Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Budak dalam gambar di bawah ini adalah Zang Jiale seorang gadis yang berusia 22 Tahun dan merupakan seorang Tomboy. Dia adalah anak kepada Zhang Jun, seorang peniaga yang sangat kaya di China.
Untunglah Tomboy nih Dapat Rapat Dengan Amoi Cun..Ini Semua Hanya kerana "DUIT"
[Wow] - Sakit Mata
Belacan sememangnya sedap jika dimakan bersama nasi dan adakalanya dicicah dengan buah-buahan. Namun bagaimana pula rasanya jika ia dimakan bersama aiskrim?
Seorang warga Filipina, Ian Carancang nampaknya mempunyai idea untuk menggabungkan aiskrim buah-buahan tempatan dengan makanan tradisi rantau Asia Tenggara, belacan.
Belacan atau dikenali sebagai 'bagoong' dalam bahasa Filipina dibuat sebagai manisan dan dimakan bersama sorbet mangga hijau untuk kedai aiskrim popular di negara itu, Sebastian's.
Yang pasti, anda dapat menghidu bau belacan sebelum merasa sorbet mangga hijau itu.
Kemanisan pes itu akan menghentikan rasa masam buah mangga itu, sekaligus menggabungkan rasa tersebut dengan serasi sekali.
Jika anda berpeluang ke Manila, Filipina, pastikan anda mengunjungi Sebastian's!
Informasi
Bintang filem "Black Swan", Mila Kunis telah dipilih sebagai wanita paling seksi di dunia oleh majalah FHM baru-baru ini.
Gelaran tersebut sekaligus mengenepikan penyanyi Rihanna yang berada ditempat kedua dan Helen Flanagan yang berada di kedudukan ketiga manakala Michele Keegan pula berada di tempat keempat.
"Mila Kunis telah melalui tahun yang luar biasa. Filem komedi "Ted" yang dibintanginya mendapat permintaan yang tinggi di Hollywood. Lakonan mantap dan gelagat lucunya tersebut membuatkan ramai berpendapat, Mila Kunis ialah teman wanita yang sempurna," ujar pengarang FHM 100 Sexiest, Dan Jude.
Dalam pada itu, Mila Kunis kini sedang menjalani penggambaran filem "Jupiter Ascending" bersama Channing Tatum.
[Wow] - Sakit Mata
Dasyhattttttt.... Seperti yang telah sedia maklum, keadaan trafik di negara India adalah sangat teruk kerana sistem traffik yang langsung tidak teratur. Korang tengok la sendiri bas accident dengan bas di India yang dirakam cctv.
[Wow] - Video
Menerusi keputusan Parlimen yang dibuat secara undian itu sebanyak 77 ahlinya bersetuju dengan undang-undang terbaharu itu.
Sejak 2005, negara Kiwi itu membenarkan hubungan sejenis dan dengan adanya undang-undang baru itu, pasangan gay dan lesbian kini diberikan hak untuk mengambil anak angkat dan perkahwinan mereka turut akan diiktiraf di negara-negara lain.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan undang-undang baharu itu hanya akan dikuatkuasakan pada akhir bulan ini.
[Wow] - Berita Dunia
Tetapi sebagai seorang produser yang dari awal meyakini kebolehan dan potensi yang ada pada juara Kacak Bergaya 2010 itu, Datin Zaiton Mohd Jiwa atau Kak Ton melihat perkara ini dari sudut yang cukup positif. Malah dia tidak merasa rugi bila mana artis residennya itu hanya kekal sekadar pada nama namun, tidak muncul di dalam produk terbitan Global Station Sdn Bhd yang lain.
Perkara ini telah dikongsi oleh Kak Ton yang juga kakak ipar kepada Dato` Siti Nurhaliza kepada portal Murai pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Global Station Sdn Bhd yang cukuo mendapat perhatian setelah menerbitkan drama bersiri Adam & Hawa.
“Sehingga saat ini, Afiq masih kekal sebagai artis residen Global Station Sdn Bhd. Tiada sebab untuk saya menggugurkan atau menggantung status Afiq yang akan berakhir Februari tahun depan, iaitu tempoh masa setahun kontrak dia dengan syarikat produksi ini.
“Memang penonton dan peminat yang mengetahui bertanya kenapa tiada kemunculan Afiq dalam drama-drama kami setelah mengetahui bahawa dia telah menjadi artis residen produksi ini. Namun, rasanya ramai yang sudah maklum dengan isu dan kontroversi yang melibatkan dia dengan ibunya sehingga ada stesen televisyen yang menggam dia.
“Kami hanya menunggu jika dapat sebarang perkembangan positif mengenai hal ini serta berharap Afiq juga mengambil perkara ini sebagai iktibar. Jika dia tidak lagi digam stesen televisyen, barulah kami boleh membariskan wajahnya dalam sebarang projek yang sedang diusahakan kini.
“Kalau masih kena gam, saya buat apa-apa projek yang ada dia pun, sudah tentu ianya tak dapat ditayangkan. Saya harap isu ini akan pulih demi kebaikan semua pihak,”ujar Zaiton yang mesra disapa Kak Ton mengenai Afiq Muiz.
Selain itu Kak Ton memberitahu bahawa Afiq Muiz berjaya memikat hatinyauntuk menjadi artis residen Global Station Sdn Bhd setelah melihat tingkah laku dan peribadinya yang tidak sombong dan bakatnya yang besar dalam dunia lakonan.
Namun, setelah tercetusnya isu dan kontyroversi yang melibatkan dia dengan ibunya, Kak Ton turut memainkan peranan dengan menasihatinya untuk menjernihkan kembali hubungan antara dia dan ibunya.
“Saya panggil dia tempoh hari apabila cerita mengenainya tiba-tiba menjadi perhatian dan yang kurang enaknya ia merupakan perkara atau isu yang tidak elok. Saya berikan nasihat agar dia menjadikan ini pengajaran terbesar dalam hidupnya.
“Jangan sekali-sekali bercakap buruk tentang ibu kita walau bagaimana teruk pun kita rasa tentang dia. Untuk Afiq, diharapkan persengketaan ini dapat diselesaikan sempena mengambil keberkatan Syawal ini untuk menjernihkan kembali hubungan di antara dia dengan ibunya.
“Pertama kali diperkenalkan kepada saya, saya dapat rasa Afiq ini orang yang lurus, tidak pandai berbuat jahat. Dia mahu belajar dan ikhlas dalam menjalani sesuatu perkara. Kerana itu saya yakin dengannya dan jadikan dia artis residen kami.
“Apa-apa pun bagi sesiapa yang bergelar artis baru, saya nasihati anda supaya jagalah disiplin dan tingkah laku agar permulaan karier anda diingati dek kerana keperibadian yang begini, bukan dengan isu negatif yang boleh merosakkan reputasi serta kekal diingatan masyarakat,”ujarnya. – Murai
[Wow] - Kisah Artis
KUALA LUMPUR – Bukan sahaja murah tetapi juga senang diperoleh, itu tanggapan yang dapat diungkap terhadap dua akaun Facebook yang mendakwa menjual senjata api dalam talian, di negara ini.
Satu daripada akaun itu mendakwa menawarkan pelbagai senjata api termasuk pistol, revolver dan ‘assault rifle’ dalam lingkungan harga antara RM500 dan RM15,000.
Menurut akaun Facebook itu, raifal AK-47 dijual dengan harga RM12,000 manakala pistol Smith & Wesson RM500 dan revolver termasuk dua kotak peluru dijual pada harga RM15,000.
Satu lagi akaun Facebook mendakwa menawarkan kira-kira 10 jenis senjata api antaranya E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood) dengan harga antara RM600 dan RM1,250.
Berdasarkan gambar yang dipapar, senjata terbabit menyerupai senjata sebenar.
Akaun Facebook itu diwujudkan Februari lalu dan mendapat 688 ‘likes’ di samping menjadi topik perbualan 141 pengguna yang melayari akaun berkenaan.
Pengendali akaun juga dapat dihubungi menerusi nombor telefon mudah alih yang dipapar pada akaun itu serta memberi respons kepada khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh wartawan Bernama ini.
Kewujudan dua akaun Facebook itu menimbulkan persoalan mengenai penguatkuasaan undang-undang di negara ini apabila orang ramai dilihat dapat memperoleh senjata api dengan mudah tatkala kejadian tembak meningkat kebelakangan ini.
Sepanjang Julai lepas beberapa kes tembak dilaporkan termasuk yang berprofil tinggi membabitkan pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi yang maut ditembak ketika keluar dari sebuah tokong di Lorong Ceylon dekat sini.
Sehari sebelum itu pada 28 Julai, aktivis pemantau jenayah R. Sri Sanjeevan parah ditembak dua lelaki dalam kejadian di Bahau, Negeri Sembilan.
Pada 5 Julai seorang guru di Kelantan cedera parah selepas ditembak di leher.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika diminta mengulas mengenai kewujudan akaun terbabit, berkata pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 11 Akta Senjata 1960 jika benar mereka menawar dan menjual senjata api di negara ini.
“Jual senjata api tanpa lesen yang sah adalah kesalahan serius,” katanya yang dihubungi Bernama.
Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata tindakan mereka yang menjual senjata api secara terbuka menunjukkan mereka tidak gentar dengan undang-undang sedia ada.
“Hukuman berat perlu dikenakan supaya mereka tidak sesuka hati menjual senjata api. “Malahan, sebagai negara yang mempunyai undang-undang ketat, pihak berkuasa dan kerajaan juga harus menjalankan siasatan terperinci agar mereka dapat ditahan dan menjadi pengajaran kepada penjenayah lain,” katanya. -BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
KUALA LUMPUR – Bermula bulan ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS).
Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, mereka yang belum lagi membuat pembayaran balik pinjaman dengan PTPTN akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman.
Bagaimanapun, beliau berkata ini bukan satu perkara yang perlu dibimbangkan oleh para graduan.
“Sistem ini berkuatkuasa kepada mereka yang enggan membuat pembayaran balik pinjaman mereka,” kata Idris pada sidang media selepas menghadiri jamuan Rumah Terbuka PTPTN di sini.
Beliau menambah mereka yang tidak dapat membuat pembayaran balik pinjaman boleh mengadakan perbincangan dengan PTPTN untuk mengemukakan satu jadual pembayaran balik yang baru.
Ini bagi membolehkan nama mereka tidak disenaraikan dalam pangkalan data CCRIS.
Mereka yang berjaya membuat pembayaran balik pinjaman mereka sekaligus sebelum 30 September ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus. – THESTAR.COM.MY
[Wow] - Berita Tempatan
Apabila anda disahkan hamil, pastinya ia satu berita gembira buat anda dan pasangan. Pelbagai langkah diambil bagi memastikan kandungan anda sihat termasuk juga dari segi pemakanan.
Ini kerana apa sahaja yang anda makan, makanan itulah akan menjadi sumber nutrien kepada kandungan anda. Contohnya ketika hamil, anda memerlukan protein dan kalsium kerana ia baik untuk tisu dan tulang bayi anda.
Jadi apakah jenis makanan yang patut anda amalkan ketika hamil?
Berikut adalah antara jenis makanan yang boleh anda ambil:
BIJIAN
Roti gandum dan bijirin mempunyai lebih banyak asid folik, zat besi dan fiber jika dibandingkan dengan roti putih dan juga nasi. Malah tahukah anda bertih jagung juga kaya dengan fiber dan pelbagai nutrien seperti vitamin E dan selenium? Amalkan pemakanan bijian dalam kehidupan seharian anda seperti bijirin oat untuk sarapan pagi, roti gandum untuk makan tengahari dan pasta atau nasi perang untuk makan malam.
SALMON
Salmon bukan sahaja kaya dengan protein dan vitamin B, ia juga mempunyai lemak Omega-3 yang baik untuk otak dan mata bayi anda. Salmon juga rendah merkuri jika dibandingkan dengan jenis ikan yang lain. Anda boleh memanggang atau diletakkan bersama dengan salad. Anda boleh makan ikan rendah merkuri seperti salmon sehingga 340 gram setiap minggu.
TELUR
Telur juga adalah sumber protein baik kerana ia mengandungi asid amino yang diperlukan oleh anda dan juga bayi. Malah ia mempunyai kebaikan pelbagai jenis vitamin dan mineral, termasuk kolina yang baik untuk perkembangan otak bayi anda. Namun pastikan anda tidak memakan telur mentah atau separuh masak sepanjang kehamilan.
WALNUT
Tidak menggemari ikan atau telur, tetapi masih inginkan kebaikan Omega-3 yang penting untuk tumbesaran bayi anda? Apa kata anda mencuba walnut dengan meletakkannya bersama salad atau dimakan begitu saja sebagai snek? Walnut juga adalah antara tumbuhan yang kaya dengan khasiat Omega-3, seperti yang diperlukan oleh bayi anda.
YOGURT GREEK
Yogurt Greek mempunyai protein dua kali ganda lebih daripada yogurt biasa, kaya dengan kalsium jika dibandingkan dengan susu dan sesuai untuk diet ketika hamil. Pilihlah yogurt asli tanpa sebarang perasa dan tambahan gula. Lebih enak jika anda makan bersama buah-buahan atau bijirin gandum yang rangup.
[Wow] - Informasi
Pasti ramai yang tidak suka dengan bawang putih terutamanya golongan remaja kerana baunya yang kurang menyenangkan.
Namun tahukah anda bahawa bawang putih ini mempunyai pelbagai kebaikan dan khasiat untuk kesihatan kita?
Mengurangkan risiko angin ahmar
Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.
Mengurangkan risiko kanser
Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.
Bertindak sebagai anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Mengandungi banyak iodin
Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.
Dapat tingkatkan sistem imunisasi
Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
[Wow] - Informasi
Warna putih adalah warna yang tidak lapuk dek zaman. Jika anda bijak menggayakan pakaian warna putih, pelaburan membeli pakaian warna putih memang sangat berbaloi walaupun dalam tempoh 10 hingga 20 tahun lagi.
Namun tidak ramai yang berani memakai putih kerana ia mudah kotor, selain ramai yang risau memakai putih akan menggandakan bentuk badan.
Oleh itu, kami ingin berkongsi beberapa tips untuk anda menggayakan pakaian berwarna putih ini. Jika anda bika menyuai pada tentu tak jadi masalah.
1. Bagi anda yang memiliki pinggang yang lebar, cuba gayakan jaket putih dan padankan dengan tali pinggang yang berona gelap. Elakkan memilih gaun pendek yang mengikut bentuk badan.
2. Bagi menampakkan peha kita kecil, elakkan memakai seluar atau denim putih, sebaliknya pilih gaun berpotongan A-Line, sama ada labuh atau pendek.
3. Jika anda dikurniakan dada yang besar, cuba elakkan menggayakan helaian putih polos yang ketat, tapi cuba pilih yang mempunyai perincian di dada seperti ropol atau jurai untuk menyembunyikan saiz sebenar dada anda.
4. Sekiranya anda bertubuh kecil, cuba suai padan berlapis seperti kemeja putih bersama jaket trench yang berona sama.
Diharap dengan tips ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!
[Wow] - Fesyen
Semua orang tahu bahawa Brad Pitt dan Angelina Jolie bertemu di lokasi "Mr. & Mrs. Smith" pada tahun 2003. Sekalipun pada awalnya Angelina menafikan hubungan mereka bermula dari saat itu dan berkeras mengatakan dia tidak akan jadi seperti bapanya yang memusnahkan rumah tangga orang lain, Jolie dan Pitt mengumumkan cinta mereka tidak lama selepas Pitt dan isterinya, Jennifer Aniston berpisah.
Brad Pitt dan Angelina Jolie merupakan antara kisah cinta lokasi yang paling popular di Hollywood, namun tahukah anda bahawa mereka ini juga antara pasangan yang bertemu dengan cara yang sama?
Kate Capshaw & Stephen Spielberg
"Indiana Jones and the Temple of Doom" (1984) mungkin bukan filem Indiana Jones arahan Steven Spielberg yang paling berjaya, dan Spielberg sendiri mengakuinya. Namun menurut pengarah prolifik ini, "Saya mungkin tak dapat banyak keuntungan dari filem tersebut, tapi saya tetap bertuah kerana menemui isteri saya melalui filem itu!"
Kate Capshaw, pelakon yang melakonkan watak si Willie yang menjengkelkan dalam filem tersebut menarik perhatian Spielberg dan pada tahun 1991, mereka mendirikan rumah tangga.
Suzy Amis & James Cameron
James Cameron tidak jatuh cinta di lokasi hanya sekali. Dia pernah mengahwini penerbit filem Gale Ann Hurd dan pengarah tersohor Kathryn Bigelow. Dia jatuh cinta dengan pelakon Linda Hamilton hanya selepas bertemu buat kali kedua melalui filem "Terminator 2" pada tahun 1991, namun hanya bertahan seketika. Malah Hamilton menyalahkan kehancuran perkahwinan mereka di atas hubungan sulit antara Cameron dan pelakon Suzy Amis, yang ditemuinya menerusi filem arahannya, "Titanic" ketika itu.
Amis mengahwini Cameron pada tahun 2000 selepas Cameron menyelesaikan kes perceraiannya dengan Hamilton dan kini dikurniakan tiga orang anak.
Jenna Dewan & Channing Tatum
Jenna Dewan dan Channing Tatum dipertemukan dalam filem berkonsep tarian, "Step Up" pada tahun 2005 dan menjalin hubungan cinta selama tiga tahun sebelum mereka bertunang di Maui pada tahun 2008 dan berkahwin pada tahun seterusnya.
Mereka juga baru sahaja dikurniakan seorang anak perempuan bernama Everly akhir Mei lalu.
Jennifer Aniston & Justin Theroux
Selepas perkahwinannya dengan Brad Pitt musnah pada tahun 2005, Aniston pernah bercinta dengan beberapa selebriti terkenal termasuk bintang komedi Vince Vaughn yang turut berganding dengannya dalam filem "The Breakup", selain pemuzik John Mayer yang terkenal dengan sifat buaya. Namun malangnya, kedua-dua selebriti ini bukanlah jenis yang mahu mendirikan rumah tangga.
Namun begitu, ketika dia berlakon dalam filem "Wanderlust" pada tahun 2011, Aniston didekati oleh pelakon Justin Theroux yang melakonkan watak antagonis Seth dalam filem yang sama. Theroux, yang juga seorang penulis lakonlayar yang terkenal melalui hasil tulisannya seperti "Tropic Thunder" dan "Iron Man 2", kemudiannya melamar Aniston pada tahun 2012.
Natalie Portman & Benjamin Millepied
Ketika Natalie Portman sedang menjalani penggambaran untuk filem "Black Swan" pada tahun 2009, dia mula berkenalan dengan penari balet Perancis, Benjamin Millepied yang menjadi jurutari rasmi filem tersebut. Tahun berikutnya, Portman mengumumkan pertunangannya dengan Millepied sekaligus memberitahu media bahawa dia sedang hamil.
2009 sehingga 2012 merupakan tahun yang bahagia buat Portman. Dia menerima pujian untuk lakonannya dalam "Black Swan", memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik anugerah Oscar untuk watak Nina, dikurniakan seorang anak dan seterusnya mengahwini Millepied, mengikut susunan tersebut.
Liev Schreiber & Naomi Watts
Schreiber bertemu bintang jelita kelahiran Australia, Naomi Watts ketika mereka sama-sama membintangi filem "The Painted Veil" (2006), ketika Watts baru berpisah dengan teman lelakinya Heath Ledger. Mereka terus bersama sejak itu, malah Watts melahirkan anak pertama mereka, Alexander Pete pada tahun 2007, dan Samuel Kai pada tahun 2008.
Namun tiada siapa yang pasti sama ada mereka berdua sudah pun mendirikan rumah tangga, sekalipun Watts pernah mengatakan bahawa Schreiber pernah menghadiahkan cincin kepadanya pada tahun 2010. Jelas Watts, mereka berdua masih belum tergesa-gesa untuk merasmikan hubungan tersebut.
Hugh Jackman & Deborra Lee Furness
Dia antara pelakon terseksi Hollywood, tapi ramai yang kecewa apabila mendapat tahu bahawa bintang Australia ini telah pun berumah tangga sebelum membuat kemunculan di Hollywood. Jackman bertemu dengan isterinya, pelakon, pengarah dan penerbit Deborra Lee Furness ketika dia belum dikenali di serata dunia, ketika sama-sama membintangi drama TV Australia yang berjudul "Corelli".
Jackman dan Furness melangsungkan perkahwinan mereka di Melbourne pada tahun 1996 selepas setahun bercinta dan kini membela dua orang anak angkat, Oscar Maximillian dan Ava Eliot.
Jennifer Connelly & Paul Bettany
Bintang jelita Jennifer Connelly mungkin melakonkan watak Alicia, isteri kepada Profesor John Nash yang menderita penyakit skizofrenia dalam filem "A Beautiful Mind". Tapi ibu kepada seorang anak lelaki ini akhirnya jatuh cinta kepada pelakon Inggeris Paul Bettany yang memainkan watak 'rakan imaginasi' Nash yang bernama Charles Herman.
Dua tahun kemudian, pada 1 Januari 2003, pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis tertutup di Scotland, dan melahirkan anak pertama mereka Stellan pada tahun yang sama. Anak perempuan mereka, Agnes Lark dilahirkan tujuh tahun kemudian.
Goldie Hawn & Kurt Russell
Bintang jelita Goldie Hawn pernah berkahwin dua kali dengan penari Gus Trikonis dan pemuzik Bill Hudson. Namun begitu, selepas perceraian keduanya dengan Hudson, Goldie Hawn mula serius dengan pelakon terkemuka, Kurt Russell, yang sebelum ini pernah berganding dengan Hawn dalam filem "The One and Only", "Genuine" dan "Original Family Band".
Mereka mula bercinta selepas dipertemukan dalam filem keempat mereka bersama, "Swing Shift" pada tahun 1983. Russell ketika itu pula sedang dalam proses perceraian dengan isteri pertamanya, pelakon Season Hubley. Malah selepas mereka bersama, Hawn dan Russell sekali lagi berganding dalam filem "Overboard". Sekalipun mereka tidak pernah berkahwin, Hawn dan Russell mempunyai anak bersama, Wyatt Russell, malah anak-anak Hawn; Oliver dan Kate juga menganggap Russell seperti bapa kandung mereka.
Sarah Michelle Gellar & Freddie Prinze, Jr
Gellar dan Prinze bertemu kali pertama ketika bekerjasama dalam filem seram remaja, "I Know What You Did Last Summer" pada tahun 1997, sekalipun tidak melakonkan watak sebagai pasangan kekasih. Namun percintaan mereka hanya bermula pada tahun 2000, sebelum mendirikan rumah tangga di Mexico dua tahun kemudian.
Selepas berkahwin, mereka digandingkan semula sebagai pasangan kekasih Fred dan Daphne dalam filem "Scooby Doo" dan "Scooby Doo 2: Monsters". Gellar dan Prinze juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan mereka – Charlotte Grace dan Rocky James.
Will Smith & Jada Pinkett
Berbeza dengan yang lain, sekalipun Smith dan Pinkett bertemu di lokasi, mereka tidak berlakon bersama. Pada tahun 1990, mereka bertemu di set sitkom popular Smith, "The Fresh Prince of Bel-Air" apabila Pinkett muncul untuk ujibakat watak Lisa Wilkes, teman wanita karakter Smith.
Malangnya, Pinkett gagal mendapat watak tersebut apabila ia diberikan kepada pelakon Nia Long. Tapi dia lebih bertuah dari itu, kerana sejak itu, Pinkett dan Smith menjadi semakin rapat dan mula bertemujanji pada tahun 1995, selepas Smith dan isteri keduanya, Sheree Zampino berpisah. Pada tahun 1997, mereka melangsungkan perkahwinan di Baltimore, Maryland. Mereka kini ibu bapa kepada dua orang anak, pelakon popular Jaden, dan penyanyi popular, Willow. Pinkett turut menerima anak pertama Smith, Trey seperti anaknya sendiri.
[Wow] - Selebriti
Penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael yang digosipkan menjalin hubungan cinta dengan Sasha Saidin baru-baru ini menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa hubungan mereka hanya sebagai kawan biasa.
"Saya bercinta dengan Sasha? Tak betullah. Saya dengan dia tidak ada sebarang hubungan istimewa. Kami hanya kawan sahaja.
"Takkanlah setiap kali saya keluar dengan kawan perempuan, orang hendak kata saya bercinta. Nanti orang kata saya kaki perempuan pula," ujar pelantun "Kalau Aku Kaya" itu seperti dipetik dari sebuah portal hiburan.
Tambah bekas kekasih kepada pelakon jelita, Hanez Suraya, dia tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana gusar akan timbul salah faham kelak.
"Maaf, saya tak mahu mengulas banyak sangat. Cukup saya katakan saya dan dia tiada apa-apa. Tapi saya tak nafikan, kami berkawan dan saya ada meminta pendapat dia tentang kerja.
"Saya ada projek girl band dan Sasha orang yang sesuai untuk dijadikan rujukan kerana dulu dia bersama kumpulan Elite," akhirinya.
[Wow] - Gosip Hiburan
Di India budaya menilik adalah sangat popular. Contohnya sebelum berkahwin tilikan jodoh dan keserasian dua orang mempelai harus dilakukan. Kalau anda dah tengok cerita Sivaji The Boss anda pasti ada tengok scene Sivaji tak dibenarkan kahwin kerana takut nyawa pendek. Obsesi orang India dengan tilikan sudah berlaku selama ribuan tahun kerana orang India adalah bangsa paling awal mendalami ilmu astrologi dan kajian jasad samawi.
Biasanya tilikan dilakukan oleh ahli nujum dengan mengambil tarikh lahir dan waktu kelahiran orang yang ingin ditilik. Kemudian seekor burung akan memilih tilikan secara rawak. Tetapi kini sudah ada nujum robot di India. Anda memasukkan sendiri tarikh lahir dan waktu kelahiran anda kepada nujum robot dan ia akan memberikan tilikan berbentuk audio secara automatik.
Laporan asal Oddity Central
Pelbagai
PETALING JAYA – Pelakon Diana Amir mengakui selesa walaupun jarang bertemu dengan tunangnya iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman.
Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim, 27, berkata, status mereka sebagai tunangan orang bukanlah alasan untuk mereka sentiasa menghabiskan masa bersama sebaliknya harus menjaga batasan sehinggalah sah bergelar suami-isteri.
“Memang kami jarang berjumpa dan rasanya lebih baik begitu bagi mengelakkan sebarang fitnah dan pada tahap ini batas-batas pergaulan perlu dijaga.
“Kami tiada masalah tentang perkara itu malah lebih selesa tidak terlalu kerap berjumpa dan hanya akan bertemu sekiranya mempunyai urusan,” katanya kepada mStar Online.
Diana dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perkahwinan, Diana berkata, mereka masih belum menetapkan sebarang tarikh kerana sibuk dengan urusan kerja masing-masing.
Bagaimanapun kata Diana, mereka akan tetap berkahwin pada tahun ini dan akan berbincang mengenai soal itu dalam masa terdekat.
“Sepatutnya kami berkahwin setahun selepas bertunang namun kesibukan dengan kerjaya masing-masing telah menyebabkan ia tertangguh. Pun begitu, kami tetap akan berkahwin dalam tahun ini dan Insya-Allah kami akan beritahu perkara baik itu kepada semua nanti,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Diana berkata, selain sibuk menguruskan perniagaan pakaian Muslimah miliknya iaitu ‘Diana Amir Exclusive’ dia juga masih menerima tawaran berlakon sekiranya watak bersesuaian dengan imejnya. – mStar Online
[Wow] - Gosip Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments