Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Siapa masih ingat kes pembunuhan seorang paragawati terkenal, Noritta Samsuddin di sebuah kondominium mewah di kuala lumpur?

Meskipun kejadian itu sudah 10 tahun berlalu namun masih terus diingati orang ramai sehingga hari ini. Menurut cerita penduduk kampung, roh hantu Noritta yang mati dibunuh di atas katilnya pada bulan Disember 2003 didakwa berkeliaran di tanah perkuburan jejawi, perlis.

Akibatnya ramai peniaga takut untuk berniaga hingga lewat malam, manakala pekerja-pekerja kilang takut untuk pergi kerja atau pulang dari kerja pada lewat malam atau lewat pagi. Ini disebabkan mereka akan terserampak dengan hantu Noritta samada di perhentian bas atau tempat menunggu van kilang mereka.

Lagi menarik, gerai burger juga hanya berniaga siang kerana takut hantu tersebut ingin membeli burger. Difahamkan, kuku Norita dicabut semasa jenazah dimandikan dan ini menyebabkan hantu berkenaan mencari kukunya di waktu malam.

Selain itu, ada pendapat mengatakan Noritta memakai susuk hingga menyebabkan rohnya tidak tenteram dan keluar di waktu malam. Penduduk telah meminta kebenaran dari pihak polis untuk menggorek kubur mangsa bagi membuang susuk yang dipakainya.

Sewaktu menggali kubur itu pula timbul cerita lain yang mendakwa roh hantu Noritta pandai membuat panggilan telefon. Macam-macam versi cerita yang didengar namun semuanya hanya khabar angin yang seperti sengaja direka untuk menakutkan orang.


SHAH ALAM - Seorang pelajar kolej mengaku di Mahkamah Tinggi hari ini, mengikat kaki bapa pensyarah bahasa Inggerisnya, Omar Peter Abdullah, 56, sebelum mulut dan hidung ditekup dengan menggunakan kemeja T oleh tertuduh lain.
Fadhil Rushdan Rahman, 20, yang menjadi saksi pendakwaan memberitahu dia menggunakan tali dan memakai sarung tangan ketika melakukan perbuatan itu selepas diarahkan oleh tertuduh iaitu rakan baiknya, Mohamad Sharafe Mat Noh, 21, pada malam 9 Mac, dua tahun lalu.

Fadhil Rushdan memberitahu mahkamah dia melihat keadaan Omar Peter seperti meminta pertolongan sebelum badan pesara itu sejuk.

"Mat Rof (Mohamad Sharafe) yang memeriksa keadaan badan Omar Peter dan mendapati ia sejuk serta tidak bernafas," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin.

Pelajar jurusan Perbankan Islamic Kolej Antarabangsa Cybernatic Taman Maluri itu juga memberitahu, tertuduh Azizi Aizat Ibrahim, 22, atau dikenali sebagai Boy mengikat tangan lelaki itu dengan menggunakan tali.

"Tali dan sarung tangan itu diberikan oleh salah seorang tertuduh, tapi saya tidak mengingati siapa yang memberikannya," katanya.

Sebelum itu, dia dan empat tertuduh yang lain dijemput oleh pensyarahnya, Zara Eleena, 23 untuk menuju ke rumah wanita itu yang terletak di Kinrara, Puchong, Selangor.

Aidatul Azura      : Apa tujuan kamu ke sana?
Fadhil Rushdan   : Saya dan yang lain diajak oleh Mat Rof untuk mengubati Miss Zara ( Zara Eleena)
Aidatul Azura.     : Ada kamu dimaklumkan Miss Zara sakit apa?
Fadhil Rushdan.  : Tidak.
Aidatul Azura      : Setelah sampai, apa yang berlaku.
Fadhil Rushdan   : Kami iaitu saya, Mat Rof, Boy, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20,
                            atau Shah serta Miss Zara memasuki rumah itu dan nampak
                            bapanya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Aidatul Azura      : Selepas itu apa yang berlaku?
Fadhil Rushdan   : Lebih kurang lima minit selepas itu Zara dan Shah keluar untuk
                           mengambil Muhamad Safwan Muhamad, 20, yang dikenali
                           sebagai Chap dan ustaz di lapangan terbang.

Fadhil Rushdan memberitahu semasa ketiadaan Zara Eleena, mereka bertiga ke dapur selepas bapa pensyarah itu menyuruh mengambil air minuman di dapur.

Selepas keluar dari dapur, Fadhil Rushdan berkata, Boy ke tandas dan keluar dengan memakai sarung tangan serta menekup mulut Omar Peter sebelum lelaki itu ditarik ke dalam bilik hadapan.

"Mat Rof mengacukan pisau dan menekup mulut serta hidung Omar Peter dengan menggunakan kemeja T yang berada di dalam bilik berkenaan sementara saya dan Boy diarahkan untuk mengikat kaki serta tangan dengan menggunakan tali," katanya.

Dia memaklumkan lebih kurang 30 minit selepas itu, Zara Eleena sampai dan mahu berjumpa dengan ayahnya namun dihalang oleh Shah.

Fadhil Rushdan memberitahu, Dia terdengar bunyi tulang patah datang daripada bilik belakang yang mana Shah dan Zara Eleena berada.

"Boy memasuki bilik itu selepas Shah meminta tolong untuk menutup muka Miss Zara yang terbaring dengan menggunakan bantal.

"Ketika terbaring, saya nampak Miss Zara meronta-ronta sebelum tidak bergerak," katanya.

Ketika pemeriksaan balas peguam tertuduh pertama Shah, Afifuddin Ahmad Hafifi, dia berkata mengenali Zara Eleena sebagai pensyarah di kolejnya, Mat Rof sebagai rakan serumahnya manakala tiga lagi tertuduh sebagai kenalan biasa.

Selain itu, ketika sesi pemeriksaan balas itu juga, Fadhil Rushdan menafikan dia yang mencuri kad bank dan mengeluarkan wang milik Zara Eleena.

Afifuddin dalam soalannya berkata, sebenarnya Fadhil Rushdan yang merancang serta melakukan pembunuhan itu namun dinafikan.

"Saya tidak bersetuju," katanya.

Kesemua tertuduh yang juga pelajar kolej tersebut didakwa membunuh Zara Eleena di rumah nombor 28 Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, di antara jam 1.30 dan 2.30 pagi, 9 Mac 2012.

Mereka juga menghadapi tuduhan kedua, membunuh bapanya, pesara syarikat kewangan, Omar di tempat sama, antara jam 11.30 malam 8 Mac dan 1.30 pagi keesokannya.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok.

SH


Moscow: Kejadian amuk di sebuah sekolah di Moscow semalam tercetus apabila seorang pelajar tidak berpuas hati kerana mendapat markah rendah dalam peperiksaan.


Sumber berkata, Sergey Gordeev mengalami gangguan emosi selepas gagal memperoleh markah yang diharapkan baru-baru ini.

Katanya, Gordeev kemudian menyerbu bangunan sekolahnya dan melepaskan 11 das tembakan menyebabkan seorang guru dan anggota polis terbunuh. Gordeev turut menahan 20 pelajar lain selepas membunuh guru geografi, Andrey Kirillov, 37, yang memberikan markah rendah kepadanya.

Jurucakap polis berkata, Gordeev, 16, mengamuk dan berdepan dengan Kirillov menggunakan dua laras raifal milik bapanya.

Katanya, Gordeev menembak perut Kirillov dan memeriksa sama ada gurunya itu masih hidup atau tidak.

“Dia kemudian menembak kepala Kirillov,” katanya. Pelajar dikenali sebagai Ivan Fodokin, 17, berkata mereka terdengar seseorang menjerit mengarahkan pintu dibuka sebelum bunyi tembakan dilepaskan Gordeev akhirnya ditahan apabila bapanya yang memakai jaket kalis peluru berjaya memujuknya

KUANTAN - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh pembahagi jalan di Km67 Lebuh Raya Pantai Timur, Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong hari ini.
    
Ketua Polis Daerah Bentong Supritenden Mohamad Mansor Mohd Nor berkata mangsa yang dikenali sebagai Sulaiman Nordin, 56, mati di tempat kejadian dalam kemalangan pada jam 7.40 pagi.
    
"Mangsa yang berasal dari Kerinchi Pantai Dalam, Kuala Lumpur sebelum itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.
    
"(Di tempat kajian) motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan di sebelah kanan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
    
Beliau berkata akibat rempuhan itu mangsa tercampak di tengah jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
    
Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Daerah Bentong untuk dibedah siasat. - Bernama


SH


Tidak dinafikan bahawa bisnes makanan segera KFC adalah antara restoran francais paling terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. KFC memang terkenal, tapi tahukah anda kisah di sebalik kejayaan KFC?

Selama ini kita hanyalah tahu menikmati ayam goreng KFC itu tanpa mengetahui asal usulnya. Yang kita tahu ialah pengasasnya ialah seorang lelaki berambut putih, bermisai putih dan berjanggut putih, berkacamata, dan memakai bowtie hitam serta berpakaian sut putih.


Dalam entri ini, kami ingin berkongsi beberapa fakta sejarah KFC yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia.
Colonel Sanders

1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir pada 9 September 1890.

2. Pada tahun 1896, ketika berumur 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan Colonel mengambil alih tugas memasak untuk keluarganya manakala ibunya keluar bekerja.

3. Pada sekitar tahun 1930an, Colonel telah melakukan banyak jenis pekerjaan sebelum dia mula memasak untuk para pengembara yang kelaparan di pusat servisnya di Corbin, Kentucky, ketika berusia 40 tahun. Ayam gorengnya sangat bagus. Dia kemudiannya membuka satu restoran di sepanjang jalan Corbin.

4. Ketika berusia 50 tahun, Colonel menyempurnakan ayam Resipi Originalnya dengan menggunakan kombinasi 11 herba dan rempah ratus dan kemudian memasaknya dengan teknik pressure-cooked. Dia kemudiannya menerima pengiktirafan “Kentucky Colonel”.

5. Pada sekitar tahun 1950an, Colonel Sanders mengembara ke seluruh Amerika dan Canada dengan menggunakan kereta. Dia bergerak dari restoran ke restoran untuk membina cawangan bisnes ayam gorengnya.

6. Di Malaysia, restoran KFC pertama dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973. Kini terdapat lebih 500 cawangan KFC di selurh negara dan berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.
Ipoh:  Kehadiran ramai pelanggan lelaki warga asing di sebuah kedai gunting rambut di Jalan Holy di sini, terjawab apabila premis itu didapati menawarkan khidmat tukang gunting wanita seksi yang hanya memakai seluar pendek dan baju dalam.

Kegiatan tidak bermoral itu berjaya dibongkar apabila sepasukan anggota Jabatan Imigresen Perak melakukan serbuan di premis itu yang terletak di Jalan Dato Onn Jaafar, di sini, semalam.



Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari, anggota Jabatan Imigresen Perak diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid melakukan pemeriksaan mengejut di tujuh premis yang menjadi lokasi warga asing Myanmar berkumpul di sini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Wan Mahmud Zuhdi Wan Hassan berkata, operasi tertumpu di empat kedai runcit dan tiga kedai makan popular kalangan warga Myanmar menjamu selera dan membeli pelbagai barangan harian.


Menurutnya, lokasi berkenaan menjadi ‘koloni’ pendatang asing terutama dari Myanmar menjamu selera dan berkumpul terutama pada hari hujung minggu.

Sebahagian warga Myanmar yang ditahan anggota imigresen Perak.

“Ketika serbuan dilakukan kebanyakan warga asing terbabit sedang menggunting rambut dan menjamu selera di dalam premis yang disewa khas.

“Hasil serbuan dilakukan, seramai 23 lelaki warga Myanmar, tiga wanita Myanmar, satu wanita Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh berjaya diberkas.

“Semua mereka berusia antara 16 dan54 tahun didapati tidak mempunyai sebarang dokumen sah memasuki negara ini,” katanya.

Beliau berkata, ada antara lelaki ditahan mendakwa sebagai pelarian dengan menunjukkan surat khas Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

“Bagaimanapun pihak imigresen akan menyiasat ketulenan surat itu bagi memastikan sama ada individu yang diberkas itu benar-benar pelarian atau sebaliknya.

“Ada juga lelaki warga asing ditahan memberi alasan sudah membeli tiket untuk pulang ke Myanmar namun gagal menunjukkan bukti dokumen dan pasport,” katanya.

Menurutnya, semua 28 warga asing yang diberkas itu kini ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Perak untuk tujuan siasatan sebelum dihantar ke Pusat Tahanan Imigresen Langkap.

“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Operasi seumpama ini akan dijalankan setiap hari bagi membersihkan negeri ini dari warga asing,” katanya.

PETALING JAYA – Penyanyi Black Hanafiah tidak menyangka keadaan isterinya, Naquia Yasirah yang mengalami demam panas dan muntah-muntah sejak beberapa hari lalu adalah disebabkan demam denggi sehingga terpaksa ditahan di Columbia Asia Hospital, Setapak, dekat sini sejak Sabtu lalu.
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 27, berkata, pada mulanya dia menyangka keadaan yang dialami isterinya itu adalah simptom wanita mengandung selepas disahkan doktor ketika membuat pemeriksaan kehamilan di sebuah klinik.
“Pada mulanya saya sangka isteri mengandung kerana sebelum itu doktor memberitahu terdapat simptom Naquia hamil tetapi kami perlu tunggu sebulan lagi untuk mendapatkan kepastian.

“Bagaimanapun keadaannya semakin buruk sejak dua hari lalu apabila demamnya tidak kebah dan sentiasa muntah-muntah membuatkan saya cemas dan membawanya ke hospital,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Tambah Black, dia bernasib baik kerana bertindak cepat untuk mendapatkan rawatan apabila diberitahu isterinya itu menghidap dengki, iaitu penyakit yang boleh membawa maut.
Dalam pada itu, Black berkata, keadaan isterinya kini tidak membimbangkan malah pihak hospital membenarkan Naquia untuk berehat di rumah.
“Doktor membenarkan di keluar tetapi saya minta dia berehat di hospital bagi memastikan dia betul-betul sihat tambahan pula dalam masa dua hari ini dia perlu hadir untuk membuat pemeriksaan susulan,” katanya.
Black dan Naquia bernikah pada 13 September 2013.
Sementara itu, menurut laporan Bernama pada 6 Februari lalu, sebanyak 17 kes kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 2 Februari tahun ini, meningkat 240 peratus atau 12 kematian berbanding hanya lima kes untuk tempoh sama tahun lepas.
Sepanjang tempoh itu juga sebanyak 9,453 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara, meningkat 269 peratus atau 6,894 kes, berbanding 2,559 bagi tempoh sama tahun lalu. - mStar Online

Rupa-rupanya bukan nama Neelofa saja yang berjaya mencuri tumpuan ramai ketika berlangsungnya Anugerah Meletop Era, Sabtu lalu.
Pelakon cantik manis, Tasha Shilla turut dikritik sesetengah pihak di luar sana berhubung tubuh badannya yang dikatakan tak ‘original’.
Tubuhnya yang kelihatan sangat menonjol lebih-lebih di bahagian punggung telah membuatkan peminatnya mengatakan dia menggenakan padding untuk menunjukkan tubuhnya yang cantik itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Tasha menjelaskan, “terpulanglah orang nak cakap apa. Apa yang ada di badan saya memang original sebab saya selalu amalkan senaman. Saya tak perlukan padding”.
“Kalau orang kat luar sana nak bentuk badan macam saya, pergilah buat senaman. Kawan saya, Sakinah pun dah buat kelas senaman, boleh ikut serta untuk miliki badan yang cantik dan sihat,” katanya yang dipetik Ohbulan.

Dalam pada masa yang sama, pelakon berusia 27 tahun ini juga dilihat semakin terbuka mempamerkan hubungan mesranya dengan peninju Muay Thai yang dikenali sebagai Hans apabila hadir berpegangan tangan di red carpet anugerah tersebut.

Walau bagaimanapun, Tasha lebih selesa mengatakan jejaka itu sebagai kawan lelaki yang paling rapat dengannya buat masa kini kerana baginya selagi belum berkahwin, dia tidak selesa membuat pengakuan bercinta dengan mana-mana jejaka yang dikaitkan dengannya.

NGERI… beberapa keping gambar menunjukkan lantai sebuah restoran di Bintangor, Sarawak  yang disimbahi darah selepas seorang lelaki ditetak kini beredar di laman siber.
Mengikut blog meradongtoday.blogspot.com; maklumat awal daripada Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Mohamad Hafifi Mohd Salim mengesahkan kejadian seorang lelaki Cina berusia 43 tahun telah diserang di sebuah restoran.

Serangan dilakukan oleh dua lelaki memakai topeng muka dan menggunakan parang panjang.
Mangsa yang mempunyai rekod jenayah lampau ditetak hingga tangannya putus dan mengalami luka dalam di paha.
Mangsa dihantar ke Hospital Sarikei seterusnya ke Hospital Sibu. Dia bagaimanapun mati ketika dalam perjalanan kerana pendarahan teruk.
Pihak polis masih berusaha mengesan penyerang yang dilaporkan melarikan diri menggunakan kenderaan jenis Vigo berwarna putih.
Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan. 






SYARIKAT penerbangan tambang murah Air Asia mengumumkan pengambilan terbaru untuk anak kapal bagi pesawat-pesawatnya.
Untuk rekod, Air Asia menerusi AirAsia X baru-baru ini telah membuat tempahan bagi 25 pesawat Airbus A330-300 bernilai AS$6 bilion (RM19.6 bilion), iaitu tempahan terbesar dalam satu perjanjian tunggal oleh syarikat penerbangan bagi jenis pesawat tersebut.
Tempahan terbaru itu meningkatkan jumlah pesawat yang akan diterima AirAsia X kepada 57 unit menjelang 2019 dan mengukuhkan kedudukan kumpulan AirAsia sebagai antara pelanggan terbesar Airbus dengan 536 tempahan pesawat setakat ini daripada pengeluar kapal terbang itu.
Jadi kepada anda di luar sana yang berminat, jangan lepaskan peluang.
Anda juga boleh hantar resume anda DI SINI

Isnin lepas, Jabatan Kesihatan Sabah telah mengesan lapan kes Influenza A (H1N1) di negeri tersebut.
Tapi siapa sangka, penyanyi kelahiran Sabah yang berada jauh dari negerinya turut dijangiti virus tersebut.
Menerusi akaun Twitter miliknya, Stracie Angie Anam atau Stacy mengumumkan malam tadi dia turut terkena jangkitan virus Influenza A.

Turut dimuatnaik olehnya, simpton Influenza A iaitu demam, selesema, sakit tekak, cirit birit, batuk, kurang selera makan, muntah dan loya.
Patutlah, beberapa hari sebelum itu Stacy sering merungut mengalami simpton sama seperti tersebut.
Berita ini membuatkan para peminatnya bimbang namun Stacy memujuk mereka agar tidak risau kerana ia masih boleh diubati.
Penyanyi itu kini berada di Kota Kinabalu dan dipercayai akan berehat di sana sehingga sembuh.
Influenza A atau wabak selesema burung boleh menular menjadi pandemik jika tidak dikawal.
Antara langkah-langkah mudah mencegah penularan adalah mengekalkan tahap kesihatan diri dengan mencuci tangan menggunakan sabun atau sanitiser serta mengamalkan adab batuk yang baik.

Sejak dua menjak ini, banyak benar rakyat Malaysia yang seolah-olah lupa diri semata-mata kerana terlalu fanatik dengan bola sepak.
Terbaru, seorang penyokong Kelantan memberi komen kekalahan pasukan negerinya ketika menentang Perak baru-baru ini disebabkan anak penjaga gol, Khairul Fahmi tidak membawa tuah.
Kenyataan ini mengguris perasaan Khairul Fahmi dan isteri, Leuniey hingga mereka mengepos tentang ini di Instagram masing-masing.
Khairul Fahmi dan isteri baru sahaja menimang cahaya mata sulung mereka yang dinamakan Kayla Elayna, 3 Februari lalu.


Sudah tentu, mana-mana ibu bapa pun pasti akan berasa marah apabila sesuatu yang buruk dikaitkan dengan bayi mereka bukan?
Apa pun, kenyataan penyokong Kelantan ini memang keterlaluan.
Mana mungkin kalah menang sesuatu pasukan dikaitkan dengan kelahiran bayi. Jangan kata Fahmi, semua orang yang baca komennya itu pasti geleng kepala.
Harap ‘nixselia’ segera insaf dan pergi mengaji semula

SHAH ALAM – Rumah terbuka Tahun Baru Cina di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor bertukar tragis apabila kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mati lemas di kolam renang di sana.
Amanda Dany Shah sedang bersama-sama dengan ibu bapanya yang menyediakan perkhidmatan katering untuk rumah terbuka anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Negeri Selangor (Pekawanis) pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias berkata, siasatan mendapati Amanda telah berjalan-jalan seorang diri manakala ibu bapanya sibuk menyediakan makanan.
“Gadis itu ditemui di kolam renang yang terletak di tingkat atas kediaman,” kata beliau ketika dihubungi.
Menurut sumber, seseorang telah menarik Amanda keluar dari dalam kolam dan cuba menyelamatkannya sebelum ambulans tiba dan digegaskan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di mana dia telah diisytiharkan mati kira-kira pukul 7 malam.
Polis menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.30 petang dan sebuah kereta peronda telah dihantar untuk menyiasat.
Azisman berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Beberapa jam selepas kejadian tragis itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menulis di Twitter mengucapkan takziah kepada ibu Amanda, Rini Sutari.
“Takziah Kepada Puan Rini Sutari & Keluarga, katerer Majlis Tahun Baru Cina PEKAWANIS, atas kehilangan puteri Amanda Dany Shah. Al- Fatihah,” Khalid menulis.
Setiausaha akhbar Khalid Arfa’eza Aziz berkata beliau menghadiri majlis di Kuala Selangor pada masa kejadian itu.
“Terdapat kira-kira 400 tetamu di rumah terbuka yang diadakan di dewan di tingkat bawah kediaman,” katanya ketika dihubungi. – The Star

Sejak isu mereka bersekedudukan mendapat perhatian ramai, banyak pihak mula menagih penjelasan daripada Emma Maembong dan Zizan Razak berhubung isu tersebut.
Emma, gadis cantik yang dikaitkan bercinta dengan Zizan mengakui dia ada berkunjung ke rumah pelawak tersebut tetapi mereka tidak pernah berdua-duaan dalam rumah tersebut kerana Zizan tidak tinggal berseorangan.
Selain itu, gadis berusia 22 tahun ini juga mengatakan dia gemar menumpang Zizan sekali sekiranya mereka perlu menghadiri majlis hiburan yang sama.
Lantas, mungkin daripada situ jiran Zizan terus menuduh mereka bersekedudukan.
“Mungkin mereka nampak Emma masuk kat dalam tapi tak tahu siapa ada di dalam. Padahal ibu bapa Zizan ada. Macam mana mereka boleh tahu dalam rumah ada berapa orang? Emma tak marah, mungkin orang ramai sebenarnya nak tahu apa status kami.
“Saya mengaku saya rapat dengan Zizan. Cuma sekarang ni kalau ada jodoh, InsyaAllah,” katanya memetik Rotikaya.
Menurut Emma lagi, dia meminta orang luar berhenti membuat ceirta yang tidak baik mengenai dirinya selain dia bersyukur keluarganya tidak cepat melatah dengan segala kontroversi yang menimpa dirinya sepanjang bergelar anak seni.


Ranau – Seorang pelancong wanita warga Jerman maut apabila terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu, di sini, jam 6.30 pagi tadi.

Mangsa berusia 22 tahun kini dalam proses dibawa turun ke Timpohon dan dijangka tiba jam 2 petang.

Difahamkan, mangsa bersama beberapa rakannya dikatakan sedang menunggu matahari terbit di puncak Gunung Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim mengesahkan kejadian itu dan usaha membawa mangsa turun sedang dijalankan.


Uttarakhand - Di dunia , banyak sekali destinasi yang sangat terkenal dengan misterinya . Begitu juga dengan Tasik Skeleton di Uttarakhand , India . Tasik ini terkenal dengan penemuan 500 tengkorak yang begitu misteri .

Pada tahun 1942 , seorang penjaga hutan di Uttarakhand , India menemukan perkara yang sangat misteri di Tasik Skeleton . Tasik ini berada pada ketinggian 16,000 mdpl . Lembah kecil ini mempunyai air yang berasal dari cairan ais Pergunungan Himalaya , seperti yang dilihat dari laman web rasmi Tasik Skeleton , Rabu ( 15/1/2013 ) .

Saat air masih membeku , tasik ini memang kelihatan biasa - biasa sahaja . Tapi setelah ais mula cair , terlihat sesuatu yang sangat aneh . Ada banyak tengkorak di tasik ini . Jumlahnya tidak main - main , ada kira-kira 500 tengkorak .



Saat ditemui , tengkorak tersebut kelihatan berantakan . Ada yang di tengah , di dasar , dan di tepi tasik . Banyak orang yang beranggapan bahawa telah berlaku pembunuhan beramai-ramai di sini .

Andaian lain kemudian muncul , bahawa tengkorak tersebut adalah para tentera Jepun yang meninggal kerana ingin menyusup ke wilayah India . Lalu Inggeris menugaskan pasukan untuk menginvestigasikan kebenaran dan asal - usul tengkorak tersebut . Para saintis mengatakan , tulang , daging , dan rambut yang masih melekat di tengkorak menandakan bahawa tengkorak tersebut bukanlah para tentera Jepun yang meninggal .

Bertahun - tahun , banyak orang yang bertanya - tanya tentang misteri tengkorak tersebut termasuk para traveler . Tapi kemudian , titik terang mula kelihatan setelah pada tahun 2004 para saintis datang untuk meneliti .



Ternyata , 500 tengkorak tersebut ada 2 jenis . Hal itu dibuktikan dari ujian DNA yang dilakukan para saintis . Jenis yang pertama adalah manusia dengan badan yang cukup tinggi yang diketahui mereka adalah para traveler yang ingin berziarah ke India melalui laluan Himalaya . Jenis yang kedua adalah warga tempatan , terlihat dari bentuk tubuhnya yang tidak terlalu tinggi .

Anehnya , semua tengkorak yang ditemui ternyata mati dengan cara yang sama . Ada luka bekas pukulan di kepala dan bahu mereka . Luka tersebut bukan dari senjata , tapi dari sesuatu yang berbentuk bulat . Lalu , apakah mereka dibunuh oleh sekumpulan orang ?



Jawapannya adalah tidak . Sebenarnya , mereka mati kerana ditimpa bola ais . Secara mengejutkan , bola - bola ais bersaiz besar bergolek dari puncak gunung . Traveler dan penduduk asal di Tasik Skeleton kemudian menyelamatkan diri mereka di lembah ini . Kerana tidak adanya penghalang , akhirnya mereka tertimbus hidup - hidup di sini . Hiii !

Tetapi , kisah seram tersebut ternyata tidak menyurutkan para traveler untuk datang kembali . Selain kerana misterinya , Tasik Skeleton juga menjadi tempat kegemaran pelancong yang ingin mendaki gunung di kawasan Uttarakhand . Kawasan ini dikenali mempunyai pemandangan yang indah . Di beberapa tempat juga terdapat salji abadi . Anda berani ?

Sumber: travel.detik.com


Malaysia mendu­duki tempat keenam di rantau Asia Pasifik bagi masalah obesiti dan mendahului senarai di Asia Tenggara untuk masalah obesiti dan kencing manis.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, terdapat tiga juta rakyat Malaysia mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dengan lima juta individu menderita mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis. 
Kata-kata seperti mencegah lebih baik daripada mengubati dan biarkan makanan menjadi penawar, memberi inspirasi kepada MBG melancarkan kempen MBG Golden Ho7se Bonanza untuk me­ngetengahkan makanan sihat serta menjadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai asas resipi.
Pada asasnya, kempen makan secara sihat ini untuk menggalakkan rakyat Malay­sia me­ngambil buah-buahan sebagai sebahagian daripada diet pada bila-bila masa, terutama ketika musim keraian yang sering dilimpahkan dengan aneka makanan yang boleh membawa kemudaratan kepada sistem penghadaman.  
Untuk itu, pengambilan buah-buahan amat digalakkan kerana ia boleh disesuaikan dengan apa juga jenis sajian, malah boleh dimasukkan dalam resipi makanan.

Untuk kesan lebih baik, individu digalakkan makan sekurang-kurangnya lima hidangan sayuran dan buah-buahan warna-warni sehari sebagai sebahagian daripada diet dan gaya hidup sihat. Caranya, ambil sedikit buah-buahan sebelum makan (untuk memastikan anda tidak terlebih ma­kan) dan selepas makan (untuk membantu penghadaman).

Gunakan kreativiti untuk memasukkan buah-buahan sebagai bahan asas masakan atau sekurang-kurangnya sebagai pencuci mulut manakala minum jus buah-buahan semula jadi untuk menggantikan minuman kordial.

Buah-buahan berfungsi membantu memulihkan sistem penghadaman dan membekalkan vitamin, antioksidan dan nutrien yang diperlukan untuk meneutralkan kesan buruk daripada makanan dan tekanan ke atas tubuh.

Sebagai permulaan, sediakan resipi mudah berasaskan buah-buahan sebagai bahan utama salad.

Menurut Chef Christopher Yee, bagi menjadikan hidangan lebih enak, ia ha­nya perlukan sedikit kreativiti, gerak hati dan keupayaan bermain dengan perasa, tekstur dan warna buah-­buahan. Selepas itu, gayakan persembahan de­ngan menambah hiasan bagi menjadikan sajian lebih menyelerakan.

Sajian kegemaran yee sang pada Tahun Baru Cina boleh diubah dengan mencampurkan buah-buahan dan sayuran. Ia mudah disediakan terutama apabila dicampurkan dengan ceri dan sos plum.

Ceri disenaraikan sebagai buah unggul kegemaran rakyat Malaysia (menurut hasil tinjau selidik buah-buahan MBG yang dikeluarkan pada September tahun lalu) manakala merah pula warna melambangkan kemeriahan Tahun Baru Cina. Justeru, penggemarnya boleh mencipta sos ceri yang sihat manakala gantikan snek keropok berminyak dengan bertih beras yang lebih sihat.

Untuk sajian utama iaitu kerapu merah masak reneh dalam bouillion plum, boleh menggunakan beberapa jenis buah-buahan sebagai sebahagian daripada perencah atau perasa dan bahan membuat sos.

“Cuba reneh ikan untuk menggantikan cara mengukus bagi menghasilkan tekstur yang lembut. Gunakan rumpai laut dan buah-buahan untuk menambah kelazatan rasa ikan. Gunakan buah kiwi, tembikai, plum dan mangga kerana ciri-ciri semula jadi dan ringan serta tidak menenggelamkan rasa ikan. Sajian ini juga memberikan warna menarik sebagai hidangan pembuka selera,” kata Chef Yee.

Untuk hidangan pencuci mulut, kek mousse buah naga dengan beri dan aiskrim buah markisa pasti meninggalkan kenangan manis yang sukar dilupakan.


Resipi kerapu merah masak reneh (untuk empat orang)

- 2 keping isi kerapu merah
- 2 biji kiwi
- 5 biji plum
- 50 gram cendawan shimeiji
- 100 gram tembikai
- 100 gram mangga
- 2 batang asparagus
- 200 gram tembikai hami
- 1 biji jus lemon
- 1 biji kulit lemon
- 2 sudu besar kicap
- Garam laut dan lada putih secukup rasa
- Daun ketumbar muda untuk hiasan
- Kulit limau Mandarin secukup rasa


Cara penyediaan:

1. Kupas mangga dan jadikan puri, tambah garam dan paprika salai sebagai perasa.

2. Kupas kiwi, kisar dan tambah kulit lemon dan garam laut sebagai perasa.

3. Tembikai dipotong dadu, ditabur gula perang dan dijadikan gula hangus (karamel), ketepikan untuk disejukkan.

4. Tembikai dipotong dadu, daun ketumbar dicincang, gaul kesemuanya dan tambah minyak zaitun, garam dan jus sebagai perasa.

5. Celur asparagus dalam air garam, kemudian tumis dalam mentega dan tambah perasa.

6. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cendawan shimeiji, masak bersama asparagus dan tambah garam dan lada putih sebagai perasa.

7. Masukkan plum yang dicincang kasar, jus lemon, kicap dan garam laut ke dalam satu lagi periuk dan kemudian masukkan isi kerapu merah, renihkan selama 20 minit. Angkat dan toskan air yang berlebihan.

8. Letakkan dalam ping­gan hidangan dan sedia untuk disajikan.