Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Penyanyi kelahiran Barbados yang terkenal dengan lagu Umbrella dan image seksi ini tampil bertudung ketika kunjungan nya di UAE selepas menjayakan sebuah konsert jelajah Diamonds di Afrika baru-baru ini .

Rihanna sempat berkongsi gambar nya bertudung di Sebuah Masjid di UAE dengan peminat di instagram milik nya.



Penampilan nya dengan sut dan tudung hitam sangat mengujakan peminat -peminat nya , sekurang-kurang nya beliau tahu menghormati sensitiviti sesebuah negara tersebut.

Erra Fazira nama yang tidak asing dalam industri muzik dan perfileman negara, minggu ini peminat-peminat Erra terkejut dengan perpisahan selebriti popular tersebut, yang mana Erra telah berpisah dengan suami nya, mugkin tiada jodoh antara mereka namun Erra terus tabah.

Malam ini Erra tampil romantis dengan Hero kacak  Awie mereka berdua bermesra bersama sambil bermanja dengan menyanyi lagu yang sangat merdu, meluahkan isi hati masing-masing.

Namun adengan ini bukan lah mereka ini bercinta ini hanya lah babak dalam Anugerah Drama Festival yang sedang berlangsung di TV3, Anugerah yang memberi pengiktirifan kepada pelakon-pelakon drama yang disiarkan di TV3




Bersempena dengan Anugerah Drama Festival Kl yang berlangsung malam ini, ramai selebriti tempatan hadir dengan penuh berseri menggayakan busana mewah rekaan pereka fesyen terkenal.
Terdapat ramai nama-nama besar yang memukau di karpet merah sebentar tadi bersesuaian dengan tema Black & Gold Glamour anjuran penganjur.
Namun apa yang lebih menarik perhatian OHBULAN! ialah pelakon jelita, Erra Fazira membuat kemunculan pertama kali di majlis anugerah selepas melalui tempoh perceraian beberapa hari lepas.
Ohbulan.com


































Bagi anda yang meminati perkara-perkara mistik dan seram, pastinya anda mengetahui apakah itu papan ouija.

Papan ouija dikatakan boleh memanggil roh orang yang sudah meninggal dunia dan berinteraksi dengannya menerusi huruf-huruf yang terdapat dalam papan tersebut.

Daripada video yang ingin kami kongsikan ini, dapat dilihat sebuah teddy bear berwarna putih yang diletakkan di atas almari kelihatan bergerak secara tiba-tiba semasa tiga sekawan ini sedang bermain ritual papan ouija tersebut.

Pada mulanya mereka tidak menyedari kejadian itu, namun apabila seorang daripada lelaki itu menyedari pergerakan teddy bear terbabit, mereka terus berhenti bermain dan mula memeriksa patung beruang itu.

Selepas itu, mereka bertiga menyambung kembali aktiviti yang tergendala dan tidak semena-mena ketiga-ketiga mereka terus bertempiaran lari apabila teddy bear itu sekali lagi bergerak secara tiba-tiba.




KUALA TERENGGANU - Pihak sekolah perlu memainkan peranan dalam memberi pendedahan awal mengenai kepentingan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) yang menjadi antara syarat terhadap kursus yang ditawarkan di peringkat universiti.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, ia kerana kebanyakan pelajar tidak menganggap peperiksaan itu sebagai antara peperiksaan penting, sedangkan ia termasuk dalam syarat wajib lulus sekurang-kurangnya band 3 sekiranya ingin menamatkan pengajian di universiti.

“Berdasarkan pemerhatian, penguasaan Bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan pelajar terutama di negeri ini masih lemah. Mungkin disebabkan banyak faktor antaranya tidak membiasakan bertutur dalam BI, malu dan peluang untuk bertutur dalam kalangan masyarakat agak kurang atas faktor budaya.

“Jadi, sebolehnya kita mahu pelajar ini didedahkan mengenai kepentingan MUET sejak awal supaya mereka dapat menguasai keempat-empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Bahasa Inggeris Intensif Pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PANT), kelmarin.

Beliau yang juga Pengerusi Panel Penasihat Pusat Bahasa Terengganu berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong sebarang usaha bagi meningkatkan tahap penguasaan BI dalam kalangan pelajar.

Sehubungan itu, katanya, pihak lain seperti sekolah, ibu bapa, masyarakat malah pengamal media juga perlu memainkan peranan memberi kesedaran terhadap pelajar mengenai kepentingan penguasaan BI untuk masa depan mereka.

“Kerajaan negeri telah merancang pelbagai agenda untuk membantu rakyat menguasai BI, misalnya melalui program Trenglish yang bakal diperkenalkan nanti. Ia menggunakan pendekatan untuk menambahkan minat belajar BI dalam kalangan pelajar selaras dengan keadaan semasa.

“BI sekarang tidak boleh dilihat lagi hanya untuk orang Inggeris, tetapi ia termasuk dalam gaya hidup dan menjadi bahasa pertuturan sejagat. Sebab itulah ia penting bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi turut diperlukan dalam sektor pekerjaan,” katanya.

Dunia akhir zaman, memang apa-apa sahaja boleh berlaku.
Seperti keinginan seorang jejaka dari Vietnam yang dikenali sebagai Bao Anh yang mahu menukarkan tubuh badan serta wajahnya persis gadis jelita.
Transformasi yang dilakukannya bermula sejak dua tahun lalu nampaknya mula menampakkan hasilnya.
Tengoklah, dari wajah berbentuk bulat kini sudah bujur sireh.
Tapi memang tak dinafikan hasil transformasinya kelihatan cantik jika dibandingkan dengan ‘ladyboy’ lain yang pernah kita lihat sebelum ini kan.