Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Seperti yang kita ketahui yang memakan makanan segera atau makanan proses adalah tidak elok dan sebenarnya merbahaya untuk diamalkan kepada semua peringkat umur.

Sudah terlalu banyak kempen dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan berkaitan pengambilan makanan-makanan ini yang diketahui memudaratkan, namun dilihat kempen ini kurang mendapat perhatian masyarakat yang terus mengamalkan pengambilannya.

Dikongsikan oleh seorang ibu bernama Puan Faridatul Azna di mana boleh dijadikan iktibar kepada kita diluar sana.

Beliau telah memuatnaik satu pos menceritakan anaknya telah mengalami masalah usus yang agak teruk gara-gara terlalu banyak memakan makanan proses dan makanan segera.

Jom kita baca.

Wednesday, 28 September 2016

Akibat terlalu banyak processed food

Posting ni panjang sikit, tapi penting untuk ibu-ibu baca dan ambil tahu.

Simptom atau tanda

Anak saya Zaim, sejak bulan Disember 2015 mengalami sakit perut yang agak kronik, yang macam diarhea, menyebabkan dia asyik ke toilet setiap kali lepas makan, dan tergolek2 kejang perut dan pedih di belah kanan.

Saya rasa kami ni setiap 2 minggu akan ke klinik untuk minta ubat.

Bila teruk sangat, saya bawak ke ER Tropicana Hospital, dan doctor pun buatlah test MRI dan sebagainya. Suspek utama, appendicitis, so buatlah surgery buang appendiks, walaupun masa doctor tunjukkan appendix yang kena buang tu nampak kosong je, macam takda apa2. Takpa laa, dia doktor, mesti dia pandai. Dah anak saya takda appendix.

Tapi tak habis kat situ, sekali sekala dia masih jugak sakit begitu, walapupun saya dah masak dirumah.

Baru-baru ini, dalam bulan Ogos, anak bujang saya mengalami sakit perut yang macam diarrhea, yang mengakibatkan dia perlu ke tandas setiap 5 min, dan duduk dalam tu sampai setengah jam atau empat, lima minit. Paling teruk ialah sampai 20 kali sehari, sampai saya tak jumpa muka dia sangat sebab asyik duduk dalam toilet.

Masa tu baru lepas birthday dia yang ke 14 tahun. Masa ni dia ok, macam biasa. Hari Sabtu tu, waktu kami singgah di Petronas, dia dan neneknya turun beli M*** dalam kotak dan kek coklat kecil brand *********a. Diorang makan je la macam biasa, walaupun maknya ni membebel sebab kurang gemar dia makan benda2 macam tu.

Malam tu dia sakit perut teruk. Esok bawak pi klinik, doktor just bagi ubat diarhea dan tahan sakit tapi takda effect. So saya google sakit apa yang berkaitan dengan usus dan apa pakar yang patut saya bawak dia.

Hari Selasa saya bawak dia jumpa pakar Gastroenteritis, iaitu pakar usus dan gastritis. Immediately doctor schedule kan scope untuk dia, melalui mulut dan belah bawah pada keeseokan harinya.

Doktor juga suggest buat blood test to rule out sebarang jangkitan kuman atau bakteria.

Getting ready for the scope procedure

Saya ni dah risau, sebab takutkan penyakit IBS seperti Crohn's Disease atau Colitis, sejenis penyakit autoimmune system, yang tiada ubatnya.

Apa penyakitnya?



Semasa scope ini yang kita jumpa.



Ini gambar dalam usus kecil dia. Sepatutnya dinding usus kecil ni licin dan bersih macam belah atas, tapi usus kecil Zaim ni ada banyak dinding sel yang bengkak, dan ada yang dah agak teruk sampai warna gelap. Gambar ni dah dibesarkan beribu kali.

Inilah yang dipanggil Irritable Bowel Syndrom (IBS), yang sangat menyakitkan bagi yang terkena. Dan sebenarnya ramai yang kena tapi tak tau apa jenis penyakitnya. Baru2 ini ada rakan yang suaminya ada simptom yang sama, doktor suruh potong bahagian usus yang terkena. 

Aduh sakitnya, saya yang masuk sekali tengok proses scope ni, Allah saja yang tahu hati saya. Sedih dan rasa bersalah yang amat sangat.

Sedih sebab dia terpaksa go thru procedure yang menyakitkan ini, walaupun doktor biuskan dia, tapi kesian saya tengok dia.

Rasa bersalah sebab, mungkinkah saya sebagai Ibu telah gagal menjalankan tanggungjawab menjaga pemakanan anak sendiri.

Selesai procedure, kami pulang. Doktor beri 3 jenis antibiotik yang kuat dosagenya, dan pesan supaya saya elakkan beri Zaim makan, dairy produk, segala jenis daging, teh, kopi, dan semua minuman yang tinggi gula dan berproses, semua jenis makanan pedas, dan makanan ringan. Semua tak boleh.

Malam tu saya menangis sedih seusai solat dan saya minta maaf pada Zaim kerana tidak betul2 menjaga makan minumnya. Saya insaf sangat, dan berazam untuk menggali lebih banyak ilmu tentang pemakanan yang betul.

Tindakan seterusnya

Balik tu, selepas tenangkan diri, saya google lagi tentang kemungkinan penyakit yang berkenaan usus, Dan saya hubungi rakan saya, seorang pakar pemakanan.

Katanya, bertenang. Sekarang apa yang penting kita kena turunkan bengkak pada ususnya. You google apa jenis Anti Radang (Anti Inflamatory) food yang boleh you beri pada dia.

So saya google dan tengok apa yang ada dalam dapur saya. Yang paling cepat dapat ialah kunyit.
Saya bancuh air kunyit letak brown sugar sikit dan suruh dia minum. Budak baik ni terus minum walaupun ada sikit hokhek. Esoknya suruh dia makan kunyit hidup yang dihiris2 jadii ulam dengan nasi. Saya juga pergi cari Turmeric Pill kat farmasi untuk dia. Saya beli juga buah Blueberries yang masyaAllah lah masamnya untuk dia makan.

Saya buat catatan kekerapan dia ke tandas semasa makan makanan ni.

Alhamdulillah, 3 hari kemudian, dari 20 kali sehari ke tandas, turun ke 3-4 kali sehari. Bengkak dalam ususnya dah kurang.

Saya juga masak masakan jenis air, semuanya saya letak kunyit..hahaha..kesian orang lain yang takda kena mengena. Saya buat ikan masak singgang, sayur bayam masak air, letak kunyit, ikan saya gorengkan saja, no sambal belacan whatsoever.

3 minggu dia tak ke sekolah. Sebab makanan disekolah tak sesuai dengan perut sensitif dia dan ditakuti cikgu tak percaya kalau dia kerap ke tandas nanti. Kami tulis surat minta cuti sampai dia betul2 sihat.

Oh ya, antibiotik tadi saya langsung tak bagi, hanya sekali, tu pun Zaim keluarkan balik dalam toilet lepas makan.

Result

Minggu depannya kami dapat result blood test dan scope Zaim.

Syukur alhamdulilah, tiada autoimmune system disease whatsoever. No kuman no bakteria. doktor suspek too much processed food.

Too much fastfood, pizza la apa la, too much spicy food, him being anak orang Negeri Sembilan, too much of the junkfood like roti-roti dan sponge cake ******** yang high in processed sugar dan gluten dan food additives dan coloring, too much dairy food yang high in additives dan processed drinks.

Dia ni suka sangat minum air I** ***** **a dalam botol, M*** dan sebagainya.

Dilarang taknak dengar. Bila maknya takda, dipujuk ayahnya belikan.

Hasil blood test menunjukkan uric acid dia agak tinggi dan perlu dikawal, untuk mengelakkan gout. So daging dan semua yang berkaitan perlu dikurangkan, banyak.

Saya dulu terlampau sibuk di tempat kerja. Balik lambat, bila dah lambat, masa bila nak memasak. So memang makan luar selalu.

Conclusion nya

Sekarang, semua benda tak boleh beli. Makan saja apa yang saya masak. Roti pun makan hanya yang saya buat.

Sekarang dia dah kembali sihat sepenuhnya, tapi corak pemakanan dan jenis makanan kami sekeluarga berubah 360 darjah.

So, I'm making it my life mission now to educate myself, and mothers out there tentang pentingnya kita ambil tahu apa yang kita beri anak2 kita makan, begitu juga ahli keluarga lain.

Saya akan sharekan apa yang saya tahu tentang gluten, processed sugars dan sebagainya, insyaallah.
Jadikan cerita saya iktibar, semoga anak2 kita sihat2 selalu, berkat ibunya mengambil berat.

Love,
Farida

Nota:

Saya nak betulkan sedikit persepsi beberapa pembaca yang mengatakan saya tidak memberikan antbiotik kepada Zaim. Doctor beri 3 jenis antibiotik untuk dihabiskan dalam masa 15 hari.

Bila balik rumah, malam tu cuba beri dia makan nasi lembik dengan sup supaya dia boleh makan ubat. Habis je suap nasi, dia makan ketiga-tiga ubat tersebut dan lari pergi toilet lagi. duduk dalam tu 1/2 jam, keluar 5 min, dan lari balik sampai tengah malam. Dia dah lembik dah masa tu. And continue macam tu sampai esok dan lusa, walaupun kekerapan kurang, tapi lama duduk dalam toilet tu.

Saya ni ibu. Bila pandang anak macam tu kita rasa apa? Saya tahu kesan antibiotik ke atas perut kosong. Pangkal perut dia ada luka juga, so perut dia akan bertambah pedih kalau saya paksa dia makan antibiotik.

Saya rujuk pada rakan saya Dr Safiza, seorang Pakar Pemakanan yang mempunyai PHD dalam bidang dia ni. Katanya saya perlu turunkan radang dahulu.

Bila saya cari, saya jumpa kunyit as anti-radang yang paling senang didapati. Kat rumah saya berlambak kunyit. And after 3 hari dia beransur pulih.

Sebab itu saya tak berikan antibiotik lagi, sebab bengkak dia bukan disebabkan oleh virus atau bakteria. Antibiotik adalah untuk jangkitan virus kan? Bukan bengkak.

Janganlah suka2 pass komen kata saya itu ini. Tak kena pada korang, memang korang tak tau sakit dia.


SUASANA di luar bangunan Bursa Malaysia di Kuala Lumpur huru-hara apabila orang ramai digemparkan dengan panggilan dipercayai ancaman bom yang diterima agensi tersebut.

Orang ramai yang berada di dalam bangunan berkenaan di Bukit Kewangan dekat Jalan Raja Chulan juga telah diarahkan keluar oleh pihak berkuasa untuk tujuan keselamatan.
Manakala, media tempatan dimaklumkan bahawa jalan-jalan di sekitar bangunan 15 tingkat berkenaan turut telah ditutup oleh pihak berkuasa.
Sementara, pihak polis pula sedang mengawal ketat kawasan di sekitar bangunan Bursa Malaysia.
Skuad pemusnah bom dan pasukan anjing pengesan K9 dilihat telah tiba di lokasi kejadian.
Menurut satu sumber kepada laman Facebook Sini Laken, panggilan ancaman itu diterima kira-kira pukul 1 petang Jumaat.


Dalam panggilan ancaman tersebut, suspek mendakwa mahu meletupkan bom selepas solat Jumaat.
Sehingga kini, masih belum lagi ada kenyataan rasmi daripada pihak polis mengenai situasi sebenar.
Difahamkan, pihak polis kini sedang mengesan mana-mana individu yang mencurigakan di kawasan berdekatan bangunan itu.
Polis bagaimanapun mengesahkan bangunan itu selamat dan semua petugas Bursa Malaysia dibenarkan kembali pukul 3.25 petang. – MYNEWSHUB.CC


KEHEBATAN seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun memenangi Kejohanan Muaythai Remaja Dunia sememangnya satu kejayaan manis buat negara apabila menjuarai sukan yang didominasi negara jiran, Thailand.

Nur Amisha Azril Rizal menjuarai kejohanan yang diadakan di Bangkok, Thailand selepas menewaskan petinju tuan rumah, Phin Pong Ratchada menerusi keputusan knock-out (KO) pada pusingan kedua kategori 54 hingga 57 kilogram.
Kemenangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Ipoh, Perak ini turut diraikan bersama-sama dengan rakan sekolah dan guru di sekolahnya hari ini.

Beberapa keping gambar Nur Amisha diraikan dengan berarak di dalam kereta bersama pelajar sekolah ini dimuat naik Facebook Malaysia Football Team hari ini.
Netizen turut mengucapkan tahniah kepada Amisha dan terkejut dengan penampilannya di sekolah yang tampak baik dan ayu. Namun di sebalik keayuan itu, ada sifat juang dalam diri anak kelahiran Perak ini.
Sumbangan pingat emas Nur Amisah dalam kejohanan ini turut mendapat saranan daripada netizen untuk dilantik sebagai pengawas dan biro disiplin sekolah supaya tiada lagi masalah disiplin di kalangan pelajar.
Nur Amisha mula mendapat latihan muaythai seawal usia tujuh tahun ini aktif dengan Persatuan Muaythai Malaysia dan Persatuan Muaythai Amatur Perak. – MYNEWSHUB.CC

PUTRAJAYA – Seorang wanita berusia 27 tahun dari Taman Desa Harmoni, Johor Bahru menjadi mangsa pertama disahkan dijangkiti virus Zika melibatkan wanita mengandung, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata wanita yang mengandung tiga atau empat bulan itu telah datang mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di Johor semalam selepas mula mendapat gejala ruam, sakit badan dan demam.
Katanya wanita itu kini dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya termasuk kaunseling oleh doktor pakar perbidanan.

“Wanita itu menunjukkan simptom terlebih dahulu daripada suaminya yang bekerja di Singapura. Kementerian Kesihatan masih sedang menunggu keputusan ujian untuk mengetahui sama ada suami wanita itu turut dijangkiti Zika.
“Wanita itu diuji sebab menunjukkan simptom dan didapati positif Zika.
Namun kita masih menyiasat sama ada wanita itu dijangkiti disebabkan gigitan nyamuk atau melalui hubungan kelamin,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Wanita mengandung itu merupakan kes ketiga yang direkodkan di Malaysia, selepas kes pertama yang dilaporkan merupakan kes import dari Singapura melibatkan seorang wanita berumur 58 tahun dari Klang, Selangor manakala kes kedua merupakan kes jangkitan tempatan di Sabah.
Menurut Dr Subramaniam, hasil siasatan pihaknya mendapati kali terakhir wanita mengandung itu melawat Singapura adalah enam bulan yang lalu tetapi suaminya berulang-alik setiap hari untuk bekerja di Geylang.
Justeru, katanya kawalan vektor telah dibuat dengan serta-merta di Johor Bahru termasuk kawasan rumah kediaman wanita itu dan sehingga kini, 400 buah
rumah diperiksa dan 450 premis disembur serta diambil tindakan sewajarnya.

Ditanya sama ada wanita berkenaan dibenarkan untuk menggugurkan anak yang dikandung itu, Dr Subramaniam berkata: “Kita membenarkan pengguguran terapeutik perubatan sekiranya nyawa ibu berkenaan terancam hasil kandungannya. Sekiranya tidak, polisi semasa kementerian ialah tidak membenarkan ia dilakukan.”
Beliau turut menasihatkan wanita yang disahkan positif ujian Zika, agar mengelakkan daripada mengandung dan mengamalkan hubungan seks selamat sekurang-kurangnya lapan minggu dari tarikh disahkan positif.
Bagi lelaki yang disahkan positif pula, Dr Subramaniam meminta mereka mengamalkan hubungan seks selamat atau mengelakkan daripada hubungan itu selama enam bulan.
Selain itu, katanya pemantauan kementerian dari 1 hingga 6 September mendapati terdapat 30 kes yang mempunyai tanda-tanda Zika, namun pemeriksaan darah dan air kencing menunjukkan keputusan ujian yang negatif.
Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan akan terus menjalankan pemantauan untuk memastikan ancaman Zika dapat ditangani terutamanya mereka yang melalui pintu masuk antarabangsa.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam memaklumkan mesyuarat jemaah menteri hari ini memutuskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan satu Jawatankuasa Majlis Kebersihan Persekitaran dalam masa terdekat.
Katanya jawatankuasa itu akan berjumpa dengan semua agensi kerajaan berkaitan untuk menyelaras aktiviti-aktiviti kawalan vektor dalam usaha membasmikan pembiakan nyamuk Aedes bagi menangani penularan virus Zika. -MYNEWSHUB.CC


RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah merafak ucapan tahniah kepada ayahandanya, Sultan Sharafuddin Idris Shah atas pernikahan baginda pada 31 Ogos lalu.

“Beta amat mengagumi lelaki yang dipanggil Ayahanda ini,” tulis Tengku Amir di dalam sebuah gambar yang dimuat naik di menerusi akaun Instagram peribadinya.

“Beta akan sentiasa menyokong dan berdiri di belakang ayahanda sebagai pahlawan, beta akan sentiasa berbangga menjadi putera ayahanda.
“Alhamdulillah, dan tahniah Ayahanda! Beta amat bersukacita dengan keputusan ayahanda.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bernikah dengan pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman pada Rabu lalu.
Dalam pada itu, Tengku Amir, 25; yang dilahirkan di Amerika Syarikat berkata hubungannya dengan ayahandanya sama seperti “ayah dan anak lelaki yang lain.”

“Baginda telah memberikan kehidupan kepada beta, berkorban untuk beta, membesarkan beta menjadi seorang lelaki, membimbing beta semasa beta berduka dan menjadi contoh terbaik untuk beta dalam menjadi seorang pemimpin yang baik.
“Seorang lelaki yang tegas, seorang pejuang yang berani, Sultan yang arif dan baik hati serta dikasihi oleh rakyat jelata,” tambah Tengku Amir lagi.
Pasangan ini dinikahkan oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Seri Haji Mohd. Tamyes di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Menurut Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato Haji Mahamad Munir dalam satu kenyataan, majlis pernikahan Diraja ini diadakan secara sederhana dan ringkas atas titah baginda.
Norashikin sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang juruterbang Etihad Airlines bernama Mustapha Kamal dan mempunyai dua orang zuriat, iaitu sepasang lelaki dan perempuan. – MYNEWSHUB.CC


KOTA BHARU, 2 Sept: Pihak polis pada Khamis menafikan satu video viral yang kononnya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang angkasa Kuala Krai yang viral di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Abdullah Roning, pihaknya tidak menerima sebarang laporan dari penduduk kawasan itu berhubung kejadian.

"Video itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui sebabnya," kata beliau sebagaimana lapor Bernama.

Difahamkan juga, video itu turut mengaitkan maklumat itu kononnya dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan meletakkan perkataan "BERNAMA".
Rakaman CCTV


KUALA TERENGGANU, 24 Ogos : Seorang murid perempuan Tahun dua di sebuah sekolah di Dungun dipercayai dicabul dalam stor sekolah tersebut kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 tengah hari itu, murid tersebut yang menunggu untuk memasuki kelas Fardu Ain itu didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ,Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, lelaki itu meminta mangsa mengikutnya ke stor dengan mendakwa seorang murid terkurung di dalam stor tersebut.

Tambah beliau lagi, mangsa yang berusia lapan tahun yang tidak mengesyaki apa-apa itu mengikut lelaki terbabit.

Bagaimanapun, sebaik tiba di stor berkenaan, suspek mengajak mangsa masuk ke dalam stor, namun ditolak mangsa.

"Oleh kerana mangsa enggan mengikut kehendaknya, suspek kemudian bertindak mendukung mangsa masuk ke dalam stor.

"Mangsa kemudian menjerit menyebabkan suspek panik lalu melepaskan mangsa sebelum melarikan diri dengan memanjat tembok sekolah," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Wan Abd Aziz juga, rakaman CCTV berjaya merakam identiti suspek dan polis kini dalam proses memburu lelaki tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan turut menafikan kes berkenaan yang menjadi viral di laman sosial adalah kes culik, sebaliknya ia adalah kes serangan seksual.

Sumber : BH Online


KEBIASAANNYA, pihak polis akan menahan dan menangkap individu yang hanya melakukan kesalahan, namun berbeza pula dengan adiwira ‘Hollywood’ ini iaitu Spiderman.

Gambar individu berkenaan memakai kostum Spiderman dimuat naik di laman Facebook Friends of PDRM, bersama dua anggota polis yang menahannya ketika menunggang di sebuah lebuhraya di George Town, Pulau Pinang.
Seorang individu lelaki yang dikenali sebagai Ambro, 28; yang memakai kostum Spiderman cuak dan terkejut apabila dua orang anggota polis menahannya.
Menurut ‘Spiderman’, kostum itu dibeli dengan harga RM300 sebenarnya untuk menghadiri majlis makan malam tahunan di tempat kerjanya.
Dia yang pada mulanya terkejut kerana ditahan dua anggota polis itu kemudiannya menganggap insiden itu sesuatu yang melucukan apabila kedua-dua anggota polis terbabit meminta untuk bergambar dengannya sebelum ‘dilepaskan’.

Gambar itu mendapat perhatian netizen dan menjadi viral dengan lebih 1,800 tanda ‘like‘ dan hampir 70 perkongsian pada Ahad lalu.
Rata-rata netizen memuji tindakan ‘Spiderman’ yang berani memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis berkenaan untuk melakukan pemeriksaan keatasnya. -MYNEWSHUB.CC
Sumber: mstar online


LARUT, 17 Ogos: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disaran agar memberhentikan penjualan topi keledar separuh atau topi keledar kura-kura kerana ia boleh membahayakan nyawa penumpang motosikal.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, pihaknya mendapati ramai penunggang motosikal yang gemar membeli topi keledar itu walaupun ia tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan.

"Selain daripada tindakan pihak berkenaan, orang ramai juga seharusnya mempunyai kesedaran dengan tidak membeli dan menggunakan topi keledar yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan," katanya sebagaimana lapor mStar Online.


Beliau berkata sedemikian selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Selama, dekat sini pada Selasa.

Sumber : mStar Online


Sebelum ini telah tersiar di laman sosial Facebook kisah seorang adik bernama Muhamad Irham Mohd Fadzil berumur 10 tahun di mana dia telah menolong ibu menjual pulut panggang di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa.

Kisahnya ini yang dimuatnaik oleh saudari Fuzianna Ibrahim yang turut dimuatnaik oleh kami telah mendapat perhatian ramai masyarakat yang ingin membantu beliau dan ibunya.

Ramai yang memberitahu jarang berjumpa dengan adik berkenaan selepas viral, mungkin kerana jualannya cepat habis, menyebabkan dia susah ditemui.


Memetik tulisan Harian Metro, adik ini dan ibunya, Rita Asri, 38, tinggal di Keramat dan telah ke stesen berkenaan untuk mencari rezeki sejak lima bulan lalu.

Mereka dikatakan akan membawa dua buah bakul berisi pulut panggang setiap hari kira-kira jam enam petang.


Adik Irham memberitahu yang dia menjual kuih berkenaan kerana kasihankan dengan ibunya yang mengalami kesempitan hidup.

“Saya selalu lihat emak menangis kerana rungsing ketiadaan wang untuk membayar sewa bilik RM350 sebulan dan lain-lain perbelanjaan," katanya.


Dua beranak ini juga telah berjaya dijejaki oleh pihak Baitulmal, hasil semakan Puan Rita merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Menurut Baitulmal lagi, mereka dikatakan tinggal menyewa sebuah bilik bersama empat orang anak yang lain di Lorong Keramat 3, Kg, Datuk Keramat.

"Beliau telah ditinggalkan suami sejak 2015 dan hanya berharap hasil jualan untuk menampung perbelanjaan harian mereka anak beranak."

"Pihak Baitulmal akan membantu sebaiknya untuk meringankan beban kewangan beliau dan anak-anak," jelas mereka lagi. - Siakapkeli.my


KUALA NERUS, 17 Ogos: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman mengarahkan Majlis Sukan Negeri (MSN) supaya menyiasaat dakwaan kerajaan negeri tidak meluluskan peruntukan untuk membeli basikal 'roadbike' seperti yang didakwa oleh pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang atau yang glamour dengan nama Rocketpocketman.

Menurut Razif, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kertas cadangan yang dihantar Azizul untuk membeli basikal sebagai persiapan ke Sukan Olimpik.

"Saya sendiri pun tidak tahu mengenai dakwaan pengurus Azizul ada menghantar surat dan kertas cadangan untuk pembelian basikal.

"Saya sendiri tidak kenal pengurus Azizul atau dihubungi olehnya," katanya hari ini.

Razif berkata sedemikian sebagai mengulas dakwaan Azizul yang secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, biarpun beliau tidak membantu persiapannya ke sukan Olimpik.

Selain itu, Razif turut berkata, Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat turut diminat menyiasat dakwaan Azizul itu.

"Jika benar dakwaan Azizul, kerajaan negeri memohon maaf tetapi kita juga sudah mengarahkan MSN dan EXCO terbabit melakukan siasatan secara terperinci," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius isu itu kerana sukan lumba basikal antara sukan teras negeri selain bola sepak, hoki dan kuda lasak.

"Kerajaan negeri akan menyediakan insentif atas kejayaan Azizul yang berjaya mengharumkan nama negeri di peringkat antarabangsa.

"Kita sedang membuat persiapan untuk menyambut Azizul sebagai wira dan namanya akan dicatatkan di Muzium Negeri," katanya.

Azizulhasni mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat gangsa dalam acara final Keirin malam tadi.


Sumber : BH Online



Senarai yang diumumkan menerusi laman web Top Universities pada hari ini, menyaksikan UM naik dua tangga dari kedudukan terdahulu apabila kini berada di tangga ke-27.
UPM turut mencatat prestasi memberansangkan apabila naik dari kedudukan 66 kepada 49.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula tersenarai di kedudukan 55 manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di tempat ke-63.
Dalam pada itu, kedudukan tertinggi dimiliki oleh National University of Singapore (NUS), manakala The University of Hong Kong berada di tangga ke-2, seterusnya Nanyang Technology University, Singaporeberada di kedudukan ke-3.
Senarai dikeluarkan QS World University Rankings pada tahun ini adalah berdasarkan 350 universiti terbaik di rantau Asia, pertambahan 50 universiti berbanding tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Perdana Menteri berkata pelancaran itu juga membuktikan kesungguhan kerajaan untuk mengembalikan kegemilangan Proton ke landasan kejayaan bagi menjana lebih banyak keuntungan dan memberi manfaat kepada negara.
Beliau berkata Proton boleh membuktikan bahawa ia merupakan penggiat yang serius dalam industri automotif, dan akan terus memain peranan utama dalam pembangunan bakat, vendor dan usahawan tempatan.
“Saya harap pelancaran Perdana baharu ini akan menjadi titik perubahan untuk Proton, dan akan membawa manfaat kepada ekonomi negara dan rakyat.
“Saya yakin Proton akan terus melakukan inovasi dan membuat penambahbaikan, menghasilkan kereta untuk rakyat Malaysia dan pelanggan di luar negara,” katanya pada pelancaran generasi keempat Proton Perdana di sini hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun berkata Proton tidak berada pada kedudukan seperti yang sepatutnya, kurang penyelidikan yang tepat dan keupayaan pembangunan selain skala pengeluaran yang diperlukan untuk kekal kompetitif.
“Ada masanya ada sifat angkuh – bahawa Proton boleh buat apa sahaja kerana kerajaan akan sentiasa menyokongnya. Dua kilang dibangunkan (Tanjong Malim dan Shah Alam), yang berkeupayaan mengeluarkan 400,000 unit setahun.
“Namun, tahun lepas Proton hanya menjual 102,000 kereta,” katanya dan menambah penguasaan dalam pasaran automotif negara hanya kira-kira 15 peratus berbanding 74 peratus semasa kemuncaknya pada 1993.
Setakat ini kata Najib kerajaan sudah menyalurkan geran hampir RM14 bilion, pelbagai bentuk bantuan dan cukai ke atas Proton sejak ditubuhkan pada 1993.
Pada April, beliau berkata kerajaan meluluskan pinjaman mudah RM1.5 bilion kepada Proton Holdings, tertakluk kepada beberapa syarat yang mesti dipenuhi oleh pembuat kereta nasional itu.
“Ini bukan penyelamat memandangkan pinjaman itu mempunyai syarat ketat. Namun, keperluan mendesak untuk suntikan tunai menunjukkan hakikat bahawa wujud kelemahan serius dalam struktur Proton,” katanya.
Najib berkata Proton berjaya atas bantuan besar kerajaan dan industri kereta nasional berkembang di bawah perlindungan, kuota ke atas saiz enjin dan rakyat Malaysia membayar duti import yang tinggi ke atas kereta asing.
Menerusi bantuan kerajaan, perdana menteri berkata Proton mesti memenuhi standard ketat pengurusan profesional untuk bergerak ke depan, dan memastikan syarikat itu mempunyai model kestabilan jangka panjang dan segera mengenal pasti rakan strategik asing.
“Pinjaman itu bukan cek kosong. Syarikat mesti membuktikannya, dalam pasaran domestik dan antarabangsa. Pada dasarnya Proton mesti membangunkan program eksport yang kukuh dan kurang bergantung kepada pembeli Malaysia,” katanya.
Najib berkata kerajaan mahu melihat Proton kembali berjaya dan atas sebab itu syarikat itu dibantu oleh Pasukan Petugas Khas yang baru dibentuk.
Pasukan petugas khas yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala, akan mengenal pasti rakan strategik asing dan memantau proses pemulihan Proton.
“Kita sudah belajar daripada pengalaman lepas Proton – oleh itu Pasukan Patugas tidak akan campur tangan dalam operasi harian syarikat,” katanya.
Najib juga berterima kasih kepada Proton dan pekerjanya atas usaha dan sumbangan mereka dalam sektor automotif.
“Saya yakin syarikat akan terus menambah baik dan melakukan inovasi bagi mengeluarkan kereta terbaik untuk pelanggan Malaysia dan luar negara.
Pelancaran Proton Perdana baharu hari ini wajar menjadi permulaan baharu dalam sejarah syarikat. Proton mesti menjual kereta yang memenuhi keperluan pelanggan,” katanya. – BERNAMA





TUMPAT – Tindakan dua beradik memancing duit derma daripada tabung Masjid Mukim Kubang Batang dekat sini semalam berakhir dengan kedua-duanya ditahan oleh anggota Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kubang Batang/Menjual.
Sebelum ditangkap pada pukul 2 pagi, anggota SRS yang melakukan rondaan ternampak kelibat dua lelaki memasuki pekarangan Masjid Mukim Kubang Batang.
Timbalan Ketua SRS, KRT Kubang Batang/Menjual, Kamaruzaman Musa berkata, sebaik melihat kelibat mencurigakan, beberapa anggotanya mengepung pekarangan masjid sebelum mengintai niat kedua-dua lelaki itu memasuki tempat ibadat pada waktu itu.
“Selepas menunggu beberapa ketika, anggota SRS yang memasuki ke dalam masjid secara perlahan-lahan melihat kedua-dua lelaki itu sedang leka memancing duit daripada tabung menggunakan dawai,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.



Kosmo Online

GUA MUSANG – Seorang pekerja ladang warga Indonesia berusia 36 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih sejam selepas kemaluannya dipotong sehingga putus oleh seorang gadis warga Thailand di kawasan kebun sawit Kampung Gua Air, Pos Pulat di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, lelaki yang dikenali sebagai Aznil mengalami pendarahan teruk pada bahagian kemaluannya sebelum menerima rawatan di Hospital Gua Musang.
Jarak Pos Pulat dan bandar Gua Musang sejauh 60 kilometer.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian berlaku selepas mangsa selesai sembahyang Maghrib di sebuah surau di Kampung Gua Air yang terletak lapan kilometer dari rumah kongsinya.
Katanya, sebelum kejadian mangsa telah menerima satu sistem pesanan ringkas (SMS) daripada gadis berusia 19 tahun yang mahu berjumpa dengannya di kebun pisang di belakang surau berkenaan.
“Sewaktu berjumpa dengan gadis itu, suspek telah menarik mangsa ke dalam kebun pisang dan perlahan-lahan menanggalkan seluar jean yang dipakai mangsa.
“Bagaimanapun, tiba-tiba mangsa merasa kesakitan sebelum menjerit sekuat hati apabila kemaluannya dipotong dengan objek tajam,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.



Kosmo Online
ANGGOTA polis yang cedera selepas dipukul 10 lelaki dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Sri Taming, Kajang. 


Kajang: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal parah dibelasah sekumpulan 10 lelaki selepas mangsa dikatakan menegur perbuatan mereka di persimpangan lampu isyarat Sri Taming, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 20 tahun bersama seorang lagi rakan dikatakan mengarahkan dua kereta iaitu Proton Waja dan Nissan Sentra dinaiki 10 lelaki berhenti di tepi jalan dipercayai untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, kumpulan suspek bertindak memukul mangsa secara beramai-ramai dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa mengarahkan kereta mereka berhenti  di tepi jalan.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, anggota polis terbabit turut disamun sebelum suspek melarikan diri.
“Dompet mangsa bersama telefon bimbit dilarikan suspek manakala rakan mangsa sempat melarikan diri untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Difahamkan anggota polis terbabit bertugas di Istana Melawati, Putrajaya.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh membantu polis dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Hmetro online