Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kaki kanan, alat sulit membengkak
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



BESUT - Seorang remaja di sini tidak dapat memulakan sesi persekolahan penggal baharu yang bermula Ahad lalu berikutan penyakit bengkak kakinya yang semakin serius menyebabkan dia tidak mampu berdiri dan berjalan.

Faris Imadi, 14, sepatutnya mendaftar di tingkatan dua di SMK Seri Nering, Jertih tetapi disebabkan penyakit bengkak anggota badan dan sendi yang dialaminya semakin serius, dia kini hanya terlantar di rumah.

Bapanya, Shafiee Noor, 48, berkata, anak kelima daripada enam beradik itu mula tidak dapat berdiri dan berjalan sejak Disember lalu apabila kesakitan pada kakinya yang bengkak semakin teruk sejak belakangan ini.

Menurut bapa tunggal ini, keseluruhan kaki kanan Faris Imadi bengkak sejak sekolah rendah lagi.

“Ketika dia di SK Nyior Tujuh dulu saya hantar dan ambilnya menaiki motosikal dengan cara mendukungnya. Malangnya ketika cuti persekolahan baru-baru ini keadaannya semakin teruk menyebabkan dia terlantar sekarang,” katanya.

Shafiee berkata, keadaan Faris Imadi semakin teruk sejak seminggu lalu apabila kemaluannya membengkak dan sakit sehingga tidak boleh langsung bersentuhan walaupun dengan kain.

Katanya, anaknya turut dibawa ke Hospital Besut dengan bantuan JPAM Besut untuk pemeriksaan dan rawatan, namun tidak menunjukkan perkembangan positif.

“Sekarang selera makannya kurang, sering muntah dan mengadu sakit. Selain saya, kakak dan ibu saudaranya juga sering membantu menguruskan dia seperti makan dan membersihkan najisnya,” katanya.

Selain menjaga Faris Imadi yang sakit, Shafiee juga perlu menjaga seorang anak OKU dan seorang lagi mempunyai masalah kesihatan.

Anak keduanya, Shamrizan, 20 menghidap masalah mental dan sawan, manakala anak ketiganya Nur Izzah, 18 mengalami masalah bengkak pada anggota badan seperti Faris Imadi tetapi dia masih mampu berjalan dan melakukan aktiviti ringan.

“Tiga lagi anak saya normal termasuk dua yang masih bersekolah iaitu Amirul Izzat, 12 dan Afif Syakirin, 17 manakala anak sulung saya, Nur Idayu, 23, sudah berumah tangga,” katanya yang memperoleh bantuan JKM untuk Faris Ismadi dan dia sendiri berjumlah RM750 sebulan.

Shafie berkata, Faris Imadi amat memerlukan tilam angin kerana keadaannya yang tidak selesa berada di atas tilam biasa selain untuk mengelakkan bau kurang menyenangkan.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Kubang Depu, Mohd Fakaru Azhar berkata, beliau telah melawat keluarga terbabit dan amat bersimpati terhadap nasib mereka.

Katanya, dia telah memaklumkan keperluan Faris Imadi yang amat memerlukan tilam angin dengan segera kepada e-Kasih dan sekarang menunggu keputusan daripada pihak terbabit.


 Sinar Harian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments