Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


AMBOI, dah cantik bertudung litup tetapi sayang, terpapar sesuatu objek di bahagian lidah salah seorang gadis dalam gambar di atas….. lihat betul-betul…. apa lagi kalau bukan bertindik.
Buat pengetahuan anda, bertindik di bahagian lidah ini adalah suatu yang amat menyakitkan.
Individu yang menindik di bahagian lidah ini akan berlapar dalam satu tempoh masa demi mempercepatkan sembuh luka akibat organ berkenaan ditebuk.
Inilah padah kerana inginkan sesuatu yang cantik dan tampak lain daripada lain.


RENTETAN daripada pendedahan berani mati seorang pelacur kelas atasan tentang salah seorang pelanggannya, Datuk Y yang liat nak bayar hutang, kini wanita tersebut, Zara XXX mengambil tindakan lebih ekstrem apabila mengugut untuk menyebarkan foto bogel individu tersebut pula!
Menerusi statusnya di laman sosial, si pelacur berkenaan memberitahu bahawa emelnya dipenuhi dengan mesej daripada pelbagai pihak setelah dia bertindak mendedahkan isu tentang dirinya dilanggan Datuk Y beberapa hari lalu.
Lantas itu, dia meminta pendapat sama ada dia perlu meletakkan gambar bogel individu berkenaan di ruang media sosialnya untuk ditatap dan dijadikan bukti bahawa dia bukan sekadar beromong kosong.
“Rasa2 nya perlu tak saya letakkan GAMBAR BOGEL dia kat sini semasa di ROYAL BINTANG.
“Serta gambar DIA dan KAWAN DIA bermalam di rumah I April yang lepas.”

Yang jelas, Zara XXX mengambil pendekatan melondehkan segala aib antaranya selaku pekerja seks dengan si Datuk berkenaan sebagai pelanggan bagi menuntut hutang yang didakwa masih belum dibayar individu itu.
Sensasi antara Zara dan Datuk Y bermula beberapa hari lalu apabila dia mendedahkan identiti seorang pelanggan yang bergelar Ustaz dan lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir kerana tak berpuas hati apabila individu berkenaan masih berhutang RM3,000 dengannya.
Tak terhenti di situ, dia kemudiannya bertindak mendedahkan rupa paras Datuk yang jadi pelanggannya untuk tatapan seluruh Malaysia. Bukan itu saja, nombor telefon dan nombor plat kereta individu tersebut turut disebarkan di ruangan sama.
Gilalah! Kes ini menunjukkan Zara XXX sememangnya langsung tak tahu malu hingga sanggup mendedahkan setiap inci informasi bagi memalukan pelanggannya demi mendapatkan hutang tertunggak.
Buat mana-mana Datuk mahupun sesiapa sahaja pelanggan seks yang suka benar berzina, jadikan pengajaran bagaimana ‘hobi’ ini boleh memakan diri dan merosakkan reputasi anda. 

Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya empat cedera termasuk petugas media dari China Press dan Sin Chew Daily dalam rusuhan membabitkan lebih 100 individu di depan Plaza Low Yat, sebentar tadi. 

Insiden kira-kira 12 malam itu dipercayai bermula apabila peserta perhimpunan bantahan aman tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pasukan polis dalam perbincangan. Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal keadaan itu dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang tiba jam 1 pagi dan susulan itu beberapa individu ditahan dan dibawa menaiki kereta peronda (MPV).

Wartawan Harian Metro, Shahrul Redzuan Zulkifli berjaya merakam sedikit kekecohan yang berlaku kira-kira 12 malam tadi.

Sebelum ini, polis sudah memberi penjelasan dan tindakan yang dilakukan susulan isu pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di Plaza Low Yat malam semalam, kepada beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang datang membuat bantahan aman pada 6.30 petang tadi.



Tallahassee: Seorang wanita terkejut selepas doktor mengeluarkan peluru pada kakinya, lima hari selepas dia ditembak. Heather Charlebois yang tidak menyedari dia ditembak pergi ke hospital selepas merasa sakit di kaki. Selepas membuat pemeriksaan, Heather terkejut apabila doktor menemui peluru bersaiz 0.38 milimeter pada kakinya.

Heather memberitahu ketika kejadian dia minum di sebuah kafe pada 4 Julai lalu untuk menyambut Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat. Katanya, ketika berada di kafe itu, kakinya tiba-tiba sakit tetapi menyangka ia berpunca daripada percikan bunga api.
Sebaik pulang ke rumah dia dapati luka yang dialaminya tidak serius dan hanya berdarah sedikit. Bagaimanapun, selepas beberapa hari kakinya mula sakit dan dia mengambil keputusan mendapatkan wawatan di hospital.

Sementara itu, polis berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tembakan di lokasi berkenaan. Polis percaya peluru itu mungkin ditembak ke udara dari jarak jauh sebelum jatuh dan terkena kaki Heather. - Agensi