NEW YORK – Justin Bieber tidak pernah lekang dengan kontroversi, namun kali ini dia menafikan telah meludah peminatnya.
Sebaliknya penyanyi itu menuduh portal hiburan TMZ telah melakukan konspirasi dengan menghasilkan gambar yang menunjukkan dia melakukan perbuatan berkenaan, minggu lepas.
Menurut jurucakapnya, Justin tidak meludah sesiapapun malah tidak ada peminat yang berada di bawah balkoninya.
“TMZ telah menghasilkan gambar dengan meletakkan Justin di balkoni yang lain dan membuatkan seolah-olah penyanyi itu meludah peminatnya.
“Hakikatnya, sehari sebelum itu, Justin telah membelikan air coklat kepada peminatnya dan menyanyikan lagu barunya. Justin memang sayangkan peminatnya,’’ demikian kata jurucakap Justin dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun TMZ mempertahankan dakwaan itu kerana Justin sendiri yang memuat naik video rakaman yang menunjukkan peminatnya berkumpul di bawah bilik hotelnya di dalam instagramnya.
Selain itu, kata TMZ, gambar dia meludah itu dirakamkan oleh agensi foto yang kemudiannya telah dimuat naik dalam laman web portal itu.
No comments
Post a Comment