Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Remaja Melayu 16 Tahun Ditahan Minum Arak
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


ROMPIN – Tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun dicekup penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Rompin dipercayai sedang meminum arak di kawasan letak kereta baharu Pantai Hiburan, di sini kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
Kadi Daerah Rompin, Adnan Mamat berkata, penahanan tersebut hasil rondaan berkala di sekitar bandar Kuala Rompin yang dilakukan anggota penguatkuasa Paid Rompin.
Menurutnya, rondaan berkala membabitkan tujuh penguatkuasa itu telah pun melalui kawasan berkenaan tetapi ketika itu tidak ada sesiapa berada di kawasan parkir berkenaan.
“Mereka kemudian meronda ke kawasan berhampiran dan ketika berpatah balik di laluan yang sama, mereka terlihat sebuah kereta memasuki kawasan parkir dan intipan dibuat kerana curiga dengan tindak tanduk individu berkenaan,” katanya.
Adnan berkata, serbuan mendapati mereka sedang minum minuman keras di kawasan terbabit.
“Mereka dibebaskan dengan bon jaminan penguatkuasa,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 atas kesalahan minum minuman yang memabukkan.
Dalam pada itu, Adnan menyeru masyarakat Rompin tampil bekerjasama dengan Paid Rompin bagi membanteras kegiatan tidak bermoral yang semakin meruncing. – Sinar Harian Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments