TEHERAN 15 Dis. - Seekor monyet yang diberi nama Fargam selamat
mendarat di bumi hari ini, selepas dihantar ke angkasa dalam pelancaran
roket kedua tahun ini untuk program balistik kontroversi oleh kerajaan
Iran.
Presiden Iran, Hassan Rohani mengucapkan tahniah kepada para saintis menerusi mesej daripada agensi berita rasmi IRNA.
Januari lalu, Iran dikatakan berjaya membawa pulang monyet yang
dinamakan Pishgam ke bumi dari orbit, namun eksperimen itu
dipertikaikan apabila seekor monyet berlainan ditunjukkan kepada media
selepas pendaratan itu.
Program angkasa Iran mencetuskan kebimbangan dalam kalangan negara
Barat kerana ditakuti Teheran cuba menguasai teknologi yang diperlukan
untuk melancarkan senjata nuklear. - AFP
No comments
Post a Comment