Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



BESUT - Seorang remaja di sini tidak dapat memulakan sesi persekolahan penggal baharu yang bermula Ahad lalu berikutan penyakit bengkak kakinya yang semakin serius menyebabkan dia tidak mampu berdiri dan berjalan.

Faris Imadi, 14, sepatutnya mendaftar di tingkatan dua di SMK Seri Nering, Jertih tetapi disebabkan penyakit bengkak anggota badan dan sendi yang dialaminya semakin serius, dia kini hanya terlantar di rumah.

Bapanya, Shafiee Noor, 48, berkata, anak kelima daripada enam beradik itu mula tidak dapat berdiri dan berjalan sejak Disember lalu apabila kesakitan pada kakinya yang bengkak semakin teruk sejak belakangan ini.

Menurut bapa tunggal ini, keseluruhan kaki kanan Faris Imadi bengkak sejak sekolah rendah lagi.

“Ketika dia di SK Nyior Tujuh dulu saya hantar dan ambilnya menaiki motosikal dengan cara mendukungnya. Malangnya ketika cuti persekolahan baru-baru ini keadaannya semakin teruk menyebabkan dia terlantar sekarang,” katanya.

Shafiee berkata, keadaan Faris Imadi semakin teruk sejak seminggu lalu apabila kemaluannya membengkak dan sakit sehingga tidak boleh langsung bersentuhan walaupun dengan kain.

Katanya, anaknya turut dibawa ke Hospital Besut dengan bantuan JPAM Besut untuk pemeriksaan dan rawatan, namun tidak menunjukkan perkembangan positif.

“Sekarang selera makannya kurang, sering muntah dan mengadu sakit. Selain saya, kakak dan ibu saudaranya juga sering membantu menguruskan dia seperti makan dan membersihkan najisnya,” katanya.

Selain menjaga Faris Imadi yang sakit, Shafiee juga perlu menjaga seorang anak OKU dan seorang lagi mempunyai masalah kesihatan.

Anak keduanya, Shamrizan, 20 menghidap masalah mental dan sawan, manakala anak ketiganya Nur Izzah, 18 mengalami masalah bengkak pada anggota badan seperti Faris Imadi tetapi dia masih mampu berjalan dan melakukan aktiviti ringan.

“Tiga lagi anak saya normal termasuk dua yang masih bersekolah iaitu Amirul Izzat, 12 dan Afif Syakirin, 17 manakala anak sulung saya, Nur Idayu, 23, sudah berumah tangga,” katanya yang memperoleh bantuan JKM untuk Faris Ismadi dan dia sendiri berjumlah RM750 sebulan.

Shafie berkata, Faris Imadi amat memerlukan tilam angin kerana keadaannya yang tidak selesa berada di atas tilam biasa selain untuk mengelakkan bau kurang menyenangkan.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Kubang Depu, Mohd Fakaru Azhar berkata, beliau telah melawat keluarga terbabit dan amat bersimpati terhadap nasib mereka.

Katanya, dia telah memaklumkan keperluan Faris Imadi yang amat memerlukan tilam angin dengan segera kepada e-Kasih dan sekarang menunggu keputusan daripada pihak terbabit.


 Sinar Harian

NAMPAKNYA awal tahun ini, negara dipenuhi cerita-cerita kurang enak mengenai gadis bertudung.
Melalui sebuah gambar yang baru sahaja kami terima, ia menunjukkan aksi pengirim yang ingin menangkap gambar selfie dirinya.
Namun, tatkala melihat gambar yang diambil melalui telefon pintarnya, dia terkejut melihat terselit aksi sepasang kekasih Melayu sedang syok bercumbuan.
Gadis yang elok bertudung tersebut nampaknya tidak pula berasa segan silu memeluk dan mencium pasangannya secara terang-terangan.
Haih, isu gadis Melayu bertudung yang merelakan diri dipeluk mat K-Pop masih belum reda kini timbul pula aksi gadis bertudung bercium di khalayak ramai!
Jika di tempat terbuka tak ada rasa malu buat hal macam ini, apa lagi kalau tempat yang tertutup?
Malang sekali bila tudung yang sepatutnya menjadi lambang maruah seorang perempuan Islam tidak pula digambarkan sebegitu rupa oleh pemakainya. - MYNEWSHUB.CC

KUALA TERENGGANU: Kerana tidak tertahan melihat ibu kesayangannya dimaki hamun oleh abang, seorang adik telah bertindak memukul abangnya itu menggunakan kayu menyebabkan lelaki itu telah patah kaki.

Dalam kejadian tersebut jam 4.30 petang di Kampung Panji Alam, si ibu yang dalam perjalanan pergi ke Masjid telah dimaki hamun serta ditolak oleh anak lelakinya itu berumur 20an. Kejadian itu menyebabkan adik bongsunya bertindak mengambil kayu sepanjang 50 sentimeter lalu memukul kakinya sehingga patah.

Tindakan dilakukan oleh adiknya itu selepas tidak tahan melihat kerenah abangnya yang hampir setiap hari mendesak ibunya dengan pelbagai kata cacian hanya kerana untuk mendapatkan duit.

Menurut si ibu Zaimah Othman, 60, dia tidak memberi wang kepada anaknya itu kerana anaknya itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan kerap meminta wang daripadanya.

Anaknya bukan saja meminta wang dengannya, malah turut memaki hamun dan mengamuk setiap hari semata-mata ingin mendapatkan wang membeli bahan terlarang itu.

Lelaki tersebut telah di hantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapat rawatan

rakyat Malaysia kini lebih kreatif dalam merealisasikan majlis perkahwinan yang lain daripada yang lain.
Sebagai contoh, pasangan ini yang menghadiahkan seekor anak kucing yang comel sebagai salah satu hantaran perkahwinannya.
Gambar ini sebenarnya dikongsi oleh seorang pengguna sosial bernama Muhamad Zaki yang berjaya mencuri perhatian netizen khususnya buat pengemar kucing.
Selalunya pengantin memilih beg tangan, baju dan barangan kelengkapan yang lain sebagai hantaran kahwin namun berbeza pulak idea yang diingankan pasangan ini.
Agak-agaknya mesti pasangan ini amat meminati haiwan kesayangan nabi ini.
Hantaran anak kucing tersebut diletakkan dalam sangkar kucing yang terhias indah dengan reben, bunga dan sebagainya.
Sebenarnya, kami yang melihat ini pun rasa geram melihat kecomelan dan kegebuan anak kucing berwarna putih ini.
Apa pun, semoga pasangan ini berbahagia selamanya.

CHINA – Seorang model yang terkandas di Lapangan Terbang Qingdao terpaksa meminta bantuan pemilik restoran berketurunan Cina di Liverpool bagi membantunya menjadi penterjemah dan menolongnya balik semula ke Britain.
Model berkenaan, Sophie Brizell, 19, datang sendirian ke China untuk menyertai pertandingan ratu cantik namun hanya mengetahui pertandingan itu dibatalkan sebaik tiba di lapangan terbang.
Malah individu yang dijadual menemuinya di lapangan terbang juga tidak muncul.
Brizell kemudiannya terpaksa menghubungi ibunya dan mengadu sambil menangis bahawa dia keseorangan dan sukar mencari mereka yang boleh berbahasa Inggeris dan membantunya.
“Saya mengadu kepada ibu bahawa lapangan terbang ini kosong dan tiada siapa yang bercakap bahasa Inggeris. Kaum lelaki di situ pula cuba merampas beg saya menyebabkan saya dalam ketakutan,’’ katanya.
Ibunya kemudian mendapatkan pertolongan Nai Xiang Yu yang merupakan pemilik restoran dikenali sebagai Chy untuk membantu menjadi penterjemah.
Yu berjaya membantu Brizell mendapatkan teksi ke hotel dan menukar wang.
Dia kemudiannya kembali semula ke Britain selepas penganjur Miss High Street, Rachelle Perez, yang berperanan mencari bakat baru melalui pertandingan Top Model di China, membayar hotel dan tambang penerbangan pulang ke London.

DALAM kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang semalam di pusat beli belah Kuantan Parade, pengunjung kompleks beli belah itu terkejut apabila seorang wanita dalam lingkungan 40-an bertindak nekad ingin membunuh diri, dipercayai gara-gara merajuk dengan suaminya.
Wanita terbabit dikatakan naik ke tingkat atas tempat letak kereta pusat beli-belah tersebut selepas mengalami salah faham dengan suaminya.
Suami wanita terbabit yang berusia 45 tahun cuba mengekori dan memujuk, namun mangsa tidak mengendahkannya.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, suami mangsa terpaksa mengambil masa hampir setengah jam untuk memujuk isterinya dalam ‘drama’ terbabit.
“Mangsa dikatakan duduk di bahagian tepi tempat letak kereta pusat beli-belah itu dengan niat mahu membunuh diri dengan cara terjun dari tingkat empat bangunan berkenaan.
“Suaminya berjaya memujuk setengah jam kemudian sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Kuantan. Siasatan mendapati, mangsa dipercayai mengalami masalah mental sejak beberapa bulan lalu,” katanya.
Kes itu dianggap selesai dan tidak membabitkan sebarang kecederaan, manakala mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menjalani pemeriksaan mental.