namun, ketika ekonomi Venezuela diambang kegawatan, negara itu masih berupaya menghasilkan jelitawan seperti Maria Gabriela Isler yang memenangi gelaran ratu cantik Miss Universe kelmarin.
Ia merupakan mahkota Miss Universe ketiga untuk negara Amerika Selatan itu dalam tempoh enam tahun.
Beberapa minit selepas kemenangan Isler dalam acara yang berlangsung di Moscow itu, Presiden Nicolas Maduro menghantar ucapan tahniah beliau di laman Twitter.
"Kecemerlangan Isler sekali gus kejayaan buat negara," katanya.
Kebanggaan tersebut turut dikongsi pihak pembangkang.
"Tidak syak lagi bahawa wanita Venezuela adalah yang paling cantik di dunia," kata seorang anggota parti pembangkang berusia 68 tahun, Marco Sando- val.
Dilahirkan di bandar raya Valencia, Isler, 25, bertugas sebagai pembaca berita untuk saluran televisyen tempatan, Venevision.
Saluran tersebut memiliki hak penyiaran pertandi- ngan ratu cantik Miss Venezuela yang merupakan acara paling popular di negara itu.
Wanita tinggi lampai berambut hitam itu mengetepi- kan finalis dari Sepanyol, Ecuador dan Filipina untuk memenangi pertandingan Miss Universe ke-61.
Venezuela memenangi lebih banyak pertandingan ratu cantik antarabangsa berbanding negara lain di dunia termasuk tujuh gelaran Miss Universe.
Ratu-ratu cantik Venezuela merupakan antara eksport terbesar negara itu seperti juga bintang besbol dan minyak. - AP




Guru pendidikan Islam dikesan sebar syiah di Kedah

ALOR SETAR - Beberapa guru yang mengajar subjek pendidikan Islam di sekolah menengah kerajaan di Kedah dikesan menyebar serta mengedar buku berkaitan fahaman dan ajaran Syiah kepada pelajar mereka.

Timbalan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah Abdullah Din berkata kegiatan guru terbabit di beberapa sekolah di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu dikesan baru-baru ini.

"Perbuatan guru-guru ini boleh merosakkan akidah pelajar kerana ajarannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dipegang oleh umat Islam negara ini," katanya kepada pemberita selepas menganggotai panel Forum Ancaman Syiah anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu dimaklum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka.

Abdullah juga berpendapat guru Pendidikan Islam yang menganut fahaman Syiah tidak seharusnya mengajar subjek itu.

Beliau berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh untuk melabel seseorang sebagai penganut Syiah, tindakan mengedarkan buku berkaitan fahaman itu kepada pelajar jelas membuktikan mereka adalah pengikut Syiah.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Institusi Pondok Tahfiz dan Ilmuan Sunni Profesor Dr Abdul Aziz Hanafi berkata pelajar boleh terkeliru apabila guru pendidikan Islam berfahaman Syiah menyampaikan fakta berbeza dengan silibus yang disediakan.

Beliau berkata ajaran Syiah mengagungkan Imam 12 serta mengkafirkan sahabat Rasulullah dan ini boleh mengelirukan pelajar sekolah namun akhirnya mereka akan percaya dengan apa yang diajar guru berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengharamkan penjualan novel 'Perempuan Nan Bercinta' yang dipercayai mempunyai unsur Syiah dan boleh memesong akidah pembaca, terutama pelajar sekolah. - Bernama
Eminem.
RUMAH tempat penyanyi rap terkenal Eminem dibesarkan dilaporkan hangus selepas ia terbakar pada kejadian pada Khamis lalu.
Menurut laporan Detroit News, api mula menyala pada bahagian bumbung rumah sebelum ia merebak ke beberapa kawasan lain sebelum ia disedari oleh jiran berdekatan.
Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum dapat memastikan punca kebakaran tersebut.
Menurut maklumat awam, rumah berkenaan adalah milik ibu kepada Eminem iaitu Deborah Mathers sejak tahun 1980.
Bagiamanapun, status pemilikan itu berubah dan rumah berkenaan sedang dilelong untuk dijual.