Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Ashraf Muslim ada cara tersendiri urus isteri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim mengakui agak sukar sebenar apabila menjalani kehidupan berpoligami tetapi dia tidak berselindung mempunyai kaedah tersendiri untuk membahagikan masa dan berlaku adil kepada kedua-dua isterinya.

"Ada orang kata beristeri seorang pun dah susah kerana besar tanggungjawabnya. Kalau beristeri dua lagi susah sebenarnya. Tapi syukur Alhamdulillah, saya ada cara saya sendiri untuk memastikan dua-dua dapat hak masing-masing."

Jelas Ashraf ketika ditemui di Anugerah Industri Muzik (AIM 20) baru-baru ini, dia juga sudah bersedia untuk bergelar bapa selepas isterinya kedua Wan Sakinah sudah hamil 5 bulan dan dijangka bakal bersalin April depan.

"Alhamdulillah, saya teruja dan saya juga sekarang dalam proses pembelajaran. Tak pernah ada pengalaman jadi bapa, jadi saya ada berlajar sedikit sebagai persediaan. Sakinah pun tak banyak kerenah dan tak ada mengidam yang pelik-pelik.

"Setakat ini kami belum tahu lagi jantina bayi namun saya tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan."

Pada masa sama, aktor berusia 32 tahun itu turut memberitahu hubungan kedua-dua isterinya kini semakin baik dan mereka sering keluar serta sembahyang bersama sekiranya ada waktu terluang.

"Semuanya baik-baik sahaja, buat masa ini kami masing-masing sibuk dengan kerja dan jarang dapat jumpa bertiga. Namun kalau ada kelapangan saya akan bawa mereka berdua keluar bersama-sama dan sembahyang berjemaah."

Sebelum ini, pada 7 Julai lalu, Ashraf telah mencetuskan kontroversi yang mana menggemparkan banyak pihak selepas beliau bernikah secara rahsia dengan Sakinah atau nama sebenarnya Wan Sakinah Ahmad Saburi di Pattalung, Selatan Thailand.

Terdahulu, pelakon itu sudah pun mempunyai isteri, Noor Dayana Lokman dan mereka berkahwin di tanah suci Mekah pada tanggal 30 Ogos 2011.

Dalam perkembangan lain, Ashraf kini menceburkan diri dalam dunia dunia perniagaan landskap serta masih bergiat aktif menguruskan syarikat produksi miliknya Hidayah Production.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments