Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Lihatlah keunikan dan keajaiban organ dalaman manusia yang digambarkan dalam bentuk pandangan x-ray. Keajaiban yang mengagumkan dunia sains dan memukau mata sesiapa juga yang memandang.

Begitulah keajaiban ciptaan Tuhan.
Kampung ini digelar dengan nama ‘Dwarf Empire’ dan terletak bersebelahan Bukit Xishan, 40km ke barat Kunming, Wilayah Yunnan, China. Orang-orang kerdil yang tinggal disini melebihi 100 orang dan disediakan rumah yang berbentuk seperti cendawan untuk tempat mereka tinggal. Lokasi ini telah dijadikan sebagai taman tema untuk menarik pengunjung. Umpama orang-orang kerdil dalam cerita ‘Gulliver’s Travel’.

Lokasi ini telah ditubuhkan pada bulan Mei 2009 oleh Chen Mingjing, seorang usahawan elektronik dan hartanah yang berjaya, serta pengerusi Tunnan Jiacui Yundi Biotechnology Co Ltd. Ia sebenarnya terdiri daripada tiga bahagian iaitu Dwarf Empire, Butterfly Park dan Space-time Square.
Bumi adalah planet ke tiga dari susunan planet yang mengelilingi bintang yang bernama matahari. Matahari adalah satu daripada 200 billion bintang yang bergerak berputar bersama mengelilingi galaksi Milkyway/Bimasakti.

-Jumlah galaksi besar (large galaxies) ada 350 billion buah manakala galaksi kecil (dwarf galaxies) ada 7 trillion buah.



-Galaksi Bimasakti adalah bahagian dari kumpulan galaksi lain membentuk gugusan galaksi dan diramalkan ada sebanyak 25 billion gugusan galaksi yang wujud.

-Gugusan galaksi berkumpul membentuk super cluster, diramalkan ada 10 juta super cluster.

-Bintang-bintang (serupa matahari yang mempunyai sumber cahaya sendiri dengan saiz yang lebih besar atau lebih kecil daripada matahari) pada seluruh langit dan di bumi yang terlihat, diramalkan sekitar 30 bilion trillion (3 × 10 ² ²) buah.


-Keluasan alam semesta diramalkan berdiameter 14.5 billion tahun cahaya, dimana 1 tahun cahaya (ly: light year) = 9.46 x 10 ^ 12 km (sedikit di bawah 10 trilion kilometer).
Woowwww!! Jangan terkejut jika anda berkunjung ke sungai yang terletak di Goldstream Park, Kanada ini. Air sungai ini kelihatan berwarna hijau. Namun apakah punca sebenar ia bertukar warna?

Apakah reaksi kita apabial sampai ke sebuah sungai yang airnya kelihatan berwarna hijau. Memang terkejutlah kerana ia lari jauh dari fitrah kejadian air itu sendiri. Sungai ini sebenarnya terletak di Goldstream Park, Kanada. 


Menurut Kementerian Alam Sekitar tempatan, terdapat satu tindak balas kimia di dalam air yang dikenali sebagai “Fluorescein”menyebabkan air sungai tersebut kelihatan berwarna hijau, namun bahan kimia tersebut tidak mengandungi toksik dan tidak menjejaskan habitat semula jadi di kawasan sungai tersebut.
Bekas lelaki paling gemuk di dunia semalam meraikan kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 292 kilogram. Paul Mason berjaya mengurangkan dua per tiga daripada 445 kilogram berat badannya sebelum ini selepas menjalani pembedahan pintasan gastrik.

Pembedahan itu mengurangkan perutnya kepada saiz sebiji telur.

Bekas posmen dari Ipswich, Suffolk itu semalam berkata: “Perjalanan saya masih jauh.”

Dia berikrar untuk menjadi lelaki yang paling gemuk di dunia kepada lelaki yang paling banyak turun berat badan.

Bil perubatan untuk membantu Mason menurunkan berat badan dipercayai mencecah (RM5 juta).

Mason, 51, mengaku: “Saya malu digelar lelaki paling gemuk di dunia kerana sedar saya yang menyebabkan diri saya dalam keadaan seperti itu.

“Kini, saya yakin akan menjadi orang paling berjaya melangsingkan badan di dunia. Tetapi, perjalanan saya masih jauh.

“Saya mahu mencapai antara 88 hingga 95 kilogram, berat badan yang sihat untuk seseorang dengan ketinggian 1.98 meter.

“Saya bangga kerana dapat menunjukkan kepada orang lain yang mempunyai masalah berat badan mengenai apa yang boleh mereka capai,” katanya.

Mason pernah satu ketika makan makanan 20,000 kalori sehari, kira-kira 10 kali ganda daripada tahap yang disyorkan.

Dia kini mengubah amalan pemakanannya kepada sayur dengan jumlah yang kecil.

Lelaki itu sekarang seberat 152 kilogram selepas kehilangan dua per tiga daripada beratnya dulu sama berat dengan tiga petinju heavyweight.

“Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata, berat bedan saya perlu stabil selama dua tahun sebelum mereka menimbang untuk menjalankan pembedahan membuang kulit saya yang menggeleber.

“Tetapi saya mahu menjalani pembedahan itu secepat mungkin kerana ia akan membolehkan saya bergerak lebih bebas dan membantu menurunkan lebih banyak berat badan saya,” katanya.

Mason berkata, dia menghadapi masalah kecelaruan makan kesan daripada dibuli ketika zaman kanak-kanak.

Masalah itu bertambah buruk dengan kematian bapanya pada 1986.

Anggota bomba terpaksa memecahkan dinding depan rumahnya dan menggunakan forklif untuk mengusungnya masuk ke ambulans apabila dia perlu menjalani pembedahan hernia ketika berat badannya 355 kilogram.
Tahukah anda berapa kali mata kita berkelip dalam satu hari? Menurut para ilmuan, mata manusia biasanya berkelip sebanyak 15-20 kali atau 1,200 kali sejam dan 28,800 kali sehari. Persoalannya, kenapa mata kita berkelip? Menurut para saintis di Japan's Osaka University, berkelip adalah proses otak untuk istirehat sebentar. 

Dengan mata kita berkelip maka kita memberikan kesempatan kepada otak untuk istirehat dalam masa yang sangat singkat. Aktiviti ini sangat penting agar otak sentiasa segar.

Fakta mengenai hubungan kerlipan mata dan istirehat otak telah dijalankan menerusi penelitian terhadap 20 orang yang sihat ketika mereka menonton rancangan komedi, seperti yang disiarkan oleh Huffington Post (30/12).

Kajian juga sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti kaitan kerlipan mata manusia dengan tingkah laku ketika berbohong.

Buah menyilaukan yang tumbuh di hutan hujan belantara Afrika, dinobatkan sebagai spesies alam paling berwarna yang pernah dikenali dalam dunia ilmu pengetahuan. Ia adalah buah Pollia condensata, tanaman yang tumbuh dengan ketinggian kurang dari setengah meter di Ethiopia, Angola, dan Mozambik. Buahnya berbentuk bundar, kecil, dengan warna metalik seperti manik-manik.

Yang istimewa ialah kulit buahnya, walaupun berwarna kebiruan, ia semulajadi tidak mempunyai pigmen biru. Maklumat terbaru yang dimuat naik di jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences menyebut, selain memiliki struktur warna, kulitnya memancarkan gelombang cahaya yang berbeza-beza.

Setiap sel menghasilkan warna berbeza, yang membuatkannya seperti lukisan pointillism, teknik yang dimiliki pelukis impresi merangkai titik menjadi sebuah lukisan yang unik. Ketika dilihat di bawah mikroskop, kulitnya akan berubah warna di sudut mana ia diamati.

Ketebalan lapisan selnya juga menentukan panjang gelombang cahaya yang dipantulkan. Beberapa sel memiliki lapisan nipis yang memantulkan warna biru, yang lebih tebal menghasilkan warna hijau atau merah.

Dr Beverley Glover dari Department of Plant Sciences, University of Cambridge mengatakan, "Pollia condensata telah berevolusi secara luarbiasa."

"Tanaman kecil ini sungguh ajaib, mampu membuatkan buahnya berkelipan, gemerlapan, multiwarna, menjadi tarikan yang menarik untuk burung di sekitarnya, tanpa menghalang proses fotosintesis hanya untuk menjadi makanan  burung," katanya.

Seperti diketahui umum, tanaman memerlukan bantuan mahluk lain, seperti serangga dan burung untuk menebar benih. 

Walaupun buahnya tidak punya gizi, burung-burung tetap tertarik pada warnanya yang terang. Mungkin dianggap indah untuk dekorasi sarang atau untuk membuatkan pasangan mereka lebih tertarik.

Yang lebih mengesankan, warna buah Pollia condensata tidak pudar ditelan masa. Para peneliti menemui sampel buah di koleksi herbarium dari abad ke-19, yang masih berkilau dan berwarna-warni seperti yang ada pada masa ini.
Haiwan ini paling kebal nyawanya. Walaupun direbus tahap didih dan dibekukan, ia dengan selamba akan bergerak-gerak. Haiwan ni dikenali dengan nama Kutu Babi Lumut.



Seorang pengantin lelaki bertindak di luar dugaan apabila sanggup mengambil pil kuda semata-mata ingin menjadikan malam pertamanya luar biasa.

Gambar hiasan

Bagaimanapun tindakan lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori hantu itu membawa padah apabila dia dicekup polis, dua hari selepas dia bergelar pengantin baru.

Pemuda berusia 25 yang baru naik pelamin bersama gadis pilihannya berasal dari Kampung Delong dalam satu majlis persandingan yang difahamkan berlangsung di Kampung Nibong itu ditahan dalam serbuan polis kira-kira jam 2 petang.

Dia ketika itu dipercayai berkunjung ke rumah rakannya untuk mengambil dadah.

Suspek yang mempunyai ahli keluarga berasal dari Bachok, Kelantan ketika ditemui turut mengakui menjadi penagih sejak beberapa tahun lalu dan pernah ditahan lebih dua kali sebelum ini.

Pengantin baru ini dicekup di tapak projek dekat kampung Tokkah dibawa ke ibu pejabat polis daerah setelah dicekup bersama rakannya kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Katanya, dia berjaya memujuk gadis yang kini menjadi isterinya untuk berkahwin setelah mendakwa sudah insaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya.

“Sebelum ini isteri saya tahu bahawa saya seorang penagih, akan tetapi demi cinta suci kami, dia sanggup melayari bahtera dengan berkahwin dengan saya.

“Namun dia tidak mengetahui bahawa saya ada mengambil dadah sehari sebelum naik pelamin sehinggalah saya ditangkap petang tadi,” katanya yang didapati positif dadah jenis methampethamine.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik itu dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Gambar beliau mula dimuat naik oleh blog hiburan, Myartis.com. Dipercayai gambar-gambar berkenaan diperolehi dari akaun instgram gadis tersebut.

Dakwa blog tersebut, gambar tersebut adalah gambar anak pelakon wanita terkenal berdarah kacukan. Pelakon tersebut pula cukup popular pada sekitar tahun 90an.

Ah! Bukan susah sangat nak meneka pelakon wanita kacukan pada zaman itu, tolak Julia Rais, siapa lagi yang tinggal kalau bukan Sofea Jane.

Ramai juga pengunjung yang meneka, dan ramai juga yang meneka Sofea Jane.

Melihat pada video yang berdurasi 18 saat ini macam tiada apa-apa yang ganjil atau menarik perhatian. Tetapi disebabkan wajah pengacara ini selepas melakukan sesuatu yang luar biasa, terus terasa macam hebat!

Tak pasti samada ini benar-benar terjadi atau hanya helah mainan video trick. Video yang sedang menjadi bualan di internet ini bertajuk asal The WTF Moment Of A Reporter.

Saksikan sendiri video di bawah ini dan nilaikan samada benar atau video trick..

Struktur landasan kereta api yang terlalu rumit dan paling serabut di dunia terletak di Frankfurt, Jerman. Walaupun struktur landasannya yang menghubungkan terlalu banyak laluan, namun amat jarang dan mungkin tidak pernah didengari langsung berlakunya kemalangan kereta api di Jerman hinggalah ke hari ini.

Segala isyarat dan pertukaran laluan dikawal secara automatik dengan menggunakan teknologi baru supaya pergerakan tren semuanya bergerak lancar. Para penduduk di Frankfurt sendiri memilih untuk menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama.


Stesen ini adalah antara stesen kereta api terbesar dan tersibuk di dunia.
Anda tentu tidak akan percaya apabila melihat gambar-gambar ini. Gambar pemandangan yang sangat mengagumkan ini sebenarnya dihasilkan oleh seorang jurukamera profesional, Matthew Albanese dari studionya.

Idea 'Strange Worlds' ini terhasil ketika dia berada didapur melakukan kerja-kerja rutin seharian.

Wildfire

DIY Paradise


HowToBreatheUnderwater


Tornado

Hasilnya, kerja seni yang sungguh memukau mata ketika kita memandangnya.
Sebuah hotel terletak paling dalam di bawah tanah di dunia dibina di wilayah Västmanland, Sweden.
Hotel terletak 155 meter di bawah tanah itu pada asalnya adalah sebuah lombong perak dikenali sebagai Sala Silver Mine yang beroperasi sehingga 1908.

Namun, ia kini telah diubah suai dan menempatkan sebuah muzium, panggung wayang, dua bilik makan yang penuh dengan hiasan dan sebuah hotel.

Pelanggan hotel akan dibawa melawat kemudahan yang disediakan sebelum ditinggalkan bersendirian di waktu malam. Penjaga hotel akan berada di atas tanah.

Hotel itu tidak mempunyai tandas dan pengunjung perlu ke paras dalaman 50 meter di bawah tanah jika mahu membuang air di waktu malam.

Bayaran untuk menginap di hotel ini untuk semalam ialah AS$580 (RM1,825).

Jika dilihat tiada yang istimewa pada tumbuhan tanam sendiri oleh lelaki tua didalam botol besar tersebut. Bagaimanapun tanaman dalam botol kedap udara ini sebenarnya sudah berusia 40 tahun dan hanya sekali sahaja ia pernah disiram dengan air sepanjang hidupnya hingga kini.

David Latimer, menjalankan eksperimen menanam tanaman yang dipanggil sebagai Tradescantia sejak pada tahun 60an lagi. Dia kemudiannya menyiramkan air buat kali pertama yang juga kali terakhir pada tanamannya itu pada tahun 1972.

Setelah 40 tahun berlalu, dia sendiri tidak menyangka bahawa tanamannya itu mampu terus hidup dengan hanya bergantung pada cahaya matahari sahaja. Dikatakan proses fotosintesis menghasilkan oksigen yang kemudiannya menghasilkan titisan air berfungsi sebagai hujan di dalam botol tersebut.

'Saya meletakkan botol ini 6 kaki berhampiran tingkap untuk mendapatkan sedikit cahaya matahari. Tumbuhan itu berkembang membesar menuju ke arah cahaya matahari', ujar David.

'Saya tidak pernah membentukkanya dan ia nampaknya sudah mencapai ketinggian botol itu'..

Eksperimen yang dilakukan oleh David menarik minat pekebun dan orang ramai setelah dia mendapat perhatian daripada media BBC.

Mereka cuba mengkaji bagaimana botol tersebut boleh dijadikan contoh menarik bahawa tumbuhan boleh membangunkan ekosistem sendiri untuk terus bertahan hidup.

Mungkin selepas ini orang ramai boleh cuba tanam sendiri tumbuhan di dalam botol isolasi seperti yang David lakukan selain tanaman hidroponik yang sememangnya sudah terkenal.

Telaga yang terletak di estet Quinta da Regaleira, Sintra, Portugal adalah satu keajaiban yang dicipta oleh tangan manusia. Mengandungi tangga pilin menurun yang membawa kepada pelbagai cawangan. Asal-usul ini Quinta (istana dan harta) yang kini dikenali sebagai Quinta da Regaleira bermula pada 1697 apabila José Leite membeli sebuah saluran besar di dalam tanah dikawasan Quarter Lama Sintra.



Harta itu dibeli pada lelongan awam pada tahun 1715 oleh Francisco Alberto Guimarães de Castro yang menggunakan air dari gunung untuk membekalkan air pancut. 

Ia kemudiannya dibeli oleh anak perempuan Allen pada tahun 1840 (seorang peniaga yang kaya dari Oporto) yang kemudiannya diberi gelaran Baroness Regaleira.


Quinta da Regaleira, yang telah dibeli Mac 1997 oleh Majlis Bandaran Sintra yang kini digunakan sebagai ibu pejabat Yayasan Culture Sintra yang menjalankan pemuliharaan dan program pemulihan untuk mempromosikan istana sebagai pusat pelancongan.