Mangsa, N Vaniswari, 35, berkata, dia diseret keluar dari rumahnya dan dipukul menggunakan wayar kabel dan rotan selain alat sulit diraba.
Menurutnya, hampir empat jam dia ditahan sekumpulan lelaki berkenaan selepas dituduh bersubahat melakukan kes pecah masuk rumah jiran beberapa hari sebelumnya.
“Mereka paksa saya mengaku melakukan kegiatan itu walaupun berulang kali menafikannya. Saya tak pasti sebab apa mereka tuduh saya berbuat demikian.
“Saya turut diminta menyediakan RM11,000 sebagai ganti rugi dan diugut bunuh jika buat laporan polis,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, sejurus dilepaskan, dia segera membuat laporan polis di Ipoh dan ditahan sehari dalam wad kecemasan untuk pemeriksaan.
“Bimbang dicederakan, saya dengan bantuan beberapa NGO tinggalkan rumah dan pergi ke Kuala Lumpur untuk tujuan perlindungan.
“Nama beberapa individu yang menyerang saya telah dimasukkan dalam laporan polis dan berharap siasatan serta tangkapan dapat dilakukan kerana ia meninggalkan kesan trauma dalam diri saya,” katanya.
No comments
Post a Comment