Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik.
Bagaimanapun, gelagat mereka disedari seorang pengunjung, Chow Weng, 30-an, yang mandi di laut di pantai berkenaan.
Menurut Chow, pada mulanya dia terpandang empat pelancong terbabit menghampiri pantai dengan memakai bikini sebelum berbaring di atas tikar.
"Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat mereka selamba menanggalkan coli yang dipakai.
"Saya segera naik ke pantai dan membersihkan diri di tandas sebelum mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan beberapa gambar sebagai bukti pelakuan pelik mereka kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
Sumber: myMetro
Isu Semasa
Georgetown – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menempuh pengalaman memeritkan apabila besi penyangkut buaian yang baru sebulan dibeli putus sebelum menikam mata kanannya ketika dia berada dalam buaian berkenaan dalam kejadian di rumahnya di Seberang Jaya, dekat sini, tengah malam Sabtu lalu.
Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah malam ketika mangsa, Muhammad Adam Mukris Faizal, leka berayun di dalam buaian berkenaan sambil bermain permainan komputer menerusi telefon bimbit.
Bapa mangsa, Faizal Sikh Mohd, 36, berkata, kejadian berlaku ketika dia baru pulang dari berniaga dan bersiap-siap untuk mandi.
Beliau berkata, ketika itu, Adam berada dalam buaian sambil memegang telefon bimbit dan tiba-tiba satu daripada dua besi spring buaian putus mengakibatkan ia melantun dan mengenai mata kanan anak ketiga daripada lima beradik itu.
“Saya yang terperanjat terus menghampiri Adam dan melihat darah mengalir keluar dari matanya, manakala kelopak mata pula menonjol keluar. – myMetro Online
Isu Semasa
Dua gadis nekad melompat keluar dari teksi dinaiki yang sedang bergerak selepas 'ditawan' pemandu bersenjatakan pistol selama hampir 30 minit.
Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin, mangsa berusia awal 20-an diculik seorang pemandu teksi di kawasan Bukit Bintang di sini, sebelum dilarikan sejauh 16 kilometer ke Batu Cave, Gombak. Sumber polis berkata, kejadian berlaku sejurus mangsa menahan teksi itu untuk pulang ke rumah.
"Namun, sebaik masuk ke dalam teksi, pemandu itu terus mengacukan pistol dan mengarahkan mangsa tidak melawan. "Suspek terus memecut laju teksinya ke arah Batu Caves. Suspek kemudian memaksa mangsa menyerahkan barangan berharga dibawa ketika itu.
"Mangsa yang ketakutan selepas diacu pistol akur dan menyerahkan barangan mereka dan merayu dilepaskan," katanya.
Sumber berkata, suspek bagaimanapun tidak melepaskan mangsa sebaliknya meneruskan perjalanan ke lokasi tidak diketahui.
"Mangsa yang ketakutan kemudian bertindak berani membuka pintu kenderaan sebelum melompat keluar.
"Akibatnya mangsa bergolek beberapa meter di atas jalan raya. Mujur mangsa tidak dirempuh kenderaan lain yang berada di belakang teksi itu.
"Mangsa yang terselamat bagaimanapun cedera di badan, kaki dan tangan. Susulan itu mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.
"Mangsa yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kerugian RM3,000 selepas beg tangan mengandungi wang tunai dan telefon bimbit dirampas suspek," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan menerima laporan kejadian itu. - Harian Metro
Isu Semasa
Moscow - Satu iklan yang menunjukkan seorang perempuan sedang memegang payudara dengan tangan dikatakan penyabab 500 kemalangan yang berlaku dalam masa sehari.
Iklan yang sama diletakkan pada 30 lori itu bagaimanapun tidak mempamerkan puting payudara tersebut kerana telah ditapis menggunakan garisan biru.
Pengguna jalan raya yang tidak senang dengan iklan itu telah membuat laporan polis bagi membuang iklan tersebut dari jalan-jalan di Moscow.
Seorang penunggang motor, Ildar Yuriev, 35 berkata, "Saya sedang dalam perjalanan ke perjumpaan bisnes dan ternampak satu gambar payudara yang besar tertampal di bahagian tepi lori".
"Kemudian saya dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang yang mengatakan fokusnya lari apabila ternampak lori tersebut.", tambahnya lagi.
Syarikat pengiklanan yang terbabit dalam isu ini, Sarafan Advertising Agency berkata mereka terjejas kemalangan disebabkan gambar itu akan diberikan wang pampasan sekiranya tidak dibayar oleh insuran mereka.
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments