Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Sesetengah wanita berpendapat bahawa menggayakan skirt yang bermanik menampakkan gaya lebih dari usia atau ia hanya sesuai digayakan pada waktu malam sahaja. Ubah persepsi anda dan lihat sendiri bagaimana anda boleh menggayakan skirt bermanik tanpa rasa serba salah. Kini anda boleh sahaja menggayak skirt bermanik ke pejabat, ke parti , majilis malah ke pusat beli-belah!

Lihat tips di bawah bagaimana cara menggayakan skirt bermanik 

Pilih skirt anda 



Skirt bermanik boleh di dapati dalam banyak rekaan, warna dan bentuk. Anda boleh sahaja memilih mana-mana rekaan. Bagi anda yang bertudung pula, jangan risau. Skirt bermanik labuh juga kini senang di dapati di pasaran. 

Baju 'Plain' atau tidak bercorak 



Adalah penting untuk anda mengetahui bahawa jika skirt anda bermanik penuh, anda perlu memilih baju yang lebih 'plain' dan tidak banyak corak. Kami cadangkan anda memilih kemeja yang berfabrik lembut dan lebih kepada warna semula jadi. Anda boleh gayakan samaada secara 'tuck in' atau biarkan sahaja kemeja di luar tetapi gulungkan sedikit lengannya untuk menampakkan gaya yang lebih segar. 

Baju panas untuk gaya lebih keremajaan 



Anda juga boleh menggayakan dengan cara yang lebih keremajaan dengan baju panas (sweater). Pilih baju panas yang bercorak sedikit untuk gaya lebih berani, tetapi jika anda mahu kekalkan gaya yang lebih klasik, anda boleh memilih baju panas yang lebih kurang sama warna dengan skirt dan tidak mempunyai banyak corak. 

Aksesori dan tudung 



Jangan memakai aksesori yang sarat. Pilih aksesori yang bersesuaian dan jika anda ingin menggayakan dengan anting-anting panjang, pilih anting-anting yang saiznya sederhana besar. Jika anda ingin menggayakan rantai, rantai mutiara panjang dan aksesori berwarna emas lembut amat sesuai. Bagi anda yang berhijab, pilih warna tudung yang sama dengan baju dan pastikan ia tidak berkilat dan penuh manik dan corak! Anda tentu tidak mahu nampak sarat bukan dan tumpuan pada skirt anda juga akan hilang. 

Kasut 



Peraturan pertama, anda perlu tahu kemana anda ingin pergi. Jangan pilih kasut yang sama berkilauan seperti skirt anda. Pilih kasut berwarna 'matte' seperti hitam atau coklat gelap dan ia lebih sesuai jika anda menggayakan dengan kasut jenis terbuka. Jika anda menggayakan dengan baju panas, kasut jenis Converse adalah pilihan terbaik. 

Selamat mencuba!





Siapa sangka Nicole Richie mempunyai seorang adik perempuan? Rupa- rupanya bintang realiti yang kini seorang pereka fesyen mempunyai seorang adik perempuan yang berusia 15 tahun dan dia juga sudah mengikut jejak langkah Nicole dalam dunia fesyen dan peragaan. 

Sofia Richie, 15, yang merupakan anak perempuan kepada Diane Alexander dan Lionel Richie, baru sahaja memulakan kariernya sebagai model untuk Syarikat Pakaian Renang di Los Angeles, Mary Grace Swimwear.

Peminat tegar laman sesawang Nicole Richie iaitu "Candidly Nicole" pasti akan perasan tentang wajah Sofia atau mungkin sebahagian daripada anda mungkin mengenali Sofia sebagai salah satu rakan rapat kepada adik beradik Jenner dan Paris Jackson. 



Namun Sofia juga seorang fashionista remaja di mana apa sahaja yang dipakai akan menjadi tumpuan. 

"Nicole merupakan ikon gaya saya dan juga seorang penasihat fesyen terbaik jika pergi membeli belah. Dia benar-benar jujur dengan pendapatnya tentang fesyen dan tidak akan sekali-kali membiarkan saya nampak hodoh. Orang lain seakan-akan takut untuk memberitahu perkara sebenar jika saya bertanya bagaimana pemakaian saya hari ini dan mereka akan menjawab , awak nampak comel. 


"Namun, tidak bagi Nicole. Jika gaya itu tidak sesuai dengan saya, dia akan menyuruh saya tukar dengan segera," jelasnya kepada Huffington Post.

Sofia juga memberitahu dia ingin berjaya seperti kakaknya dengan mempunyai koleksi pakaiannya sendiri kelak.


Pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim mengakui agak sukar sebenar apabila menjalani kehidupan berpoligami tetapi dia tidak berselindung mempunyai kaedah tersendiri untuk membahagikan masa dan berlaku adil kepada kedua-dua isterinya.

"Ada orang kata beristeri seorang pun dah susah kerana besar tanggungjawabnya. Kalau beristeri dua lagi susah sebenarnya. Tapi syukur Alhamdulillah, saya ada cara saya sendiri untuk memastikan dua-dua dapat hak masing-masing."

Jelas Ashraf ketika ditemui di Anugerah Industri Muzik (AIM 20) baru-baru ini, dia juga sudah bersedia untuk bergelar bapa selepas isterinya kedua Wan Sakinah sudah hamil 5 bulan dan dijangka bakal bersalin April depan.

"Alhamdulillah, saya teruja dan saya juga sekarang dalam proses pembelajaran. Tak pernah ada pengalaman jadi bapa, jadi saya ada berlajar sedikit sebagai persediaan. Sakinah pun tak banyak kerenah dan tak ada mengidam yang pelik-pelik.

"Setakat ini kami belum tahu lagi jantina bayi namun saya tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan."

Pada masa sama, aktor berusia 32 tahun itu turut memberitahu hubungan kedua-dua isterinya kini semakin baik dan mereka sering keluar serta sembahyang bersama sekiranya ada waktu terluang.

"Semuanya baik-baik sahaja, buat masa ini kami masing-masing sibuk dengan kerja dan jarang dapat jumpa bertiga. Namun kalau ada kelapangan saya akan bawa mereka berdua keluar bersama-sama dan sembahyang berjemaah."

Sebelum ini, pada 7 Julai lalu, Ashraf telah mencetuskan kontroversi yang mana menggemparkan banyak pihak selepas beliau bernikah secara rahsia dengan Sakinah atau nama sebenarnya Wan Sakinah Ahmad Saburi di Pattalung, Selatan Thailand.

Terdahulu, pelakon itu sudah pun mempunyai isteri, Noor Dayana Lokman dan mereka berkahwin di tanah suci Mekah pada tanggal 30 Ogos 2011.

Dalam perkembangan lain, Ashraf kini menceburkan diri dalam dunia dunia perniagaan landskap serta masih bergiat aktif menguruskan syarikat produksi miliknya Hidayah Production.
Kolam ini terletak di Wimberley, Texas dan yang menariknya adalah terdapat satu lubang di tengah kolam ini. Yang menakutkan adalah orang tidak tahu betapa dalamnya lubang ini walaupun ramai orang cuba masuk atau terjun ke dalam. Selain itu, lubang ini telah meragut nyawa lebih dari 8 orang. Namun ini semua tidak mematahkan semangat orang ramai untuk terus pergi ke sana.






Selama ini, Malaysia selalu dikatakan negara yang kurang selamat berbanding Singapura.
Tapi selepas insiden rusuhan di Little India baru-baru ini, tiga wanita pula mengalami kecederaan di negara jiran kita ini selepas diserang di jalanan.
Kejadian sekitar jam 3 pagi Khamis lalu, berlaku ketika tiga model iaitu Ziyi Kuek, Esther Lee dan Anna Huang menaiki kereta menuju Circular Road untuk makan-makan selepas pulang dari kelab hiburan.
Bagaimanapun kira-kira 100 meter untuk sampai ke destinasi, seorang lelaki mabuk muncul di tengah jalan.
Kuek yang memandu segera membunyikan hon namun ia menimbulkan kemarahan lelaki tersebut yang mula mengetuk cermin tingkap dan menyepak kereta hingga bumper depan terkopak.
Lelaki itu kemudian membuka pintu kereta penumpang hadapan lalu menarik keluar Huang dan mula membelasahnya.
Kuek dan Lee turut keluar dari kereta lalu berlaku bergaduhan dan pergelutan antara mereka yang berakhir dengan kecederaan terhadap ketiga-tiga wanita terbabit.
Ketika menceritakan semula detik kejadian, mereka meluahkan kesal kerana terdapat ramai yang memerhati malah merekodnya di telefon bimbit tetapi tiada siapa tampil menolong hinggalah ketibaan polis.
Difahamkan hanya Kuek yang tidak mengambil minuman keras ketika insiden tersebut berlaku.
Kuek merupakan finalis ratu cantik Singapura untuk Miss World 2011 dan pernah beraksi dalam FHM 2010, manakala Huang and Lee banyak menyertai pertandingan ratu cantik.
Sebagai rekod, kejadian rusuhan di Little India, Singapura membabitkan 400 pekerja Asia Selatan pada 8 Disember lalu juga dikatakan berpunca daripada mabuk.

1461031_615410598517523_217034705_n

bf96646f-6ba2-4b86-aa96-d4b0630010b0_0673ae0cb632071361968717601125ac   
 c984bfd6-3d8d-4a73-9eee-644c1b9671bb_44bf5cf1589412f907d154fdcdb386c1
ZIZIE5
Diam tak diam sudah masuk tahun keempat perkahwinan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dengan isterinya, selebriti cantik Zizie Ezette.
Sempena meraikan ulangtahun mereka, sebuah majlis bertemakan hitam dan putih telah diadakan baru-baru ini.
Antara yang kelihatan pada majlis itu ialah ahli keluarga Zizie iaitu ibunya, Khaty Fauziah, abang serta kakak Zizie, Samzy Fuzeete dan Jozieta.
Selain itu, rakan artis yang akrab dengan Zizie iaitu Zahida Rafik turut hadir memeriahkan majlis.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dimana lokasi majlis ini diadakan.
Jom layan gambar-gambar romantis pasangan ini dulu yang diperolehi menerusi akaun Instagram masing-masing!
ZIZIE3
ZIZIE5
ZIZIE
ZIZIE2
ZIZIE1

Sebelum ini terdengar isu yang mengatakan pelakon dan penyanyi kacak, Izzue Islam tidak berdisiplin dan tidak menghadiri persembahan bersama sama dengan kumpulannya Forteen dan bertemunya baru baru ini dia menjawab semua persoalan berkaitan.
“Sebenarnya tidak ada isu, malah sekiranya saya tidak dapat membuat persembahan bersama-sama dengan kumpulan Forteen saya akan memberitahu pihak penganjur terlebih dahulu. Pihak pengurusan saya sendiri sedia maklum mengenai jadual saya yang terikat dengan lakonan dan juga nyanyian. Mereka tidak ada masalah mengenai itu dan hormati kerja saya,” ujarnya.
Izzue Islam juga cukup sedih apabila diajukan soalan sekiranya suatu hari nanti dia terpaksa meninggalkan kumpulan Forteen kerana isu sebegitu.
“Apa yang ingin saya perkatakan adalah saya cukup sedih sekiranya saya terpaksa keluar dari kumpulan Forteen ini. Tetapi saya berharap perkara itu tidak berlaku dan saya akan terus bersama sama dengan kumpulan Forteen,” katanya.
Sementara itu, Izzue Islam telah memberitahu bahawa dia dan isterinya menggunakan produk Aura White dalam menjaga penampilan dan kesihatan mereka. Izzue Islam yang ditemui ketika majlis pelancaran Aura White & Aura Men telah dilantik sebagai duta untuk produk terbaru jenama tersebut iaitu Aura Men yang menampilkan dia dan bersama Hanez Suraya.
“Saya sebelum dilantik untuk menjadi duta kepada produk Aura Men ini, saya dan isteri memang mengamalkan pemakanan tambahan ini dan apabila diketahui oleh pemilik Aura White, Puan Ferina dia melamar saya untuk menjadi duta kepada produk terbaru khas untuk lelaki, Aura Men”
“Mula-mula sebelum saya mengamalkan Aura White, saya ada bertanyakan pada isteri adakah produk ini boleh diambil oleh kaum lelaki dan isteri saya kata boleh, saya hanya perlukan Aura Men sebagai makanan tambahan kerana ianya khas dibuat untuk lelaki,” katanya.

HASIL  bedah siasat lengkap oleh pakar forensik ke atas mayat pelajar yang ditemui tergantung di sebuah sekolah tahfiz di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini mendapati punca kematiannya tiada kaitan dengan unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihaknya tidak menjumpai sebarang benda atau senjata merbahaya di lokasi kejadian malah tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa yang menunjukkan pelajar tersebut bergelut atau diserang.
Menurutnya, pemeriksaan luaran dan dalaman juga tidak terdapat sebarang kecederaan atau penyakit yang boleh dikaitkan dengan cubaan membunuh mangsa.
Laporan yang disebarkan dilaman sosial yang mendakwa, punca kematian Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman ada unsur jenayah
Setakat ini polis tidak mengesyaki ada elemen atau unsur-unsur jenayah berlaku, namun siasatan masih diteruskan melalui Laporan Mati Mengejut (LLM)
Pihak polis juga meminta orang ramai jangan buat sebarang spekulasi, serahkan kepada pihak berkuasa (polis) untuk jalankan siasatan
Dalam pada itu, mana-mana pihak di minta tidak menimbulkan sebarang isu sensitif yang boleh mengelirukan orang ramai terutamanya keluarga mangsa.

TERNYATA bulan Disember memang menjadi pilihan para selebriti untuk melangsungkan perkahwinan mereka.
Hari ini, penyanyi Farawahida selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Abdul Shukur Mohd Zain kira-kira jam 10.30 pagi dengan sekali lafaz.
Farawahida Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz
Dinikahkan oleh Naib Kadi Air Kuning, Taiping iaitu Ustaz Imannuddin Zakaria, Fara turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta dua bentuk cincin, memetik laporan Media Hiburan.
Penyanyi itu menerima tujuh dulang hantaran dan membalasnya dengan sembilan dulang.
Suaminya dilihat mengalirkan air mata selepas sah diijabkabulkan manakala Fara kelihatan tenang.
Apapun, tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini dan diharap hubungan yang dibina ini akan berkekalan buat selama-lamanya.
DIMORIAN

Selepas Datuk Siti Nurhaliza mengambil inisiatif membantu golongan yang terjejas akibat banjir yang melanda tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Johor, kali ini tiba giliran pelakon comel Nora Danish tampil membantu apa yang patut pada Sabtu lalu.
Nora bersama-sama teman tapi mesranya, Nedim Nazri dan rakan-rakannya yang digelar Dimorian Crew telah membantu mangsa banjir di Temerloh, Pahang.
Antara yang turut hadir ialah kekasih pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan, Zareema Zainal dan juga adik pengarah Erma Fatima, Betty Rahmad.
Mereka hadir dengan dua buah lori yang penuh dengan barangan keperluan asas dan aktiviti ini turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Lanchang, Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin.
Semoga selepas ini lebih ramai lagi artis yang prihatin dengan nasib mangsa banjir dan bersama-sama membantu meringankan beban mereka.
DIMORIAN2
DIMORIAN3

MENERUSI akaun Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign, seorang wanita yang dikenali sebagai Carmen berkongsi pengalaman ngerinya diserang dan hampir dirompak pada 14 Disember lalu di Ipoh Garden East.
Kejadian itu berlaku selepas dia dan teman lelakinya selesai makan tengahari di sebuah restoran.
Sewaktu mahu menghampiri kenderaan mereka, tiga lelaki dilihat berdiri berhampiran sebuah kereta Volkswagen Passat berwarna putih yang diletakkan bersebelahan kenderaan mangsa.
Sebaik sahaja tiba, suspek cuba memaksa mangsa dan teman lelakinya untuk masuk ke dalam kereta tersebut.
Mereka cuba melawan dan teman lelaki mangsa sempat menendang perut salah seorang suspek.
Malangnya, wanita itu telah dipukul dengan kepingan besi di bahagian kepala sehingga mengakibatkan kecederaan.
Mujur mereka berjaya melarikan diri selepas itu dan mangsa dikejarkan ke hospital dalam keadaan berlumuran darah dan telah menerima 10 jahitan di kepalanya.
Menurut saksi, empat digit terakhir pada kenderaan suspek ialah 9222.
Nampaknya penjenayah sekarang sudah pandai menggunakan kenderaan mewah sebagai taktik bagi mengaburi pandangan orang ramai terhadap kegiatan mereka.
Apapun, berhari-hatilah dalam setiap pergerakan anda kerana jenayah sememangnya boleh berlaku tanpa dijangka.

Shah Alam – Penyebaran imej seorang wanita berambut panjang di sekitar Kota Kemuning, di sini, sejak beberapa hari lalu, menimbulkan misteri dalam kalangan penduduk setempat.
Imej dalam foto itu kini dikatakan tersebar luas pengguna telefon pintar dan dipercayai dirakam di sebuah kawasan pembinaan sekitar bandar raya ini sebelum diperoleh seorang penduduk.
Beberapa penduduk yang melihat gambar itu memberi pelbagai reaksi kerana sehingga kini tidak diketahui siapa merakam imej berkenaan.
Penduduk Shamsudin Daim, 40, berkata, imej dalam foto itu dipercayai dirakam pada waktu siang ketika beberapa pekerja menyiapkan kerja menambak tanah di sebuah tapak pembinaan.
Bagaimanapun, katanya, ketulenan foto itu tidak dapat disahkan kecuali selepas ia dinilai pakar dalam bidang teknologi fotografi atau grafik jika gambar berkenaan menggunakan teknik pertindihan.
“Memang foto imej wanita berambut panjang itu tersebar meluas di sekitar Kota Kemuning. Cuma kita tidak tahu siapa merakamnya. Mungkin ia tulen atau mungkin juga tidak. Hanya pakar dapat menentukannya.
“Namun berdasarkan imej diperoleh, memang tertera imej seorang wanita berambut panjang,” katanya yang tidak mengetahui identiti perakam gambar itu.
Sementara itu, Bilal Surau Al-Hidayah Jalan Kebun Jamal Sanusi, 50, yang turut melihat imej berkenaan berkata, tiada yang mustahil dalam kehidupan manusia, terutama membabitkan sesuatu yang ghaib atau di luar pengetahuan.
“Cuma kita tidak boleh terlalu taksub selagi kita tidak tahu kesahihan gambar berkenaan atau sebaliknya.
“Perkara begini kadangkala boleh menjejaskan akidah kalau kita tidak berhati-hati jika orang ramai mempercayainya bulat-bulat,” katanya. - myMetro Online
Pastinya ramai peminat masih tertanya-tanya identiti gerangan si gadis seksi ini yang merangkul anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dalam AIM 2013. Jom baca sedikit biodata tentang ZE! di bawah.


Nama Penuh : Sarah Binti Zainal Abidin
Nama Komersial Baru : ZE!
Nama Komersial Lama : Saer Ze 
Umur : 28 tahun
Asal : Selangor, Malaysia
Agama : Islam
Kelulusan : Recording Arts dari School of Audio Engineering (SAE), Subang Jaya
Kekasih : Ruben Debusschere (Orang Belgium)
Album : Shameless (2005) & I Am Glam (2010)