Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Sik: “Saya cuma membaca petikan ayat al-Quran sebelum menjinakkan ular tedung selar itu walaupun pergelangan tangan kiri kesakitan akibat dipatuk, ” kata Zahhariman Abdul Razak, yang ‘bertarung’ selama 10 minit untuk menewaskan ular tedung yang cuba masuk ke rumahnya di Kampung Belantik, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika bekas kakitangan FELCRA itu keluar ke halaman rumah sebelum menyedari kelibat reptilia sepanjang 4.2 meter dengan berat kira-kira sembilan kilogram itu sedang menyusur di tepi dinding.

Zahhariman, 54, berkata, dia terkejut melihat seekor ular di luar rumah lalu mengacah menangkapnya tetapi dipatuk pada pergelangan tangan kiri.
Menurutnya, pada masa sama dia langsung tidak mengendahkan kesakitan dan berusaha menangkapnya sambil membacakan petikan ayat al-Quran untuk menjinakkan ular berkenaan walaupun berdepan kesukaran.

“Ular itu cuba mengelak menyebabkan saya membaca ayat al-Quran dan menghembus ke arahnya menyebabkan reptilia itu menjadi lemah sebelum saya mencekak dan dimasukkan ke dalam guni.

-

SEKITAR bulan Februari lalu, kecoh seketika dunia hiburan dengan penyebaran gambar-gambar kurang menyenangkan pelakon, Cico Harahap di Pulau Perhentian.
Dia dilihat dengan selambanya berparti memegang tin minuman keras selain bertatu di sebelah kiri bahunya.
Tidak dapat dipastikan samada ia hanya tatu sementara atau tidak, namun ia secara tidak langsung mengundang pelbagai persepsi negatif pada jejaka yang berstatus duda ini.
Selepas berbulan-bulan, Cico akhirnya membuka mulut mengenai perkara itu kepada portal hiburan Rotikaya.
Jelasnya, gambar itu diambil bersama peminat yang ingin bergambar dengannya sewaktu mengutip tin di bar.
“Di pulau tu, sepanjang-panjang pantai ada bar. Siang kerja kami sebagai jurulatih selam & bila malam pula kami kerja di bar tersebut — kutip tin”
“Jadi dalam pada saya tengah kutip tin tu, ada peminat nak bergambar dengan saya. Saya pun penuhi lah permintaan mereka. Alih alih gambar tu tersebar & keluar cerita sebegitu. Saya redha sahajalah,” ujarnya.
Cico Harahap - 'Saya Tengah Kutip Tin'
Oh, begitu ceritanya ya. Tak mengapalah. Dia bukannya berparti liar, tapi tengah bekerja. Anggap saja tin yang dipegangnya itu ialah tin kosong yang dikutipnya di bar itu.
Bak kata orang, fikir positif sajalah.

Setiap pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga pastinya mendambakan restu daripada kedua ibu bapa adalah amat penting agar mahligai yang dibina mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Namun, menerusi pemerhatian penulis di laman Instagram ibu Johan As’ari iaitu Datin Firdaus , terdapat satu gambar yang baru sahaja dimuat naiknya pagi tadi, memaparkan ‘photo caption’ yang bertulis, “a sad face under the shades”.
Selain itu, ibu pelakon berusia 27 tahun itu juga menulis, “Allah menduga setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya”.
Mungkinkah ibu Johan tidak merestui hubungan singkat yang terjalan di antara anaknya dengan aktres seksi Lana Nodin?
Atau pun mungkin luahannya itu tiada kena-mengena langsung dengan perkembangan terkini anak terunanya itu?
Sementara itu, penyanyi yang pernah dikaitkan bercinta dengan Johan sebelum ini, Shila Amzah juga memuat naik sekeping gambarnya bersama ibu Johan di Instagram dengan caption berbunyi, “please be strong aunty sayang. We love you, no matter what. Allah knows better, we are here for you”.
Bermacam persoalan yang timbul berhubung isu ini dan diharapkan segala perancangan Johan untuk menikahi Lana berjalan lancar dan mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Ini bukan gimik filem atau skrip drama lakonan mereka bersama. Sekurang kurangnya itu’lah yang dilaporkan Berita Harian hari ini. Johan As’ari telah pun melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa.
Mereka bertemu buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 yang lalu dan tiga hari kemudian, Johan As’ari terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan Lana Nordin.
Johan As’ari juga percaya & yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.
“Selepas bertukar nombor telefon, kami keluar makan tiga hari berturut turut sebelam saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” jelas Johan As’ari.
“Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin”
Lana Nordin hadir menemani Johan As’ari ke Balai Berita NSTP untuk promosi filem Paku namun mereka berdua nampak manja selain memanggil diri masing masing dengan gelaran baby & sayang tidak mampu menutup status mereka yang sedang hangat bercinta.
“Kalau ikutkan, kami tidka mahu menangguhkan perkara baik — cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa gesa,” tambah Johan As’ari yang tidak mahu dedahkan tarikh pernikahan.
Keberanian & Keikhlasan Johan As’ari Buka Hati Lana Nordin
Lana Nordin pula berkata yang beliau memang mencari teman hidup yang boleh membimbing dirinya selain hati beliau terpikat dengan keberanian Johan As’ari dan juga keikhlasan untuk menjadikan dirinya sebagai permaisuri hidupnya.
“Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan”
“Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin,” jelas Lana Nordin. 
Sumber: Rotikaya

DITAJA lebih RM3 juta ringgit ternyata tidak memberi kebebasan sepenuhnya untuk pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin mengemudi perjalanan majlis perkahwinan mereka.

Persandingan berkonsepkan dalam taman itu mensyaratkan beberapa perkara yang harus dipatuhi oleh para tetamu, memetik laporan Berita Harian.

Memandangkan hak penyiaran majlis diberi kepada Astro, tiada stesen TV lain yang dibenarkan membuat liputan dan temubual bakal mempelai hanya dilakukan oleh pihak produksi Astro.

Syarat lain yang turut dikenakan ialah, media tidak dibenarkan merakam gambar mempelai, sebaliknya mereka boleh mendapatkannya dari pihak penganjur selepas majlis.

Kawalan keselamatan juga dipertingkatkan sekaligus hanya individu berdaftar yang akan mendapat akses masuk pada majlis nanti.

Majlis itu juga akan dihadiri oleh 500 tetamu yang terpilih.

Fuh, memang ketat syaratnya ya! Kami pun tak tahu hendak cakap apa. Mungkin ayat paling mudah, tiada apa yang boleh diperolehi secara mudah dan percuma di dunia ini

Aktres yang semakin menjadi tumpuan ramai, Ramona Zamzam, 23, akui sedang mengenali hati budi seorang pemuda namun lelaki yang berjaya memikat hatinya itu bukan lah seorang lelaki Melayu. Sebaliknya teman istimewanya itu merupakan pemuda warganegara asing.
“Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Ya, saya sedang mengenali seseorang tapi masih terlalu awal untuk saya bercerita lebih tentang hubungan kami. Dia bukan orang dalam industri.
“Dia seorang warganegara asing tapi dah lama menetap di sini. Kami kenal sejak beberapa bulan lalu. Mulanya dia tak tahu yang saya seorang pelakon sehinggalah dia diberitahu oleh rakannya”, kata Ramona Zamzam yang bagaimanapun enggan mendedahkan nama kekasihnya itu.
Pelakon Cinta Jangan Pergi ini ketika ditemui pada pelancaran radio Ultra.FM di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, petang semalam.
Ditanya apa yang membuatkan dia tertarik pada lelaki tersebut, lantas Ramona meluahkan pendapatnya bahwa lelaki warganegara asing mempunyai karakter yang lebih memikat berbanding lelaki tempatan.
“Dia seorang yang easy going. Terus-terang bagi saya, lelaki warganegara asing ni kebanyakan mereka mempunyai karakter memikat hati berbanding lelaki tempatan. Tapi tak lah bermakna saya tak suka lelaki tempatan. Perkenalan kami pun hanya kebetulan sewaktu di satu acara”, katanya.
Begitupun sewaktu temubual, berat untuk gadis berusia 23 tahun ini berkongsi tentang negara kelahiran kekasihnya itu, namun setelah puas dipujuk pihak media, Ramona akhirnya berkata,
“Okay lepas saya beritahu ni, cukup ya cerita fasal dia. Dia berusia 20-an, orang Palestin”, tuturnya sambil mengukir senyuman.
Kena Cubit Dengan Makcik
Beralih pula pada perkembangan karier, tak dinafi Ramona lebih dikenali yang menerusi watak antagonis seperti wataknya dalam drama Cinta Jangan Pergi dan Cinta Jannah. Malahan gara-gara watak perempuan jahat yang sentiasa dijayakan, Ramona pernah diserang oleh seorang peminat.
“Memang saya akui watak antagonis lebih buat saya menyerlah berbanding watak baik. Peminat pun semakin mengenali saya. Sampai saya ada satu pengalaman saya dicubit oleh seorang makcik di sebuah pasaraya.
“Mulanya saya perasan yang dia perhatikan saya dari jauh. Kemudian dia datang kepada saya dan berkata, “ni Damia kan…? Damia? Jadi saya pun angguk saja dan katakan pada wanita itu yang nama tersebut hanyalah watak dalam drama Cinta Jannah.
Tapi tak berapa lama kemudian, wanita itu mendekati saya lalu mencubit lengan saya. Terasa sakit juga cubitan itu tapi mujur saya cepat-cepat mengelak. Saya hanya tergamam pada ketika itu”, ujarnya.
Meskipun mengalami kejadian yang dianggapnya menakutkan namun Ramona tidak berputus asa untuk terus melakonkan watak antagonis sekiranya ada lagi tawaran pada masa hadapan.
Terbaru dia baru saja selesai penggambaran telemovie Aku Yang Dulu, Bukan Sekarang untuk slot carekarama TV3. – Malaysian Digest
Elfaeza
PETALING JAYA: Pelakon Elfaeza Ul Haq terkejut apabila gosip cintanya dengan pelakon popular Sharnaaz Ahmad turut mendapat perhatian dan tersebar luas di media Singapura.
Elfaeza, atau nama sebenarnya Siti Elfaeza Binte Mohmed Ehsan Ul Haq, 28, berkata, khabar angin tersebut turut disiarkan oleh sebuah saluran radio tempatan di negara itu.
"Tak sangka pula media di Singapura turut mengambil serius dengan gosip itu kerana ia merupakan perkara tidak benar.
"Berita itu disampaikan kepada saya selepas dia mendengar gosip berkenaan di radio. Mujurlah keluarga saya tidak hairan dengan gosip tersebut," katanya yang berasal dari negara itu.
Tambah Elfaeza, dia berharap agar khabar angin percintaannya dengan Sharnaaz tidak lagi menjadi isu memandangkan tiada apa-apa perhubungan yang terjalin di antara mereka melainkan sekadar rakan artis.
Sharnaaz
Sementara itu pelakon yang popular menerusi drama Adam dan Hawa itu berkata, tawaran lakonan yang diterimanya pada tahun ini tidak sebanyak tahun lalu.
Namun dia tetap berpuas hati kerana kebanyakan watak yang diterima kesemuanya peranan utama.
"Ini menunjukkan para penerbit mula mempercayai bakat lakonan saya yang mana sebelum ini mereka kurang yakin dengan saya.
"Walaupun tidak banyak tawaran yang saya terima pada tahun ini tetapi watak yang saya dapat semuanya peranan penting.
"Ini merupakan peluang saya untuk menonjolkan bakat kepada penonton yang masih belum mengenali saya lagi," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Elfaeza akan memulakan penggambaran drama berjudul Janji Adam di bawah produksi Singapura iaitu CSS Productions.


Che Ta, Zain terikat komitmen selepas dapat tajaan lebih RM3 juta, mahu tetamu ikut peraturan

Mencecah nilai tajaan jutaan ringgit, konsep persandingan dalam taman yang dilimpahi perhiasan dan persalinan mewah, menjadikan majlis perkahwinan pelakon sensasi, Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, sebagai acara termahal dalam kalangan artis setakat ini.

Bagaimanapun, ada harga yang perlu dibayar Rozita dan Zain di sebalik kemewahan yang melimpah ruah itu. Apabila majlis perkahwinan mereka menjadi terlalu eksklusif, banyak syarat yang perlu dipatuhi tetamu. 


Antara syarat yang dikenakan pasangan pengantin ini ialah setiap organisasi media tidak dibenarkan merakamkan gambar mempelai. Sebaliknya, penganjur akan menyediakan khidmat fotografi dan gambar akan diberi sejurus majlis berakhir. 


Selain itu, disebabkan hak penyiaran majlis diberi secara eksklusif kepada Astro, stesen televisyen (TV) lain tidak dibenarkan membuat liputan. Jika mereka mahu menemu bual bakal mempelai, semuanya akan dilakukan pihak produksi Astro.

Stesen TV hanya perlu menyediakan soalan kepada Rozita atau Zain untuk diajukan oleh wakil produksi.

Teka-teki mengenai tarikh perkahwinan Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, akhirnya terungkai apabila pasangan popular ini memilih untuk bernikah pada 11 Disember depan bertempat di Gazebo Setia City Convention Centre, Shah Alam, selepas solat Maghrib sekitar jam 7.30 malam.

Pengumuman ini dibuat dalam satu sidang media khas yang diadakan di Setia City Convention Centre sebentar tadi.

Majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, Shah Alam pada 10 Disember, jam 8 malam. Acara persandingan pula pada 13 Disember di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Pada sidang media tersebut, pasangan ini turut memberitahu mereka menerima tajaan barangan perkahwinan bernilai RM13 juta termasuklah cincin Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Astro Ria menerusi saluran 104 diumumkan sebagai penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan.

Terdahulu, pasangan pelakon popular ini telah mengadakan majlis merisik bertempat di Carcosa Sri Negara pada 29 September lepas, dihadiri oleh 60 orang tetamu yang terdiri dari keluarga dan kenalan rapat. Pasangan ini turut mengadakan sesi fotografi pra-perkahwinan di beberapa lokasi sekitar Eropah dan Bali. – Gua.com.my

Kepada anda yang terlepas untuk menonton program hiburan Melodi di TV3 hujung minggu lalu, ini sebahagian kisah yang di’paparkan menjadi perhatian kami. Dalam satu temubual bersama wartawan Melodi, rapper Caprice mendedahkan yang beliau pernah berpacaran dengan pengacara & pelakon popular Neelofa.

Kenyataan itu timbul apabila beliau diajukan soalan tentang dirinya yang di’gelar poyo kerana sering bertutur dalam bahasa Inggeris di’kalangan rakan & Caprice secara sponton berkata yang selepas dating dengan Neelofa, kebolehan bertutur bahasa Melayu beliau semakin baik.

Caprice kemudian berkata yang mereka sudah berkawan lama & Neelofa sendiri pernah muncul dalam salah satu video muzik terawal beliau untuk lagu Dem Girls. Ooooh. (rtky/m)


Kilafairy dan pelakon Indonesia yang dikatakan rapat dengannya iaitu Hardy Hartono mungkin sedang melalui fasa percintaan.
Yela, masakan kalau tiada apa-apa perhubungan istimewa mereka boleh bersama-sama bercuti berdua di Hong Kong, baru-baru ini.
Menurut penggiat forum Cari, ada pihak yang melihat kelibat kedua-dua selebriti itu di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menaiki satu pesawat ke negara tersebut.
Menurut sumber itu lagi, hanya gambar Kila yang dapat dirakamkannya manakala Hardy pula menyembunyikan diri apabila melihat kelibat mereka disedari oleh peminat di situ.
Kalau betul pun bercinta apa salahnya kan, dua-dua pun masih single dan bujang trang trang.
Namun, kalau boleh jagalah perlakuan, kerana anda berdua sememangnya dikenali ramai, pantang sahaja ada kesilapan, pasti ada mata yang akan memandang serong terhadap kalian.
KILAA

MEMUAT NAIK gambar sebentuk cincin tersarung di jari manis awal minggu lalu di laman Instagram, penyanyi Siti Adira Suhaimi atau Adira akhirnya membuka mulut untuk berkongsi cerita.
Biarpun selama ini sering menafikan hubungannya dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, kenyataan Adira secara tidak langsung mengiakan hubungan cintanya bersama jejaka yang berasal dari Kelantan itu.
Sebelum ini, baik Adira atau Shahrul Nasrun, masing-masing menyifatkan hubungan mereka sekadar kawan biasa dan tidak sampai ke peringkat bercinta.
Namun, gosip hubungan cinta mereka semakin kencang diperkatakan apabila Adira berkunjung ke rumah keluarga Shahrul Nasrun di Kelantan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan Ogos lalu.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Adira yang ditemui pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam berhubung penjelasan mengenai cincin tersebut.
Kosmo!: Adira ada memuat naik sekeping gambar menyarung sebentuk cincin di laman sosial Instagram, adakah itu cincin merisik atau bertunang?
ADIRA: It is just a ring (Itu cuma sebentuk cincin). Bukan cincin merisik atau bertunang pun (ketawa). Ia merupakan hadiah sempena hari jadi saya yang jatuh pada 19 September. Pemberian itu pun kejutan selepas hari jadi saya.
Kalau dirisik dalam masa terdekat, adakah Adira sudah bersedia?
Saya tidak merancang ke tahap bertunang atau merisik dalam waktu terdekat, terus terang saya katakan saya masih belum bersedia. Untuk ke peringkat itu saya perlu berjaya dalam karier terlebih dahulu dan merealisasikan impian saya kerana banyak lagi yang masih belum tercapai.
Sepanjang menjalinkan hubungan, adakah dia (Shahrul Nasrun) tidak mendesak Adira untuk mengikat tali pertunangan atau ke peringkat selanjutnya selain kekasih?
Tidak. Dia memahami situasi saya dan tidak pernah mendesak tapi saya tidak tahu apa kata hatinya, tunggu masa saja.
Apakah kualiti yang ada padanya (Shahrul Nasrun) yang membuatkan Adira terpikat?
Dia seorang yang matang dan saya memerlukan seseorang yang boleh membimbing saya. Jodoh itu saya tidak tahu tapi saya cuba melakukan yang terbaik.
Memandangkan Shahrul Nasrun hadir untuk memberikan sokongan pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 kali ini, adakah dia akan sentiasa hadir ke majlis yang membabitkan Adira selepas ini?
Kami sebenarnya jarang keluar kerana masing-masing sibuk. Kalau hujung minggu pun apabila dia ada kelapangan, saya pula sibuk dengan persembahan.
Jadi, masa untuk berjumpa sangat terhad dan dia pun tidak kerap menemani saya. Ini baru kali kedua dia menemani saya ke acara hiburan.
Berbalik pada lagu Dewi Cinta yang gagal tersenarai antara enam lagu terbaik minggu kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 tahun ini, apakah komen Adira?
Single ini dikeluarkan pada bulan September lalu, jadi mungkin masih tidak ramai yang menyedari akan lagu ini.
Saya tidak meletakkan sebarang harapan pun tetapi Alhamdulillah sampai ke peringkat ini. Insya-Allah muzik video lagu ini akan ditayangkan tidak lama lagi.


PETALING JAYA: Pelakon Andrea Abdullah tidak serik untuk kembali berkahwin walaupun pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini.
Andrea berkata, dia menganggap kegagalan rumah tangganya bersama seorang jejaka Inggeris dua tahun lalu sebagai pengajaran selain berjaya mengubahnya menjadi wanita lebih tabah.
"Saya tidak perlu berasa namun kesilapan lalu adalah pengajaran terbaik untuk menjadikan kita manusia yang lebih sempurna," katanya kepada mStar Online.
Andrea bakal muncul dengan filem terbaharunya berjudul Hantu Tok Mudim bersama Izzue Islam, Harun Salim Bachik dan Sofi Jikan.
Ia ditayangkan bermula 21 November 2013 (hari ini).
Tambah Andrea, dia lebih bahagia dengan kehidupannya kini selain dapat memberi fokus kepada anak lelaki tunggalnya dan kehidupan.
"Sebelum ini kehidupan saya hanya tertumpu kepada orang yang saya cintai sehingga lupa untuk sayang kepada diri sendiri dan kini saya lebih tenang dan mampu membahagikan fokus saya terhadap pelbagai perkara," katanya.
Dalam perkembangan sama, Andrea mengakui menjalinkan hubungan cinta dengan sahabat baiknya yang dikenali hampir tujuh tahun lalu.
Jelas Andrea, walaupun hubungan itu masih lagi baharu namun dia cukup selesa dengan lelaki tersebut kerana sifatnya yang memahami.
"Saya senang berkawan dengannya kerana telah mengenali hati budinya dan dia menjadi dirinya sendiri. Paling penting anak saya dapat menerimanya dengan baik," katanya.
Bagaimanapun kata Andrea masih terlalu awal untuk dia bercakap soal perkahwinan buat masa ini.
zizan dan emma maembong

Gosip paling hangat di antara artis-artis bujang kini kembali menjadi panas. Admin sangat kagum dengan hasil risikan serta kajian yang dilakukan oleh peminat-peminat Zizan Razak dan Emma Maembong yang mahukan 2 selebriti ini bercinta dan bahagia. Menerusi akaun Instagram ZizanEmmaLoveStory, banyak bukti-bukti yang dikongsikan memperkuatkan lagi khabar angin yang mereka berdua ini sedang dilamun angin cinta.

Antara “hint” yang terbaru ialah apabila konsert akhir AF2013 berlangsung, Emma telah pun memberikan kata-kata perangsang kepada Zizan yang mengacarakan program realiti tersebut. Kedua-duanya menggunakan simbol “love” ketika berbalas mesej di Twitter. Sweet bukan?

zizan dan emma maembong
Malah Zizan juga pernah menulis “Miss you sayang” menerusi akaun Twitternya. Tidak lama selepas itu, Emma Maembong turut sama menulis status yang sama. Perkara-perkara kecil seperti ini telah berjaya dikesan oleh para peminat mereka menguatkan lagi anggapan ramai yang mereka berdua benar-benar bercinta.

zizan dan emma maembong
 Pasti ramai yang gembira dan terharu sekiranya Zizan atau Emma membuat pengakuan mengenai status masing-masing. Zizan sudah tentu antara jejaka yang dikejar ramai sementara Emma pula antara “hot girl” di dalam dunia hiburan. Memang padan, memang sama cantik sama kacak dan memang sama comel.

zizan dan emma maembong
Sama-samalah kita nantikan sama ada akan ada pengakuan daripada mereka berdua dalam masa yang terdekat ini. Buat masa ini, layankan lagi beberapa keping gambar mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

KISAH percintaan mereka pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu. Kini, Zain dan pelakon jelita, Rozita Che Wan bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember depan.
Walaupun sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan mereka bakal berkahwin pada tarikh 11.12.13, namun baik Zain mahupun kekasihnya itu menafikan hal tersebut.
Ujar Zain, dia hanya akan memberitahu tarikh perkahwinannya kepada umum pada majlis sidang media yang bakal diadakan 25 November ini.
Selain itu, ada juga kenyataan yang dibuat Zain mungkin tidak akan menyenangkan banyak pihak.
Zain yang memegang watak Mr. Mid-
dleton itu, ditemui pada majlis pra tayangan telefilem Oh! My Ganu bertempat di GSC, The Garden untuk mempromosi lakonan terbaharunya itu. Oh! My Ganu akan bersiaran pada 27 November ini pukul 9 malam di TVIQ (saluran 135 dan 610).
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Zain yang berkongsi kisah tentang persiapannya untuk bergelar suami.
Kosmo!: Boleh ceritakan serba sedikit tentang persediaan perkahwinan anda dan Rozita Che Wan?
ZAIN: Oleh kerana semakin hampir tarikhnya, jadi kebanyakan sudah hampir siap, cuma tinggal sedikit sahaja lagi. Sehubungan dengan itu, kami akan mengadakan satu sidang akhbar pada 25 November ini untuk membuat pengumuman tentang tarikh pernikahan kami.
Pada majlis itu, kami akan menjawab soalan yang selama ini ditanya oleh semua. Diharap semua dapat bersabar.
Berapa peratuskah persiapan yang sudah anda buat menjelang hari tersebut?
Lebih kurang 80 peratus dan bakinya 20 peratus lagi seperti pemilihan tarikh dan ada juga sedikit yang masih perlu dikemas kini lagi.
Memang kalian tidak mahu mendedahkan lagi tarikh perkahwinan walaupun semakin hampir seperti yang dikatakan tadi?
Memang belum lagi dan akan diberitahu kelak. Saya memang suka sebenarnya ramai yang membuat spekulasi tentang tarikh kahwin kami. Kami berdua juga memang benar-benar belum tetapkan sebarang tarikh kerana kami masih lagi mencari hari yang sesuai. Mungkin tempat semua kami boleh tetapkan, namun hanya ingin mencari tarikh yang sesuai bagi semua orang.
Ada yang mendakwa persiapan perkahwinan anda mencecah sehingga RM200,000. Boleh komen?
Ya, lebih kurang begitu kosnya. Bagi sebelah pihak saya, RM100,000 dan begitu juga Rozita. Jadi, apabila campurkan kedua jumlah itu, maka ia menjadi RM200,000. Ia termasuk hantaran, mas kahwin dan wang yang dikeluarkan untuk majlis tersebut.
Lokasi masih sama seperti yang didengar iaitu bertempat di Shah Alam?
Lokasi juga masih lagi tidak mahu didedahkan. Ada beberapa lokasi yang menjadi pilihan dan mungkin Shah Alam, Selangor salah satu daripadanya.
Apa yang membuatkan anda sukar untuk memilih tarikh kahwin?
Ini kerana kami masih lagi ingin mencari tarikh yang sesuai untuk semua orang. Oleh kerana Disember hampir tiba, ramai yang ingin pergi bercuti dan sebagainya. Jadi, kesemua perkara tersebut akan diambil kira, terutamanya keluarga kedua belah pihak. Kami ingin mereka semua hadir menjadi saksi hari bahagia kami berdua. Itu yang kami cuba untuk mencari yang terbaik.
Ada yang berkata, pada hari perkahwinan, kalian tidak mahu menjemput media. Adakah benar dakwaan tersebut?
Bukan tidak mahu jemput media. Sebenarnya kami rasa ada hadnya yang kami perlu sediakan. Kami hanya menjemput wartawan sahaja, tidak jurugambar. Ini kerana, kami telah mengupah jurugambar peribadi dan akan memberikan gambar majlis tersebut sebaik majlis tamat.
Boleh kongsikan tentang perasaan anda memandangkan tarikh perkahwinan yang semakin hampir?
Saya sudah mula rasa debarannya dan persiapan kecil-kecil yang tinggal ini saya perlu pastikan ia baik. Memang ketika ini perasaan

Kosmo

BELAJAR dari pengalaman lalu, penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan kepada umum identiti kekasih barunya.

Memilih jejaka Melayu, dia sudah menjalinkan hubungan cinta sejak empat bulan lalu, memetik laporan Sinar Harian.

Menurut Marsha, biarpun usia jejaka itu muda dua tahun darinya, ia tidak menjadi sebarang masalah buat mereka.

Bagaimanapun, masih terlalu awal baginya untuk menamatkan zaman bujang biarpun usianya bakal menginjak 28 tahun pada tahun hadapan.

“Dulu saya sasar nak kahwin pada usia 25 tahun tapi tak tercapai. Jadi kini saya tak mahu letak sebarang sasaran. Bimbang bila dah sampai target, saya tak kahwin, ia akan menjadi tekanan kepada saya,” jelasnya.

Betul juga kata Marsha itu. Lebih baik ambil masa untuk mengenali hati budi pasangan daripada terburu-buru. Nanti tak pasal-pasal merana diri.


mgettingmarried

Peminat stesen radio Suria Fm, pasti tahu bahawa salah seorang penyampainya, Reza Mohamed kini sedang bercuti panjang.

Bagaimanapun tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba Reza dikatakan sudah berkahwin. Pasangan yang menjadi pilihan hatinya merupakan pemuzik dan pelakon asal Brunei, Liyana Yus.

Sejurus selepas Reza memuatnaik gambar perkahwinannya di Instagram semalam, bekas bintang Akademi Fantasia itu terus menerima banyak ucapan tahniah daripada para peminat.
Reza pun nampaknya melayan kesemua ucapan berkenaan dengan mengucapkan terima kasih dan mengaku baru sahaja berkahwin apabila ada peminat yang bertanya kesahihah perkara ini.

rezasyatq

Malah Reza, turut dilihat menyapa Liyana di Instagram dengan panggilan ‘Wifey’.

helowifey

Tapi  ternyata semua ini hanya tipu dan propa semara-mata!

Setelah diselidik majlis perkahwinan yang menyaksikan Reza dan Liyana mengenakan persalinan songket merah itu cuma sebahagian acara yang diatur dalam Program Asean Explore Quest Malaysia 2013 yang disertai mereka.

Program yang disertai 107 peserta terdiri daripada selebriti, wakil media dan pelancongan termasuk dari Vietnam, Filipina dan Myanmar ini diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

KUALA LUMPUR: Pelakon Zain Saidin berasa semakin berdebar dan gemuruh menjelang hari bahagianya untuk bergelar suami kepada aktres Rozita Che Wan, 40, (Cik Ta) yang akan berlangsung pada Disember depan.
Bagaimanapun Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, dia sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk menempuhi alam perkahwinan yang lebih mencabar.
"Sudah tentu macam-macam perasaan ada sekarang ini, rasa bahagia, gembira dan cemas semua bercampur-baur.
"Namun Insya-Allah saya sudah bersedia mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab dalam keluarga," ujarnya ketika ditemui mStar Online.
Sementara itu, katanya, persiapan perkahwinan sudah hampir 70 peratus siap dilakukan termasuklah barang-barang hantaran serta kos kira-kira RM200,000 untuk persiapan majlis tersebut.
"Alhamdulillah semua sudah hampir siap, hanya tinggal beberapa perkara kecil sahaja.
"Saya dan Rozita mengeluarkan RM100,000 setiap seorang untuk perbelanjaan majlis itu," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan Zain berkata, pihaknya tidak menjemput jurugambar media pada majlis itu kerana mempunyai jurugambar rasmi melancarkan perjalanan majlis berkenaan.
"Sebenarnya kami hanya menjemput wartawan sahaja tanpa jurugambar kerana urusan foto semua akan kami bekalkan.
"Bukan apa, ia bagi memudahkan kerja media dan memastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan lancar," katanya.
Zain dan Rozita Che Wan akan mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh perkahwinan mereka pada 25 November ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini.
Kamal Adli: ‘Kami akan kahwin’

PELAKON filem Pe3, Kamal Adli atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 27, mengaku tercabar apabila rakan baiknya aktor, Fizo Omar sudah pun menamatkan zaman bujang, Ahad lalu.
Walaupun dia terlebih dahulu menyulam cinta bersama pelakon, Intan Ladyana, namun Fizo nampaknya lebih pantas apabila membuat keputusan berkahwin dalam tempoh perkenalan singkat dengan isterinya, Mawar Abdul Karim yang merupakan anak kepada pengasas tudung berjenama Fareeda. 

Berpeluang bertemu Kamal pada hari perkahwinan Fizo, hero filem Kembar Siang ini memberitahu, dia berhasrat  mengikut langkah rakan baiknya itu dalam tempoh dua tahun lagi.

“Perkahwinan Fizo seperti ‘panggilan’ untuk saya. Saya sebenarnya tercabar tengok dia kahwin dulu.

“InsyaALLAH, kalau ada rezeki, saya juga akan berkahwin. Saya memang tak nak tunggu lama. Tapi bukanlah dalam masa terdekat ini,” katanya.

Tambah Kamal, sebagai persediaan dia kini bekerja keras demi masa depan yang selesa kepada bakal isterinya kelak. 

“Masa dua tahun itu digunakan untuk saya mempersiapkan diri dan melengkapkan apa yang sepatutnya sebelum menjadi seorang suami. Tapi, kalau katakan dalam masa dua tahun ini saya masih tidak berkahwin lagi, saya boleh anggap diri saya ‘loser’ lah.

“Banyak yang saya perlu bersedia. Intan pun tak mendesak dan dia sangat memahami," ujarnya.

Kecil hati dengan Fizo?
Meskipun gembira dengan perkahwinan rakan baiknya itu, Kamal bagaimanapun mengakui dia sebenarnya turut berkecil hati terhadap Fizo.

Jelas Kamal, manakan tidak, kerana dia dan Fizo sudah berkawan rapat sejak awal penglibatan dalam bidang seni sehinggalah mereka kini sama-sama terkenal tetapi dia tidak mengenali wanita yang berjaya mencuri hati Fizo itu.

“Saya tak pernah kenal Mawar dan saya sangat terkejut bila dapat tahu dia nak kahwin. Masa dia buat kejutan melamar Mawar pun dia tak beritahu saya. Masa mereka nikahlah saya baru jumpa Mawar.

“Sebagai kawan baik, saya pernah berborak mengenai hal kahwin. Tak sangka jodoh dia (Fizo) datang dulu.  Apa pun, saya sangat gembira dan mendoakan  rumah tangganya kekal bahagia. Saya harap Mawar boleh jaga Fizo dengan baik,” kata Kamal yang turut menyertai rombongan bagi pihak pengantin lelaki dengan membawa dulang hantaran bersama enam rakan artis, Iqram Dinzly, Johan As’ari, Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Karl Shafek, Nazim Othman dan Rosyam Nor. 

Dalam perkembangan lain, Kamal kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri untuk slot Aksi di TV3 berjudul Jiwa. Drama arahan Khabir Bhatia itu turut menampilkan Faizal Hussien, Remy Ishak dan Siti Elizad.

Selain itu, Kamal juga berlakon dalam drama bersiri Terukir Di Bintang selain terlibat dalam program realiti terbaru TV3, Liga Lawak Superstar.
Dewi Perssik

SEJAK akhir-akhir ini, aktres Dewi Perssik sering memuat naik foto dia bersama seorang lelaki beraksi mesra dalam laman Instagram miliknya tanpa menunjukkan wajah mereka.

Menurut laporan Kapanlagi, Dewi atau dipanggil Depe pernah memuat naik sekeping foto tubuh wanita yang dipeluk seorang lelaki. Walaupun tidak menunjukkan wajahnya tetapi orang ramai tahu ia adalah Depe.

Ramai yang tertanya-tanya adakah orang yang memeluknya itu adalah kekasihnya?

Salah satu foto Dewi bersama seorang lelaki misteri yang dimuatkan dalam Instagramnya.
 
Bagaimanapun Depe telah membalas persoalan peminat di Instagram mengatakan 'kalaulah lelaki itu adalah orang yang mencintainya' dalam bahasa Jawa.

Tidak hanya sekali, Depe memuat naik lagi foto dia bersama seorang lelaki misteri. Dan foto tersebut menunjukkan tangan mereka saling berpegangan.