Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Seorang lelaki yang berpakaian Gumby cuba
merompak sebuah kedai 7-Eleven yang terletak di Rancho Penasquitos awal
pagi isnin lepas. Bagaimanapun, usaha lelaki berkenaan tidak berjaya
kerana kerani yang sedang menjaga kedai tersebut ketawa tanpa henti
selepas melihat cara pemakaian lelaki itu.
Kerani itu yang menyangka lelaki berkenaan ingin membawanya bergurau, memberi respon yang dia tidak mempunyai masa bergurau kerana perlu membersihkan lantai kedai tersebut.
Daripada video yang dirakam melalui CCTV, lelaki berkenaan ada mempamerkan bentuk semacam pistol di dalam poketnya untuk menakutkan kerani itu.
Selepas tidak dilayan oleh kerani itu, suspek berkenaan meninggalkan kedai dengan sebuah van yang dipandu oleh rakannya.
Cubaan merompak itu berlaku kira-kira pukul 12.30 a.m pagi isnin. Apapun, kerani berkenaan tidak membuat sebarang laporan polis kerana tidak pernah terfikir kejadian tersebut adalah cubaan merompak. Beliau hanya menyedari perkara itu selepas pukul 6 a.m. pagi isnin yang kemudiannya membuat laporan polis.
[Wow] - Lawak Bah
TANDAS sepatutnya menjadi tempat untuk ‘melepaskan’ hajat dengan tenang tanpa sebarang gangguan atau pandangan daripada orang lain.
Tetapi, di China, terdapat beberapa rekaan tandas yang kami andaikan cukup aneh dan tidak masuk akal.
Tidak tahulah apa yang difikirkan oleh mereka yang membina tandas ini. Mungkin mereka sanggup, tapi orang lain?
Pelbagai
Seperti yang kita sedia maklum, bekas penyampai radio Era, Nana Mahazan kini sedang sarat hamil anak kedua hasil perkahwinannya dengan muallaf Muhammad Raqeem Brian.
Sebelum ini, mereka dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Althea yang kini genap berusia tiga tahun.
Kebiasaannya, kebanyakan ibu mengandung pastinya akan mengadakan majlis ‘baby shower’ namun berlainan pula buat Nana apabila dia sepakat mengadakan sesi fotografi bersama keluarganya dengan kandungannya yang kini sudah masuk bulan kelapan.
Dengan berlatar belakangkan sofa dan kehijauan alam sekitar, gambar-gambar yang ditangkap oleh pereka profesional itu kelihatan begitu menyegarkan dan menarik untuk dilihat.
Terserlah kebahagiaan yang dimiliki oleh Nana sekeluarga!
Semoga Nana selamat melahirkan cahaya mata keduanya dan diharapkan proses itu akan berjalan lancar dan kedua-dua ibu dan bayi selamat.
Hiburan
Kebanyakan peminat-peminat beliau sudah biasa menyaksikan beliau dengan fesyen-fesyen yang super pelik.
Tapi kali ini mereka berpeluang untuk melihat lebih 'pelik' dari Lady Gaga ketika beliau sedang meninggalkan hotel di Buenos Aires dalam keadaan tidak memakai bra dengan sedikit payudaranya terlihat.
Ketika bertemu dengan peminat-peminat dalam konsert jelajah Amerika Selatannya, penhibur antarabangsa ini hanya memakai baju bertali halus tanpa bra sambil menandatangani autograf peminatnya.

[Wow] - Selebriti
Seekor ikan aneh yang ditangkap di Tudan, Sarawak menimbulkan kehairanan tentang spesis sebenarnya.
Mempunyai mulut bertaring tajam dan badan tirus berduri, rata-rata nelayan mahu pun penduduk setempat tidak mampu mengecam apakah jenis sebenar ikan yang berukuran kira-kira sekaki panjang itu.
Justeru penduduk setempat menggelarkannya ikan todak buat masa ini kerana muncungnya yang tajam.
Ikan itu ditangkap oleh nelayan Sapar Mansor, 43, dari Taman Ceria, Permyjaya di Laut China Selatan dekat Tudan, Sarawak.
Menurut Sapar kepada Borneo Post, ini merupakan kali pertama dia melihat ikan seperti ini.
Ia ditangkap selepas dia dan rakan memudik bot selama 2 jam dari Sungai Miri ke laut.
Mereka mula memancing sekitar 5 pagi dan tangkapan aneh itu diperolehnya kira-kira setengah jam kemudian.
Isteri Sapar, Siti Kadariah, 35, mengering dan mengawet ikan berkenaan bagi memastikan ia dapat disimpan lama kerana keunikannya.
Sementara itu Pemangku Pengurus Besar Divisyen Perlindungan dan Pemuliharaan, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Oswald Braken Tisen berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti spesis sebenar ikan berkenaan.
Sumber: Dailymail
[Wow] - Berita Tempatan
JERTEH – Seorang lagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di Hospital Daerah Besut hari ini.
Norsuwana Safawa, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah di
sini meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah yang
dihidapinya sejak beberapa tahun lepas kira-kira 5.12 pagi ini.
Pegawai Pendidikan Daerah Besut Ab Halim Hassan ketika mengesahkan
perkara itu berkata Norsuwana yang merupakan pelajar harapan sekolahnya
sempat menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 di hospital itu semalam.
Katanya pelajar itu sepatutnya menduduki tiga kertas hari ini iaitu
Kertas Bahasa Inggeris 1 pada 8 pagi, kertas Bahasa Inggeris 2 pada
10.20 pagi dan kertas Pendidikan Al-Quran dan Sunnah pada sebelah
petang.
Jenazahnya dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Alor Lintang dekat sini selepas solat Asar hari ini.
Semalam dua calon SPM iaitu di Dungun dan Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia.
Mohd Nor Allif Harun, 17, pelajar SMK Sultan Omar di Dungun meninggal
dunia awal pagi semalam setelah koma sejak seminggu lalu setelah
terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Nur Syazwani Ariffin, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Mahaad
Saniah, Pasir Putih tiba-tiba pengsan ketika sedang menjawab kertas
Bahasa Melayu 1 kira-kira 8.25 pagi semalam sebelum meninggal dunia
ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih untuk
rawatan. – BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
SAMSUNG Malaysia telah mengumumkan
kemas kini Android 4.3 Jelly Bean bagi semua peranti Samsung Galaxy s4
di Malaysia bagi kedua-dua variasi Exynos (GT-I9500) dan LTE (GT-I9505),
semalam.
Kemas kini yang bersaiz agak besar ini (hingga 670MB), boleh didapati di perisian Kies serta over-the-air (OTA).
Kemas kini Android 4.3 memperkenal
dan memperbaiki kebanyakan ciri yang terdapat pada Galaxy S4 seperti
penambahbaikan TouchWiz, pengurusan memori RAM yang lebih teratur, papan
kekunci stok baru, pelayar internet stok baru, sistem keselamatan KNOX
dan perisian kamera baru yang mampu memberikan prestasi lebih baik bagi
peranti kemera 13 Megapiksel yang terdapat pada telefon pintar ini.
Selain itu, kemas kini ini juga
memberi sokongan bagi penggunaan teknologi jam pintar pertama Samsung,
Galaxy Gear yang telah dilancarkan September lalu.
[wow] - Teknologi
NEW YORK – Bapa Oprah Winfrey telah diarahkan membayar lebih
RM200,000 kepada bekas isterinya selepas dia curang dengan seorang
pelacur yang dikenali sebagai `Gigi Satu’ serta mengugut untuk
menembaknya.
Vernon Winfrey, 79 telah dituduh oleh bekas isterinya yang juga ibu tiri kepada oprah iaitu Barbara sebagai `penzina’
.
Mahkamah juga membenarkan pasangan itu yang berkahwin selama 12 tahun
untuk berpisah selepas petisyen yang dibuat oleh Vernon pada Jun tahun
lepas, untuk menceraikan Barbara ditolak.
Barbara mendakwa Vernon telah menipunya dan curang selama beberapa tahun dengan meniduri pelacur.
Salah seorang pelacur dikenali sebagai `gigi satu’.
Barbara juga mendakwa pelacur itu cuba mengugut Vernon dengan menggunakan video seks.
Wanita itu memfailkan dokumen perceraian berkenaan pada 11 Oktober
lalu dan turut mengemukakan tuntutan terhadap beberapa hartanah yang
dimiliki oleh dia dan Vernon.
Dokumen itu juga menyatakan bahawa Vernon cuba menembak Barbara
ketika lelaki itu sedang mabuk serta mengejarnya di dalam rumah dengan
pistol yang masih berada dalam kocek bajunya.
Dalam pada itu, Oprah terkejut dengan dakwaan Barbara yang disifatkan sebagai terlalu sensasi.
“Dakwaan mengenai pelacur dan senjata itu itu adalah melampau dan ia
juga mengganggu Oprah,’’ kata jurucakap selebriti berkenaan.
[Wow] - Selebriti
NEPAL – Devi Budhathoki dan tiga anaknya, Manjura, 14, Niraj, 12,
serta Mandira, yang berusia tujuh tahun sering dipersendakan oleh
rakan-rakan mereka kerana mempunyai bulu yang lebat di seluruh badan.
Semuanya kerana mereka mengalami sindrom werewolf dengan seluruh
dahi dan bahagian badan yang lain ditumbuhi dengan bulu tebal..
Namun kini semuanya sudah berubah apabila Devi dan anak-anaknya
menjalani pembedahan laser, untuk membuang semua bulu tebal tersebut.
Rawatan tersebut memberikan harapan baru kepada mereka kerana tidak lagi berasa malu untuk berdepan dengan orang ramai.
Mereka yang berasal dari kawasan pedalaman di pergunungan Dolkha itu,
terpaksa meredah perjalanan yang jauh semata-mata untuk menjalani
rawatan itu yang diadakan di Hospital Dhulikhel di Kathmandu.
Sebelum pembedahan itu, Devi berkata, dia lebih bimbangkan mengenai
nasib anak-anaknya yang sering dipersendakan oleh kawan-kawan mereka di
sekolah.
“Selepas kami mengetahui bahawa hospital bersedia untuk membuat
rawatan berkenaan, anak-anak saya tidak berhenti-henti bercakap
mengenainya kerana mereka tidak mahu lagi menjadi bahan ketawa,’’
katanya.
Meskipun sindrom tersebut tidak mempunyai ubat, namun ia bulu tebal berkenaan boleh dikurangkan menerusi rawatan membuang bulu.
[Wow] - Kisah Hidup
Kimberly Leggett telah dimahkotakan
sebagai Miss Universe Malaysia 2012 pada November 10, 2011 di Sunway
Pyramid Convention Center oleh Deborah Priya Henry. Beliau juga
memenangi beberapa anugerah sampingan seperti Miss Photogenic, Best
Bikini Body, dan Nestle Fitness Award.
Legget di lahirkan pada 23 Mac 1993 di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia. Legget juga fasih berbahasa Inggeris, Melayu dan Perancis.
Kimberly sekarang adalah seorang pelajar, model sambilan dan ketinggiannya pula adalah 1.75 m. \

[Wow] - Sakit Mata
PENGAWAL keselamatan, Azman Md Nayan sekali lagi menjadi bualan ramai di
alam maya apabila fotonya bersama aktres jelita, Izara Aishah dan
pelakon meningkat naik, Dazrin Kamarudin di kawasan parkir di sebuah
lapangan terbang tersebar luas.
Difahamkan, mereka sedang menjalani penggambaran untuk drama TV9, Cinta Pandang Ke-2 arahan pengarah berbakat besar M Nazir Juhan atau Jet Lee.
Penampilan pengawal keselamatan itu yang sebelum ini terlibat kontroversi kerana insiden maki hamun oleh isteri kepada pemain bola sepak terkenal negara ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Selain ada yang memuji, ada juga menyifatkan bahawa produksi drama tersebut sengaja mencari publisiti di atas kontroversi yang melanda pengawal keselamatan itu.
Bagaimanapun, pengarah drama berkenaan, Jet Lee memberitahu, penglibatan Azman dalam drama arahannya itu hanya satu kebetulan.
"Ketika itu, kami sedang buat penggambaran di kawasan parkir, sebuah lapangan terbang.
"Oleh kerana melibatkan tempat parkir, kami memerlukan seseorang yang beruniform, jadi pengurus produksi panggil Azman untuk menjadi pelakon tambahan sebagai pengawal keselamatan yang juga memang tugasnya.
"Kebetulan pula, waktu itu dia sedang berehat makan tengah hari," katanya pada Zass.
Mengulas mengenai babak berkenaan yang dikatakan sama seperti pernah dialami oleh pengawal keselamatan itu, kata Jet Lee, dia tidak berniat untuk menyindir apatah lagi menyinggung perasaan orang lain dengan watak yang diberikan kepada Azman itu.
"Dia bawa watak sebenar, jadi saya hanya suruh dia berkelakuan seperti dia sedang bekerja.
"Jadi, sebagai seorang pengawal keselamatan di kawasan parkir dia berhak untuk menegur apa yang betul atau tidak," katanya sambil memberitahu babak lakonan Azman hanya mengambil masa selama dua minit.
Drama adaptasi novel Karangkraf
Bercerita lebih lanjut mengenai drama rantaian terbarunya, Cinta Pandang Ke-2, Jet Lee berkata ia adalah drama adaptasi novel berjudul sama karya Laila Kamilia yang diterbitkan oleh Kumpulan Media Karangkraf.
Drama 13 episod ini diterbitkan oleh ZK Creative Production Sdn. Bhd dan akan ditayangkan di slot Aurora di TV9 dan bakal menemui penonton Disember nanti.
"Selain Izara dan Dazrin, drama bersiri ini turut dibintangi Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour dan ramai lagi," katanya.
Ketika ditanya mengenai cabarannya, Jet Lee menjelaskan dugaan utamanya adalah faktor cuaca yang kini tidak menentu menyebabkan terdapat sedikit gangguan perubahan jadual.
Drama bersiri Cinta Pandang Ke-2 berkisar mengenai seorang rakan lama Zairul lakonan Dazrin dan Ainnur Azleen (Izara) yang tidak pernah sebulu walaupun mereka berdua sekelas.
Tindakan Zairul yang sering menyakitkan hati Ainnur menyebabkan wanita itu berasa hati lalu bertukar sekolah. Mereka terpisah bertahun lamanya sehingga dipertemukan semula di tempat kerja sehingga membuatkan Zairul jatuh cinta dengannya.

[Wow] - Kisah Artis
KUALA PILAH – Dengan bermodalkan not USD5 juta, seorang lelaki warga
Somalia cuba memperdaya seorang imam masjid untuk mendapatkan wang
lumayan.
Suspek yang dikenali sebagai Mustafa, berusia 31 tahun itu mendakwa berkebolehan mengambil wang milik orang ramai yang tidak membayar zakat, kononnya menerusi bantuan jin.
Bagaimanapun, imam terbabit menyedari sesuatu tidak kena, lantas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Kuala Pilah.
Menceritakan kejadian, imam berusia sekitar 40-an yang enggan namanya disiarkan berkata, kejadian berlaku 25 Oktober lalu, apabila dia menemui Mustafa berseorang diri di masjid.
"Ketika bersembang, Mustafa beritahu kononnya dia berkebolehan mendapatkan wang dengan memanggil jin," katanya.
Walaupun musykil, namun imam terbabit berkata, dia mahu melihat sendiri kebenarannya.
"Saya diminta menyediakan sebuah peti kayu empat segi bersaiz tiga meter, tiga meter kain merah dan putih beserta sebungkus lilin. Saya kemudian membina peti kayu itu dengan kos RM100," katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di IPD Kuala Pilah, semalam.
Menurut imam berkenaan, selepas barang berkenaan sudah siap, lima hari selepas itu Mustafa berkunjung ke rumahnya.
"Mustafa masuk ke dalam bilik, tempat saya meletakkan peti kayu, kemudian menyuruh saya keluar dan memberikan masa setengah jam untuk dia memanggil jin,” katanya.
Kata imam itu, sebaik saja Mustafa memanggilnya masuk semula, dia terkejut kerana terdapat wang dalam peti itu.
“Saya tidak boleh pegang dan sentuh duit itu, hanya tengok sahaja dengan jarak satu meter. Lebih meyakinkan saya, dia memberi saya wang sebanyak USD400 untuk ditukarkan di bank. Ternyata benar kerana saya mendapat kira-kira RM1,300 tunai sebaik ditukarkan di
bank," katanya.
Bagaimanapun, imam berkenan berkata, Mustafa memberi beberapa lagi syarat termasuk membakar kertas yang dibaca dengan mantera.
“Selepas kertas dibakar, wang USD5 juta dalam peti kayu itu turut hilang. Jika saya mahu wang itu semula, saya perlu mengeluarkan wang sebanyak RM670,000,” katanya.
Menurutnya, selepas beberapa hari, Mustafa menghubunginya sekali lagi dan memberitahu terdapat syarat lain iaitu memberi RM8,000 kepadanya untuk menyembelih tujuh ekor kambing dan seekor lembu.
“Berikutan itu, saya membuat laporan di balai polis kerana percaya ada tidak kena dengan lelaki berkenaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, modus operandi menggunakan pendekatan agama dan sihir adalah trend terkini digunakan warga Afrika.
"Beliau berkata, suspek berjaya ditangkap Selasa lalu oleh sekumpulan anggota Bahagian Siasatan Jenayah di sebuah masjid daerah ini.
"Suspek kini direman sehingga Sabtu ini," katanya.

Sinar Harian
[Wow] - Berita Tempatan
Rio: Biarpun bergelar bintang pop antarabangsa bernilai AS$130 juta
(RM413 juta), Justin Bieber hanya seorang remaja yang ingin berseronok.
Selepas menghabiskan masa di kelab malam, penyanyi berusia 19 tahun
itu membawa 10 gadis bertuah ke rumah agam sewanya di Rio, Ahad lalu
namun hidangan disediakan sungguh tidak diduga.
Selepas menandatangani perjanjian kerahsiaan dan menyerahkan telefon bimbit masing-masing, mereka dihidangkan makanan ringan lebih sesuai untuk kanak-kanak seperti naget ayam, coklat, gula-gula, kerepek kentang dan kekacang.
Pelajar Marina Binimeliz, 18, mengakui dia dijemput menyertai
kumpulan itu selepas berjaya memasuki bilik peribadi bintang terkemuka
itu di kelab malam Zax.
“Banyak makanan ringan dihidangkan di tepi kolam renang dan kawasan rehat,” kata remaja itu.
Katanya, walaupun terbau ganja di rumah itu dia tidak pernah sekali melihat Bieber sendiri mengambil dadah.
“Kami menandatangani kontrak berjanji tidak akan mengambil atau
menyiarkan sebarang gambar. “Saya tidak sempat mengambil gambar kerana
telefon dirampas sebelum diserahkan semula ketika saya pulang,” katanya.
- Agensi
[Wow] - Selebriti
Mississippi: Seorang ibu ditahan kerana didakwa mahu menjual bayi lelakinya kepada wanita lain yang ditemui di iklan online.
Pihak berkuasa berkata, Bobbie Jo Stojic, 23, dari Bay St. Louis
dibenarkan jaminan AS$5,000 (RM15,895) selepas didakwa pada 29 Oktober
lalu atas tuduhan menawarkan penjualan seorang kanak-kanak.
Menurut dokumen mahkamah, Stojic didakwa menawarkan menjual anaknya berusia empat bulan dengan harga AS$5,000 dalam pesanan ringkas yang dihantar bulan lalu kepada seorang wanita di Louisiana yang menjawab iklan pakaian bayi dimuat naik olehnya di laman Craigslist.
“Mereka kemudian menjadi semakin akrab malah kerap menghantar pesanan
ringkas antara satu sama lain,” kata Detektif Brandon Normand dari
Pejabat Syerif Hancock.
Normand berkata, dua wanita itu membincangkan kos bagi mengambil anak angkat sebelum Stojic menawarkan untuk menjual anaknya itu dalam pesanan ringkas yang dihantar pada 9 Oktober lalu.
“Tawaran itu titik permulaan untuk Stojic sama ada menjual anaknya atau berusaha menipu wanita Louisiana terbabit,” katanya.
Stojic menafikan tuduhan terhadapnya.
Setakat ini belum diketahui sama ada Stojic mempunyai peguam bela.
Normand berkata, dalam pesanan ringkas, Stojic ada menyebut mengenai
masalah kewangan dihadapinya termasuk kemungkinan diusir dari rumahnya.
Menurutnya, wanita di Louisiana itu melaporkan dakwaan terbabit sebelum pejabat syerif mengambil alih siasatan dan penjagaan sementara bayi terbabit. - AP
Global
Los Angeles: Walaupun sudah bercerai dan mempunyai jadual lakonan
padat, Tom Cruise tetap rapat dengan anaknya Suri, kata pelakon itu
dalam dokumen difailkan bagi kes saman fitnahnya terhadap penerbit
sebuah majalah.
Dokumen sepanjang dua muka surat itu yang memperincikan hubungan
rapatnya dengan anak perempuannya difailkan Selasa lalu terhadap Bauer
Publishing Co. Bauer disaman berhubung dua laporan tabloid pada 2012
mendakwa beliau ‘mengabaikan’ anaknya. Artikel disiarkan dalam majalah
Life & Style serta In Touch mendakwa Cruise sering tiada di sisi
Suri kerana banyak terbabit penggambaran di luar negara untuk tempoh
lama.
“Saya tidak pernah memutuskan hubungan dengan Suri, sama ada secara fizikal, emosi, kewangan atau apa cara lain sekalipun,” kata pelakon itu.
Katanya, walaupun terbabit penggambaran tanpa henti pada 2012 beliau
berborak dengan anaknya itu setiap hari dan sering mengetahui
perkembangannya melalui ibu kanak-kanak itu, pelakon Katie Holmes.
Peguam Cruise memohon supaya Bauer diarahkan mengakui tidak mempunyai sumber untuk menyokong dakwaan berkenaan.
Bagaimanapun, peguam Bauer mendakwa permohonan itu patut diketepikan. Mereka juga mendakwa memiliki laporan dan kenyataan daripada sumber rahsia yang mengatakan pelakon itu gagal hadir untuk hari pertama persekolahan Suri sedangkan beliau boleh menaiki kapal terbang ke New York untuk tujuan itu. - AP
[Wow] - Selebriti
KOTA KINABALU: Industri pelancongan Sabah dijangka terus
melonjak dengan pelancaran pakej percutian hebat di atas kapal mewah
Superstar Aquarius milik syarikat pelayaran terkemuka, Star Cruises.
Pelancaran pelayaran sulung dari sini bermula Rabu hingga 30 Mac
depan yang menawarkan pelayaran ke Brunei dan Bintulu, Sarawak selama
empat hari tiga malam, berlepas pada setiap Ahad.
Berucap pada majlis perasmian di Pelabuhan Sabah,Teluk Likas di sini
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi
Manjun menyambut baik usaha Star Cruises memperkenalkan pakej itu yang
mampu meningkatkan kemasukan pelancongan asing khususnya dari Taiwan,
Hong Kong dan China.
"Kira-kira 94 peratus kedatangan pelancong ke Sabah adalah menerusi
udara dan dengan adanya perkhidmatan Star Cruises di Sabah, ia pasti
dapat melonjakkan lagi jumlah kedatangan pelancong.
"Sejak sembilan bulan lepas sehingga kini, jumlah kedatangan
pelancong ke Sabah mencatatkan rekod dua kali ganda dan saya yakin
menjelang hujung tahun ini sektor pelancongan di Sabah mampu mencapai
angka perkembangan yang di luar jangkaan," katanya.
Masidi berkata kedatangan pelancong dari negara Asia seperti Taiwan,
Hong Kong dan China mencatatkan rekod yang memberangsangkan tahun ini
iaitu 87 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Star Cruises William Ng berharap
penggunaan pangkalan Star Cruises di Kota Kinabalu juga berupaya
menjadi hab antarabangsa bagi menambah lebih banyak laluan ke destinasi
baharu di masa depan.
"Saya sangat yakin, dengan adanya Star Cruises di sini ia akan
membawa lebih banyak pelancong domestik dan antarabangsa ke Sabah,"
katanya.
Kapal seberat 51,309 tan itu dengan kapasiti 1,500 penumpang pada
satu-satu masa menyajikan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti
spa, salun kecantikan, kedai, kolam renang, gelanggang sukan dan
restoran. - BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA: Penyanyi Nas Adila menyerahkan kepada Datuk
Jamal Abdillah bagi menjelaskan kepada umum tentang status sebenar
hubungan mereka serta desas-desus kononnya dia bakal dirisik.
Nas, 27, berkata, adalah tidak manis baginya untuk bercakap mengenai
perkara itu kerana dia bimbang akan dipandang serong oleh sesetengah
pihak.
"Sebagai seorang perempuan rasanya tidak manis untuk saya bercakap
mengenai hal-hal berkaitan dengan perkara seperti merisik atau pun
perkahwinan dan saya minta maaf kerana tidak boleh memberi apa-apa
komen.
"Biarlah Jamal yang memberitahu kepada pihak media," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Nas mengulas mengenai laporan akhbar yang mendedahkan Jamal berhasrat
untuk memperisterikannya dan rombongan merisik bakal berlangsung dalam
waktu terdekat ini.
Dalam perkembangan sama, Nas tidak menafikan hubungan mereka semakin
rapat sejak penyanyi terkenal itu mengundangnya bersama-sama menjayakan
'Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan’ di
Istana Budaya pada 30 Mei hingga 2 Jun lalu.
Jelas Nas, sejak itu dia sering di undang untuk mengadakan
persembahan bersama Jamal selain selesa berkawan dengan lelaki berusia
54 tahun itu.
"Saya akui hubungan kami rapat kerana Jamal sering mengundang saya
sebagai rakan duetnya pada persembahan pentas dan selesa dapat
bekerjasama dengan beliau," katanya.
Dalam pada itu, Nas berkata, laporan yang mengatakan dia memutuskan
hubungan dengan penyanyi Aliff (AF) adalah tidak benar kerana keputusan
untuk berpisah dibuat secara bersama.
Jelas Nas, hubungan mereka masih baik selain menganggap mereka sudah tiada jodoh.
Sementara itu, Jamal menerusi pembantu peribadinya meminta sedikit
masa untuk menjelaskan mengenai khabar angin mengenai majlis merisik
yang akan diadakan itu.
[Wow] - Gosip Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments